Ahad, 28 Februari 2010
sepenggal semakin berlalu...
pejam celik pejam celik rupa2nya satu penggal semakin menghampiri penghujungnya..tahun 2011 semakin mendekati menandakan berakhirnya penggal lama dan berganti penggal yg baru..sayangnya penggal yg semakin meniti usianya isi tidak menampakkan perubahan yg ketara dalam pergerakan pemuda umno samada peringkat pusat,negeri dan bahagian..mungkin dari pusat ada sedikit anjakan tetapi tetap lesu dan sendu walaupun ada beberapa pimpinan pemuda pusat yg benar2 jujur menjalankan amanah dan tanggngjwb mereka terhadap pemuda2 bawahan di luar sana tetapi masih lagi gagal menampung kehendak pemuda apalagi golongan muda yg semakin hari semakin besar komunitinya dan menjadi penentu terbesar kemenangan pada mana2 parti dlm PRU13 kelak..terlalu banyak kekosongan yg perlu di isi oleh pergerakan pemuda ini bagi menarik minat golongan muda bersama dengan perjuangan UMNO dan tidak hanya berpeluk tubuh sahaja membiarkan pimpinan pemuda PAS terus memukul gendang dan serunai menarik golongan ini bersama dgn parti ala islam ini..pergerakan pemuda umon dilihat lebih byk membuat sesuatu program atau majlis yang boleh di ibaratkan syok sendiri tanpa memikirkan dgn lebih mendalam ttg bagaimana mahu menjadikan pergerakan ini di segani bukan saja oleh mereka yg berdarah muda malah do hormati oleh darah tua kerana sifat jati diri pimpinan pergerakan ini..beberapa biro pergerakan pemuda pusat begitu terserlah dlm menjalankan tanggungjwb mereka seperti biro pengaduan pemuda di mana dgn di pengerusikan oleh seorang tokoh muda yg berwawasan dan bersifat rakyat telah byk menyelesaikan masalah yg membabitkan anak2 gadis yg mengikut lari pemuda2 seberang dek kerana mengikut kata nafsu dan kemaruk cinta buta gara2 dlm fikiran mereka yg pemuda seberang ini lebih romantik tetapi sebenarnya bombastik hinggakan terpaksa gadis2 melayu malaysia ini makan ubi kayu sebagai pengalas perut apabila tiba di seberang yg akhirnya menginsafkan diri mereka utk pulang ke pangkuan keluarga..Pimpinan pemuda negeri pula masih lagi terkapai2 mencari rentak arah tuju walaupun penggal mereka sebagai pemimpin utama pemuda semakin hampir tapi masih lagi mendabik dada dan bersifat tidak apa malah lebih hebat lagi masih lagi terkejar2 projek2 mewah hinggaakan terlupa tanggngjwb yg di galas..yg penting bagi sesetengah pimpinan ini adalah mengaut seberapa byk duit selagi kuasa masih di tangan dan menayangkan kemewahan yg ada pada sekalian rakyat hinggakan hampir muntah si rakyat melihat perlakuan tidak sedar diri pemimpin terbabit..tiada lagi sifat merendah diri dlm diri pimpinan ini hinggakan jadi malu bagi golongan muda yg ada utk mendekati kerana taraf yg jauh bezanya dgn mereka..ibarat enggang nak berkawan dgn pipit tidak sama padan malah boleh di ibaratkan hidung kemek pipi tersorong2..apatah lagi pimpinan pemuda bahagian yg luntur semangat perjuangannya gara2 ceteknya daya pemikiran barisan yg ada utk mengembeling tenaga dan usaha ke arah mewujudkan kekuatan dlm bahagian masing2..sekadar menjadi pak turut bukan saja akan membudayakan semangat yg tidak sihat malah menenggelalmkan sifat kepimpinan pemuda bahagian..akhirnya segala janji manis semasa melobi utk memenangi jawatan dulu hanya tinggal di tepi bibir shj..usahkan hendak melihat program2 yg kreatif dlm menarik minat golongan muda dlm bahagian ,program yg kebiasaaanya menjadi nadi utama pergerakan pemuda hanya di adakan sekadar utk mengisi aktiviti tahunan dgn dlm keadaan seperti hidup segan mati tak mahu..bila penggal berakhir maka tersengih mcm kera lah pimpinan pemuda ini bukan kerana gembira kerana kejayaan dlm menguatkan pemuda tetapi kerana tiada satu pun aktiviti yg hebat semasa mereka menjadi pemimpin pemuda...bagi mereka2 yg ingin menjadi pimpinan pemuda utk penggal yg akan datang hendaklah mempunyai semangat kejujuran dan keikhlasan yg tinggi agar mereka tidak akan hnya gah pada nama shj serta melupakan tanggungjawab sebagai pemmpin yg di amanahkan oleh pengundi mereka..golongan muda begitu ingin melihat perubahan dan kekuatan dari pergerakan ini dan menjadi tempat mereka menumpang nasib ...wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)