Khamis, 2 Jun 2011

Musyawarah bertukar Musyabaloh?

Kalau kita perhatikan senario yang berlaku mutakhir ini dalam pemilihan parti PAS yang hangat memilih barisan kepimpinan yg baru mereka, maka kita tidak dapat tidak kita pasti akan terfikir bahawa apa yang berlaku sekarang dalam parti PAS ini sebenarnya sudah lama berlaku dalam parti UMNO iaitu perebutan dalam memilih barisan kepimpinan.

UMNO sudah lama dan lali dengan faktor pertandingan dalam perebutan jawatan setiap kali penggal baru akan bermula dan sudah cukup masak dengan sepak terajang namun masih lagi kukuh dan tegar menjadi pemerintah sehingga lebih daripada 50 tahun lamanya walaupun tidak dinafikan ada nanah yang masih lagi berbisa meresap dalam parti ini kesan daripada pertandingan dalam parti.

Kini budaya ini menular dengan cepat dalam PAS hingga seolah-olah parti ini bagaikan hilang ideologinya yang begitu beria-ria mengatakan bertunjangkan al quran dan al sunnah sedangkan hakikatnya adalah sebalik.Ini kerana budaya anak muda dan budaya berbagai ditanam sedikit demi sedikit dalam benak para penyokong mereka hinggakan ada diantara mereka yang sanggup melintang arus menolak konsep perpaduan dan musyawarah yang selama ini cukup dan amat dibanggakan oleh parti berimej islam ini.

Kini tiada lagi musyawarah dalam pemilihan parti diganti dengan perebutan dalam setiap jawatan tertinggi kecuali jawatan presiden yang akhirnya menampakkan bahawa faktor kuasa sememangnya menjadi impian setiap manusia hinggakan mereka sanggup menggadai maruah diri dan ideologi hnya semata-mata ingin memenangi jawatan dan  menimbulkan tanda tanya kepada mereka yang berada diluar perwakilan bahawa parti islam ini bakal menjadi lebih huru hara sedikit masa lagi malah lebih hebat daripada UMNO kerana mabuk kuasa?

Namun bagi mereka yang berada dalam kelompok parti ini sudah pasti akan mengatakan bahawa senario pertandingan ini akan lebih memberi kekuatan dalam barisan kepimpinan kerana bagi mereka itulah yang sebaiknya dengan memberikan kuasa kepada perwakilan tetapi dimana musyawarahnya?Malah ada kalangan penyokong mereka yang sudah berani lantang bersuara mendesak kepimpinan tertinggi berundur kerana pada mereka tiada kesan yang dibawa tuju oleh pimpinan ini dan sekali lagi kita bagaikan terkejut dengan aliran yang sebegini pantas meresap dalam parti yg gah dengan laungan islamnya.

Begitu juga dalam bab kroni juga semakin menghiasi kepimpinan baru sepertimana dalam Pemuda Pas bilamana anak mb kelantan telah memenangi kerusi timbalan manakala anak hj abdul hadi memenangi kerusi AJK..jadi dalam bab kroni ni janganlah mudah menuding jari kepada UMNO sahaja kerana sememangnya dalam setiap parti pasti akan anak,anak saudara,sepupu,dua tiga puluh pupu yang akan menghiasi kerana darah politik tidak boleh dinafikan pasti akan ada dalam keturunan..Darah Pejuang!

Apapun sebagai seorang islam dan berbangsa melayu,saya ingin melihat kepimpinan PAS bagi penggal yang baru ini akan lebih tegas dan lebih berprinsip khususnya dalam mendominasi kekuatan mereka yang begitu ingin menawan putrajaya kalau itu sudah ketentuan dariNya.Tiada yang mustahil tetapi biarlah kita yang menjadi kemudinya kerana kita adalah seagama dan sebangsa.Pastikan hak-hak kita terpelihara kerana kalau bukan kita yang membela hak-hak kita maka pada siapa lagi kita nk menaruh harapan? Bangsa lain sudah pasti akan mempertahankan hak-hak mereka walaupun pahit terpaksa menyamar hendak menjadi semcm khalifah umar abdul aziz semata-mata untuk menggaburi kita sementara mereka mendapat kuasa menjajah negara ini.
Kekalkan konsep musyawarah bukan musyabaloh  khasnya dalam membincangkan tentang isu perpaduan demi agama bangsa dan tanahair ini ..wassalam