Tabung Haji merupakan tempat bakal para jemaah haji menyimpan wang mereka untuk merealisasikan hasrat utama dalam hidup mereka iaitu untuk menunaikan fardhu haji bagi melengkapkan rukun islam yang ke lima.Sehingga kini hampir berbilion ringgit telah disimpan kedalam tabung haji hasil dari kecekalan dan sifat jimat cermat para pendepositnya walaupun beberapa tahun yang lalu kita di kejutkan dengan penyalahgunaan kuasa oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dalam mengenal pasti pelaburan hingga mengakibatkan kerugian berpuluh juta ringgit yang terpaksa di tanggung oleh para pendeposit.
Tetapi kesemua itu dapat di kembalikan semula hasil daripada sifat kecaknaan dan sifat amanah serta tanggungjawab para pegawai tabung haji yang bertungkus lumus memastikan wang yang kebanyakkan daripada bakal jemaah haji ini adalah orang-orang kampung dapat imbuhan yang setimpal sebagaimana gigihnya para pendeposit mengumpul duit mereka.Hasilnya pihak tabung haji baru-baru ini telah mengumumkan pemberian bonus yang mencecah angka bilion ringgit utk diagihkan kepada para pendepositnya sehingga menutup byk mulut yang selama ini tidak pernah puas dengan pencapaian tabung haji yang boleh dianggap sangat cemerlang dalam setahun dua ini.Bagaikan mendapat durian runtuh para pendeposit apabila mendengar khabar gembira ini tatkala kehidupan harian mereka yang semakin hari semakin tinggi kosnya.
Cuma apa yang masih lagi menjadi pertanyaan ialah kenapa yang layak tanpa perlu menunggu panjang adalah tidak dari golongan warga emas atau pesara yang berumur 60 tahun ke atas ?sepatutnya mereka inilah yang perlu secara automatik untuk menunaikan haji setelah cukup akaun mereka bagi membolehkan menunaikan rukun islam yang lima ini kerana mereka yang berumur semacam ini sangat kuat perasaan mereka untuk mengerjakan ibadat haji.Apakah kerana trend semasa yang mana kebanyakkan para jemaah haji sekarang adalah drpd golongan muda yang boleh membayar dengan hanya beberapa kali sahaja kedalam akaun mereka bagi membolehkan menunaikan haji maka warga yang berumur 60 tahun ke atas ini dipaksa untuk menunggu giliran sehingga kadang2 tempohnya amat panjang hinggakan usia mereka menjangkau angka 70an.Tidakkah pernah terfikir dan terlintas dalam fikiran mereka yang menguatkuasakan undang2 ini perasaan warga emas ini yang terpaksa menahan sabar tahun demi tahun sedangkan pada hakikatnya merekalah yang patut diutamakan sesuai dengan umur mereka yang semakin lanjut.Berilah keutamaan kepada orang-orang tua kerana mengikut sifirnya mereka tidak akan lama untuk terus menjadi penghuni dunia ini
Tetapi jika senario ini terus berlaku dan tiada tindakan susulan daripada pihak tabung haji sendiri khususnya menteri di jpm yang mengawal selia tabung haji ini untuk mengubah dasar seperti di atas maka sudah pasti ramai warga tua yang hanya mampu mengeluh nasib mereka yang dirasakan semakin jauh untuk mengerjakan haji gara2 ketidakcaknaan pihak terbabit dalam memastikan sistem menunggu ini di ubah bagi membolehkan warga tua ini secara automatik dapat mengerjakan haji apabila simpanan mereka sudah cukup.Kerana apabila usia 60an adalah usia getir bagi setiap manusia kerana ketika di usia sebegini ramai yang telah di jemput untuk menemui pencipta mereka meskipun kita wajib percaya ajal maut di tangan tuhan.
Semoga sistem penggiliran ini dapat di ubah agar para warga tua tidaklah terasa tekanan yang amat sangat gara-gara terpaksa menunggu lama giliran mereka untuk menjejak kaki ke tanah haram seterusnya mencapai impian mereka untuk melaksanakan rukun islam ke 5 sebelum menutup mata mereka buat selamanya..wassalam