Ada sesetengah melayu islam di malaysia bila di ajukan persoalan-persoalan tentang perdamaian maka cuping telinga mereka cepat sangat menjadi panas.Panasnya pulak semacam lahar gunung merapi yang baru-baru ini memuntahkan kepanasannya setelah sekian lama menyepi.
Malah ada antara mereka sengaja mencari alasan yang tak munasabah kerana nak melarikan diri drpd berdamai sedangkan islam telah mengajak umatnya untuk berdamai dan membina kekuatan ummah melalui perdamaian.Apatah lagi dalam negara ini yang berbilang bangsa dan agama serta adat-adat tradisinya yang memerlukan konsep sebegini demi untuk melihat secara berterusan kekuatan melayu islam terus kukuh dan dihormati.
Tonggak kekuatan melayu islam adalah daripada dua parti terbesar iaitu UMNO dan PAS sementara PKR hanyalah sebahagian daripada parti yang menumpang nasib untung daripada PR yang tidak pernah sebulu dalam persamaan ideologi mereka yang sehingga kini masih lagi kekal misteri konsep pakatan mereka walaupun pihak pakatan beria2 mengatakan bahawa konsep mereka telah di terima oleh kesemua pimpinan PR.
UMNO dan PAS adalah suara melayu islam tulen dalam terus memperjuangkan nasib agama dan bangsa dari dulu sehingga sekarang cuma bezanya mereka bukan daripada kompenan atau pakatan yang sama malah kedua parti ini seringkali bertelagah khususnya dalam menidakkan kelebihan dan kelemahan masing-masing.Mereka sebolehnya cuba untuk mengatakan bahawa parti merekalah yang paling baik dan patut menjadi pilihan orang melayu islam sedangkan jika mereka bergabung sudah pasti satu konsep perkongsian kuasa yang cukup mantap dan padu dalam mentadbir negara ini akan dapat mereka sajikan kepada rakyat malaysia.
Kekuatan kedua parti ini dalam bidang masing-masing cukup terbukti hebat tetapi sayangnya sehingga hari ini kedua parti ini masih terus dengan nada angkuh dan bongkak serta tidak mahu bertolak ansur bila persoalan untuk melihat konsep kerajaan perpaduan di timbulkan.Lebih malang apabila parti yang bertunjangkan islam ini telah memberikan alasan peristiwa lampau parti mereka sebagai pengajaran bagi pimpinan utama parti ini seolah-olah luka yang tak mungkin akan sembuh biar pun untuk beberapa puluh tahun lagi.Sifat angkuh dan sombong mereka ternyata lari daripada konsep islam yang begitu menitik-beratkan tentang konsep persaudaraan sesama saudara islam.
Dalam pada masa yang sama juga harus di akui bahawa ada tangan-tangan ghaib begitu cuak dan sangsi yang sebolehnya tidak mahu melihat konsep perpaduan terjadi apabila UMNO menghulurkan tangan perpaduan kerana mereka tidak mahu melihat pergabungan kuasa melayu islam akan menjadikan agenda tersirat mereka terhadap negara ini akan menjadi sia-sia.
Dan sehingga saat ini mereka amat gembira kerana usaha untuk melihat penggabungan parti-parti melayu islam masih lagi samar dan terlalu jauh untuk di meterai gara-gara sesetengah sikap pimpinan kedua parti melayu islam ini yang masih lagi berlagak sebagai jaguh tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku kelak pada generasi melayu islam.Mereka terus melalak mengatakan bahawa parti merekalah yang paling berhak dan paling berwibawa hingga menimbulkan rasa yang tidak aman khususnya kepada nasib dan masa depan generasi baru melayu islam kerana pimpinan mereka masih lagi bertelagah sedangkan dalam masa yang sama nasib agama dan bangsa semakin hari semakin tercalar maruahnya.
Kecelaruan ini telah memberi keuntungan yang tidak ternilai kepada mereka yang begitu beragenda untuk menguasai negara ini apabila tiba saatnya setelah mereka menguasai kek ekonomi sejak dari dulu lagi untuk terus bertapak kukuh sebagai kuasa politik dari hari ke hari.
Yang rugi adalah generasi baru melayu islam sekiranya masih lagi tiada noktah untuk melihat konsep perpaduan kedua parti utama melayu islam ini bergabung dan seterusnya membawa untung nasib agama dan bangsa gah selamanya.Kerana yang cukup pasti ialah apabila kuasa politik negara ini berpindah tangan kepada mereka yang bukan agamanya islam dan bangsanya melayu maka seribu satu kedajalan akan berlaku kepada nasib bangsa melayu dan agama islam.Sebelum terlambat berusahalah wahai para pimpinanku melayu islam untuk menjadikan konsep perpaduan ini sebagai kenyataan kerana keamanan dan kemakmuran negara ini terletak dalam tangan anda demi generasi baru melayu islam..maka damaikanlah antara dua parti ...wassalam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan