Khamis, 25 Februari 2010
BN perlu berubah dengan segera!!
ramai diluar sana yg betul2 sayangkan UMNO,MCA dan MIC yg membentuk parti kompenan BN dari dulu sehingga sekarang..52 tahun sudah berlalu pimpinan kerajaan bn ini memerintah negara sehinggakan ada sesetengah pimpinan terlupa ttg tanggungjawab utama mereka dlm menjadi parti pemerintah ataupun menjadi pemimpin kpd parti yg dipimpin lalu membiarkan rakyat kawasan mereka menghukum mereka kerana kealpaan dan sifat lupa diri telah menjadi nanah dlm setiap pemimpin..tidak dinafikan ada sesetengah pemimpin yg betul2 jujur dan ikhlas dalam menjalankan amanah mereka terhadap rakyat tetapi hanya sebilangan kecil shj yg betul2 nawaitunya kerana takutkan akan balasan Allah Taala kpd setiap pemimpin yg gagal memimpin dirinya menjadi khalifah hinggakan rakyatnya terbiar mencari arah mereka sendiri..malangnya sikap ego dan terlalu mengejar kemewahan setelah kuasa diberikan kpd mereka oleh rakyat telah membutakan mata hati mereka utk melihat dan kembali mmbalas budi tangan rakyat yg telah mengangkat sang pemimpin ini drpd seorang yg biasa kpd seorang yg punya kuasa dek kerana kepercayaan rakyatnya agar nasib mereka akan terpelihara apabila sang calon ini menang dlm pilihanraya..tetapi ibaratkan harapkan pagar,pagar yg makan padi,begitulah juga yg terjadi pada sesetengah kawasan seluruh negara ini dimana pemimpin mereka terus menghilang bahkan utk berjumpa dgn mereka pun terlalu susah apabila si rakyat ini ingin berjumpa dan meminta pertolongan yg perlu sepertimana si pemimpin menabur janji manis mereka utk menolong tatkala kuasa masih lagi dipegang oleh tangan si rakyat ..begitulah juga nasib yg sama melanda pada si marhein ini di mana tempat hinggakan rasa percaya mereka kpd pimpinan BN ini menjadi semakin nipis dek kerana terlalu byk kekecewaaan yg melanda diri..tak kira waima pimpinan drpd UMNO,MCA atau MIC,mereka sebahagian besarnya terlalu mengejar kemewahan dan berkepenteingan diri sehinggakan menimbulkan rasa mual yg teramat sgt apabila nama pemimpin2 ini disebut ataupun kembali dicalonkan..apa yang rakyat mahukan adalah kata di kota dan janji di tunaikan agar kehidupan mereka sebagai raKyat biasa dpt menumpang tuah walau sedikit drpd pemimpin yg telah mereka berikan kuasa ini..rakyat sekalian menanti dan mengharap agar memanda menteri sekarang akan memilih mereka yg betul2 mempunyai semangat jiwa rakyat yg menebal dlm pemilihan calon bagi kompenan BN lebih2 lagi drpd UMNO dlm PRU13 nanti kerana masih ramai lagi yang mengharap agar kompenan BN kembali gah memacu kuasa rakyat dan memberikan seribu makna kegembiraan dlm hari mereka agar kehidupan mereka yg serba kekurangan akan sedikit membuak rasa kelebihan apabila pemimpin mereka begitu cakna akan kehidupan mereka..wahai pimpinanku,jadilah seperti lilin yg sanggup membakar diri sendiri semata2 untuk memberi dan menerangi mereka yg di sekelilingnya..tinggalkanlah jasa dan nama yg baik dlm ingatan rakyat agar selepas kita tiada di alam fana ini masih lagi mereka mengingati kita dek kerana keikhlasan dan kejujuran kita dlm menjalankan tanggngjwab kpd rakyat..wassalam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan