Islam telah menggariskan batasan2 yang perlu dilakukan oleh penganutnya agar mereka senantiasa berada dalam keadaan yang lebih di hormati oleh masyarakat sekeliling agar agama islam ini terus bersinar sesuai dengan keagungannya..Islam telah membentuk kekuatan samada dari segi dalaman mahupun luaran kepada penganutnya dan sentiasa percaya kepada rukun islam dan iman yang disertai dengan rujukan hadis2 dari perawi2 yang sohih..Namun semenjak agama menjadi umpan besar sebuah parti kepada rakyat dalam negara ini dalam meraih kuasa kerana kelemahan daya pemikiran sebahagian besar masyarakat islam ini dalam membezakan islam yang sebenar hingga menyebabkab mereka mudah terjerumus dalam kancah yang dipanggil sebagai penyelewengan akidah..Akidah adalah pegangan yang harus ada pada setiap orang islam kerana tanpanya orang islam akan hanyut seolah2 kapal yg tiada kemudi..Percakaran sesama islam bukan perkara baru kerana ianya telah meletus selepas wafatnya Nabi SAW hinggakan berlaku begitu byk pertumpahan darah sesama sendiri gara2 adanya pentafsiran yang berbeda2 dalam menunjukkan kehandalan masing2 sehingga mereka ini mudah terjebak dalam arus kehinaan sebagai seorang islam..Malah lebih hebat lagi apabila adanya golongan yang berhujah bahawa apa yang mereka katakan adalah dari sumber al quran dan al hadis sehinggakan menimbulkan seribu satu persoalan yang boleh menjejaskan akidah umat islam.
Di Malaysia,trend ini telah mula menular apabila ada kalangan mereka yang kononnya berilmu telah menggunakan sepenuhnya segala ilmu yang mereka ada utk menarik perhatian rakyat khususnya mereka yang terlalu mendambakan sebuah negara islam walapun negara ini telahpun menjadi negara islam dengan menjadikan agama islam ini sebagai umpan yang paling besar utk mengalih perhatian rakyat menyokong mereka..Mereka ini berjaya mengumpan sebahagian rakyat yang pada anggapan mereka terlalu dahagakan sebuah kerajaan islam hinggakan sebuah negeri sehingga kini masih lagi diperintah oleh parti yang kononnya memperjuangkan islam hampir lebih drpd 20 tahun..Segala pentafsiran mereka berbeza dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa demi mengekalkan kuasa yang ada agar tidak terlepas sehingga sanggup menyatakan perkara yang tidak pernah masuk kedalam akal pemikiran seorang islam yang benar2 beriman dengan hari kiamat dengan menyatakan bahawa segala apa yang berlaku adalah perancangan manusia lebih2 lagi apabila berlaku kekalahan kepada parti mereka ini tanpa mereka sedar bahawa segalanya adalah kuasa Allah Taala dalam menentukan keputusan walaupun sehebat mana perancangan hambaNya..Ayat2 suci al-quran menjadi bahan umpanan terhebat dalam alaf ini dengan memberikan peluang kepada orang2 kafir yang tidak pernah tahu erti utk menggunakannya atas dasar persahabatan dalam pakatan mereka sedangkan kita sudah terlalu maklum bahawa bukan mudah utk kita sebagai umat islam menggunakan ayat2 suci ini apatah lagi penggunaan ini kepada mereka2 yang jelas kafir..Namun atas dasar mengejar kuasa maka segalanya boleh bagi pendokong parti islam ini hinggakan sebahagian besar penyokong2 mereka terlalu angkuh seperti istilah bapa borek anak rintik..Perhatikanlah penyokong2 parti yang kononnya islam ini dimana2 sahaja tempat mereka berkumpul khususnya apabila ada ceramah mahupun debat di adakan sudah pasti kita sendiri cukup loya melihat akan ketaksuban mereka ini terhadap para penceramah mereka hinggakan mereka ini terlupa bahawa parti yang mereka sokong ini adalah parti yang berimejkan islam dan sewajibnya bagi mereka sebagai penyokong menjaga tata susila sebagai penyokong islam!..tapi semuanya hanyalah sandiwara bagi mereka ini kerana para pimpinan mereka sendiri cukup mudah menjatuhkan kepada saudara seislam mereka sebagai kafir apabila UMNO menjalinkan kerjasama dengan MCA dan MIC dalam membentuk kompenan BN gara2 tragedi 1969..Segala apa jua yang terjalin dalam kompenan ini adalah haram tetapi itu dahulu kerana kini parti islam yang pimpinannya masih lagi gah sebagai presidennya telah pun menukar istilah kafir tersebut dengan menyatakan kerjasama mereka dengan DAP adalah atas dasar seperti perjanjian hudaibiyah..Sungguh mudah dan senang mereka ini membuat pusingan U utk menggaburi pemikiran penyokong2 mereka agar impian mereka utk meraih kuasa akan berterusan sehingga berjaya menawan putrajaya akan tercapai lantas terkeluar drpd mulut pemimpin utama mereka bahawa jikalau dengan berkawan dengan syaitan sekalipun di bolehkan sekiranya memberi keuntungan kepada mereka..Alangkah sedihnya jikalau penyelewengan ini berterusan kerana ia akan merosakkan akidah lebih2 lagi akidah generasi baru yang bakal menjadi pemimpin negara..Sebagai seorang yang mendapat pendidkan islam yang sempurna biarpun ada antara kita tidak memegang segulung ijazah sebagai namun sebahagian besar kita masih boleh lagi menilai Siapa Sebenarnya Yang Lebih Islam?..Islam tidak hanya di ukur dari kuatnya laungan takbir dan juga imej luaran sahaja tapi mengamalkannya yang paling penting kerana yang membezakan seorang islam adalah amalannya..Ungkapan lama yang berbunyi "jangan menilai buku dengan melihat dari kulit luarnya kadangkala tepat sekali...Sebelum terlambat sama2 lah kita merenung demi masa depan generasi kita..wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan