Seramai 48 ribu murid telah mendapat 5A dalam UPSR yang baru sahaja di umumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran yang baru menjawat jawatan tersebut dan hasil keputusan ni cukup memberangsangkan bahkan dikatakan cukup cemerlang berbanding tahun2 sebelumnya..Kejayaan ini adalah drpd usaha gigih dan tidak putus asa warga pendidik dalam memastikan pendidikan generasi baru ini terus berterusan sehingga menghasilkan keputusan2 yang cemerlang bukan sahaja dalam pendidikan rendah bahkan menengah yang menjadi kepada asas murid dan pelajar ini menjejakkan kaki ke menara gading yang menjadi impian setiap mereka yang ingin merasai kehidupan kampus seterusnya menggenggam segulung izajah sebagai tanda kecemerlangan mereka dalam bidang akademik..Tahniah kepada seluruh warga pendidik dalam negara yang bertuah ini semoga mereka akan mendapat balasan yang amat setimpal dari Allah Taala kelak hasil keluhuran dan keikhlasan mereka dalam memberi tenaga kerja yang cukup berkesan dalam menghasilkan generasi pelapis kepada tampuk kepimpinan negara satu hati nanti.
Walaupun begitu drpd 48 ribu murid yang mendapat 5A tersebut hanya lebih kurang 10% sahaja atau kurang drpd 5 ribu murid akan memasuki sekolah berasrama penuh yang sememangnya amat di nantikan oleh murid2 tahun enam ini apabila mereka menerjah ke alam menengah kerana berbagai kemudahan yang telah tersedia di samping kalangan guru mereka bergred A.Dengan kesemua kelebihan inilah yang menyebabkan bukan sahaja 5 murid bahkan kesemua drpd mereka berkeinginan untuk mendiami sekolah asrama penuh tersebut lebih2 lagi ibu bapa yang terlalu ingin melihat kecemerlangan yang berterusan anak2 mereka ini dapat diraih.Apatah lagi ibu bapa yang sememangnya boleh dianggap sebagai keluarga yang berkemampuan untuk memberikan apa sahaja keinginan anak2 mereka hasil drpd jawatan yang telah mereka sandang samada sebagai guru dan bidang profesional lain yang menjadikan diri mereka tidak lagi dianggap sebagai keluarga dibawah paras kemiskinan..Sudah pasti keinginan yang meluap2 utk melihat anak2 mereka yang mendapat keputusan cemerlang ini dapat memasuki sekolah asrama penuh tidak dapat lagi mampu dibendung dan hasilnya berbagai cara dan usaha mereka akan cuba laksanakan demi ke arah itu kerana seolah2 akan menjadi satu kebanggaan mereka apabila ditanya akan kemanakah perginya anak2 yang cemerlang itu meneruskan persekolahan mereka selepas upsr dan jawapan sekolah berasrama penuh adalah penutup kepada persoalan tadi dengan rasa bangga yang amat sangat kerana genetik mereka bukan calang2 orang.
Tetapi bagaimana pula dengan anak2 golongan paras miskin yang juga mendapat keputusan yang sama cemerlang dengan anak2 mereka yang kehidupan cukup mewah tersebut akan berada?Yang pasti mereka juga berkeinginan untuk menjejak kaki ke sekolah asrama penuh tersebut kerana kejayaan cemerlang yang telah terhasil drpd kesungguhan dan kegigihan mereka walaupun dengan keadaan kewangan yang meruncing keluarga mereka namun kesemua itu telah mereka redah demi untuk membela nasib keluarga dengan memberikan hadiah kecemerlangan dalam peperiksaan kepada ibu bapa mereka yang tidak pernah mengenal jemu dalam memberikan pendidikan yang terbaik bagi anak2 mereka sebagaimana anak2 mereka yang berada.Apakah semangat mereka ini akan luntur dan padam apabila mereka tidak terpilih memasuki sekolah asrama penuh tersebut gara2 kemiskinan mereka ataupun kerana subjudis dalam menentukan siapa yang layak mendapat kemudahan tersebut?Apalah daya ibu bapa yang kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi dan petang untuk memastikan anak2 mereka ini dapat mamasuki sekolah tersebut berbanding dengan ibu bapa mereka yang berkali2 ganda mempunyai sumber kewangan ini melainkan mereka hanya mampu berdoa dan pasrah terhadap ketentuan Ilahi samada anak2 mereka ini berjaya atau tidak mendiami sekolah asrama ini..Inilah hakikat kenyataan hidup sebahagian besar golongan keluarga yang berpendapatan taraf miskin terhadap kesinambungan anak2 mereka yang cemerlang.Sekiranya kerajaan atau lebih tepat lagi Kementerian Pelajaran terlepas pandang akan kepintaran anak2 pintar dari keluarga miskin ini maka percayalah akan lebih banyak lagi kes2 seperti yang telah berlaku kepada seorang pelajar agama di kelantan yang mendapat keputusan yang cukup cemerlang namun kehidupan keluarganya seolah2 tiada pembelaan daripada agensi2 kerajaan mahupun pusat yang terlepas pandang akan perkara2 sebegini..Samada ianya kelalaian dari pusat atau negeri semuanya adalah sama sahaja kerana sepatutnya mereka ini lebih cakna dan lebih mengenal pasti akan kebolehan dan kepintaran anak2 dari keluarga miskin ini agar kejadian seperti pelajar tersebut tidak akan terjadi dan terjadi lagi untuk masa2 hadapan.
Berilah peluang atau kelebihan ini lebih kepada anak2 yang mana kehidupan keluarga mereka yang tidak pernah kenal erti kemewahan malah lebih sadis lagi apabila makanan yang disediakan oleh ibu bapa mereka terpaksa dicatu setiap hari gara2 kemiskinan yang melanda keluarga.Jangan hanya bersikap mementingkan diri sahaja terutamanya kepada golongan yang hidupnya sudah cukup sempurna kehidupan mereka dengan memberikan tempat yang sepatutnya diberikan kepada anak2 golongan miskin ini agar mereka tidak akan tewas dalam meredah onak duri liku2 sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang anak.Kepada ibu bapa yang berdudukan tinggi dan mewah cubalah bertoleransi dan tunduklah ke bumi melihat kehidupan keluarga yang tidak seindah mimpi mereka.Semoga pihak yang terbabit lebih melihat tentang aspek2 ini sebagai rujukan utama dalam memastikan anak2 pintar ini tidak lagi terlepas pandang dan lebih memberikan peluang kepada mereka disebabkan isu kemiskinan ini adalah soal yang paling penting kerana kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran..Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan