Sabtu, 6 Februari 2010
bila jawatan diberi kpd org bukan ahlinya...
sindrom pemimpin pemuda yg lesu,tidak bermaya,tiada idea,cetek pemikiran dan sebagainya bgaikan tidak dpt dipisah dgn sebahagian pemimpin pemuda bahagian,negeri dan pusat..mereka ini di angkat memegang jawatan bukan atas kehebatan mereka sebagai seorang bakal pimpinan pelapis tetapi lebih terarah kerana mereka ada wang yg banyak,sanak saudara kpd pimpinan bahagian,bukan pencabar kpd pimpinan utama yg ada sekiranya berlaku pertandingan bahagian serta jenis mereka yg ikut telunjuk membabi buta hingga fungsi pemuda umno sebagai sayap kanan parti sudah hilang malah tenggelam ditelan arus kemodenan dimana kemewahan adalah agenda utama pimpinan pemuda daripada membicarakan ttg kehendak dan keperluan ahli apalagi rakyat..bagaikan sudah hilang semangat juang dlm diri pemuda kerana sikap mereka tidak mengambil berat ttg perkara2 yg telah diperjuangkan oleh pejuang2 bangsa terdahulu hinggakan program2 pemuda hanya tinggal nama shj..untuk menjayakan program yg saban tahun mengisi jadual pemuda pun tidak bermaya apalagi mengadakan program2 yg dilihat pada permukaannya sebagai tidak masuk akal tetapi mempunyai impak yg cukup bagus utk pandangan masyarakat sekaligus mengangkat nama pemuda umno sebagai pembela dan pendamping rakyat..tetapi bagi pimpinan yg hnya diangkat melalui wang ringgit ini akan merasakan bahawa program2 yg tidak masuk akal ini akan menjadi benda yg tidak elok pada mereka kerana kerana kelemahan dan kekurangan daya fikir pemimpin tersebut..misi mereka lebih kpd ingin mengaut sebanyak mana projek semasa menjadi pemerintah pemuda tanpa menghiraukan rintihan pemuda cawangan yg terlalu inginkan arus perubahan hinggakan fungsi biro2 yg ada hanyalah tinggal nama shj..pemuda cawangan terkapai2 mencari rentak dan langkah utk berfungsi sebagai jambatan masyarakat dek kerana sikap sesetengah pemimpin pemuda yg tidak menghiraukan untung nasib pimpinan cawangan yg semakin hari semakin tawar dgn semangat perjuangan..akhirnya apabila dijemput atau di undang bagi majlis2 pemuda yg hnya kelihatan adalah barisan pimpinan pemuda bahagian shj..pimpinan cawangan hanya kdg2 menhadiri kerana semangat mereka mulai menipis kpd kebolehan pimpinan yg ada..sikap tidak mengambil berat kpd cawangan,tidak turun pdg,gah bercakap tetapi habuk pun tarak sudah menjadi trend biasa bg pimpinan pemuda bahagian hinggakan kalendar program pemuda kebanyakkannya terisi dgn dakwat pen shj tanpa ada pengisian yg sebenarnya..yg paling hebat kpd pimpinan ini apabila ada majlis rasmi yg dihadiri oleh sang menteri maka kelibat mereka bagaikan burung layang2 yg kalut di kala senja menjengah..hebat dgn pakaian pemudanya seolah2 akulah pimpinan pelapis yg akan menjadi pembela bangsa tapi yg sebenarnya hampa bagaikan padi huma..seolah2 mereka lupa bahawa mereka ini adalah pemimpin yg mempunyai tanggngjwb yg amat berat bukan saja kpd jawatan yg dipegang tetapi kpd yang maha mencipta..untuk menjadi pemimpin yg bertanggngjwb bukan susah tetapi juga bukan senang..pemimpin yg ikhlas,jujur dan penuh amanah akan menjadi lebih senang kerjanya kerana keikhlasan mereka di mata masyarakat di nilai seolah2 seperti berhrganya emas dgn mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ahli bawahan sedangkan mereka yg lalai,alpa dan lupa diri ttg tanggngjwb akan mendapat kesusahan dlm sebarang bentuk kerjanya di sebabkan sifat angkuh yg menguasai diri hingga menjadikan mereka seperti tiada harga umpama tin kosong yg boleh di sepak kesana sini..inilah padahnya jika pemuda2 memilih mereka yg tiada misi sebenar dlm perjuangan sebuah bangsa ini sebagai pemimpin..selagi wang ringgit menjadi taruhan mereka dlm mengangkat dan menjadikan seseorang sebagai pemimpin tanpa ada keperibadian sebagai pemimpin pilihan maka rugilah pemuda dan negara..meletakkan seseorang yg bukan ahlinya ditempat yg bukan tempatnya akan menjadikan negara ini akan kacau bilau kerana kelemahan pemimpin tersebut..begitu juga dgn pemuda andainya masih lg memilih mereka yg berpenyakit sebagai pemimpin maka tunggulah bahana yg bakal menimpa kerana tiadanya sifat ululamri dlm diri mereka..sudahnya kita juga yg rugi kecuali kita sendiri yg suka melihat pemuda menjadi bacul serta pondan!!tepuk dada tanya selera kerana jika kita makan sambal kitalah juga yg merasa pedasnya hingga mungkin menjadi cirit birit yg akhirnya masuk hospital...renung dan fikirkanlah demi sebuah perjuangan yg tiada penghujung ini juga sebuah perjuangan yg memartabatkan agama bangsa dan tanahair..pemuda umno akan di hormati kerana sifat pejuangnya bukan sifat bobroknya yg menjengkelkan ahli maupun rakyat..wassalam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan