Sifat bangsa melayu islam yang terlalu bertolak ansur kadangkala amat merugikan.Kerugian yang di tanggung bukan sahaja melibatkan sesetengah perkara yang remah tapi kini kepada perkara-perkara yang boleh di anggap induk kepada teras negara ini.Contoh yang baru saja berlaku ialah dalam peristiwa buku Interlok yang kini terpaksa pihak berwajib memotong sebahagian perkataan yang dikatakan boleh mengguris hati sebuah bangsa di dalam negara ini sedangkan pada hakikatnya ianya adalah sesuatu yang biasa kita dengar setiap hari sejak dari dahulu lagi.Tetapi kerana akhir-akhir ini kerapuhan yang amat ketara bangsa melayu dalam perpaduannya telah digunakan sepenuhnya oleh mereka yang berkepentingan untuk menjadikan isu ini sebagai isu nasional hingga menggegarkan seketika keamanan negara ini dengan kejadian tunjuk perasaan beberapa kerat mereka yang telah di upah untuk mengadakan demontrasi menolak buku tersebut daripada terus di guna pakai sebagai buku rujukan bagi sistem persekolahan.
Bangsa melayu yang terkenal dengan adab dan sopannya serta disusuli dengan kekuatan tiang sendi agama islam sebagai pegangan bangsa melayu telah menjadikan sifat-sifat terpuji memang tiada tolak bandingnya jika hendak di bandingkan dengan mana-mana bangsa di dunia ini.Amalan tradisi melayu serta kekuatan islam tu sendiri yang senantiasa harum sepanjang zaman telah melengkapkan satu pakej yg cukup sempurna bagi bangsa melayu islam di negara ini untuk menunjukkan sifat tersebut.Lantaran itulah sejak dari pemerintahan melayu melaka hingga sekarang,bangsa melayu islam di puji sebagai bangsa yang selalu menggalakkan perdamaian meskipun terpaksa memendam rasa kecewa namun demi untuk keamanan maka walau pahit sekalipun di telan lumat oleh bangsa ini.
Hasilnya sedikit demi sedikit segala kekayaan dan keistimewaan bangsa melayu islam ini semakin terhakis dek kerana terlalu menjaga hati mereka yang dulunya hanya ingin menumpang tuah kekayaan tanah ini.Segala apa yang di pinta mereka pasti akan sedaya upaya bangsa melayu islam ini cuba untuk memenuhi kehendak asalkan keamanan dan kedamaian negara ini terjamin.Si pendatang pula semakin angkuh dan berlagak kerana merasakan mereka semakin hari semakin menjadi kuasa penentu dan pencatur pada parti-parti yang di anggap mewakili kaum melayu islam.Semakin banyak ragam dan karenah yang terpaksa di layan gara-gara kerapuhan perpaduan dalam bangsa melayu islam sehingga kini.Bagaikan tiada lagi titik noktah untuk melihat perpaduan sesama bangsa dan agama dalam erti permuafakatan melayu islam kerana masing-masing cuba untuk menjadi hero walaupun ada yang terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan yang selama ini menjadi dokongan mereka.
Ibarat orang mengantuk di hulurkan bantal maka begitulah juga yang telah terjadi kepada parti-parti terbesar umat melayu islam ini apabila mereka dengan mudah digula-gulakan dengan muslihat yang cukup tersirat maknanya oleh tangan-tangan pendatang yang semakin tidak sabar untuk menakluk negara ini selepas lebih 53 tahun merdeka.Mereka sanggup menggadai dan menjual maruah bangsa dan agama bahkan lebih dajal lagi menggunakan segenap peluang yang ada untuk memastikan hasrat menakluk bersama dengan tangan-tangan ini dapat menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat ini hinggakan menggunakan agama sebagai senjata utama dalam mencapai cita-cita mereka.Keretakan yang semakin ketara dalam perpaduan melayu islam dapat di hidu oleh anasir-anasir luar yang selama ini begitu teruja untuk menikmati keistimewaan dan kelebihan dalam negara ini dengan cara mencatur permainan yang pada kacamata kasarnya tidak mampu di olah oleh bangsa melayu islam ini.
Mereka dengan mudah menggunakan beberapa kerat nama-nama pimpinan melayu islam yang terlalu teruja untuk menjadi pemerintah yang sanggup melalukan apa sahaja asalkan niat utama terlaksana walaupun terpaksa memejam mata dan memekakkan telinga tetapi demi untuk berkuasa maka mereka sanggup untuk menghalalkan segala cara.Seolah-olah kini perpaduan melayu islam telah tiada di mata mereka kerana begitu terkasima dan teruja untuk menjadi orang yang berkuasa walaupun hakikatnya adalah badut boneka mata.Generasi muda dengan mudah pula termakan hasutan daripada agen-agen mereka kerana terlalu percaya dan mudah sgt terpedaya dengan raut muka yang gemerlap bagaikan permata yang di sebaliknya adalah berpura-pura.Dengan segala kemajuan dan teknologi terkini,generasi melayu islam terus terpesona dan hanyut tanpa mereka sedari segala gerak geri dan perlakuan mereka di perhati dengan penuh minat oleh tangan-tangan luar yang hanya menunggu saat dan ketika untuk menakluk negara.Mereka kini lupa akan segala yang mereka kecapi ini adalah hasil perjuangan dan penat lelah para pejuang melayu islam dahulu yang sanggup menggadai segalanya demi untuk terus melihat anak cucu cicit mereka tetap menjadi tuan kepada tanah ini
Keringat peluh yang menitis dan darah pahlawan yang mengalir kini bagaikan sudah di lupakan oleh generasi muda gara-gara sejarah dahulu tidak lagi di anggap sebagai siraman semangat mereka.Mereka lebih teruja dan lebih berbangga untuk menjadikan diri mereka lari daripada kelompok melayu islam yang menjadi tanda pengenalan mereka.Lebih menyayat hati apabila mereka lebih terarah untuk menjadi pengikut kepada parti yang jelas menolak perpaduan dan yang paling ketara golongan muda melayu islam kini seolah-olah tidak peduli tentang erti secalit undi yang bakal menentukan warisan mereka akan hidup sama seperti mereka pada hari ni atau sebaliknya.Mereka lupa dengan segala yang mereka ada ini dengan sejuta keselesaan dan keamanan adalah hasil garapan pimpinan negara yang tidak pernah berputus asa untuk melindungi aset-aset negara ini daripada terlepas kepada mereka yang tidak pasti matlamatnya.Mereka seolah-olah ingin hidup dalam dunia mereka sendiri tanpa di sedari warisan mereka akan datang akan merasai beban yang lebih menghimpit kehidupan.
Segala yang ada dengan kita sekarang mesti kita pertahankan habis-habisan demi sebuah keamanan dan kedamaian.Walaupun terpaksa sekali lagi mengalirkan darah sekalipun kita mesti pertahankan hak-hak kita demi untuk generasi masa hadapan.Melayu islam jangan sesekali gah menjadi juara penderhaka hanya kerana kemanisan sekelip mata yang di hidang kerana resepi bukan daripada kita yang akhirnya menjadikan kita merempat dan menagih simpati di tanah sendiri.Genggamlah bara api hingga jadi arang walau sudah pasti tangan melecur kerana yang penting melayu islam mesti bersatu hati dalam apa juga keadaan demi masa hadapan anak-anak kita yang akan menakhoda zaman...wassalam