Rabu, 16 Februari 2011

Berjiwa Besarlah Saudara

Bila sudah namanya manusia..
maka tidak dapat tidak mereka akan ada perasaan-perasaan yang selalu menjadikan diri mereka..
cepat lupa pada asal keadaan..
Kalau dulu mereka bukan sesiapa..
malah terlalu naif untuk mengenali nikmat dunia kerana kemiskinan yang menimpa..
tetapi apabila di bukakan pintu rezeki yang melimpah ruah kepada mereka..
terus mereka lupa pada asal kejadian sebelumnya.
Dulu mereka tidak mengenal kuasa itu bagaimana..
lalu mereka selalu memanjatkan doa kepada Yang Kuasa..
agar di berikan kepada mereka kenikmatan dunia..
supaya mereka dapat terus mencipta kehidupan..
yang semakin hari semakin tersiksa kerana mengejar isi perut dunia.
Namun apabila kuasa ada di tangan mereka..
mereka mudah lupa siapa yang memberinya malah lebih jauh lagi terus merompak segala nikmat dunia.. kerana kuasa di genggaman tangannya..
hingga terlupa ajal yang akan menjemputnya
Musim pilihanraya kini menjelang tiba.. dengan berbagai berita yang bukan sahaja meluluhkan jiwa mendengarnya..
gara-gara perbuatan mereka terhadap rakyat jelata..
namun tetap mereka ingin rakus merebut kuasa ..
sedangkan pada pandangan mata manusia.. mereka sebenarnya sudah tiada apa.
Hanya nama yang gah berjela-jela..
dengan pangkat tetapi miskin dengan perangai yang meloyakan mata..
Mereka terus bertahan demi kuasa..
walaupun menyedari rakyat dah mula mengerling..
apabila mereka kunjung tiba pada hanya musim pilihanraya.
Akhirnya parti yang menjadi mangsa..
gara-gara manusia seperti mereka..
yang tidak pernah puas berkuasa..
walau hakikatnya mereka bagaikan si kurap yang berbaju kemeja.
Mereka ini bagaikan raja..
sesedap hati mengatur rencana..
agar kuasa terus menjadi miliknya hingga termuntah jelata melihatnya..
Namun mereka terus bermaharajalela..
kerana menganggap tiada siapa yang bisa menumbangkannya..
tanpa sedar ada kuasa yang melebihinya.. yang menunggu masa untuk mengalihkannya..
Apakah harta terus menjadi taruhannya..
atau kuasa menjadi impiannya hingga mati ingin bersama-sama?
Berjiwa Besarlah wahai saudara agar parti keramat terus di puja dan menjadi pembela kepada agama dan bangsa selama-lamanya....wassalam

Rabu, 9 Februari 2011

Masanya Hampir Tiba

Sudah banyak kali kita mendengar cerita tentang penghakiman rakyat akan tiba tidak berapa lama lagi.Bukan sekali dua malah berkali-kali dengan beberapa kejutan di buat oleh kompenan BN khususnya dalam parti Umno.Dato Seri Najib (DSN) selaku perdana menteri malaysia merangkap presiden umno semakin hari semakin sibuk dengan agenda memperkasakan parti.

Sebagai presiden yang baru dan juga perdana menteri maka sudah pasti DSN ingin melihat kecemerlangan yang akan di gapai oleh beliau sekiranya PRU13 berlaku dalam tahun 2011.Sebolehnya beliau ingin mendapat majoriti 2/3 kerusi parlimen yang telah gagal di pertahankan semasa tsunami 2008 yang mengakibatkan banyak agenda kerajaan terbantut kerana kekurangan kerusi majoriti.Tsunami yang telah melanda Umno dan juga Bn telah memberikan impak yang cukup besar kepada kerajaan sehingga mengakibatkan berlaku peralihan kuasa yang sememangnya amat-amat di perlukan oleh kompenan Bn khususnya Umno.Akhirnya peralihan kuasa secara aman telah berjaya di lakukan walaupun pada ketikanya menjadi saat-saat genting kepada penyokong parti.

Namun kesemua itu telah berjaya di lakukan yang akhirnya menjadikan DSN sebagai PM ke6 dalam sejarah tanahair.Kini semua mata tertumpu kepada gerak kerja DSN dan pimpinannya dalam mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kompenan BN yang telah lebih 53 tahun menjadi kuasa pemerintah negara yang di ketuai oleh parti Umno.Berbagai usaha telah pun di lakukan oleh DSN agar segala amanah yang di pikul oleh beliau akan dapat di lunaskan dengan penuh kejujuran walaupun ada beberapa perkara yang sememangnya sukar untuk memuaskan hati semua rakyat yang akhirnya menimbulkan persoalan yang sedikit sebanyak berjaya di himpit oleh pihak pembangkang untuk di jadikan sebagai peluru bagi membedil pihak kerajaan.

Contoh terbaru ialah betapa kejayaan negara pimpinan kompenan BN ini telah berjaya mengeluarkan beribu-ribu rakyat malaysia dari  terheret dalam kancah pergolakan di mesir di mana rakyatnya begitu ingin menumbangkan regim Hosni Mubarak.Dalam masa hanya tidak sampai seminggu kesemua rakyat telah berjaya di pindahkan dengan selamat walaupun pada mulanya pihak kerajaan dikecam kerana lambat untuk memindahkan mereka keluar dari bumi mesir.Kejayaan luar biasa yang telah di pamerkan oleh pihak terbabit telah menutup semua mulut-mulut yang bercakap sebelum ini yang sememangnya tahu tentang selok belok dan karenah birokrasi negara-negara arab yang cukup teruk yang telah sedikit sebanyak merencatkan proses pemindahan tersebut.Tiada kata secantik bahasa selain daripada ucapan terima kasih daripada rakyat malaysia tersebutkepada kerajaan  khususnya daripada para ibu bapa yang cukup bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka yang berada jauh di perantauan sana lebih-lebih lagi dalam kancah politik yang sememangnya menakutkan di mesir.

Pun begitu masih ada lagi suara-suara sumbang yang berterusan mempertikaikan kejujuran pimpinan kerajaan dalam hal ini seolah-olah mereka tidak pernah puas dalam mencari kelemahan biarpun sudah terbentang di hadapan mereka kekuatan yang tiada toloknya jika nak di bandingkan dengan negara-negara jiran dalam hal ini.Segala perbelanjaan pihak kerajaan keluarkan dalam ops piramid ini juga di pertikaikan seolah-olah mereka lupa bahawa keprihatinan kerajaan dalam kes sebegini memang tidak dapat di nafikan sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra sebagai PM yang pertama.Itulah keluhuran dan keikhlasan pihak kerajaan dalam menunaikan kewajipan sebagai pemerintah yang sama sekali tidak dapat dipertikaikan lagi.

Begitulah gerak kerja dari seluruh jabatan dan kementerian di bawah PM ke 6 ini yang begitu komited dalam membuktikan bahawa tiada satu kuasa kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan malaysia.DSN sendiri telah turun padang untuk mendengar sendiri dari hati ke hati akan segala yang terpendam bukan sahaja di kalangan rakyat malah kalangan anak buah beliau sendiri yang terdiri daripada ahli parlimen dan juga dewan undangan negeri.Beliau tidak jemu-jemu untuk terus memperkenalkan slogan beliau dalam memastikan segalanya memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.Dsn begitu bersungguh-sungguh demi memastikan keputusan PRU13 yang akan berlaku kelak memihak dengan penuh cemerlang kepada kepimpinan beliau.

Namun jika hanya DSN sahaja yang beria-ria ingin melakukan perubahan samada daripada peringkat parti mahupun rakyat tetapi para pendekarnya masih lagi di takuk lama dengan stail yang sudah lapok di telan zaman sudah pasti akan menghancurkan impian untuk meraih kemenangan.Pihak pucuk pimpinan di bahagian harus juga mengikut rentak tari DSN agar kemenangan yang di raih pada 2008 dapat di pertahankan manakala kekalahan yang di terima semasa 2008 bertukar ganti dengan kemenangan pada PRU13 kelak.Para pendekarnya juga harus mempunyai jiwa yang besar sekiranya tidak terpilih sebagai calon untuk terus bersama menyokong parti kerajaan agar kemenangan mutlak dapat di realisasikan.Hanya dengan kesungguhan dan semangat sanggup berkorban sahaja akan dapat mengembalikan semula negeri-negeri yang telah di rampas pembangkang pada 2008.

Dengan segala kesungguhan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada DSN sendiri sudah tentu kecemerlangan pasti mampu di raih apalagi adanya kerjasama daripada wakil-wakil kompenan BN dalam kawasan masing-masing.Buangkanlah segala sifat keji didalam diri masing-masing dan lebih menumpukan kepada kekuatan parti supaya segala perancangan dapat di laksanakan dengan lancar.Jiwa yang besar perlu ada pada setiap kepimpinan bahagian agar parti dapat meletakkan bakal calon-calon yang bukan sahaja berwibawa dan cakna pada rakyat tetapi dapat membawa obor kegemilangan Umno dan BN dalam PRU13 nanti.Kita mendoakan yang paling baik dan paling cemerlang kepada barisan kepimpinan negara khasnya daripada pimpinan Umno.Bersatu Bersedia Berkhidmat akan terus menjadi amalan tradisi yang akan terus membawa negara ini menuju puncaknya bersama dengan keharmonian rakyat yang berbilang bangsa dan agama...wassalam

Ahad, 6 Februari 2011

Antara Aku,Dia Dan Kamu

AKU masih sama seperti dulu..terus berjuang tanpa mengenal rasa putus asa untuk mempertahankan agenda 3 perkara yang di sertai bersama rukun yang 5..Agenda agama,bangsa dan tanahair menjadi pusat pada perjuanganku sementara rukun yang lima iaitu rukun negara dan rukun islam menjadi pelengkap yang begitu teguh di belakangnya..

2008 merupakan tahun yang amat pedih bagiku kerana kehilangan beberapa negeri ke tangan pembangkang kerana tsunami politik yang bukan ditakdirkan tapi di rencanakan gara-gara kerakusan segelintir manusia yang baru mengenal kuasa untuk mencuba perisa yang mendebarkan dada sehingga hampir2 tumbang kerajaan sedia ada kerana sikap buruk manusia yang asyik mengejar kuasa.

Namun nasib masih menyebelahi ku kerana mungkin masih ada lagi sebilangan mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan mereka hingga di berikan peluang kedua untuk mereka menebus dosa terhadap rakyat jelata..Tapi masihkah ada sebutir mutiara yang bukan hanya gah di persada malah sinarnya yang cukup mempersona mampu untuk menarik jelata bersama-sama pertahankan negara?Atau mutiara akan menjadi semakin  redup cahayanya kerana gilanya sang peneroka untuk terus menerus menzalimi jelatanya akibat tidak mendengar kata hingga ranap segala-gala dalam sekelip mata ke tangan mereka yang semakin teruja untuk berkuasa?

Masih mampukah mutiara untuk kekal bercahaya menjadi penyuluh setiap jiwa yang bergantung harap kepadanya tatkala gelombang ke2 semakin tiba pada hujungnya dengan seribu macam sandiwara dari sang penglipur lara yang semakin sedap mengolah cerita hingga menikam jiwa setiap babak ceritanya? bagi aku kesemuanya akan di hadapi walau sehebat tsunami yang telah  meragut ribuan nyawa kerana janji ku tetap tiada nilai gantinya.

DIA pula asyik menabur cerita yang semakin mempersona kerana pakatan mereka semakin berjaya katanya.Dulu dia hanya keseorangan sahaja menjaja cerita untuk membutakan jelata tanpa perlu memikir padahnya terhadap negara yang kini akhirnya semakin hampir di jaja kerana kerakusan dia dgn pakatannya.

Dia cukup bersahaja dalam berkata-kata apalagi membuat dusta hingga menjadi kebanggaan penyokongnya tiap kali menjelma menampakkan wajahnya.Kawan pakatannya pula semakin luas senyumannya kerana dia dah menjadi semakin alpa menurut kehendak mereka hingga tiada lagi rasa sayang kepada saudara seagama dan sebangsanya.Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan niat terlaksana walaupun dia terpaksa mengalah pada bukan tempatnya.

Dia lebih rela bersalam dengan mereka yang bukan seagama dan sebangsa dan menolak perpaduan demi keutuhan negara.Katanya dia semakin kuat kuasanya tanpa dia sedari ada rencana di belakangnya untuk memperkudakan dia sementara mereka  belum mendapat kuasa.Dia lebih rela melacurkan agama kerana baginya mereka semakin menghampiri agamanya sedangkan mereka hanya mempergunakan sahaja kerana dia lebih mengetahui hukumnya.Akhirnya agama dia di permainkan mereka kerana dia merelakan dan mengatakan kesemuanya adalah demi kebenaran semata.

Apakah dia akan kembali sebelum menutup mata dan sebelum kuasa di rampas mereka?Atau dia akan terus bersama pakatannya demi menjahanamkan negara serta jelata apabila kuasa tiada lagi di tangan kita?Semoga dia akan  cepat sedar dari lena.

KAMU pula semakin tiada arahnya kerana kamu tidak perlu kepada aku dan dia.Bagi kamu semuanya cukup meloya hinggakan melihat kami seperti melihat orang tanpa kepala.Sedangkan kamu berada kerana kami berdua yang setiap hari bermasam muka untuk melihat kamu gembira.Kamu juga seperti kami berdua yang punya agama dan bangsa yang sama dalam tanahair tercinta.

Kamu menjadi semakin dewasa hingga lupa tanggungjawab pada negara yang akan terlepas ke tangan mereka yang durjana.Kamu lebih suka dgn hilai ketawa diselang seli tangisan gembira tanpa kamu mengetahui duka yang bakal menimpa yang akan menghirup segala udara.Kamu lebih rela untuk hidup berjaya daripada bersama pertahankan negara dengan secalit undi yang cukup berharga sebagai  anak bangsa.

Kamu bagaikan cukup terpesona dengan kenikmatan dunia yang sementara sedangkan negara semakin sengsara kerana anak bangsanya hanyut entah kemana apabila di tagih khidmat mereka.Kamu bagaikan tidak apa sekiranya negara bertukar kuasa kepada bangsa yang dulunya tidak punya apa-apa kerana kamu mahu hidup bergembira selamanya.

Ingatlah anak bangsa bahawa antara AKU,DIA dan KAMU adalah bersaudara.Kita berada dalam satu tanah yang merdeka berbumbungkan langit udara kebebasan hasil keringat pejuang terdahulu.Tidakkah boleh kita bersama-sama demi pertahankan negara untuk generasi kita yang bakal tiba?Tiada salah untuk bersama jika agama menjadi ikatan pada kita bertiga kerana itulah suruhan Allah dan Rasulnya...wassalam

Ahad, 30 Januari 2011

Bersatu Demi Keamanan Dan Kekuatan

Sifat bangsa melayu islam yang terlalu bertolak ansur kadangkala amat merugikan.Kerugian yang di tanggung bukan sahaja melibatkan sesetengah perkara yang remah tapi kini kepada perkara-perkara yang boleh di anggap induk kepada teras negara ini.Contoh yang baru saja berlaku ialah dalam peristiwa buku Interlok yang kini terpaksa pihak berwajib memotong sebahagian perkataan yang dikatakan boleh mengguris hati sebuah bangsa di dalam negara ini sedangkan pada hakikatnya ianya adalah sesuatu yang biasa kita dengar setiap hari sejak dari dahulu lagi.Tetapi kerana akhir-akhir ini kerapuhan yang amat ketara bangsa melayu dalam perpaduannya telah digunakan sepenuhnya oleh mereka yang berkepentingan untuk menjadikan isu ini sebagai isu nasional hingga menggegarkan seketika keamanan negara ini dengan kejadian tunjuk perasaan beberapa kerat mereka yang telah di upah untuk mengadakan demontrasi menolak buku tersebut daripada terus di guna pakai sebagai buku rujukan bagi sistem persekolahan.
Bangsa melayu yang terkenal dengan adab dan sopannya serta disusuli dengan kekuatan tiang sendi agama islam sebagai pegangan bangsa melayu telah menjadikan sifat-sifat terpuji memang tiada tolak bandingnya jika hendak di bandingkan dengan mana-mana bangsa di dunia ini.Amalan tradisi melayu serta kekuatan islam tu sendiri yang senantiasa harum sepanjang zaman telah melengkapkan satu pakej yg cukup sempurna bagi bangsa melayu islam di negara ini untuk menunjukkan sifat tersebut.Lantaran itulah sejak dari pemerintahan melayu melaka hingga sekarang,bangsa melayu islam di puji sebagai bangsa yang selalu menggalakkan perdamaian meskipun terpaksa memendam rasa kecewa namun demi untuk keamanan maka walau pahit sekalipun di telan lumat oleh bangsa ini.
Hasilnya sedikit demi sedikit segala kekayaan dan keistimewaan bangsa melayu islam ini semakin terhakis dek kerana terlalu menjaga hati mereka yang dulunya hanya ingin menumpang tuah kekayaan tanah ini.Segala apa yang di pinta mereka pasti akan sedaya upaya bangsa melayu islam ini cuba untuk memenuhi kehendak asalkan keamanan dan kedamaian negara ini terjamin.Si pendatang pula semakin angkuh dan berlagak kerana merasakan mereka semakin hari semakin menjadi kuasa penentu dan pencatur pada parti-parti yang di anggap mewakili kaum melayu islam.Semakin banyak ragam dan karenah yang terpaksa di layan gara-gara kerapuhan perpaduan dalam bangsa melayu islam sehingga kini.Bagaikan tiada lagi titik noktah untuk melihat perpaduan sesama bangsa dan agama dalam erti permuafakatan melayu islam kerana masing-masing cuba untuk menjadi hero walaupun ada yang terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan yang selama ini menjadi dokongan mereka.
Ibarat orang mengantuk di hulurkan bantal maka begitulah juga yang telah terjadi kepada parti-parti terbesar umat melayu islam ini apabila mereka dengan mudah digula-gulakan dengan muslihat yang cukup tersirat maknanya oleh tangan-tangan pendatang yang semakin tidak sabar untuk menakluk negara ini selepas lebih 53 tahun merdeka.Mereka sanggup menggadai dan menjual maruah bangsa dan agama bahkan lebih dajal lagi menggunakan segenap peluang yang ada untuk memastikan hasrat menakluk bersama dengan tangan-tangan ini dapat  menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat ini hinggakan menggunakan agama sebagai senjata utama dalam mencapai cita-cita mereka.Keretakan yang semakin ketara dalam perpaduan melayu islam  dapat di hidu oleh anasir-anasir luar yang selama ini begitu teruja untuk menikmati keistimewaan dan kelebihan dalam negara ini dengan cara mencatur permainan yang pada kacamata kasarnya tidak mampu di olah oleh bangsa melayu islam ini.
Mereka dengan mudah menggunakan beberapa kerat nama-nama pimpinan melayu islam yang terlalu teruja untuk menjadi pemerintah yang sanggup melalukan apa sahaja asalkan niat utama terlaksana walaupun terpaksa memejam mata dan memekakkan telinga tetapi demi untuk berkuasa maka mereka sanggup untuk menghalalkan segala cara.Seolah-olah kini perpaduan melayu islam telah tiada di mata mereka kerana begitu terkasima dan teruja untuk menjadi orang yang berkuasa walaupun hakikatnya adalah badut boneka mata.Generasi muda dengan mudah pula termakan hasutan daripada agen-agen mereka kerana terlalu percaya dan mudah sgt terpedaya dengan raut muka yang gemerlap bagaikan permata yang di sebaliknya adalah berpura-pura.Dengan segala kemajuan dan teknologi terkini,generasi melayu islam terus terpesona dan hanyut tanpa mereka sedari segala gerak geri dan perlakuan mereka di perhati dengan penuh minat oleh tangan-tangan luar yang hanya menunggu saat dan ketika untuk menakluk negara.Mereka kini lupa akan segala yang mereka kecapi ini adalah hasil perjuangan dan penat lelah para pejuang melayu islam dahulu yang sanggup menggadai segalanya demi untuk terus melihat anak cucu cicit mereka tetap menjadi tuan kepada tanah ini
Keringat peluh yang menitis dan darah pahlawan yang mengalir kini bagaikan sudah di lupakan oleh generasi muda  gara-gara sejarah dahulu tidak lagi di anggap sebagai siraman semangat mereka.Mereka lebih teruja dan lebih berbangga untuk menjadikan diri mereka lari daripada kelompok melayu islam yang menjadi tanda pengenalan mereka.Lebih menyayat hati apabila mereka lebih terarah untuk menjadi pengikut kepada parti yang jelas menolak perpaduan dan yang paling ketara golongan muda melayu islam kini seolah-olah tidak peduli tentang erti secalit undi yang bakal menentukan warisan mereka akan hidup sama seperti mereka pada hari ni atau sebaliknya.Mereka lupa dengan segala yang mereka ada ini dengan sejuta keselesaan dan keamanan adalah hasil garapan pimpinan negara yang tidak pernah berputus asa untuk melindungi aset-aset negara ini daripada terlepas kepada mereka yang tidak pasti matlamatnya.Mereka seolah-olah ingin hidup dalam dunia mereka sendiri tanpa di sedari warisan mereka akan datang akan merasai beban yang lebih menghimpit kehidupan.
Segala yang ada dengan kita sekarang mesti kita pertahankan habis-habisan demi sebuah keamanan dan kedamaian.Walaupun terpaksa sekali lagi mengalirkan darah sekalipun kita mesti pertahankan hak-hak kita demi untuk generasi masa hadapan.Melayu islam jangan sesekali gah menjadi juara penderhaka  hanya kerana kemanisan sekelip mata yang di hidang kerana resepi bukan daripada kita yang akhirnya menjadikan kita merempat dan menagih simpati di tanah sendiri.Genggamlah bara api hingga jadi arang walau sudah pasti tangan melecur kerana yang penting melayu islam mesti bersatu hati dalam apa juga keadaan demi masa hadapan anak-anak kita yang akan menakhoda zaman...wassalam

Selasa, 25 Januari 2011

Jangan Bermain Api

Kadangkala kita sebagai manusia lupa bahawa semua yang terjadi dalam kehidupan kita telah di takdirkan dan mempunyai hikmah di sebaliknya.Persetujuan semasa kita di alam roh telah membawa kita ke alam dunia hingga kita lupa betapa lemahnya kita sebagai makhluk ciptaanNya di atas muka bumi ini.Tetapi sifatnya manusia yang mempunyai darah hitam di dalam tubuhnya di tambah dengan hasutan iblis dan syaitan yang akan berterusan menghasut anak-anak adam ini sehingga hari kiamat telah menjadikan manusia sebahagiannya berjaya mereka pesongkan dan menjadi pemyembah tuhan selain Allah Taala.
Apatah lagi umat islam yang senantiasa menjadi buruan utama iblis dan syaitan ini untuk menganggu-gugat keimanan mereka terhadap Allah dan Rasulnya dan mengajak umat islam utk berlaku syirik dan jahat tidak sepertimana suruhan daripada Pencipta dan UtusanNya.Lantas semakin hari semakin kita dapati ramai di antara mereka umat islam kini yang begitu mudah terpesong kerana bisikan-bisikan jahat iblis dan syaitan yang semakin bermaharajalela.Mereka yang kuat agamanya tetapi membawa banyak penyelewengan akidah kini muncul bagaikan tumbuhnya kulat selepas hujan kerana keadaan semasa yang ingin terjadi sebegitu.Hasilnya kita dapati terlalu banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam pandangan islam kini telah pun berlaku dan semakin bertambah hari ke hari.Persepsi masyarakat khususnya umat islam yang memandang mulia martabat terhadap mereka-mereka yang tinggi ilmu agamanya telah di gunakan sepenuhnya oleh sebahagian besar daripada merekka untuk menarik perhatian masyarakat umat islam menyokong dan mendokong apa jua yang mereka lakukan walhal sudah terang bahawa segala yang di lakukan adalah salah sama sekali pada pandangan agama.
Namun kesemua itu bagaikan hilang di tiup angin kerana kepandaian golongan ini mengaburi pemikiran penyokong dan pendokong dengan berbagai gaya tafsiran yang boleh berubah mengikut peredaran masa sedangkan al quran dan al hadis akan kekal segala isi nya hingga hari kiamat.Kerakusan golongan ini terhadap makna kuasa semakin kuat apabila sanggup untuk bersekongkol dengan golongan yang tidak sebangsa malah seagama untuk menghapus atau mengalahkan golongan yang seagama dan sebangsa dengan mereka demi untuk mencapai matlamat mereka.Senjata agama di jadikan sebagai umpan terbesar bagi mereka untuk meraih perhatian dan sokongan rakyat dalam memastikan agenda untuk mengalahkan saudara seagama sebangsa mereka tercapai.Tiada lagi kemanisan iman dan ihsan dalam diri mereka yang layak di panggil pewaris nabi bahkan raut muka mereka tidak lagi mampu menzahirkan ketenangan agama yg di amalkan gara-gara ketaksuban mereka dalam mengejar impian hingga sanggup menghalalkan apa juga cara asalkan niat dan agenda mereka cepat terlaksana.
Mereka sanggup untuk terus bermain dengan pentafsiran-pentafsiran yang akhirnya akan merugikan umat islam dan bangsa melayu di negara ini lebih-lebih lagi untuk generasi muda yang akan menjadi pelapis pimpinan negara.Mereka sanggup untuk terus bermukah gara-gara merasakan kuasa semakin hampir di gapai hinggakan ada sebahagian mereka tidak lagi menjunjung tinggi kedaulatan negara malah semakin berani mencabar dan memperkosa keamanan yang dulunya cukup terpelihara.Mereka bagaikan dajal terus memporak-perandakan kedamaian dan keamanan dalam negara ini dengan seribu satu muslihat agar keutamaan mereka menakluk menjadi realiti.
Sampai bilakah kita harus sebegini?menjadi pengkhianat kepada agama,bangsa dan tanahair sendiri kerana ketamakkan yang bertakhta di hati?Apakah kita sanggup melihat agama,bangsa dan tanahair yg kita cintai musnah gara-gara kelalaian sendiri?Apakah kita mampu dan tenang untuk meninggalkan legasi kita dengan suasana dan keadaan yang penuh porak peranda?Apakah kita mampu untuk menjanjikan ketenangan dan kedamaian kepada warisan kita sekiranya kuasa tidak lagi berada di tangan?Apakah kita cukup pasti mereka yang bukan seagama dan sebangsa akan membela dan menjunjung tradisi apabila kita sendiri menyerahkan kuasa kepada mereka?Kalau kita tidak pasti maka jangan bermain dengan api yang pasti akan membakar segala janji...wassalam

Ahad, 23 Januari 2011

Damaikanlah Antara Dua Parti

Ada sesetengah melayu islam di malaysia bila di ajukan persoalan-persoalan tentang perdamaian maka cuping telinga mereka cepat sangat menjadi panas.Panasnya pulak semacam lahar gunung merapi yang baru-baru ini memuntahkan kepanasannya setelah sekian lama menyepi.

Malah ada antara mereka sengaja mencari alasan yang tak munasabah kerana nak melarikan diri drpd berdamai sedangkan islam telah mengajak umatnya untuk berdamai dan membina kekuatan ummah melalui perdamaian.Apatah lagi dalam negara ini yang berbilang bangsa dan agama serta adat-adat tradisinya yang memerlukan konsep sebegini demi untuk melihat secara berterusan kekuatan melayu islam terus kukuh dan dihormati.

Tonggak kekuatan melayu islam adalah daripada dua parti terbesar iaitu UMNO dan PAS sementara PKR hanyalah sebahagian daripada parti yang menumpang nasib untung daripada PR yang tidak pernah sebulu dalam persamaan ideologi mereka yang sehingga kini masih lagi kekal misteri konsep pakatan mereka walaupun pihak pakatan beria2 mengatakan bahawa konsep mereka telah di terima oleh kesemua pimpinan PR.

UMNO dan PAS adalah suara melayu islam tulen dalam terus memperjuangkan nasib agama dan bangsa dari dulu sehingga sekarang cuma bezanya mereka bukan daripada kompenan atau pakatan yang sama malah kedua parti ini seringkali bertelagah khususnya dalam menidakkan kelebihan dan kelemahan masing-masing.Mereka sebolehnya cuba untuk mengatakan bahawa parti merekalah yang paling baik dan patut menjadi pilihan orang melayu islam sedangkan jika mereka bergabung sudah pasti satu konsep perkongsian kuasa yang cukup mantap dan padu dalam mentadbir negara ini akan dapat mereka sajikan kepada rakyat malaysia.

Kekuatan kedua parti ini dalam bidang masing-masing cukup terbukti hebat tetapi sayangnya sehingga hari ini kedua parti ini masih terus dengan nada angkuh dan bongkak serta tidak mahu bertolak ansur bila persoalan untuk melihat konsep kerajaan perpaduan di timbulkan.Lebih malang apabila parti yang bertunjangkan islam ini telah memberikan alasan peristiwa lampau parti mereka sebagai pengajaran bagi pimpinan utama parti ini seolah-olah luka yang tak mungkin akan sembuh biar pun untuk beberapa puluh tahun lagi.Sifat angkuh dan sombong mereka ternyata lari daripada konsep islam yang begitu menitik-beratkan tentang konsep persaudaraan sesama saudara islam.

Dalam pada masa yang sama juga harus di akui bahawa ada tangan-tangan ghaib begitu cuak dan sangsi yang sebolehnya tidak mahu melihat konsep perpaduan terjadi apabila UMNO menghulurkan tangan perpaduan kerana mereka tidak mahu melihat pergabungan kuasa melayu islam akan menjadikan agenda tersirat mereka terhadap negara ini akan  menjadi sia-sia.

Dan sehingga saat ini mereka amat gembira kerana usaha untuk melihat penggabungan parti-parti melayu islam masih lagi samar dan terlalu jauh untuk di meterai gara-gara sesetengah sikap pimpinan kedua parti melayu islam ini yang masih lagi berlagak sebagai jaguh tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku kelak pada generasi melayu islam.Mereka terus melalak mengatakan bahawa parti merekalah yang paling berhak dan paling berwibawa hingga menimbulkan rasa yang tidak aman khususnya kepada nasib dan masa depan generasi baru melayu islam kerana pimpinan mereka masih lagi bertelagah sedangkan dalam masa yang sama nasib agama dan bangsa semakin hari semakin tercalar maruahnya.

Kecelaruan ini telah memberi keuntungan yang tidak ternilai kepada mereka yang begitu beragenda untuk menguasai negara ini apabila tiba saatnya setelah mereka menguasai kek ekonomi sejak dari dulu lagi untuk terus bertapak kukuh sebagai kuasa politik dari hari ke hari.

Yang rugi adalah generasi baru melayu islam sekiranya masih lagi tiada noktah untuk melihat konsep perpaduan kedua parti utama melayu islam ini bergabung dan seterusnya membawa untung nasib agama dan bangsa gah selamanya.Kerana yang cukup pasti ialah apabila kuasa politik negara ini berpindah tangan kepada mereka yang bukan agamanya islam dan bangsanya melayu maka seribu satu kedajalan akan berlaku kepada nasib bangsa  melayu dan agama islam.Sebelum terlambat berusahalah wahai para pimpinanku melayu islam untuk menjadikan konsep perpaduan  ini sebagai kenyataan kerana keamanan dan kemakmuran negara ini terletak dalam tangan anda demi generasi baru melayu islam..maka damaikanlah antara dua parti ...wassalam

Rabu, 19 Januari 2011

Mampukah Lagi Melayu Islam Itu Tersenyum?

Semakin hari semakin banyak ragam orang-orang melayu yang tidak kering idea untuk memanaskan suhu politik tanahair.Yang lama berkuasa terus rakus menunjukkan taringnya manakala yang baru mengenal kuasa semakin haloba menurut kata nafsu mereka.Bagaikan tiada lagi unsur-unsur kemelayuan dan keagamaan dalam diri setiap melayu yang di angkat rakyatnya untuk menjadi pemimpin dan seterusnya memikul amanah yang paling berat di atas dunia ini iaitu menjadi khalifah.
Orang-orang melayu kini semakin hilang rasa malunya malah menjadi semakin berlagak serta angkuh bahkan keegoan yang melangit tingi dalam diri mereka telah menjadikan mereka ini menjadi kurang ajar bukan sahaja kepada bangsa mereka sendiri tetapi kini sanggup untuk menyembah derhaka kepada penjaga bangsa dan agama.Sebahagian pimpinan melayu islam ini seolah-olah bagaikan di pisahkan oleh petala-petala langit dan bumi yang menzahirkan diri masing-masing untuk terus bertelagah sesama sendiri hingga akhirnya merugikan generasi baru.Mereka menjadikan medan poliltik yang kini bebas tanpa had dan sempadan sebagai medan utama menunjukkan kekuatan masing-masing malah berjanji dengan sejuta keistimewaan hingga sanggup untuk memperbodohkan diri mereka sendiri dengan menjadi tali barut mahupun kuda tunggangan orang lain.
Seolah-olah kini langit melayu bagaikan menjadi tanda nama sahaja kerana melayu-melayunya kini asyik bercakaran dan saling ingin menunjukkan kejantanan tanpa lebih utama untuk menghitung nasib rakyat melayu yang semakin di heret oleh kancah mainan seribu satu dusta.Mereka lebih rela melihat rakyatnya tidak tentu arah dengan sesekali memberikan kata-kata puitis sebagai penyedap bicara agar perhatian rakyat terhadap kehidupan mereka menjadi tidak ketara.Tiada rugi diri mereka sebagai pimpinan rakyat kerana masing-masing sudah pasti ada harta berjuta walaupun rakyat mereka terus melara memikirkan untung nasib seharian sebelum mereka menutup mata.Tetapi ingatkah mereka sebagai khalifah akan dosa dan azab sengsara gara-gara berlaku durja terhadap jelata?Atau mampukah mereka menebus dosa dengan memberikan ribuan juta ringgit kepada jelata kerana nyawa di hujung senja?Setinggi manakah nilai sebuah bangsa dan agama bagi mereka-mereka yang berbuat dusta?
Jangan akhirnya membiarkan melayu islam terus merenung duka berpanjangan gara-gara kita sebagai pimpinan terus bermaharajalela mencurah asid demi kekenyangan perut kita dan kroni kerana melayu islam perlu tersenyum bangga dengan pemimpin mereka yang berhati waja.Sanggup melepaskan dunia kerana rakyatnya..sanggup menjadi hamba kerana rakyatnya..sanggup melakukan apa sahaja kerana rakyatnya..kerana rakyatnya lah yang telah mengangkatnya menjadi mulia.Kemuliaan akan  kekal selamanya andai pimpinan mereka terus berusaha menjadikan melayu islam itu terus mengukir senyum walaupun sesekali di sepak terajang kerana keikhlasan mereka yang bernama pemimpin..wassalam