Ahad, 7 November 2010
Kebangkitan yang di tungu-tungu
UMNO kelantan kini mengorak langkah yang cukup padu sekiranya momentum kemenangan di Galas terus diperkemaskan sehingga tibanya PRU13 yang akan berlaku bila2 masa shj dari sekarang iaitu dalam masa 2thn dari sekarang mungkin terjadi..Kemenangan di Galas memang amat di tungu2 oleh seluruh ahli Umno dan juga jentera BN di kelantan kerana mood pengundilah yang paling penting utk melihat sejauh mana rakyat menerima konsep 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Najib (DSN)setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Badawi..Perubahan mendadak yang juga telah di lakukan oleh DSN selaku presiden Umno juga telah byk mengalih perhatian rakyat utk mula memandang kembali kepada kompenan BN yang diketuai oleh UMNO dengan konsep yang lebih terbuka dan lebih berani hanya semata2 DSN ingin melihat kekuatan kembali kpd parti melayu terbesar ini terutamanya menjelang PRU13 nnti..Hasilnya cukup memberangsangkan apabila satu demi satu kemenangan bermula di Hulu Selangor sehingga pada malam 4nov lalu mendapat 2 kemenangan terbesar seolah2 pukulan KO kepada parti pembangkang yang di ketuai oleh DAP..Pas selamanya akan menjadi parti ke3 apabila pakatan ini termeterai dengan satu lambang kelak kerana parti Pas ni lebih rela maruah mereka di perkotak katik oleh Anwar Ibrahim yang muncul sebagai perunding utama kepada penggabungan parti2 ini..Kekuatan Pas dengan sendirinya menjadi pudar serinya apabila parti ini bergabung kerana ideologi yang selama ini cukup padu mereka pertahankan sehinga muncul sebagai parti kedua terbesar bagi orang melayu berkecamuk dengan konsep berlainan daripada parti2 pakatan terutamanya DAP yang semakin hari semakin manggak(ego) dengan sokongan pengundi cina kepada mereka..Namun kesemua itu tidak pernah memadamkan hasrat DSN utk melihat BN kembali menjadi parti pilihan utama rakyat malaysia dengan idea2 berkonsepkan gagasan 1Malaysianya yang kini semakin diterima oleh rakyat khususnya orang cina dan india..Ketakutan mereka kini semakin pudar hari ke hari apabila DSN sendiri tidak jemu2 utk menterjemahkan visinya kepada seluruh rakyat agar menerima dengan baik perlaksanaan gagasan ini..Dalam diam rakyat mula bersetuju dan mula tersenyum lebar apabila gagasan ini bukan shj lebih adil malah lebih bersifat kemenangan pada semua bangsa di malaysia ini tanpa ada sedikitpun jurang perbezaan antara bangsa2 di malaysia ini..Hasilnya cukup jelas apabila PRK Galas dan Batu Sapi menjadi medan kemenangan terbesar kepada BN setelah melalui kemuraman pada PRK yang lepas dengan rakyat mulai kembali menyokong dasar2 yang diperkenalkan oleh BN..Setiap janji yang di kata akan di kota kerana DSN adalah pemimpin yang cukup terbuka orangnya sehinggakan setiap apa saja rungutan daripada rakyat sebolehnya beliau akan cuba laksanakan sekiranya benar2 perlu utk terus memacu kehebatan negara ini..Umno khususnya pimpinan di bahagian seharusnya menjadikan kemenangan di Galas sebagai pemacu kepada sebuah perjuangan utk merampas kembali kerusi2 yang kalah pada PRU12 lalu dengan lebih bersikap terbuka samada utk diri dan bahagian agar segala rungutan dan kehendak rakyat dlm bahagian dapat di dengar dengan jelas dan tidak hanya sekadar melepas batuk di tangga apabila sesuatu program di laksanakan..Pimpinan bahagian juga seharusnya meletakkan kepentingan parti mendahului diri sendiri agar parti akan kembali kukuh dan diterima kembali oleh rakyat dengan sanggup mengorbankan apa sahaja termasuk jawatan2 yang dipegang sekiranya mesej jelas daripada rakyat yang inginkan perubahan di terima..Nescaya jika ini berlalu dengan sikap pengobanan terbesar yang dilakukan oleh pimpinan bahagian maka tidak mustahil bukan sahaja kerusi parlimen 2/3 dapat UMNO dan BN raih dalam PRU13 malah kemungkinan besar kesemua 5 buah negeri yang dirampas oleh pembangkang dapat di tawan kembali..Siapa antara kita yang sanggup membela perbalahan dan juga penipuan atas nama kebenaran?Yang pasti kebenaran pasti muncul lambat laun..HIDUP UMNO!!HIDUP ISLAM!!..wassalam
Sabtu, 6 November 2010
Penangan Orang Lama
Penangan orang lama memang menjadi!!..begitulah sosek2 kedengaran dari warung2 kopi mahupun dalam ofis kerajaan serta swasta tentang kehebatan YBM Ku Li dalam menggalas kemenangan yg cukup besar dan bererti bukan sahaja kepada UMNO dan BN tetapi kepada sekumpulan manusia yang sememangnya cukup yakin akan kebolehan Ku Li sejak dulu sehingga kini..Bukan sahaja merampas kembali kerusi Galas tetapi majoriti yang melebihi 1000 undi sudah cukup membuka mata sekalian rakyat jelata khasnya para pimpinan Pakatan Rosak agar lebih berhati2 dan bermuhasabah apabila berdepan dengan orang lama dalam UMNO ini..Strategi yang cukup berkesan adalah peranan utama kepada kemenangan ini dengan Ku Li sendiri menjadi pengarah PRK ini kerana sememangnya semua pimpinan atasan parti sudah sedia maklum akan kekuatan Ku Li dalam bahagian Gua Musang(GM) yang akhirnya sebulat suara memberi kelebihan yang tidak pernah terfikir oleh pihak Pas khususnya apabila dengan penuh bermaruah dan rendah diri YBM Ku Li telah bersetuju utk menjadi jeneral bagi dun galas ini..Berbagai kecaman dan adu damba di mainkan oleh pihak pembangkang agar Ku Li tidak bersetuju utk menggalas harapan parti tetapi sayangnya harapan mereka ini utk melihat Ku Li menolak permintaan drpd MT UMNO tidak kesampaian gara2 kecetekan pimpinan pembangkang dalam menilai Ku Li yang sanggup berkorban demi UMNO..Sejarah telah byk mencatatkan bahawa perjuangan Ku Li terhadap parti keramat ini tiada noktahnya hinggakan jikalau ada yang masih lagi ingat sehingga kini bangunan UMNO yang berdiri megah didalam kawasan segitiga emas adalah hasil usaha beliau semasa menjadi bendahari UMNO..Dari situlah sejarah perjuangan beliau terhadap umno tiada titik noktahnya walaupun terpaksa menubuhkan parti S46 gara2 umno di haramkan tetapi utk memulihkan imej parti beliau telah berkorban jiwa dan raga agar parti terbesar orang melayu ini terus kekal selamanya dan terbukti kesetiaan Ku Li kepada umno cukup tinggi apabila menghulurkan salam persaudaraan dengan membubarkan S46 dan kembali kepada UMNO..Di sebalik kekalutan pihak pembangkang yang merasakan cemas dan debar yang amat sangat apabila sang jeneral ini mula menyusun langkah merampas kerusi drpd Pas ini,Ku Li terus menterjemahkan misi dan visinya kepada penduduk GM lebih2 lagi kepada para pengundi Galas yang semakin mual dan jeluak(muntoh)dengan perangai berpura2 parti yang membawa imej islam sedangkan habuk pun tarak malah lebih byk menabur janji2 manis terutamanya kepada penduduk orang asli di pendalaman..Segala usaha dan ikhtiar sudah lagi tidak mampu pihak Pas dan rakan2nya lakukan kerana mereka sendiri mengakui akan kehebatan Ku Li yang menjadi tulang belakang kepada Galas..Tidak perlu kepada ceramah umum utk menarik perhatian pengundi bahkan cukup dengan bergerak dari rumah ke rumah atau lebih tepat lagi terus kepada hati pengundi yang di amalkan oleh jentera BN hasil drpd strategi Ku Li kerana beliau lebih tahu ttg rakyat dalam jajahan takluknya..Hasilnya cukup mengkagumkan dengan peningkatan jumlah pengundi beralih kepada UMNO dan BN yang menyedarkan pimipinan PR bahawa mereka rupanya tidak sekuat yang dilaungkan sebagaimana ceramah2 umum mereka semasa pilihanraya ini..Mereka juga sedar bahawa kesetiaan Ku Li kepada parti keramatnya tidak boleh dijual beli bahkan kesengsaraan yang amat sangat apabila mengetahui anak raja ini yang menggapalai jentera dan seterusnya memberikan kemenangan yang cukup bermaruah serta bergaya kepada UMNO..Ku Li cukup tahu membezakan antara hak parti dan rakyat kelantan serta cukup tahu ttg susur galur politik negara khasnya dalam negeri serendah sekebun bunga ini..Ada yang percaya seandainya diberikan amanah kepada Ku Li utk menjadi Pengerusi UMNO negeri nescaya tersedak pimpinan PAS dan tidak tidur malam kerana keupayaan dan kelebihan Ku Li dari kacamata rakyat kelantan tiada tandingannya..ibarat barang lama tetapi mahal harganya begitulah juga YBM Ku Li yang terlalu bernilai bagi UMNO...wassalam
Jumaat, 5 November 2010
Galas-Kemenangan Yang Cukup Bermaruah
Dengan majoriti 1190 undi cukup mengembalikan maruah kompenan BN khasnya UMNO Kelantan yang selama ini mencari rentak kemenangan selepas kekalahan tipis di MU lalu..Segalanya terbukti di Galas apabila dengan kerjasama yang cukup padu dari semua jentera parti ditambah dengan persefahaman yang cukup kuat antara Ku Li dengan pimpinan BN telah menjadikan Galas sebagai tapak yang paling kukuh untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kelantan terhadap UMNO yang telah lebih daripada 20tahun menjadi parti pembangkang di kelantan..Kemenangan ini bagaikan kemenangan antara yang hak dan batil kerana sikap senohong Parti Islam Semborono telah menjadi racun pada parti mereka sendiri di mana akhirnya ikan gelama yang mereka berikan kepada rakyat rupanya selama ini adalah hasil curi yang telah memakan diri mereka di Galas..Orang Asal GM(Gua Musang)telah di janji dengan berbagai2 umpan terutamanya ttg hak tanah mereka yang telah gondong di tebas oleh tauke2 anak emas pimpinan parti kerajaan negeri kelantan dengan berwajahkan nama yang cukup manis di dengar tapi senak untuk di pandang..Nama yang manis di dengar kerana program Ladang Rakyat di perkenalkan semata2 utk mengabui perhatian rakyat kelantan akan tetapi mereka lupa ttg betapa senaknya mata apabila melihat pemandangan yang cukup2 menyedihkan hasil drpd penggondolan tanah yang berleluasa tanpa had kerana sikap rakus sesetengah pimpinan parti ini yang tidak pernah berhenti untuk mencari kekayaan hasil drpd kuasa yang mereka ada selama lebih 20 tahun ini..Tambah menyedihkan lagi apabila orang2 asal ini telah di ugut tidak akan lagi di berikan tanah sekiranya mereka ini tidak mengundi parti islam ini atau lebih tepat kalahnya parti mereka khasnya dlm PRK N45 ini sedangkan tanah2 yang telah diluluskan kepada tauke2 ini adalah tanah orang2 asal..Betapa kejamnya sikap pimpinan ini di sebalik senyuman manis2 pahit yang hanya mereka gunakan sebagai penyamaran seolah2 seperti si penyamun tarbus dlm filem ali baba bujang lapok yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan kuasa yang ada dapat di pertahankan sehingga byk penyelewengan akidah telah berlaku semenjak parti ni menjadi kerajaan negeri..Terbukti bahawa kebenaran dan kepalsuan akan terhidang di depan mata rakyat kelantan apabila Allah Taala menghendakinya dgn Galas telah menjadi bukti bahawa selama ini sudah terlalu lama rakyat kelantan khususnya penyokong2 parti islam semborono ini dimomok dengan berbagai2 cerita dongeng dan pentafsiran yang berbagai drpd al quran dan hadis semata2 kuasa!..Rakyat Galas telah memilih masa dan ketika yang tepat untuk memberi petunjuk juga panduan kepada seluruh rakyat negeri kelantan bahawa pembohongan Parti Islam Semborono ini dengan di pacu oleh pimpinan Pakatan Rosak tidak akan terus kekal lama kerana peningkatan yang cukup luar biasa dari sokongan pengundi pada 4 Nov lalu kepada Umno dan BN amat begitu ketara sehinggakan YAB Dato MB Kelantan telah mengajak para penyokong dan pendokong parti ini agar bersabar dan menerima kekalahan besar ini tetapi dalam hati beliau dan pengikutnya hanya tuhan yang tahu betapa mungkin pedih yang mencucuk ulam hati kerana segala janji2 manis mereka kini sudah lagi tidak laku di jual bahkan telah di tolak mentah2 umpama ikan gelama yang terkena minyak di lautan..Bukan sahaja kalah dengan majoriti yang besar bahkan terpalit pulak dengan insiden dimana pemberian wang yang boleh di anggap sebagai rasuah pilihanraya begitu jelas pada khalayak umum dengan gambar MB kelantan memberikan wang yang pada anggapan beliau sebagai wang saguhati kepada orang asal yang telah memeluk agama islam tetapi dalam saat2 genting seperti ini perkataan wang saguhati telah menjadi wang rasuah kerana saat dan ketikanya amat tidak kena..Begitulah apabila tuhan menghendaki sesuatu perkara itu terjadi sudah pasti akan terjadi walau secermat mana sekalipun hambanya rancangkan..Dalam kes ini maruah seorang yang berilmu tinggi telah tercalit seolah2 bagaikan manusia biasa sahaja yang kosong tanpa ilmunya hanya kerana kuasa!!..Matlamat menghalalkan cara demi tujuan mereka ini telah menjadi sindrom yang tidak sepatutnya terjadi kepada pimpinan yang kononnya menjadikan islam sebagai lambang parti bahkan boleh diibaratkan parti ini sama seperti pepatah yang berbunyi "ilmu yang tidak di amalkan adalah seperti pokok yang yang tidak berbuah"..sepatutnya parti islam ini menunjukkan contoh tauladan yang baik tapi sayangnya sebahagian besar pimpinann mahupun penyokong mereka hanya gah pada laungan takbir dan penzahiran sahaja sedangkan mereka gagal untuk menghayati setiap laungan dan seni tersebut bahkan seolah2 mereka ini kosong jiwanya dengan alunan syahdu ayat2 suci al quran dan al hadis yang sepatutnya menjadi penawar paling mujarab kepada mereka yang beria2 melaungkan islam..Ketaksuban mereka cukup ketara apabila pimpinan ini telah melanggar janji utk tidak mencemarkan isu2 peribadi terhadap Pengarah PRK Galas iaitu YBM Ku Li di mana saat2 akhir hari sebelum proses pengundian berjalan,mereka telah menuduh yang bukan2 terhadap anak raja berdarah rakyat ini sebagai tanda terdesak mereka untuk mengalih perhatian rakyat galas dari terus memberi sokongan kepada Ku Li..Namun semua tuduhan ini tidak diberi perhatian oleh pimpinan BN terutamanya Ku Li kerana bagi beliau yang paling penting ialah rakyat GM khasnya di galas lebih kenal jauhari daripada manikam dan terbukti betapa kerendahan diri seorang pemimpin besar seperti YBM Ku Li dengan kemenangan yang cukup besar UMNO dan BN disaat2 serangan peribadi terhadap beliau di lontarkan..Kalau di ikutkan dengan kesemua pimpinan utama Pakatan Rosak(PR) ini turun ke Galas sepanjang tempoh berkempen sudah pasti kemenangan besar kepada calon parti ni tetapi akhirnya yang hak telah muncul sebagai pemenang biarpun pelbagai caci dan maki dilemparkan kepada jentera BN..ini kerana kita sebagai umat islam yang menghayati sepenuhnya agama islam dan bukan hanya menggunakannya sebagai loncatan kuasa utk mengaburi rakyat wajib percaya kepada qada dan qadar serta tidak putus asa utk berikhtiar di samping menunjukkan contoh tauladan yang baik sesuai dengan nama seorang islam yang benar2 beriman denganNya.."apabila Dia menghendaki sesuatu itu terjadi maka jadilah ia"...wassalam
Rabu, 27 Oktober 2010
Kononnya lah
Khalifah Umar Abdul Aziz terkenal dgn kewarakkannya dan juga sifat sederhananya..sifat terpuji beliau menjadi lambang seorang pemimpin dari dunia islam yang tiada tolok tandingnya sehingga sekarang ini kerana itu beliau senantiasa menjadi contoh ikutan bagi para pejuang yang ingin menjadi pemimpin dan yang paling menyayat hati apabila seorang yg berjiwa ultra kiasu atau cauvinis beria2 utk mengikut contoh khalifah ini dalam pentadbirannya..tidak ke hairan bin ajaib bagi kita khususnya di tanah melayu ini apabila seorang yang mempunyai jiwa seperti yang saya sebutkan tadi di atas dan masih lagi dan akan terus kekal sebagai seorang kafir beria2 utk meniru kepimpinan ini? pernah ke terfikir pada kita khasnya kepada orang2 melayu islam dan islam di tanah ini mengapa dan kenapa sang ultra kiasu ini begitu beria2 sekali dengan kenyataan beliau? bagi saya sudah tentu ada udang di sebalik batu atau lebih tepat lagi ia akan menjadi bagai api dlm sekam terutama sekali kepada mereka2 yang terlalu percaya pada janji2 seorang cauvinis ini apalagi dgn adanya pengkhianat melayu islam seiring dengan perancangannya utk memerintah tanah ini..yang lebih ngilu lagi apabila ada kalangan orang melayu islam yang pegangan agamanya kuat tiba2 menjadi pudar apabila turut terkasima dengan ayat2 cinta sang penasihat ini yang memainkan peranan utama sebagai orang tengah kepada pakatan yang boleh di panggil sebagai Pakatan Rosak(PR)sehinggakan kuasa yang ada selama ini oleh parti islam ini seolah2 bagaikan hanya gah pada nama shj sedangkan yang memiliki kuasa dlm pakatan ini terletak pada tangan seorang penasihat dimana partinya sendiri kucar kacir semasa pemilihan ranting dan cabang baru2 ini..sebab itu boleh di katakan bahawa pakatan ini adalah pakatan rosak sebb ketua kepada pakatan ni sudah rosak akhlaknya apalagi partinya..Berbalik kepada kesungguhan ketua menteri ini yang mendapat pujian yang melangit tinggi drpd part2 pakatannnya kerana ingin mencontohi pemerintahan khalifah umar abdul aziz sehinggakan sanggup seorang ketua kerajaan negeri yang partinya kononnya memperjuangkan islam dengan hanya bersandarkan slogan dari dulunya Membangun Bersama Islam dan kini bertukar kepada Islam Untuk Semua terbang ke negara yang menjadi bapa kepada parti berasaskan perkauman ini walapun tahap keuzuran beliau amat2 merunsingkan tetapi kerana terlalu ingin melihat sebuah parti yang majoritinya drpd bangsa melayu dan agama islam ini tumbang khususnya pada PRU13 ini maka beliau seolah2 lupa bahawa parti yang menjadi pakatannya itulah yang sehingga kini tetap tidak mengubah pendiriannya yang menolak sebuah negara islam di tanah melayu ini..Semua orang sudah maklum bahawa parti yang diterajui oleh anak beranak ini yang boleh di panggil juga Dasar Anak Pelampau ini sifat cauvinisnya ataupun ultra kiasunya cukup tinggi sehinggakan mereka menjadi kurang ajar terutamanya dalam perlantikan seorang menteri besar di perak selepas PRU12 lalu apabila mereka dengan angkuh menyuarakan hasrat untuk melantik seorang menteri besar dari kalangan mereka(DAP) walaupun telah mengetahui bahawa undang2 tubuh kerajaan negeri perak tidak memungkinkan seorang yang berbangsa selain daripada melayu dan beragama selain drpd islam menjadi menteri besar..disinilah terletakknya kuasa seorang raja yang menjadi denyut nadi dan payung kepada bangsa melayu dan agama islam sehinggakan mereka2 ini terkedu kerana terpaksa mengikut tuan punya negeri tersebut..Inilah untungnya seorang yang bangsanya melayu dan agamanya islam..jesteru itu kita sebagai bangsa melayu islam semestinya berbanggsa dengan bangsa dan agama kita kerana tanpa kedua2 faktor ini nescaya tidak mungkin negeri kelantan dan kedah akan bermenteri besar dgn orang yang ada sekarang..Jarum sudah mereka cucuk utk memberi gambaran kepada rakyat negara ini khususnya kepada bangsa melayu islam bahawa mereka2 ini(DAP) boleh menerima sesiapa shj utk menjadi kawan mereka tetapi di sebaliknya tiada siapa yang tahu kerana kucing tidak pernah menolak ikan..Seandainya ada di kalangan kita (melayu islam) yang masih lagi percaya dengan segala tipu muslihat parti ini maka rujuklah orang melayu di seberang tambak johor sana sebagai bukti tanda kemesraan mereka terhadap bangsa melayu..Segalanya mungkin bagi mereka2 ini kerana mereka tidak pernah mengenal dosa dan pahala dalam matlamat mereka utk menjajah dan menjarah setiap inci bumi tanah melayu ini kerana impian mereka utk melihat kermbalinya bapa mereka( singapura) kembali bercantum menjadi malaysia baru tidak pernah padam malah semakin galak apatah lagi adanya pengkhianat2 negara yang sanggup bermuka2 demi meraiih kuasa..Matlamat menghalalkan cara sudah menjadi sinonim kepada parti2 pakatan rosak ini kerana apa yang lebih penting bagi mereka ialah kuasa dan putrajaya..Sebagai seorang yang waras dan juga berbangga dengan identiti bangsa dan agamanya,saya menyeru rakan2 di luar sana agar membuat kajian yang lebih teliti dengan segala sikap hipokrit yang ada pada pakatan rosak ini kerana yang rugi bukan kita tetapi anak2 generasi kita yang akan datang..janganlah membiarkan mereka melukut di tepi gantang gara2 kelalaian kita dalam mengenal jauhari dan manikam...Salam Semangat Melayu Islam daripada saya...Wassalam
Isnin, 11 Oktober 2010
Belajarlah Melalui Sejarah
Ada sesetengah orang tidak mahu menoleh ke belakang kerana tidak mahu sejarah berulang lebih2 lagi sejarah pahit tetapi kadangkala kita perlu menoleh agar sejarah pahit yg telah terjadi akan menjadi pengajaran yang amat berguna dalam kehidupan kita meniti hari2 yang mendatang..Setiap drpd kita mempunyai sejarah yang tersendiri samada manis,pahit,lucu dan sedih kerana tanpa kesemua ini kita tidak akan belajar drpd kesilapan dimana munngkin kita akan terus melakukan kesilapan yang sama yang akhirnya akan memusnahkan impian dalam kehidupan kita..
Begitu juga kita belajar tentang sejarah yang telah terjadi dalam negara kita ini agar kesilapan2 lalu tidak akan berulang kerana setiap negara mempunyai sejarahnya yang tersendiri apalagi dalam negara yang mermpunyai etnik yang berbilang bangsa dan agama..Ada orang yang tak ingin mengaku kewujudan dan hakikat bahawa negara ini adalah seperti yang telah saya katakan tadi kerana mereka seolah2 tidak mahu mengakui peristiwa2 yang berlaku bermula drpd perjuangan dalam menentang melayan union sehinggalah membawa kepada kemerdekaan negara pada tahun 1957..Dan dalam masa mengisi kemerdekaan juga tercatit sejarah yang mematangkan rakyat dalam negara ini khususnya pimpinan kerajaan untuk memperbetulkan keadaan agar peristiwa2 ini tidak akan berulang untuk kali yang ke 2 yang sekaligus memberi nila-nilai kedamaian dan keamanan dalam negara ini sehinggalah kita terus mengecap nikmat kebebasan dari sebuah kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pejuang dan pimpinan dahulu..Perit jerih mereka inilah yang menjadi sejarah yang besar kepada seluruh rakyat dalam negara ini agar terus menjaga nilai ini supaya tidak jatuh ke tangan bangsa asing yang semakin hari semakin ingin merebut kuasa politik dan hak orang melayu dan peribumi kerana merasakan tidak perlu lagi untuk golongan ini memelihara hak2 yang telah disepakati bersama oleh pimpinan bangsa2 terdahulu sebelum ini atas alasan era liberalisasi global..Perkongsian sama rata dikeluarkan oleh pimpinan bangsa asing sebagai asas kepada tujuan mereka untuk terus mendesak kerajaan dibawah pimpinan majoriti UMNO agar mengkaji semula kuota bumiputera sebanyak 30% dengan alasan yang lebih kukuh lagi iaitu bertujuan untuk mencapai kearah status negara yang berpendapatan tinggi..Begitu juga ada desakan daripada pimpinan sayap sebuah parti kompenan BN ini agar Perkara 153 juga dikaji semula kerana tidak kena pada peredaran masa sehinggakan golongan ini sanggup untuk menyangah segala apa jua dalam perkara asas kepada perjanjian bagi kontrak sosial ini yang telah menjadi kunci bagi semua rakyat dalam negara ini dalam menjalani kehidupan yang harmoni selama 53 tahun negara mencapai kemerdekaan..Ini kerana setiap negara mempunyai asasnya yang tersendiri dan tanah ini asasnya adalah tersiri daripada bangsa melayu dan bumiputera sebagai tuan punya kepada tanah melayu ini dan sudah pasti mereka mempunyai hak2 yang perlu sebagai tuan walaupun berlaku peredaran zaman..
Hakikat inilah yang perlu diakui oleh bangsa2 asing yang dulunya hanyalah ingin menumpang kek ekonomi yang ada dalam tanah ini tetapi mereka ini lupa untuk menoleh sejarah yang telah memberikan kepada mereka bukan sahaja sebagai tempat transit bagi mendapatkan kek ekonomi ini bahkan mereka telah menajdi tuan kepada ekonomi dinegara ini..Lebih mahal lagi adalah sifat luar biasa yang ada pada tuan punya tanah ini yang telah memberikan hak kewarganegaraan kepada mereka2 ini secara percuma sebagai asas perjanjian supaya mereka ini akan lebih menghargai dan mengingati akan pengorbanan yang terbesar bangsa melayu dan bumiputera ini lakukan walaupun kemajuan demi kemajuan dikecapi dengan kekayaan hasil mahsul negara ini beralih tangan hasil drpd lesen besar ini..Apakah yang akan berlaku sekiranya tuan tanah ini bangkit dan mula mempersoalkan hak2 yang telah mereka berikan ini kepada bangsa2 pendatang ini?Yang pasti tuan tanah ini akan dilabel sebagai pelampau@ekstrimis yang pada mereka sengaja mencetuskan ketegangan kaum dalam negara ini walaupun kumpulan ini hanyalah mempertahankan hak2 yang telah termaktub dalam perlembagaan tanpa menganggu gugat hak2 bangsa lain dalam negara ini..Inilah kesilapan terbesar para pimpinan pendatang ini kerana mereka hanyalah pandai untuk mendesak demi kepentingan mereka ini tanpa mempedulikan kepentingan bangsa tuan tanah ini sehinggakan desakan mereka ini telah dianggap wajar dan selaras dengan situasi sekarang..Disini saya ingin berkongsi persoalan yang bermain2 di benak bersama2 dengan pembaca yang budiman iaitu apakah akan terjadi sekiranya kuota ekonomi 30% dikaji atau lebih tepat lagi mereka ingin hapuskan?Apakah betul sekiranya saya katakan jika kita membiarkan kuota ini dikaji@dihapuskan maka kita dengan mudah telah menjual nilai2 kemerdekaan tanah ini secara langsung kerana sudah tiada apa lagi yang tinggal untuk kita sebagai tuan punya tanah ini untuk menikmati kek berbagai rasa yang ada dalam negara ini sebagai habuan pengorbanan paling besar nenek moyang kita berikan dahulu kepada bangsa2 asing ini..jika habuan ini sudah tiada kepada kita maka apakah kuasa akhir yang kita ada ini juga akan terjual sekiranya mereka2 ini kita terus biarkan menekan dan memeras ugut kita tanpa kita mengorak langkah untuk mengimbas semula sejarah lampau sebagai ubat mata kepada bangsa2 yang kini semakin rakus untuk menjajah dan menjarah setiap inci bumi melayu ini!!Saya tetap pertahankan sebagaimana tulisan2 saya sebelum ini kerana kita ada hak2 kita!!Pedulikan apa juga tohmahan dan tuduhan kerana kita adalah tuan punya tanah ini!!...Kepada mereka yang diluar sana yang buat2 lupa sejarah maka wajarlah mereka membeli buku sejarah negara ini agar mereka dapat menilai dengan hati yang terbuka dan tidak lagi berani mengungkit...wassalam
Begitu juga kita belajar tentang sejarah yang telah terjadi dalam negara kita ini agar kesilapan2 lalu tidak akan berulang kerana setiap negara mempunyai sejarahnya yang tersendiri apalagi dalam negara yang mermpunyai etnik yang berbilang bangsa dan agama..Ada orang yang tak ingin mengaku kewujudan dan hakikat bahawa negara ini adalah seperti yang telah saya katakan tadi kerana mereka seolah2 tidak mahu mengakui peristiwa2 yang berlaku bermula drpd perjuangan dalam menentang melayan union sehinggalah membawa kepada kemerdekaan negara pada tahun 1957..Dan dalam masa mengisi kemerdekaan juga tercatit sejarah yang mematangkan rakyat dalam negara ini khususnya pimpinan kerajaan untuk memperbetulkan keadaan agar peristiwa2 ini tidak akan berulang untuk kali yang ke 2 yang sekaligus memberi nila-nilai kedamaian dan keamanan dalam negara ini sehinggalah kita terus mengecap nikmat kebebasan dari sebuah kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pejuang dan pimpinan dahulu..Perit jerih mereka inilah yang menjadi sejarah yang besar kepada seluruh rakyat dalam negara ini agar terus menjaga nilai ini supaya tidak jatuh ke tangan bangsa asing yang semakin hari semakin ingin merebut kuasa politik dan hak orang melayu dan peribumi kerana merasakan tidak perlu lagi untuk golongan ini memelihara hak2 yang telah disepakati bersama oleh pimpinan bangsa2 terdahulu sebelum ini atas alasan era liberalisasi global..Perkongsian sama rata dikeluarkan oleh pimpinan bangsa asing sebagai asas kepada tujuan mereka untuk terus mendesak kerajaan dibawah pimpinan majoriti UMNO agar mengkaji semula kuota bumiputera sebanyak 30% dengan alasan yang lebih kukuh lagi iaitu bertujuan untuk mencapai kearah status negara yang berpendapatan tinggi..Begitu juga ada desakan daripada pimpinan sayap sebuah parti kompenan BN ini agar Perkara 153 juga dikaji semula kerana tidak kena pada peredaran masa sehinggakan golongan ini sanggup untuk menyangah segala apa jua dalam perkara asas kepada perjanjian bagi kontrak sosial ini yang telah menjadi kunci bagi semua rakyat dalam negara ini dalam menjalani kehidupan yang harmoni selama 53 tahun negara mencapai kemerdekaan..Ini kerana setiap negara mempunyai asasnya yang tersendiri dan tanah ini asasnya adalah tersiri daripada bangsa melayu dan bumiputera sebagai tuan punya kepada tanah melayu ini dan sudah pasti mereka mempunyai hak2 yang perlu sebagai tuan walaupun berlaku peredaran zaman..
Hakikat inilah yang perlu diakui oleh bangsa2 asing yang dulunya hanyalah ingin menumpang kek ekonomi yang ada dalam tanah ini tetapi mereka ini lupa untuk menoleh sejarah yang telah memberikan kepada mereka bukan sahaja sebagai tempat transit bagi mendapatkan kek ekonomi ini bahkan mereka telah menajdi tuan kepada ekonomi dinegara ini..Lebih mahal lagi adalah sifat luar biasa yang ada pada tuan punya tanah ini yang telah memberikan hak kewarganegaraan kepada mereka2 ini secara percuma sebagai asas perjanjian supaya mereka ini akan lebih menghargai dan mengingati akan pengorbanan yang terbesar bangsa melayu dan bumiputera ini lakukan walaupun kemajuan demi kemajuan dikecapi dengan kekayaan hasil mahsul negara ini beralih tangan hasil drpd lesen besar ini..Apakah yang akan berlaku sekiranya tuan tanah ini bangkit dan mula mempersoalkan hak2 yang telah mereka berikan ini kepada bangsa2 pendatang ini?Yang pasti tuan tanah ini akan dilabel sebagai pelampau@ekstrimis yang pada mereka sengaja mencetuskan ketegangan kaum dalam negara ini walaupun kumpulan ini hanyalah mempertahankan hak2 yang telah termaktub dalam perlembagaan tanpa menganggu gugat hak2 bangsa lain dalam negara ini..Inilah kesilapan terbesar para pimpinan pendatang ini kerana mereka hanyalah pandai untuk mendesak demi kepentingan mereka ini tanpa mempedulikan kepentingan bangsa tuan tanah ini sehinggakan desakan mereka ini telah dianggap wajar dan selaras dengan situasi sekarang..Disini saya ingin berkongsi persoalan yang bermain2 di benak bersama2 dengan pembaca yang budiman iaitu apakah akan terjadi sekiranya kuota ekonomi 30% dikaji atau lebih tepat lagi mereka ingin hapuskan?Apakah betul sekiranya saya katakan jika kita membiarkan kuota ini dikaji@dihapuskan maka kita dengan mudah telah menjual nilai2 kemerdekaan tanah ini secara langsung kerana sudah tiada apa lagi yang tinggal untuk kita sebagai tuan punya tanah ini untuk menikmati kek berbagai rasa yang ada dalam negara ini sebagai habuan pengorbanan paling besar nenek moyang kita berikan dahulu kepada bangsa2 asing ini..jika habuan ini sudah tiada kepada kita maka apakah kuasa akhir yang kita ada ini juga akan terjual sekiranya mereka2 ini kita terus biarkan menekan dan memeras ugut kita tanpa kita mengorak langkah untuk mengimbas semula sejarah lampau sebagai ubat mata kepada bangsa2 yang kini semakin rakus untuk menjajah dan menjarah setiap inci bumi melayu ini!!Saya tetap pertahankan sebagaimana tulisan2 saya sebelum ini kerana kita ada hak2 kita!!Pedulikan apa juga tohmahan dan tuduhan kerana kita adalah tuan punya tanah ini!!...Kepada mereka yang diluar sana yang buat2 lupa sejarah maka wajarlah mereka membeli buku sejarah negara ini agar mereka dapat menilai dengan hati yang terbuka dan tidak lagi berani mengungkit...wassalam
Sabtu, 9 Oktober 2010
Ku Li Vs Nik Aziz
YAM Ku Li dah apun menyatakan persetujuan untuk menjadi Pengarah PRK D45 setelah beliau sendiri mengesahkannya dan ini telah melenyapkan cakap2 bahawa Ku Li tidak akan bersetuju menerimanya..Cakap2 seperti terutamanya drpd pihak Pas adalah satu muslihat untuk mengkucar-kacirkan pihak Umno khususnya Umno Kelantan agar mereka tidak akan berdepan dengan nama yg cukup gah dlm persada politik tanahair apalagi dalam negeri dan bahagiannya sendiri..Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi Pas terutamanya melalui Mursyidul Am Pas YAB Dato Menteri Besar ttg alasan2 yg diberikan berkenaan ttg perlantikan pengarah dan calon Umno hinggakan beliau telah ditempelak dengan kenyataan sinis agar tidak menjaga tepi kain parti lawan..Ini kerana tok guru itu sendiri sudahpun dapat merasai bahang kekalahan sekiranya Ku Li menjadi jeneral dalam PRK ini kerana jeneral ini bukan sebarang jeneral yg boleh dijatuhkan dengan mudah malah mungkin akan menjadi medan tempur yg paling senang untuk jeneral ini memenanginya kerana selok belok tempat dan rakyat sudah lama berada dalam pandangan dan pemerhatiannya..Hasilnya pihak Pas menjadi teramat cukup kalut kerana bukan calang2 orang yg akan mereka berdepan apatah lagi sekiranya Ku Li bersetuju menjadi calon bagi dun Galas ini hinggakan satu solat hajat untuk menentukan calon akan dibuat demi memastikan kemenangan 646 undi pada 2008 dapat dipertahankan..Saya sendiri cukup tersentuh bukan pada golongan ini yg amat kalut dalam menentukan calon mereka tapi apabila melihat ketibaan YAM Ku Li dsambut dengan penuh penghormatan semasa tiba di KLIA mlm semlm seolah2 aura kehebatan manusia yang byk pengalaman yg dalam sepak terajang politik negara ini telah kembali semula utk menentukan kemenangan dan hala tuju perjalanan terutamanya pada pilihanraya kecil ini..Pucuk pimpinan parti sendiri telah membuat keputusan yg amat tepat apabila bersetuju untuk memberikan kebebasan kepada Ku Li dalam menentukan sendiri corak beliau apalagi dalam soal pemilihan calon..Dun Galas bukanlah sesuatu yg susah pada Ku Li dan jentera parti dalam bahagian Gua Musang kerana kekalahan pada tahun 2008 adalah kerana beberapa faktor yg tidak sedikit pun meningkatkan kekuatan Pas terutamanya dalam mengembangkan pengaruhnya di gua musang..Faktor inilah yang menjadi sebab musabab mengapa kekalutan dapat kita lihat terjadi pada pihak PAS yg masih terkial2 mencari rentaknya bagi menghadapi bala jentera yg dketuai oleh anak raja berdarah rakyat ini..Walaupun ada beberapa pemerhati politik yg kebanyakkanya kelahiran dari pembangkang yg mempersoalkan kekuatan Ku Li kini di gua musang kerana mengikut pada faktor undi yg semakin menurun tiap kali pilihanraya kata mereka terhadap Ku Li namun bagi setiap apapun pertandingan dalam pilihanraya ,kemenangan walaupun dengan satu undi tetap juga kemenangan apalagi majoriti yg Ku Li dapat tidak pernah kurang dari seribu undi walaupun dalam tragedi tsunami politik 2008 lalu telah memberikan impak yg cukup hebat pada sebahagian besar bahagian Umno di seluruh negara apalagi di kelantan namun anak raja ini terus gagah utk memperolehi majoriti yg cukup selesa bagi mengekalkan kemenangannya dalam setiap pilihanraya..Bagi saya pihak Pas tidak perlu bersusah payah untuk mencari calon di Galas kerana orang yang paling layak utk diletakkan sebagai calon adalah MB kelantan itu sendiri namun soalnya apakah sanggup tok guru ini menerima cabaran ini sekiranya ada pihak2 yg ingin mencalonkan beliau?atau tok guru ini akan melarikan diri dgn memberi berbagai2 alasan agar tidak terpalit lumpur dimuka sekiranya KU Li sendiri menjadi calon Bn kali ini?Saya akan amat teruja sekiranya tok guru ini bersedia untuk menjadi calon demi untuk melihat kekuatan beliau khasnya pada rakyat negeri kelantan semakin meningkat atau sebaliknya ..Yang pasti pucuk pimpinan Pas khasnya Kelantan tidak ak memperjudikan nasib menteri besar ini di Galas kerana jawapan sudah ada iaitu tersungkur(kata pendeta azmin) @kalah..kalau kalah dengan majoriti kurang drpd tahun 2008 maka akan menjadi penguat semangat tetapi tetap kalah juga namanya namun yang paling penting kesannya adalah kepada parti islam itu sendiri kerana semua sudah maklum bahawa parti ini adalah parti tok guru ini..jika tok guru ini kalah maka kalahlah parti ini..kenapa saya katakan begitu?anda diluar boleh fikirkannya sendiri..sebagaimana kata Ku Li mlm semlm apabila ditanya ttg isu2 dari pihak Pas "kalu dok dengar apa yg Pas kata gak tok jadi kijo la kita jawabnya" wassalam
Isnin, 4 Oktober 2010
Pemimpin itu siapa di mata rakyat?
Kita yg telah di angkat sebagai pemimpin bukan shj harus menjaga tutur kata yg paling utama malah menjaga segenap ceruk badan kita agar segala yg kita lakukan akan memberi contoh tauladan yg cukup baik bukan shj kepada para penyokong kita malah kepada rakyat yg melihat..Pemimpin itu haruslah juga menilai mana satu yg baik dan mana satu yg tidak baik kerana kelak mungkin padah menimpa diri sekiranya pemimpin itu tidak pandai dlm ilmu menilai..Jawatan yg telah di amanahkan kepada kita utk menjadi pemimpin bukan sewenangnya boleh kita pergunakan utk kepentingan diri kerana jawatan itu adalah pahala atau dosa yg amat besar jika kita melakukan dengan betul atau sebaliknya..apatah lagi kita telah menjadi ahli YB di mana kita bukan shj akan diperhatikan segala tingkah laku kita malah setiap detik hidup kita telah menjadi hak milik rakyat samada kita suka atau tidak tetapi itulah risiko apabila kita sanggup utk menjadi wakil kepada rakyat..samada keluarga kita sukai atau tidak itulah yg harus mereka terima apabila salah seorang ahli kelaurga mereka menjaadi milik umum utk memberi khidmat yg terbaik kepada rakyatnya..segala2nya menjadi bualan dari yg sekecil2 kesilapan apalagi kiranya pemimpin itu melakukan kesilapan yg besar kerana itulah pengorbanan dan harga utk seorang itu menjadi pemimpin..Pemimpin bukan saja boleh melakukan arahan tetapi dalam masa yg sama juga harus mendengar terutamanya kehendak rakyat yg memilihnya kerana rakyat inilah yg telah memilih mereka hinggakan mereka ini menjadi pemimpin di cawangan,bahagian,negeri bahkan menjadi pemimpin utama negara..Mereka sebagai pemimpin tidak boleh mengatakan bahawa mereka sahaja yg paling bagus atau kehendak mereka sahaja kena turuti kerana jika kehendak atau pendapat rakyatnya tidak di ambil kira apakah pemimpin itu akan terus berada dgn jawatannya sekirana rakyat tersebut tidak lagi memilihnya sebagai pemimpin mereka?Pandangan drpd rakyat haruslah di utamakan walaupun dlm masa yg sama kita sebagai pemimpin mempunyai pandangan yg tersendiri..haruslah kita itu menjadi pendengar sebelum kita memperdengarkan pendapat kita kerana mungkin jika kita terus memperdengarkan pendapat kita sahaja maka sia2 lah rakayt yg memilih kita sebagai pemimpin mereka kerana tujuan itulah mereka memilih kita iaitu utk rakyat ini berkongsi masalah mereka dgn kita..tahun demi tahun kemajuan yg kita kecapi semakin pantas dan hebat dan begitu jugalah pantasnya rakyat utk menilai seorang pemimpin itu samada mereka ini harus kekal atau tidak utk menjadi pemimpin mereka..rakyat kini bukan lagi boleh diberi gula2 seperti zaman 70an atau lewat 80an tetapi kini rakyat minta mereka di beri perhatian sejajar dengan aliran masa agar kehidupan mereka sebagai rakyat yg memilih pucuk pimpinan itu terus terjamin dan mereka ingin melihat perasaan jaminan ini berterusan hingga akhir hayat mereka malah bersambung kepada generasi baru mereka..segala keputusan mestilah pemimpin itu harus melihat dalam semua keadaan agar keputusan yg telah dan akan dibuat menguntungkan sebahagian besar rakyat sehinggakan rakyatnya melahirkan kesyukuran kerana mereka memilih pemimpin yg tepat semasa saat genting memilih..mungkin barisan pimipnan itu sudah cukup kaya dgn harta bendanya hinggakan jikalaulah berlaku apa2 yg tidak enak dlm negara ini sudah pasti mereka tidak mempunyai masalah utk meninggalkan negara yg huru hara ini tetapi kemanakah rakyat yg memilih mereka utk lari dari masalah tersebut?kerana itu pemimpin hanyalah batu loncatan utk rakyat dan sampai saat dan ketikanya sang pemimpin ini sudah pasti akan melutut kepada rakyat demi utk memilih mereka menjadi pemimpin rakyat tetapi dalam masa yg sama juga pemimpin harus sedar akan segala kata dan janji kepada rakyat yg mereka lututi ini haruslah di kota dan ditunaikan agar pemimpin ini sedar bahawa tanpa rakyat maka mereka juga adalah rakyat biasa shj jika mereka tidak dipilih lagi...apapun yg paling penting adalah kata2 yg keluar dari mulut pemimpin itu kerana terlajak perahu boleh lagi kita undur tapi jika pemimpin itu terlajak kata maka buruk padahnya..wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)