Isnin, 4 Oktober 2010
Pemimpin itu siapa di mata rakyat?
Kita yg telah di angkat sebagai pemimpin bukan shj harus menjaga tutur kata yg paling utama malah menjaga segenap ceruk badan kita agar segala yg kita lakukan akan memberi contoh tauladan yg cukup baik bukan shj kepada para penyokong kita malah kepada rakyat yg melihat..Pemimpin itu haruslah juga menilai mana satu yg baik dan mana satu yg tidak baik kerana kelak mungkin padah menimpa diri sekiranya pemimpin itu tidak pandai dlm ilmu menilai..Jawatan yg telah di amanahkan kepada kita utk menjadi pemimpin bukan sewenangnya boleh kita pergunakan utk kepentingan diri kerana jawatan itu adalah pahala atau dosa yg amat besar jika kita melakukan dengan betul atau sebaliknya..apatah lagi kita telah menjadi ahli YB di mana kita bukan shj akan diperhatikan segala tingkah laku kita malah setiap detik hidup kita telah menjadi hak milik rakyat samada kita suka atau tidak tetapi itulah risiko apabila kita sanggup utk menjadi wakil kepada rakyat..samada keluarga kita sukai atau tidak itulah yg harus mereka terima apabila salah seorang ahli kelaurga mereka menjaadi milik umum utk memberi khidmat yg terbaik kepada rakyatnya..segala2nya menjadi bualan dari yg sekecil2 kesilapan apalagi kiranya pemimpin itu melakukan kesilapan yg besar kerana itulah pengorbanan dan harga utk seorang itu menjadi pemimpin..Pemimpin bukan saja boleh melakukan arahan tetapi dalam masa yg sama juga harus mendengar terutamanya kehendak rakyat yg memilihnya kerana rakyat inilah yg telah memilih mereka hinggakan mereka ini menjadi pemimpin di cawangan,bahagian,negeri bahkan menjadi pemimpin utama negara..Mereka sebagai pemimpin tidak boleh mengatakan bahawa mereka sahaja yg paling bagus atau kehendak mereka sahaja kena turuti kerana jika kehendak atau pendapat rakyatnya tidak di ambil kira apakah pemimpin itu akan terus berada dgn jawatannya sekirana rakyat tersebut tidak lagi memilihnya sebagai pemimpin mereka?Pandangan drpd rakyat haruslah di utamakan walaupun dlm masa yg sama kita sebagai pemimpin mempunyai pandangan yg tersendiri..haruslah kita itu menjadi pendengar sebelum kita memperdengarkan pendapat kita kerana mungkin jika kita terus memperdengarkan pendapat kita sahaja maka sia2 lah rakayt yg memilih kita sebagai pemimpin mereka kerana tujuan itulah mereka memilih kita iaitu utk rakyat ini berkongsi masalah mereka dgn kita..tahun demi tahun kemajuan yg kita kecapi semakin pantas dan hebat dan begitu jugalah pantasnya rakyat utk menilai seorang pemimpin itu samada mereka ini harus kekal atau tidak utk menjadi pemimpin mereka..rakyat kini bukan lagi boleh diberi gula2 seperti zaman 70an atau lewat 80an tetapi kini rakyat minta mereka di beri perhatian sejajar dengan aliran masa agar kehidupan mereka sebagai rakyat yg memilih pucuk pimpinan itu terus terjamin dan mereka ingin melihat perasaan jaminan ini berterusan hingga akhir hayat mereka malah bersambung kepada generasi baru mereka..segala keputusan mestilah pemimpin itu harus melihat dalam semua keadaan agar keputusan yg telah dan akan dibuat menguntungkan sebahagian besar rakyat sehinggakan rakyatnya melahirkan kesyukuran kerana mereka memilih pemimpin yg tepat semasa saat genting memilih..mungkin barisan pimipnan itu sudah cukup kaya dgn harta bendanya hinggakan jikalaulah berlaku apa2 yg tidak enak dlm negara ini sudah pasti mereka tidak mempunyai masalah utk meninggalkan negara yg huru hara ini tetapi kemanakah rakyat yg memilih mereka utk lari dari masalah tersebut?kerana itu pemimpin hanyalah batu loncatan utk rakyat dan sampai saat dan ketikanya sang pemimpin ini sudah pasti akan melutut kepada rakyat demi utk memilih mereka menjadi pemimpin rakyat tetapi dalam masa yg sama juga pemimpin harus sedar akan segala kata dan janji kepada rakyat yg mereka lututi ini haruslah di kota dan ditunaikan agar pemimpin ini sedar bahawa tanpa rakyat maka mereka juga adalah rakyat biasa shj jika mereka tidak dipilih lagi...apapun yg paling penting adalah kata2 yg keluar dari mulut pemimpin itu kerana terlajak perahu boleh lagi kita undur tapi jika pemimpin itu terlajak kata maka buruk padahnya..wassalam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan