Khamis, 11 Mac 2010

jadilah pemimpin yang adil utk rakyat

Aduan rakyat yang di siarkan oleh tv3 mulai tahun ini cukup2 menggambarkan betapa kelemahan yang amat ketara yang selama ini hnya jarang kedengaran isu atau masalah yang ada dalam arus perdana..namun program yang di aturkan oleh tv3 semakin hari semakin di tonton oleh segenap masyarakat pelbagai lapisan umur,bangsa dan agama dlm negara ini kerana ianya bukan saja berjaya menonjol ttg segala liku2 kehidupan seharian seorang rakyat yang mendiami negara yang kaya dengan hasil minyak ini malah membuktikan kepada mereka di luar sana kegagalan kementerian yang telah di amanahkan utk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat..setiap mingu kita di siarkan dgn cerita2 yang menyayat hati dan membuat airmata kita  mengalir tnpa disedari kerana cerita yang di siarkan adalah benar dan bukan sandiwara lakonan hidup..rakyat yang tidak berumah,golongan muda yg tidak mendapat pekerjaan..bekerja,merempat dan tido tepi2 jalan,anak2 yang berpenyakit kronik yang memerlukan bantuan kewangan segera,golongan tua yang merempat serta pembuangan anak luar nikah yang cukup2 menggambarkan kemewahan yang ada dari negara ini tidak mengalir kepada yang sepatutnya..mungkin mereka2 yang Allah Taala berikan rezeki yang melimpah ruah atas hasil usaha mereka tidak akan merasai keperitan mereka2 yang boleh di ibaratkan kais pagi mkn pagi dan petang mkn petang dengan dugaan yang datang melanda mereka hingga menjadikan mereka berputus asa dalam meminta bantuan kerana suara2 mereka terlalu perlahan utk di perdengarkan kepada mereka yang bertanggungjawab..semua sudah maklum akan kekayaan hasil bumi dan kepandaian anak malaysia dalam meneroka khazanah minyak samada dlm dan luar negara hingga negara dpt memungut paling tidak 30 bilion ringgit setiap tahun daripada syarikat gergasi pertonas..kalau di hitung dan di bahagi dengan seadilnya dengan penuh tanggungjawab pemimpin2 terhadap keperluan rakyatnya sudah tentu kita tidak akan dapat lagi melihat atau mendengar ttg kesemua masalah2 di atas kerana pengagihan yang sempurna telah di lakukan oleh pihak berwajib..dalam masa kita mengejar arus global utk memarbatkan negara di persada antarabangsa jgnlah kita melupakan mereka2 yang begitu mengharapkan keikhlasan dan sifat amanah pimpinan negara dalam menyusun dan memberi bantuan yang sepenuhnya kepada mereka yang tidak lagi mampu utk terus bertahan dek kerana dugaan yang besar melanda mereka..kalaulah pihak pimpinan kerajaan menggunakan separuh daripada pendapatan negara utk melakukan pembaikkan masalah ini,mungkin tidak berapa lama lagi kita tidak lagi akan mendengar sebarang bentuk masalah lebih2 lagi masalah yang membabitkan kemiskinan dan jurang perbezaan kehidupan antara yang kaya dan miskin tidaklah ketara sangat..apa yang rakyat di bawah sana mahukan adalah kehidupan yang sederhana dalam mereka menghadapi liku2 kehidupan sebagai seorang ayah,ibu,anak dan warganegara malaysia..mereka tidak meminta yang tidak baik akan terjadi pada diri mereka mahupun keluarga tetapi ketentuan dari Yang Maha Kuasa yang menguasai segala2nya dlm mengatur langkah kehidupan berpandukan daripada al-quran dan hadis yang kadangkala memeritkan hati2 mereka utk terus bertahan dgn dugaan yang melanda..dan sebagai seorang pemimpin yang beragama islam sudah tentu pimpinan2 ini tahu akan tanggungjwab dan soalan2 yang akan di tanyakan kpd mereka sebagai pemimpin apabila tiba masanya kelak..agihkanlah kekayaan negara ini dengan benda2 yang sepatutnya lebih2 lagi kepada rakyat yang masih lagi berkeroncong bunyi perutnya di luar sana dalam  menjadikan kita sebagai seorang pemimpin yang mempunyai nilai2 murni untuk kita mendapat keredhaan daripadaNya sebagai khalifahNya di muka bumi ini..alangkah gembiranya hati sang rakyat jika mereka dapati pemimpin mereka cukup mengambil berat ttg kebajikan dan kehidupan seharian mereka...sudahh tentu doa yang mereka pohonkan kepada pemimpin tersebut yang mempunyai sifat luhur dan suci ini akan di makbulkan oleh Allah Taala kerana sesungguhnya doa dari mereka2 yang teranaiya dan terhimpit lebih di perkenankan..jangalah merasa segan silu utk bersama menghayati kesusahan mereka kerana merekalah kita di angkat sebagai seorang pemimpin...wassalam

kalau kail pjg sejengkal ..jgn di duga lautan dalam

Semakin hari semakin galak nampaknya bangsa2 yang dulunya hanyalah pendatang ini menyalak ttg hak sama rata antara bangsa2 yg mendiami tanah melayu ini..salakan mereka makin nyaring apabila ada juga kalangan bangsa melayu ini yang bersekongkol demi kerana kuasa yang ingin di gapai hingga sanggup mengenepikan kepentingan agama bangsa sendiri..lebih teruk seolah2 turut merestui dengan segala apa juga tindakan dan kenyataan yang bukan sahaja mengguris hati orang2 melayu islam malah membenihkan sifat kurang ajar dalam diri  bangsa melayu ini terhadap bangsa2 pendatang ini..seolah2 mereka si pendatang ini terlupa siapa yang empunya tanah melayu  ini atau hanya sengaja utk membutakan sejarah lampau yang menjadikan bangsa2 pendatang ini semacam raja dalam apa jua bidang dari keistimewaan lampau yang telah di korbankan oleh bangsa melayu dulu atas sikap toleransi dan semangat untuk berganding bahu bersama2 tanpa membuang identiti masing2..bangsa melayu dengan adat resamnya begitu juga dgn bangsa2 lain yang menghuninya hinggakan negara ini boleh di gelar sebagai negara contoh dlm kepelbagaian bangsa,adat,agama dan bahasanya yang bersatu padu demi semata2 untuk keutuhan sebuah negara..di sebalik segala kemurahan hati orang2 melayu ini sejak berabad dulu terhadap bangsa pendatang ini telah membuatkan si pendatang ini tidak lagi berpijak di bumi nyata dan merasakan mereka harus juga mendapat hak yang sama seperti orang melayu dan pribumi miliki..tanpa segan silu malah lebih biadap lagi mereka ini dgn angkuh dan bongkaknya menyalak mahukan hak kesamarataan dengan menggunakan badan2 NGO masing2 untuk memainkan peranan dalam memastikan setiap apa juga tuntutan mereka di persetujui tanpa memikirkan ttg perasaan mereka yang sudah lama menjadi penghuninya..hingga hari ni mereka hampir berjaya dlm mendesak kerajaan yang ada pada hari ini untuk menuruti akan segala kemahuan mereka sehinggakan segala apa sahaja yang keluar atau di dapati mempunyai sentimen perkauman drpd melayu ini mesti di tegah sama sekali berbeza dengan si pendatang ini yang seolah2 bebas utk berkata dan melakukan apa sahaja..keris yang selama ini menjadi simbol kekuatan orang melayu telah di manupulasi dengan begitu hebat oleh mereka2 ini hinggakan pernah seorang bekas pemimpin terpaksa menarik balik perbuatannya yang mencium keris sebagai lambang tradisi  bagi pahlawan melayu dek kerana kebiadapan si pendatang ini yang terus menyalak dan mendesak si pemimpin tersebut..demi menjaga hati si pendatang ini maka kehebatan keris telah hilang bersama dengan cerita2 hebat jati diri pahlawan melayu dahlulu kala namun masih lagi di selamatkan dengan ketua kepada agama islam dan bangsa melayu ini masih lagi memmbawa dan mencium keris setiap kali ada persidangan dewan rakyat...ibarat pahlawan melayu terbilang,raja berperlembagaan ini terus mengatur langkah dengan keris yang senantiasa tersisip di pinggang menandakan kehebatan dan  tradisi tetap di junjung...namun si pendatang ini masih lagi bebal dan buta sejarah  terus menyalak seolah2 sengaja untuk menaikkan kemarahan bangsa melayu dan seterusnya menjadikan sifat santun bertukar menjadi kurang ajar yang tidak mungkin si pendatang ini dpt bayangkan celaka yang bakal menimpa mereka..bahana yang bakal menimpa sesiapa sahaja yang cuba menjadi kurang ajar pada bangsa melayu islam ini akan menjadi amat tragis dan mungkin paling dahsyat kerana si baik bila bertukar rupa kepada si jahat maka tiada siapapun yang mampu mengungkap dan membayangkan sifat mereka..yang paling pasti ialah trauma yang berpanjangan dan berkekalan akan terus menghantui mereka2 yang cuba menjadikan situasi sekarang ini berlarutan kerana bangsa melayu islam ini tidak gentar untuk melangkah apabila sudah mengatur langkah dan sama sekali tidak akan berputih mata untuk melihat nasib mereka khasnya generasi masa hadapan tidak karuan jadinya didalam bumi merdeka ini..mereka si pendatang ini harus lebih berhati2 dan beringat akan segala apa juga tindakan yang mahu dan akan di ambil kerana sebarang langkah yang sumbang bukan sahaja akan memburukkan keadaan malah mampu untuk menyedarkan si petapa2  keluar dari gunungnya..percayalah amat buruk jika mahu menjolok sarang tebuan kerana dalam sarang tebuan tersebut begitu banyak pahlawannya yang sanggup mati demi mempertahankan sarangnya yang penuh dengan sejuta rasa khasiat..kepada kaum yang dulunya adalah pendatang,bacalah sejarah dulu kerana sejarah tidak akan menipu kita..jangan hanya pandai  menyalak kerana kelak kita yang akan tinggal sejarah yang akan tercatat dalam hari ini dalam sejarah...pandai2 bezakanlah antara tentera upahan dengan tentera yang tidak bergaji tetapi bermata hati kerana bilamana mata hatinya terbuka maka padahnya cukup buruk wahai kawanku...jgn di duga lautan dalam jika kail hanya pjg sejengkal...wassalam

Selasa, 9 Mac 2010

jangan ibarat menang sorak kampung tergadai

UMNO merupakan parti yang paling unggul didalam dunia ini..menjadi parti pemerintah lebih daripada 52 tahun lamanya di negeri tanah melayu ini sebelum di tukarkan namanya kepada malaysia..bermula daripada semangat para pejuang melayu dahulu kala dalam mempertahankan tanah melayu ini hinggalah kepada titik permulaan menjadi negara yang merdeka dengan rombongan kemerdekaan ke london yang di ketuai oleh YBM Tunku Abdul Rahman ketika itu..hasilnya cukup bersejarah bilamana tanah melayu berjaya mendapatkan kemerdekaan dengan semangat bersatu drpd bangsa2 di tanah melayu pada waktu itu..keamanan,keharmonian,perpaduan sesama bangsa dan sikap tolenransi antara agama,bangsa dalam menjadikan tanah melayu sebagai negara membangun telah berjaya membawa keluar tanah melayu ini daripada kelompok negara miskin...hari demi hari dan tahun berganti tahun telah menjadikan negara tanah melayu ini terus memacu kejayaan tersendiri dengan adanya pimpinan yang cukup hebat bergabung tenaga dan idea dalam menjadikan malaysia gah dengan acuannya yang tersendiri..dengan Tunku Abdul Rahman Putra sebagai PM pertama di ikuti dengan Tun Abdul Razak serta Tun Hussein On kemudian Tun Dr Mahathir yang cukup cemerlang  di warisi oleh Tun Abdullah Badawi dan kini Pm ke 6 yang menjadi pemerintah malaysia iaitu Dato Seri Mohad Najib terus membawa nama malaysia di persada kemuncak sebagai negara membangun yang cukup harmoni dan aman penduduk yang menghuninya..Gelombang tsunami semasa PRU12 cukup2 menjadikan UMNO dan kompenannya tidak tidur lena dengan kegagalan mempertahankan majoriti 2/3 kerusi parlimen dan kehilangan 5 negeri kepada parti pembangkang telah membuka byk mata pimpinan ttg betapa besarnya kuasa rakyat apabila tiba masanya..bergegar seluruh negara hingga menjadikan kelam kabut yang amat sangat dlm barisan kepimpinan dek kerana kehilangan yg cukup besar kerusi2 yang sebelum ini menjadi makanan kepada parti pemerintah..keputusan itu juga membuatkan kerusi PM menjadi panas kerana bertanggungjawab atas kekalahan cukup besar tersebut..desakan demi desakan di buat dan kerana ingin melihat negara ini terus aman tanpa sebarang tindakan yg memburukkan keadaan maka kerusi PM beralih arah dengan harapan yg amat tinggi iaitu barisan kompenan BN akan merampas semula kerusi2 yang telah hanyut semasa banjir tsunami 2008..UMNO sebagai parti majoriti dlm kerajaan haruslah sedar dari lena ttg apa jua akan terjadi sekiranya masih lagi gagal mentadbir urus dalam kalangan pimpinannya bahkan juga dlm parti kompenannya sebelum PRU13 menjenguk mukanya tidak berapa lama lagi..UMNO sebagai parti paling berpengaruh haruslah menukar strategi lapuk dgn tidak lagi mengadakan program2  yang bolehdi ibaratkan sebagai syok sendiri shj..terbaru program juara rakyat kalau di amati hanya di sertai oleh mereka2 yang boleh di katakan sebagai ahli parti ataupun mereka2 yang telah di upah utk menghadirinya bukan rakyat marhein yang menjadi penentu kemenangan pada parti..rakyat di bawah sana bukan hanya mahu parti kerajaan mengadakan program2 sebegini utk orang2 tertentu shj tapi lebih daripada itu..rakyat hanya mahukan yg terbaik daripada kerajaan utk keselesaan mereka dan bukan saja hanya gah dan pandai berkata2 ketika musim pilihanraya shj..rakyat sekarang mahu melihat sikap kejujuran dan ketelusan daripada setiap pemimpin kerajaan kerana mereka bukan lagi pengundi pada zaman 70,80 dan 90-an yang boleh di belai dan di lagukan dengan janji2 manis di saat kuasa mereka di perlukan untuk membantu kemenangan..rakyat hari ni mahu melihat satu barisan kepimpinan yang betul2 mendahulukan keperluan mereka sebagai orang yang telah mengangkat pemimpin ini dari sekecilnya hingga menjadi pemimpin yang hebat..rakyat mahu nasib mereka terbela dan mendengar tangis rintih kehidupan mereka yang sebelum ini jarang sekali para pimpinan untuk turun padang melihat dengan mata kepala sendiri ttg kedhaifan dan jurang kemiskinan rakyat  di ibaratkan laut dengan bumi jika nak di bandingkan dengan segala kemewahan yang telah di perolehi oleh kerajaan daripada hasil mahsul negara malaysia..kekayaan yang di perolehi oleh petronas setiap tahun jika di hitung sudah cukup untuk menringankan mahupun menjadikan negara ini miskin sifar rakyatnya..dengan berbilion duit di kutip oleh kerajaan daripada hasil miyak dan cukai sudah cukup utk menjadikan rakyat malaysia keluar daripada kepompong kemiskinan khasnya rakyat di kawasan pedalaman yang masih lagi hingga kini bertemankan pelita dan berairkan telaga perigi..kekayaan yang ada perlulah dii agihkan dengan lebih adil khususnya dlm menterjemahkan semangat rakyat di dahulukan kerana rakyat sekarang ini semakin muak dengan mainan gendang daripada pimpinan tetapi hasilnya masih lagi seperti dahulu..calon2 PRU13 nanti mestilah daripada mereka yang benar2 jujur dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat sebagai wakil rakyatnya dan bukan sebagai tuan kepada rakyat kerana yang mengangkat wakil rakyat ini adalah rakyat maka amat wajar pemimpin ini menjadi hamba kepada rakyat..jgnlah lagi peristiwa pemilihan calon 2008 berulang kembali dek kerana terlalu menjaga hati para pemimpin bahagian supaya tidak terluka walhal pemimpin terbabit sudah menjadi barah dan kusta yang tidak lagi mampu utk di selindungkan penyakit mereka kepada rakyat dlm bahagian..akhirnya rebah ke bumi dengan tiada terkata hinggakan kekalahan demi kekalahn di lihat apabila senarai nama pemenang dlm adun dan parlimen di paparkan dlm skrin tv..Dato Seri Najib mestilah berani utk kali ini dlm menamakan calon2 pilihan beliau yang bukan saja di terima oleh pimpinan atasan tetapi lebih kepada di terima oleh rakyat dlm kawasan mereka kerana rakyatlah yang akan menentukan hayat BN dlm PRU13 kelak..UMNO khasnya mempunyai ramai pimpinan pelapis dlm setiap bahagian kerana masih ada lagi mereka2 yang betul2 ingin melihat kemenangan dpt dicapai dan di pertahankan serta meneruskan tradisi kegemilangan sebagai parti pemerintah yg unggul..wassalam

Khamis, 4 Mac 2010

Ibrahim Ali tiada galang ganti

kadang2 rasa pelik jugak sesetengah manusia khasnya yg bernama pemimpin sebab mereka kadangkala lebih tidak terbuka drpd rakyat marhein di bawah sana ttg konsep kebenaran yg nyata dgn yg di buat2..IBRAHIM ALI  atau lebih di kenali dgn nama brahim ali@tokhim sejak dari penglibatan awal beliau lagi sudah menampakkan auranya yg tersendiri..kehebatan dan sikap tidak mengenal penat dlm memperjuangkan nasib agama,bangsa dan tanahairnya cukup membanggakan orang melayu islam yg rata riti menunggu jaguh bangsa dan agama seperti tok him ni..apa saja orang nak kata ttg dirinya sedikit pun tidak menjejaskan semangat melayu beliau malah semakin menjadi2 kehebatannya hinggakan orang2 yg galak menyalak dan menggelar bermcm2 gelaran seperti ketandusan idea utk terus menjolok amarah tok him...semuanya di tepis persis seorang pahlawan hang tuah setiap serangan yang di tujukan kpd beliau dengan begitu mudah malah yang lebih menyakitkan hati lawan2 beliau bila tok him menepis sambil tersenyum simpul shj..bagilah apa saja gelaran hinggakan gelaran yg paling bersohor yg terus melekat pada tokhim hingga kini adalah si katak pun masih lagi tokhim menepis dgn mengatakan bahawa beliau bukan sebarang katak kerana beliau adalah katak emas dan bukan katak puru yg berbenjol2 buruk badannya..terkedu jadinya orang2 yg iri hati sebab hanya tokhim dan Penciptanya shj yg tahu kenapa dan mengapa seorang manusia yg bernama Ibrahim Ali ini terus gah dlm arena politik yg sudah sebati dgn kehidupan beliau..sehebat2 MB kelantan pun boleh lagi beliau berkerat rotan bilamana tokhim dapati perjuangan parti yg berlandaskan islam ini telah terpesong malah lebih terus lagi akan menjahanamkan maruah agama dan bangsa melayu islam ini..tok him mempunyai prinsip yg tidak boleh di jual ganti dengan dirinya yang sanggup menjadi lilin yg membakar diri semata2 utk menerangi orang2 di sekelilingnya..tok him sanggup melakukan dan menhadapi apa saja rintangan,cacian dan hukuman semata2 membela rakyat dan berpegang pada jati diri beliau yang sejak dahulu lagi bertakhta dalam dirinya..terhoyong hayang jadinya pimpinan kerajaan negeri kelantan bilamana tok him mula berkokok menyuarakan rasa tidak puas hati dgn apa yang beliau rasakan sebagai pengkhianatan terbesar oleh pimpinan ini terhadap agama dan bangsa melayu ini ..ketidaksanggupan tok him dlm berkompromi dlm hal ini lebih2 lagi dalam jalinan parti PAS ini dengan PKR( yg kini lebih bersohor sebagai parti kucar rakyat) dan DAP lalu membentuk PR (Parti Rosak) telah mencetuskan rasa tahap kesabaran yg tidak lagi mampu utk tok him hingga menyebabkan sekalian rakyat darul naim tersentak tiba2 dgn paluan gendang oleh tok him ini yg berterusan mengkritik kepimpinan tok guru dan juak2nya yg selama ini tiada sesiapapun yg berani menegur kepimpinan ini dek kerana ketuanya adalah tok guru..namun itu semua tidak menjadi masalah bagi tok him malah berpegang pada prinsip berkata benarlah walaupun pahit membuatkan tok him terus mengatakan kebenaran walaupun pada mulanya sekalian rakyat kelantan khasnya dalam parlimennya mengganggap tok him memang pandai bersandiwara demi kesinambungan nyawa politiknya..sandiwara yg disangkakan rupanya adalah kebenaran yg selama ini di tudung dgn rapi oleh pimpinan kerajaan negeri sehingga satu demi satu kelemahan pimpinan ini terus terselak dengan sendirinya..rakyat mula merasakan bahawa susuk tubuh bernama tok him ini tidak pernah main2 dlm setiap apa yg di ucapkannya hinggakan tok him cukup di nanti2 oleh rakyat yg ingin mendengar sendiri kenyataan drpd beliau melalui cerama2 yg di hadiri oleh tok him..keunnggulan tok him bukan saja terbatas dlm negerinya sahaja malah berakar umbi di luar negeri kelantan dengan kehebatan beliau menerajui sebuah NGO yg bernama PERKASA yg mana penubuhannya adalah semata2 untuk membela nasib bangsa melayu dan agama islam serta menjaga dan menghormati institusi beraja yg telah lama termaktub dlm perlembagaan..kini seluruh negara di landa demam PERKASA kerana rakyat melihat keikhlasan tok him dan pimpinannya dalam memartabatkan agama bangsa dan tanahair ini...siapapun tidak terfikir bahawa orang yg di gelar si lompat inilah hero sebenar bagi bangsa melayu islam di malaysia hari ini..keebebasan tok him dalam menyampaikan kenyataan samada dlm sidang parlimen mahupun dlm tiap siri ceramahnya tidak sedikitpun mencacatkannya utk menyampaikan kemahuan rakyat kpd pimpinan pusat kerana tok him bebas berkata2 kerana beliau adalah ahli parlimen BEBAS!...bagi mereka2 yg berterusan mengkritik tok him hendaklah berfikir dgn lebih pjg agar tidak terlajak kata dan tidak akan di humban balik kata2 mereka terhadap tok him oleh tok him sendiri mahupun oleh rakyat yg benar2 dahagakan seorang pemimpin yg berani dan lantang seperti tok him...tok him bukan mahu menjadi seperti sesetengah pemimpin yg ada pada hari ni yang berlagak lebih sudu dari kuah yg cakapnya berdegar2 membela rakyat tapi hampa seolah2 harapakan pagar pagar yg makan padi...Datuk Paduka Haji Ibrahim Ali sebenarnya pahlawan rakyat yg kini hanya kadang2 saja kita temui...kataknya adalah katak emas..katanya tajam bak pedang samurai dan penyudahnya cukup sempurna ibarat tenunan songket kelantan yg berharga...semoga Allah Taala memberi umur dan kesihatan yg berpanjangan kpd tok him demi perjuangan sebuah agama bangsa dan tanahair ini...wassalam

Isnin, 1 Mac 2010

Ku Li terus mendapat tekanan

entah apa salah dan dosa YBM Ku Li hinggakan sehingga ke hari ni masih lagi terus di tekan oleh segolongan pemimpin yg seolah2 buta sejarah dlm mengenali hati budi seorang tokoh politik yg wibawanya tk pernah pudar malah semakin hebat dlm meniti ke penghujung usianya,semakin mendapat tempat di hati rakyat khususnya rakyat kelantan..yang lebih sedih adalah tekanan itu adalah dari pemimpin yg satu parti dgnnya yg seperti tidak pernah puas selagi kehebatan Ku Li tidak di luputkan dlm kamus politik negara..masih byk lagi suara2 dari kalangan pemimpin umno yg terus mengasak dan mendesak agar Ku Li dikenakan tindakan disiplin parti dek kerana beliau memberi pandangan dlm ceramah berhubung ttg isu royalti pada penghujung bulan januari lalu..mungkin mereka2 ini lupa atau buat2 lupa akan segala kenyataan Ku Li sebelum beliau hadir dlm memberikan penjelasan ttg isu ini iaitu kehadiran beliau adalah atas kapasitinya sebagai rakyat kelantan,sebagai bekas pengasas dan pengerusi petronas dan jemputanya yg di terimanya adalah tidak bermotifkan politik malah atas jemputan badan NGO ..pada mlm tersebut hanya beliau seorang saja yg memberikan ceramah tersebut kerana tiada siapa lagi yg lebih tahu dgn lebih mendalam ttg perjanjian antara negeri2 ini dgn petronas selain daripada beliau..kalau di amati ceramah beliau pada mlm tersebut dgn jelas beliau memberitahu khalayak bahawa keputusan akhirnya adalah terpulang pada kerajaan pusat utk menentukan samada pembayaran royalti atau ehsan ini kerana yang memerintah malaysia pada hari ini adalah kerajaan pusat bukan bukan kerajaan negeri..sebagai rakyat kelantan sudah tentu beliau juga berkeinginan utk melihat negerinya maju dan setanding malah mungkin lebih hebat utk maju kedepan berbanding negeri2 lain dgn adannya hasil minyak ini..itulah semulia2 pemimpin yg bukan  mengejar kepentingan dirinya tetapi lebih kpd untuk mendahulukan keperluan dan penghidupan rakyatnya agar lebih selesa dan senang dlm menghadapi tiap hari yg mendatang..Ku Li lebih tahu drpd MP Batu Pahat yg kini mendesak agar dii kenakan tindakan disiplin ke atasnya ..Ku Li sudah menjadi MP Gua Musang sejak dari pemerintahan PM ke2 lagi sehinga sekarang berbanding dgn MP tersebut yg hanya boleh di anggap setahun jagung dlm politik cuma nasibnya agak baik kerana di lantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan kerana kepetahan beliau dlm memberikan hujjah yg baik semasa berdebat dlm sidang parlimen tetapi itu tidak menjadi faktor kpd beliau untuk menjadi hebat dgn mendesak tindakan ke atas Ku Li kerana presiden parti lebih mengetahui siapa Ku Li dan apa tujuan beliau berada atas pentas NGO bukannya pentas PAS!!kesetiaan beliau pada UMNO jgn lagi sesiapa pun pertikai  kerana sudah terbukti jika nak di bandingkan dgn mereka2 yg setahun jagung meredah arus politik perdana ini bersama UMNO..masih lagi ramai para pimpinan yg keliru ataupun masih lagi tidak puas dgn Ku Li hinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan2 yg bukan saja menampakkan kejahilan mereka dlm membaca senario politik semasa malah lebih buruk lagi seolah2 mereka lebih suka bersekongkol dgn mereka2 yang bukan anak jati negeri kelantan..Manusia seperti Ku Li sudah jarang2 kita temui apatah lagi dlm barisan kepimpinan UMNO yg menampakkan keikhlasan dan kejujuran dan sanggup menongkah arus semata2 kerana mempertahankan kebenaran demi untuk rakyatnya..begitu juga dgn barisan pimpinan PR yg tidak jemu2 memujuk Ku Li utk bersama dgn mereka agar melupakanlah hasrat mereka ini kerana kesetiaan Ku Li dgn UMNO tak ternilai harganya kerana Ku Li lebih tahu membezakan antara kebenaran yg nyata dgn kepalsuan yg di reka...tiada salah seandainya kerajaan pusat memberikan hak2 kpd rakyat kelantan sebagaimana yg termaktub kerana rakyat kelantan adalah 99% adalah orang melayu beragama islam yang sudah tentu tidak akan membiarkan nasib agama,bangsa dan negaranya boleh di permainkan sesuka hati..bukan taksub dlm mempertahankan negeri dan bangsa serta agama tetapi kesemua kepentingan2 ini sudah termaktub dlm perlembagaan negara kita sejak lebih dari 52 tahun..jgnlah hanya pandai menanam tebu di tepi bibir sahaja dlm menjalankan amanah Allah Taala kpd kita sebagai pemimpin kerana kelak akhirnya kita yg akan berjawab di padang mahsyar ttg amanah ini..wassalam

Ahad, 28 Februari 2010

sepenggal semakin berlalu...

pejam celik pejam celik rupa2nya satu penggal semakin menghampiri penghujungnya..tahun 2011 semakin mendekati menandakan berakhirnya penggal lama dan berganti penggal yg baru..sayangnya penggal yg semakin meniti usianya isi tidak menampakkan perubahan yg ketara dalam pergerakan pemuda umno samada peringkat pusat,negeri dan bahagian..mungkin dari pusat ada sedikit anjakan tetapi tetap lesu dan sendu walaupun ada beberapa pimpinan pemuda pusat yg benar2 jujur menjalankan amanah dan tanggngjwb mereka terhadap pemuda2 bawahan di luar sana tetapi masih lagi gagal menampung kehendak pemuda apalagi golongan muda yg semakin hari semakin besar komunitinya dan menjadi penentu terbesar kemenangan pada mana2 parti dlm PRU13 kelak..terlalu banyak kekosongan yg perlu di isi oleh pergerakan pemuda ini bagi menarik minat golongan muda bersama dengan perjuangan UMNO dan tidak hanya berpeluk tubuh sahaja membiarkan pimpinan pemuda PAS terus memukul gendang dan serunai menarik golongan ini bersama dgn parti ala islam ini..pergerakan pemuda umon dilihat lebih byk membuat sesuatu program atau majlis yang boleh di ibaratkan syok sendiri tanpa memikirkan dgn lebih mendalam ttg bagaimana mahu menjadikan pergerakan ini di segani bukan saja oleh mereka yg berdarah muda malah do hormati oleh darah tua kerana sifat jati diri pimpinan pergerakan ini..beberapa biro pergerakan pemuda pusat begitu terserlah dlm menjalankan tanggungjwb mereka seperti biro pengaduan pemuda di mana dgn di pengerusikan oleh seorang tokoh muda yg berwawasan dan bersifat rakyat telah byk menyelesaikan masalah yg membabitkan anak2 gadis yg mengikut lari pemuda2 seberang dek kerana mengikut kata nafsu dan kemaruk cinta buta gara2 dlm fikiran mereka yg pemuda seberang ini lebih romantik tetapi sebenarnya bombastik hinggakan terpaksa gadis2 melayu malaysia ini makan ubi kayu sebagai pengalas perut apabila tiba di seberang yg akhirnya menginsafkan diri mereka utk pulang ke pangkuan keluarga..Pimpinan pemuda negeri pula masih lagi terkapai2 mencari rentak arah tuju walaupun penggal mereka sebagai pemimpin utama pemuda semakin hampir tapi masih lagi mendabik dada dan bersifat tidak apa malah lebih hebat lagi masih lagi terkejar2 projek2 mewah hinggaakan terlupa tanggngjwb yg di galas..yg penting bagi sesetengah pimpinan ini adalah mengaut seberapa byk duit selagi kuasa masih di tangan dan menayangkan kemewahan yg ada pada sekalian rakyat hinggakan hampir muntah si rakyat melihat perlakuan tidak sedar diri pemimpin terbabit..tiada lagi sifat merendah diri dlm diri pimpinan ini hinggakan jadi malu bagi golongan muda yg ada utk mendekati kerana taraf yg jauh bezanya dgn mereka..ibarat enggang nak berkawan dgn pipit tidak sama padan malah boleh di ibaratkan hidung kemek pipi tersorong2..apatah lagi pimpinan pemuda bahagian yg luntur semangat perjuangannya gara2 ceteknya daya pemikiran barisan yg ada utk mengembeling tenaga dan usaha ke arah mewujudkan kekuatan dlm bahagian masing2..sekadar menjadi pak turut bukan saja akan membudayakan semangat yg tidak sihat malah menenggelalmkan sifat kepimpinan pemuda bahagian..akhirnya segala janji manis semasa melobi utk memenangi jawatan dulu hanya tinggal di tepi bibir shj..usahkan hendak melihat program2 yg kreatif dlm menarik minat golongan muda dlm bahagian ,program yg kebiasaaanya menjadi nadi utama pergerakan pemuda hanya di adakan sekadar utk mengisi aktiviti tahunan dgn dlm keadaan seperti hidup segan mati tak mahu..bila penggal berakhir maka tersengih mcm kera lah pimpinan pemuda ini bukan kerana gembira kerana kejayaan dlm menguatkan pemuda tetapi kerana tiada satu pun aktiviti yg hebat semasa mereka menjadi pemimpin pemuda...bagi mereka2 yg ingin menjadi pimpinan pemuda utk penggal yg akan datang hendaklah mempunyai semangat kejujuran dan keikhlasan yg tinggi agar mereka tidak akan hnya gah pada nama shj serta melupakan tanggungjawab sebagai pemmpin yg di amanahkan oleh pengundi mereka..golongan muda begitu ingin melihat perubahan dan kekuatan dari pergerakan ini  dan menjadi tempat mereka menumpang  nasib ...wassalam

Sabtu, 27 Februari 2010

bila si jahil berlagak alim

agak janggal bila seorang yg masih lagi mentah apatah lagi tidak mengetahui ttg kehebatann seorang negarawan itu berlagak lebih negarawan semata2 kerana ingin mencari nama yg telah pudar kerana impian si mentah utk menggapai pelangi indah hnya umpama mimpi dlm mimpi...itulah akibatnya jika si mentah mendapat tempat  dan jawatan kerana kuasa yg ada adalah pinjaman memanda sndiri yg akhirnya menjadikan si mentah ini terkedu dan terpaku apabila jawatan yg sepatutnya menjadi hak wajib bagi dirinya tiba2 ghaib walhal sudah ada di depan mata..benarlah kata pepatah jgn di sangka guruh di langit maka hujan akan turun..begitulah nasib si mentah ini yg semakin lama semakin bisu lantaran hukuman atas dirinya yg telah byk memporakperandakan negara sewaktu namanya di puncak tatkalau kuasa masih di tgn..ketika itu apa saja yg berlaku dan akan berlaku pasti akan  melintas dahulu kpdnya hinggakan percakapannya menjadi arahan yg tidak dapat tidak mesti di patuhi..jika engkar maka natijahnya pasti teruk..semua ingin bersama dengan si mentah ini hinggakan ada yang sanggup mencium tgn seperti pemimpin yg telah byk jasanya kepada rakyat walhal habuk pun tarak malah makin mengkayakan diri dan kroninya hinggakan menjadi nanah yg cukup memualkan bukan saja pada rakyat yg memerhati gelagat si mentah dan kuncu2nya ini malah sebahagian besar pimpinan partinya..lagak dan gayanya shj sudah cukup utk menunjukkan kpd sekalian rakyat ketika itu bahawa akulah yg akan menjadi sang penakluk muda sekaligus mencipta sejarah tersendiri sebagai memanda termuda..segala urusan dan rancangan di atur dgn cukup teliti hinggakan menyesakkan nafas mereka yg ada di sekeliling tapi kerana si mentah ini begitu lahap dlm mengejar kekayaan dan nama ditambah lagi gelaran yg ada padanya maka senyap sunyilah jadi mereka walaupun dlm hati hanya tuhan saja yg tahu betapa mereka begitu mual dan amat benci dgn kelakuan si mentah ini...rancangan yg disusun rapi membuahkan hasil pertamanya apabila menjadi tempat pertama dlm persaingan menjadi jaguh muda sekaligus menafikan hak mereka yg lebih berbakat pemimpin pada kacamata rakyat..perasaan gah dan ego bukan kepalang menguasai dirinya serta kunco2nya kerana telah berjaya melangkah setapak kehadapan dlm merealisasikan hasrat utamanya itu...namun panas tidak sampai ke petang kerana tiba2 hujan turun di tengahari apabila mendapati dirinya seolah2 menjadi seperti tunggul kayu sahaja sedangkan mereka yg dikalahkannya mendapat temapt dlm barisan kepimpinan pusat..lemah longlailah semua hulubalangnya kerana impian utk melihat si jeneral mentah ini mendapat tempat dlm kerajaan tidak tercapai malah tidak dilayan permintaan hulubalang2 yg cuba meminta jawatan kerajaan drpd memanda baru yg telah lama menghidu nanah ini..terpaku dan terloponglah si mentah ini utk menunjukkan taringnya sekali lagi hinggakan suaranya begitu jarang kedengaran berkokok apatah lgi utk melihat kelibat tubuh btgnya yg sebeluum ini hampir tiap hari menghiasi dlm dada akhbar maupun dlm siaran tv tempatan..berterbanganlah hulubalang2nya kerana si jeneral sudah tidak dpt lagi memberi tempat berteduh seperti sebelumnya lalu mula mencari jeneral yg baru..itulah akibat bila si mentah menunjukkan kehebatan kerana menumpang tuah orang dan bukan kerana tuah dirinya sendiri..setelah lama membisu dan jrg2 mengeluarkan kenyataan tiba2 si mentah ini berkokok tanpa melihat siapa yg di kejutkannya..berkokoklah si mentah ini dgn mengatakan bahawa orang tua ini cuba berlagak sebagai hero rakyat disebabkan percanggahan pendapat yg berlaku di antara orang tua ini dgn pimpinan atasan sedangkan orang tua yg byk jasa dan pengalaman inilah yg telah menjadikan syarikat yg di asaskannya dulu menjadi penyelamat kpd byk harta dan aset negara..tapi dek kerana jahilnya si mentah ini dlm mengenang kembali jasa2 orang tua yg berdarah kuning ini maka terhamburlah kata2 yg bukan saja menjengkelkan mereka2 yg tahu ttg kehebatan dan sejarah orang tua ini malah menjadikan si mentah ini lebih di benci kerana seperti tidak pernah tahu sejarah...orang tua ini lah yg byk jasanya kpd negara dan partinya hinggakan sanggup memberikan tanah kpd parti yg mana si mentah ini  menjadi jeneral muda dan menjadi tradisi tahunan utk ahli parti berhimpun dan berbahas ttg hak2 agama,bangsa dan tanahair..malah orang tua ini jugalah yg telah merangka draf dan menjadi pengasas dan pengerusi pertama kpd satu2nya syarikat yg paling byk pendapatan tahunannya dlm negara ini..sudah tentu orang tua ini ingin memperlihatkan kebenaran kpd rakyat khasnya rakyat di mana orang ini berasal...tidak salah utk menyatakan kebenaran yg mutlak semata2 kerana ingin melihat rakyat dpt sama2 merasai hasilnya drpd memburu kekayaan utk diri sendiri..jgn kerana mulut maka badan kita binasa kerana percayalah jika kebenaran itu ada maka lambat laun akan terbongkar juga walau sehebat manapun kita menyimpan dan menyembunyikan fakta yg sebenar..wassalam