Khamis, 11 Mac 2010
jadilah pemimpin yang adil utk rakyat
Aduan rakyat yang di siarkan oleh tv3 mulai tahun ini cukup2 menggambarkan betapa kelemahan yang amat ketara yang selama ini hnya jarang kedengaran isu atau masalah yang ada dalam arus perdana..namun program yang di aturkan oleh tv3 semakin hari semakin di tonton oleh segenap masyarakat pelbagai lapisan umur,bangsa dan agama dlm negara ini kerana ianya bukan saja berjaya menonjol ttg segala liku2 kehidupan seharian seorang rakyat yang mendiami negara yang kaya dengan hasil minyak ini malah membuktikan kepada mereka di luar sana kegagalan kementerian yang telah di amanahkan utk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat..setiap mingu kita di siarkan dgn cerita2 yang menyayat hati dan membuat airmata kita mengalir tnpa disedari kerana cerita yang di siarkan adalah benar dan bukan sandiwara lakonan hidup..rakyat yang tidak berumah,golongan muda yg tidak mendapat pekerjaan..bekerja,merempat dan tido tepi2 jalan,anak2 yang berpenyakit kronik yang memerlukan bantuan kewangan segera,golongan tua yang merempat serta pembuangan anak luar nikah yang cukup2 menggambarkan kemewahan yang ada dari negara ini tidak mengalir kepada yang sepatutnya..mungkin mereka2 yang Allah Taala berikan rezeki yang melimpah ruah atas hasil usaha mereka tidak akan merasai keperitan mereka2 yang boleh di ibaratkan kais pagi mkn pagi dan petang mkn petang dengan dugaan yang datang melanda mereka hingga menjadikan mereka berputus asa dalam meminta bantuan kerana suara2 mereka terlalu perlahan utk di perdengarkan kepada mereka yang bertanggungjawab..semua sudah maklum akan kekayaan hasil bumi dan kepandaian anak malaysia dalam meneroka khazanah minyak samada dlm dan luar negara hingga negara dpt memungut paling tidak 30 bilion ringgit setiap tahun daripada syarikat gergasi pertonas..kalau di hitung dan di bahagi dengan seadilnya dengan penuh tanggungjawab pemimpin2 terhadap keperluan rakyatnya sudah tentu kita tidak akan dapat lagi melihat atau mendengar ttg kesemua masalah2 di atas kerana pengagihan yang sempurna telah di lakukan oleh pihak berwajib..dalam masa kita mengejar arus global utk memarbatkan negara di persada antarabangsa jgnlah kita melupakan mereka2 yang begitu mengharapkan keikhlasan dan sifat amanah pimpinan negara dalam menyusun dan memberi bantuan yang sepenuhnya kepada mereka yang tidak lagi mampu utk terus bertahan dek kerana dugaan yang besar melanda mereka..kalaulah pihak pimpinan kerajaan menggunakan separuh daripada pendapatan negara utk melakukan pembaikkan masalah ini,mungkin tidak berapa lama lagi kita tidak lagi akan mendengar sebarang bentuk masalah lebih2 lagi masalah yang membabitkan kemiskinan dan jurang perbezaan kehidupan antara yang kaya dan miskin tidaklah ketara sangat..apa yang rakyat di bawah sana mahukan adalah kehidupan yang sederhana dalam mereka menghadapi liku2 kehidupan sebagai seorang ayah,ibu,anak dan warganegara malaysia..mereka tidak meminta yang tidak baik akan terjadi pada diri mereka mahupun keluarga tetapi ketentuan dari Yang Maha Kuasa yang menguasai segala2nya dlm mengatur langkah kehidupan berpandukan daripada al-quran dan hadis yang kadangkala memeritkan hati2 mereka utk terus bertahan dgn dugaan yang melanda..dan sebagai seorang pemimpin yang beragama islam sudah tentu pimpinan2 ini tahu akan tanggungjwab dan soalan2 yang akan di tanyakan kpd mereka sebagai pemimpin apabila tiba masanya kelak..agihkanlah kekayaan negara ini dengan benda2 yang sepatutnya lebih2 lagi kepada rakyat yang masih lagi berkeroncong bunyi perutnya di luar sana dalam menjadikan kita sebagai seorang pemimpin yang mempunyai nilai2 murni untuk kita mendapat keredhaan daripadaNya sebagai khalifahNya di muka bumi ini..alangkah gembiranya hati sang rakyat jika mereka dapati pemimpin mereka cukup mengambil berat ttg kebajikan dan kehidupan seharian mereka...sudahh tentu doa yang mereka pohonkan kepada pemimpin tersebut yang mempunyai sifat luhur dan suci ini akan di makbulkan oleh Allah Taala kerana sesungguhnya doa dari mereka2 yang teranaiya dan terhimpit lebih di perkenankan..jangalah merasa segan silu utk bersama menghayati kesusahan mereka kerana merekalah kita di angkat sebagai seorang pemimpin...wassalam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan