Isnin, 1 Mac 2010

Ku Li terus mendapat tekanan

entah apa salah dan dosa YBM Ku Li hinggakan sehingga ke hari ni masih lagi terus di tekan oleh segolongan pemimpin yg seolah2 buta sejarah dlm mengenali hati budi seorang tokoh politik yg wibawanya tk pernah pudar malah semakin hebat dlm meniti ke penghujung usianya,semakin mendapat tempat di hati rakyat khususnya rakyat kelantan..yang lebih sedih adalah tekanan itu adalah dari pemimpin yg satu parti dgnnya yg seperti tidak pernah puas selagi kehebatan Ku Li tidak di luputkan dlm kamus politik negara..masih byk lagi suara2 dari kalangan pemimpin umno yg terus mengasak dan mendesak agar Ku Li dikenakan tindakan disiplin parti dek kerana beliau memberi pandangan dlm ceramah berhubung ttg isu royalti pada penghujung bulan januari lalu..mungkin mereka2 ini lupa atau buat2 lupa akan segala kenyataan Ku Li sebelum beliau hadir dlm memberikan penjelasan ttg isu ini iaitu kehadiran beliau adalah atas kapasitinya sebagai rakyat kelantan,sebagai bekas pengasas dan pengerusi petronas dan jemputanya yg di terimanya adalah tidak bermotifkan politik malah atas jemputan badan NGO ..pada mlm tersebut hanya beliau seorang saja yg memberikan ceramah tersebut kerana tiada siapa lagi yg lebih tahu dgn lebih mendalam ttg perjanjian antara negeri2 ini dgn petronas selain daripada beliau..kalau di amati ceramah beliau pada mlm tersebut dgn jelas beliau memberitahu khalayak bahawa keputusan akhirnya adalah terpulang pada kerajaan pusat utk menentukan samada pembayaran royalti atau ehsan ini kerana yang memerintah malaysia pada hari ini adalah kerajaan pusat bukan bukan kerajaan negeri..sebagai rakyat kelantan sudah tentu beliau juga berkeinginan utk melihat negerinya maju dan setanding malah mungkin lebih hebat utk maju kedepan berbanding negeri2 lain dgn adannya hasil minyak ini..itulah semulia2 pemimpin yg bukan  mengejar kepentingan dirinya tetapi lebih kpd untuk mendahulukan keperluan dan penghidupan rakyatnya agar lebih selesa dan senang dlm menghadapi tiap hari yg mendatang..Ku Li lebih tahu drpd MP Batu Pahat yg kini mendesak agar dii kenakan tindakan disiplin ke atasnya ..Ku Li sudah menjadi MP Gua Musang sejak dari pemerintahan PM ke2 lagi sehinga sekarang berbanding dgn MP tersebut yg hanya boleh di anggap setahun jagung dlm politik cuma nasibnya agak baik kerana di lantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan kerana kepetahan beliau dlm memberikan hujjah yg baik semasa berdebat dlm sidang parlimen tetapi itu tidak menjadi faktor kpd beliau untuk menjadi hebat dgn mendesak tindakan ke atas Ku Li kerana presiden parti lebih mengetahui siapa Ku Li dan apa tujuan beliau berada atas pentas NGO bukannya pentas PAS!!kesetiaan beliau pada UMNO jgn lagi sesiapa pun pertikai  kerana sudah terbukti jika nak di bandingkan dgn mereka2 yg setahun jagung meredah arus politik perdana ini bersama UMNO..masih lagi ramai para pimpinan yg keliru ataupun masih lagi tidak puas dgn Ku Li hinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan2 yg bukan saja menampakkan kejahilan mereka dlm membaca senario politik semasa malah lebih buruk lagi seolah2 mereka lebih suka bersekongkol dgn mereka2 yang bukan anak jati negeri kelantan..Manusia seperti Ku Li sudah jarang2 kita temui apatah lagi dlm barisan kepimpinan UMNO yg menampakkan keikhlasan dan kejujuran dan sanggup menongkah arus semata2 kerana mempertahankan kebenaran demi untuk rakyatnya..begitu juga dgn barisan pimpinan PR yg tidak jemu2 memujuk Ku Li utk bersama dgn mereka agar melupakanlah hasrat mereka ini kerana kesetiaan Ku Li dgn UMNO tak ternilai harganya kerana Ku Li lebih tahu membezakan antara kebenaran yg nyata dgn kepalsuan yg di reka...tiada salah seandainya kerajaan pusat memberikan hak2 kpd rakyat kelantan sebagaimana yg termaktub kerana rakyat kelantan adalah 99% adalah orang melayu beragama islam yang sudah tentu tidak akan membiarkan nasib agama,bangsa dan negaranya boleh di permainkan sesuka hati..bukan taksub dlm mempertahankan negeri dan bangsa serta agama tetapi kesemua kepentingan2 ini sudah termaktub dlm perlembagaan negara kita sejak lebih dari 52 tahun..jgnlah hanya pandai menanam tebu di tepi bibir sahaja dlm menjalankan amanah Allah Taala kpd kita sebagai pemimpin kerana kelak akhirnya kita yg akan berjawab di padang mahsyar ttg amanah ini..wassalam

Ahad, 28 Februari 2010

sepenggal semakin berlalu...

pejam celik pejam celik rupa2nya satu penggal semakin menghampiri penghujungnya..tahun 2011 semakin mendekati menandakan berakhirnya penggal lama dan berganti penggal yg baru..sayangnya penggal yg semakin meniti usianya isi tidak menampakkan perubahan yg ketara dalam pergerakan pemuda umno samada peringkat pusat,negeri dan bahagian..mungkin dari pusat ada sedikit anjakan tetapi tetap lesu dan sendu walaupun ada beberapa pimpinan pemuda pusat yg benar2 jujur menjalankan amanah dan tanggngjwb mereka terhadap pemuda2 bawahan di luar sana tetapi masih lagi gagal menampung kehendak pemuda apalagi golongan muda yg semakin hari semakin besar komunitinya dan menjadi penentu terbesar kemenangan pada mana2 parti dlm PRU13 kelak..terlalu banyak kekosongan yg perlu di isi oleh pergerakan pemuda ini bagi menarik minat golongan muda bersama dengan perjuangan UMNO dan tidak hanya berpeluk tubuh sahaja membiarkan pimpinan pemuda PAS terus memukul gendang dan serunai menarik golongan ini bersama dgn parti ala islam ini..pergerakan pemuda umon dilihat lebih byk membuat sesuatu program atau majlis yang boleh di ibaratkan syok sendiri tanpa memikirkan dgn lebih mendalam ttg bagaimana mahu menjadikan pergerakan ini di segani bukan saja oleh mereka yg berdarah muda malah do hormati oleh darah tua kerana sifat jati diri pimpinan pergerakan ini..beberapa biro pergerakan pemuda pusat begitu terserlah dlm menjalankan tanggungjwb mereka seperti biro pengaduan pemuda di mana dgn di pengerusikan oleh seorang tokoh muda yg berwawasan dan bersifat rakyat telah byk menyelesaikan masalah yg membabitkan anak2 gadis yg mengikut lari pemuda2 seberang dek kerana mengikut kata nafsu dan kemaruk cinta buta gara2 dlm fikiran mereka yg pemuda seberang ini lebih romantik tetapi sebenarnya bombastik hinggakan terpaksa gadis2 melayu malaysia ini makan ubi kayu sebagai pengalas perut apabila tiba di seberang yg akhirnya menginsafkan diri mereka utk pulang ke pangkuan keluarga..Pimpinan pemuda negeri pula masih lagi terkapai2 mencari rentak arah tuju walaupun penggal mereka sebagai pemimpin utama pemuda semakin hampir tapi masih lagi mendabik dada dan bersifat tidak apa malah lebih hebat lagi masih lagi terkejar2 projek2 mewah hinggaakan terlupa tanggngjwb yg di galas..yg penting bagi sesetengah pimpinan ini adalah mengaut seberapa byk duit selagi kuasa masih di tangan dan menayangkan kemewahan yg ada pada sekalian rakyat hinggakan hampir muntah si rakyat melihat perlakuan tidak sedar diri pemimpin terbabit..tiada lagi sifat merendah diri dlm diri pimpinan ini hinggakan jadi malu bagi golongan muda yg ada utk mendekati kerana taraf yg jauh bezanya dgn mereka..ibarat enggang nak berkawan dgn pipit tidak sama padan malah boleh di ibaratkan hidung kemek pipi tersorong2..apatah lagi pimpinan pemuda bahagian yg luntur semangat perjuangannya gara2 ceteknya daya pemikiran barisan yg ada utk mengembeling tenaga dan usaha ke arah mewujudkan kekuatan dlm bahagian masing2..sekadar menjadi pak turut bukan saja akan membudayakan semangat yg tidak sihat malah menenggelalmkan sifat kepimpinan pemuda bahagian..akhirnya segala janji manis semasa melobi utk memenangi jawatan dulu hanya tinggal di tepi bibir shj..usahkan hendak melihat program2 yg kreatif dlm menarik minat golongan muda dlm bahagian ,program yg kebiasaaanya menjadi nadi utama pergerakan pemuda hanya di adakan sekadar utk mengisi aktiviti tahunan dgn dlm keadaan seperti hidup segan mati tak mahu..bila penggal berakhir maka tersengih mcm kera lah pimpinan pemuda ini bukan kerana gembira kerana kejayaan dlm menguatkan pemuda tetapi kerana tiada satu pun aktiviti yg hebat semasa mereka menjadi pemimpin pemuda...bagi mereka2 yg ingin menjadi pimpinan pemuda utk penggal yg akan datang hendaklah mempunyai semangat kejujuran dan keikhlasan yg tinggi agar mereka tidak akan hnya gah pada nama shj serta melupakan tanggungjawab sebagai pemmpin yg di amanahkan oleh pengundi mereka..golongan muda begitu ingin melihat perubahan dan kekuatan dari pergerakan ini  dan menjadi tempat mereka menumpang  nasib ...wassalam

Sabtu, 27 Februari 2010

bila si jahil berlagak alim

agak janggal bila seorang yg masih lagi mentah apatah lagi tidak mengetahui ttg kehebatann seorang negarawan itu berlagak lebih negarawan semata2 kerana ingin mencari nama yg telah pudar kerana impian si mentah utk menggapai pelangi indah hnya umpama mimpi dlm mimpi...itulah akibatnya jika si mentah mendapat tempat  dan jawatan kerana kuasa yg ada adalah pinjaman memanda sndiri yg akhirnya menjadikan si mentah ini terkedu dan terpaku apabila jawatan yg sepatutnya menjadi hak wajib bagi dirinya tiba2 ghaib walhal sudah ada di depan mata..benarlah kata pepatah jgn di sangka guruh di langit maka hujan akan turun..begitulah nasib si mentah ini yg semakin lama semakin bisu lantaran hukuman atas dirinya yg telah byk memporakperandakan negara sewaktu namanya di puncak tatkalau kuasa masih di tgn..ketika itu apa saja yg berlaku dan akan berlaku pasti akan  melintas dahulu kpdnya hinggakan percakapannya menjadi arahan yg tidak dapat tidak mesti di patuhi..jika engkar maka natijahnya pasti teruk..semua ingin bersama dengan si mentah ini hinggakan ada yang sanggup mencium tgn seperti pemimpin yg telah byk jasanya kepada rakyat walhal habuk pun tarak malah makin mengkayakan diri dan kroninya hinggakan menjadi nanah yg cukup memualkan bukan saja pada rakyat yg memerhati gelagat si mentah dan kuncu2nya ini malah sebahagian besar pimpinan partinya..lagak dan gayanya shj sudah cukup utk menunjukkan kpd sekalian rakyat ketika itu bahawa akulah yg akan menjadi sang penakluk muda sekaligus mencipta sejarah tersendiri sebagai memanda termuda..segala urusan dan rancangan di atur dgn cukup teliti hinggakan menyesakkan nafas mereka yg ada di sekeliling tapi kerana si mentah ini begitu lahap dlm mengejar kekayaan dan nama ditambah lagi gelaran yg ada padanya maka senyap sunyilah jadi mereka walaupun dlm hati hanya tuhan saja yg tahu betapa mereka begitu mual dan amat benci dgn kelakuan si mentah ini...rancangan yg disusun rapi membuahkan hasil pertamanya apabila menjadi tempat pertama dlm persaingan menjadi jaguh muda sekaligus menafikan hak mereka yg lebih berbakat pemimpin pada kacamata rakyat..perasaan gah dan ego bukan kepalang menguasai dirinya serta kunco2nya kerana telah berjaya melangkah setapak kehadapan dlm merealisasikan hasrat utamanya itu...namun panas tidak sampai ke petang kerana tiba2 hujan turun di tengahari apabila mendapati dirinya seolah2 menjadi seperti tunggul kayu sahaja sedangkan mereka yg dikalahkannya mendapat temapt dlm barisan kepimpinan pusat..lemah longlailah semua hulubalangnya kerana impian utk melihat si jeneral mentah ini mendapat tempat dlm kerajaan tidak tercapai malah tidak dilayan permintaan hulubalang2 yg cuba meminta jawatan kerajaan drpd memanda baru yg telah lama menghidu nanah ini..terpaku dan terloponglah si mentah ini utk menunjukkan taringnya sekali lagi hinggakan suaranya begitu jarang kedengaran berkokok apatah lgi utk melihat kelibat tubuh btgnya yg sebeluum ini hampir tiap hari menghiasi dlm dada akhbar maupun dlm siaran tv tempatan..berterbanganlah hulubalang2nya kerana si jeneral sudah tidak dpt lagi memberi tempat berteduh seperti sebelumnya lalu mula mencari jeneral yg baru..itulah akibat bila si mentah menunjukkan kehebatan kerana menumpang tuah orang dan bukan kerana tuah dirinya sendiri..setelah lama membisu dan jrg2 mengeluarkan kenyataan tiba2 si mentah ini berkokok tanpa melihat siapa yg di kejutkannya..berkokoklah si mentah ini dgn mengatakan bahawa orang tua ini cuba berlagak sebagai hero rakyat disebabkan percanggahan pendapat yg berlaku di antara orang tua ini dgn pimpinan atasan sedangkan orang tua yg byk jasa dan pengalaman inilah yg telah menjadikan syarikat yg di asaskannya dulu menjadi penyelamat kpd byk harta dan aset negara..tapi dek kerana jahilnya si mentah ini dlm mengenang kembali jasa2 orang tua yg berdarah kuning ini maka terhamburlah kata2 yg bukan saja menjengkelkan mereka2 yg tahu ttg kehebatan dan sejarah orang tua ini malah menjadikan si mentah ini lebih di benci kerana seperti tidak pernah tahu sejarah...orang tua ini lah yg byk jasanya kpd negara dan partinya hinggakan sanggup memberikan tanah kpd parti yg mana si mentah ini  menjadi jeneral muda dan menjadi tradisi tahunan utk ahli parti berhimpun dan berbahas ttg hak2 agama,bangsa dan tanahair..malah orang tua ini jugalah yg telah merangka draf dan menjadi pengasas dan pengerusi pertama kpd satu2nya syarikat yg paling byk pendapatan tahunannya dlm negara ini..sudah tentu orang tua ini ingin memperlihatkan kebenaran kpd rakyat khasnya rakyat di mana orang ini berasal...tidak salah utk menyatakan kebenaran yg mutlak semata2 kerana ingin melihat rakyat dpt sama2 merasai hasilnya drpd memburu kekayaan utk diri sendiri..jgn kerana mulut maka badan kita binasa kerana percayalah jika kebenaran itu ada maka lambat laun akan terbongkar juga walau sehebat manapun kita menyimpan dan menyembunyikan fakta yg sebenar..wassalam

Jumaat, 26 Februari 2010

maulidur rasul,ku li yg setia dgn UMNO

semlm berlangsung dgn penuh meriah di segenap ceruk sambutan bagi meraikan kelahiran Nabi akhir zaman yg menjadi contoh paling baik bg umat manusia khususnya bagi orang melayu beragama islam dlm negara ini..baginda mempunyai sifat2 yang tidak boleh dibandingkan dgn mana2 manusia sehingga hari kiamat kelak disamping maksum dari melakukan salah dan dosa..dgn kelebihan seperti itu,baginda masih lagi memohon ampun dan maaf kepada Allah Taala biarpun baginda tahu ttg kenabian akhir baginda..tidak seperti sesetengah mereka2 yang kononnya gah dgn ilmu yg tidak terkira di dada hinggakan begitu taksub menjadikan dirinya dipuja oleh khalayak yg terkasima dgn aura dan ilmu islamnya ini kerana2 imej yg dibawa oleh partinya yang berlandaskan perjuangan islam..setiap patah kata mahupun kenyataan yg keluar daripadanya dirinya menjadi satu perintah yg tidak dpt tidak harus di muktamadkan oleh penyokongnya dan pemimpinp partinya gara2 beliaulah yg lebih tahu dan lebih byk asam garam dlm membawa kekuatan partinya ini sehingga lupa akan siapa yang lebih tahu dan lebih hebat..setiap daripada kita yg dijadikan oleh Allah Taala adalah hambanya yg tidak lain dan tidak bukan hanyalah utk menyambah kepadaNya.."sesungguhnya tidak aku jadikan jin dan manusia ini kecuali utk mereka menyembahku"..sifat manusia yg lupa dan lalai apabila diberi kekuasaan dunia ini membuatkan mereka menjadi ego dan bongkak hinggakan ketaksuban pemimpin ini melampui batasan hadnya kerana si pemimpin ini terlupa utk berpesan2 kpd pengikutnya agar tidak taksub kpd dirinya kerana dirinya juga adalah hamba kpd Allah Taala..apabila khalifah Abu Bakar As Sidiq di angkat sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Baginda Muhammad SAW,antara perkara utama yg beliau berpesan kpd pengikutnya adalah tidak taksub kepadanya dirinya dan mentaati perintahnya jika perintahnya adalah berlandaskan suruhan Allah dan Rasulnya dan jgn sekali2 mentaati perintahnya seandainya perintahnya bertentangan dgn Allah dan Rasulnya..inilah sifat terpuji yang diperlukan oleh setiap pemimpin islam agar mereka sedar bahawa kuasa yang ada dlm tgn mereka ini hanyalah pinjaman sementara shj dan bukan kekal selamanya..yang ruginya adalah apabila mereka ini yg kononnya berpaksikan perjuangan islam tidak mampu utk berpesan2 ttg perkara sebegini kpd penyokong mereka kerana mereka akan merasa lebih hebat dan membuka dada seandainya mereka di puja bagaikan raja sedangkan mereka adalah hamba sahaya shj..yg lebih hebat apabila kenyataan2 yg di keluarkan oleh pimpinan ini yg sanggup mengatakan apa shj asalkan niat mereka utk memperoleh kuasa terlaksana dgn mejadikan agama sebagai sandaran utama utk menarik perhatian rakyat sehinggakan terkeluar kenyataan2 yg amat bercanggah dengan agama islam itu sendiri...rakyat yg jahil ttg agama ini sudah tentu merasa seronok dan gembira apabila mendengar kenyataan2 yg membuatkan hati mereka aman walaupun sebahagian mereka tidak pernah cukup utk melakukan perkara2 wajib dlm menjadikan diri mereka sebagai seorang islam apatah lagi perkara2 sunat asalkan menjadi dan menyokong parti yg kononnya berlandaskan islam sudah cukup utk menjamin mereka ke syurga...alangkah kejinya mereka2 ini yg sanggup menghalalkan apa saja demi melaksanakan cita2 politik mereka walaupun sanggup utk berkata nista dan mengeji sesama saudara seagama.."tidak beriman seorang kamu sehingga dia kasih kpd saudaranya sebagaimana dia kasih kpd dirinya sendiri"...bukankah hadis ini dgn jelas menegaskan ttg konsep keimanan seseorang itu dlm kacamata islam?..berbalik kpd Ku Li yg sudah sebati dalam perjuangannya bersama UMNO walaupun masih lagi ramai pimpinan yg meragui keikhlasannya tambah2 lagi dgn kenyatan berani beliau dlm isu royalti atau ehsan minyak yg di anggap bertentangan dgn kerajaan sedangkan pada hakikatnya mungkin beliau ingin memberikan isyarat kpd pimpinan atasan agar lebih baik berkata benar walaupun berkata benar itu akan menjadi benda pahit pd pimpinan kerajaan nanum kepahitan itulah sebenarnya ubat yg paling mujarab khususnya jika kita inginkan rakyat bersama2 semula dgn kepimpinan negara dlm PRU13 kelak apatah lagi kini dengan barisan yg dipimpin oleh anak kepada PM ke2 yg begitu hebat dgn gelaran Bapa Pembangunan..sebagai pengasas dan bekas pengerusi Petronas tentunya Ku li lebih mengetahui dan memahami ttg isi kandungan perjanjian di antara Petronas sebagai wakil kerajaan dgn negeri2 melayu dan beliau cuba utk menterjemahkan kpd khalayak ttg perjanjian ini agar rakyat akan terbela nasib mereka dgn hasil minyak yg ada dlm perairan negara ini..tidak dpt kita ragui ttg kehebatan Petronas ini hingga mengaut berbilion keuntungan setiap tahun dan menjadi penyumbang terbesar pada negara sejak penubuhannya tetapi kita juga tidak dapat nafikan rakyat kita masih lagi terabai dan masih ada lagi di sesetengah tempat khasnya kawasan pendalaman dimana rakyat masih lagi bercahayakan lilin dan bersumberkan air telaga yg kdgkala berbau dan berwarna tatkala musim hujan dtg melambai..mungkin juga kerana berasa ingin menabur bakti dan membuat pahala di kala umur masih lagi ada ini,Ku Li sanggup berkerat rotan dan berhaluan tidak senada dgn pimpinan atasan apabila beliau dapati segala kekayaan hasil  dari sumber alam ini kpd negara tidak mengalir kpd mereka yg sepatutnya hinggakan masih kedengaran kini ttg isu kemiskinan luar bandar yg tidak mampu  lagi beliau dengar..rakyat yg selama ini menjadi penyokong setia kerajaan masih lagi terumbang ambing kehidupan mereka malah masih ada lagi kalangan anak2 mereka yg keciciran dlm sistem pelajaran yg menjadi pintu utama bagi mereka utk keluar dari belenggu kemiskinan sedangkan jika di hitung dgn kekayaan yg di perolehi oleh hasill minyak ini sudah cukup utk membawa seluruh rakyat negara ini berada dlm keadaan selesa menempuh kehidupan harian mereka...malangnya kekayaan yg ada sudah dipergunakan sepenuhnya oleh sesetengah pimpinan yg tidak bertanggungjwb hinggakan tergamak menodai kekayaan ini demi utk kepentingan diri dan kroni shj..mungkin inilah yg membuatkan seorang yg boleh di katakan negarawan seperti Ku Li ini menjadi tidak senang duduk selagi hayat masih lagi di kandung...sebolehnya mungkin juga beliau ingin melihat taraf kehidupan rakyat negara ini menjadi lebih baik lagi dgn tiada lagi kedengaran perkara2 yg menyakitkan telinga utk mendengarnya apabila kekayaan ini di kongsi sama rata dan bukan utk individu2 tertentu shj..Ku Li saja yg tahu apa yg ada dlm benaknya dan apa yg beliau telah dan akan lakukan hanya beliau saja yg tahu..pengalaman dan ketokohan anak raja berdarah rakyat ini telah lama terserlah cuma rezekinya tiada utk menjadi peneraju utama negara namun semua ni tidak sama sekali mematahkan semangat beliau utk menabur bakti dan jasa kpd rakyat negara ini dgn segala kelebihan yg telah Allah Taala kurniakan kepadanya..buktinya sehingga kini,parlimen Gua Musang tetap teguh rakyatnya memilih Ku Li sebagai wakil rakyat mereka kerana orang Gua Musang lebih tahu antara pimpinan kaca dgn permata..sekiranya pimpinan UMNO pusat ingin melihat kemenangan PRU13 di kelantan ini,maka yg paling layak menjadi kemudinya adalah YB Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yg kini menjadi sebutan seluruh rakyat kelantan bukan kerana gelaran tengkunya tetapi kerana keikhlasan dan kejujurannya dlm isu rakyat yg telah menenggelamkan pimpinan kerajaan negeri dek kerana seorang ahli UMNO yg berjiwa rakyat...cerdiknya Ku Li ...wassalam

Khamis, 25 Februari 2010

bila kuasa tiada lagi di tangan kita

amat cemas dan cukup mendebarkan hati setiap kali peristiwa2 yang tidak diduga akan berlaku dalam senario pada hari ni berlaku bahkan menjadi duri dalam daging kepada bangsa melayu khususnya..dalam PRU12 yg lepas,telah berlaku satu fenomena yang dikatakan sebagai tsunami politik tanahair dimana bangsa melayu telah beralih arah untuk tidak lagi bersama dengan kepimpinan BN yang pada masa itu masih lagi dipimpin oleh PM ke5 sehinggakan kerajaan yang dipimpin tidak lagi mendapat 2/3 kerusi dalam parlimen sekaligus menidakkan sebarang perubahan yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan dalam penggal ini..kebusukkan agenda politik oleh sesetengah pemimpin kerajaan telah membuka mata rakyat yang selama ini begitu setia kpd parti pemerintah sehinggakan dengan berani mereka telah memmberi kemenangan yang cukup besar kepada pembangkang dimana 5 buah negeri telah mereka rampas yang sekaligus telah memeranjatkan sekalian pimpinan parti pembangkang..keberanian mereka telah dibuktikan oleh kuasa rakyat ini dengan memberi kemenangan bukan shj kpd calon2 terkenal tetapi juga kpd calon2 yang tangkap muat yang tidak pernah erti politik sebelum ini tetapi kerana bencinya rakyat ini terhadap sesetengah pimpinan kerajaan tidak dapat di bendung lagi maka gerhana politik melanda pada sesetengah pemimpin pusat dek kerana kuasa rakyat..itulah kehebatan dan penangan kuasa yang ada rakyat hinggakan parti yang telah hampir 52tahun memerintah ini nyaris2 tenggelam dalam badai ombak politik yang mengganas tetapi dan sebetulnya tuhan masih lagi mahu memberi peluang kpd pimpinan yang ada skrg ini agar tidak lagi menjadi seperti pimpinan yg terus melupakan kuasa rakyat malah lebih rakus meniti kemewahan semata2 kerana akulah pemimpin yang hebat maka segalanya adalah hak aku!!itu fikir sesetengah pimpinan yg secara terang2 merompak harta rakyat hinggakan tiada lagi rasa kesabaran dlm setiap hati rakyat ini dan menghukum pimpinan ini dalam PRU12 yang lalu...kesannya cukup menggerunkan hinggakan si pemerintah sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi semata2 kerana menurut kata mereka yang bukan sebangsa dan seagama..ada di sesetengah tempat yang di tawan oleh parti pembangkang telah memainkan sentimen perkauman dgn cuba memberikan hak yg sama rata kpd bangsa yang dulunya pendatang dan sanggup menjadi penderhaka bukan saja kpd bangsa dan agamanya malah lebih teruk lagi sanggup utk menderhaka kepada satu2 nya pembela terakhir bangsa melayu dan agama islam dlm negara ini  iaitu institusi beraja..mereka lupa asal usul dan adat sopan bangsa dan agama mereka semata2 kuasa telah ada dlm genggaman hingga sanggup melakukan apa sahaja yang mereka fikirkan betul tanpa mereka melihat kiri dan kanan akan kesannya kepada generasi mereka kelak...kerana cuba menjaga hati bangsa yang bukan seagama,dengan begitu mudah pimpinan ini memberikan ruang yang cukup luas kpd mereka utk bermaharajalela dan bertindak mengikut kehendak naluri mereka yang tidak pernah kenal erti berterima kasih kpd bangsa yg dulunya memberi seribu erti kesenangan tatkala mereka2 ini hanyalah pedagang...beruntungnya negeri2 melayu yang mempunyai sultan di mana perlantikan seorang menteri besar adalah berlandaskan kpd undang2 tubuh negeri yang noktahnya tetap menyatakan hanya orang melayu beragama islam shj yang layak menjadi seorang menteri besar..maka terpaksalah bangsa pendatang ini akur dgn kehendak tersebut walapun mungkin dlm hati mereka sejuta rasa kemarahan timbul..apapun mereka ini tetap menjadi pemain utama di belakang tabir hinggakan si menteri besar ini sendiri tergamak menodai dan mengkhianati bangsanya dengan memberikan hak yang sama rata terhadap bangsa pendatang ini semata2 kerana terlalu kemaruk kuasa dan terkejut tidak terkira dgn pangkat dan gelaran terbesar negeri..namun ajal dan jodoh adalah di tangan tuhan walau  mcmana sekalipun kita berusaha uttk mengelakkannya namun Yang Berkuasa Tetap Berkuasa atas segalanya..tatkala sedang enak di buai mimpi indah tiba2 takdir menentukan jodohnnya sebagai yang paling berkuasa jatuh ketangan orang lain  dek kerana takdir tuhan untuk memberi peluang sekali lagi kpd parti yg dulunya menjadi pembangkang utk terus menunaikan amanah dan tanggngjwb demi kesejahteraan rakyatnya serta demi keutuhan agama bangsa dan negaranya..dan sehingga kini selagi negeri2 yang telah dirampas oleh mereka2 yang tidak pernah berterima kasih kpd kaum melayu dan peribumi ini tidak berjaya ditawan,maka hati aku dan juga sebahagian besar mereka yg senada dgn aku akan gundah gulana pada setiap detik kerana bimbangnya kami adalah bertempat..bila ekonomi diberikan dgn sewenangnya kpd mereka,jgnlah pula kuasa politik yg ada pada kita ini juga hendak di gadaikan hanya semata2 mereka ini di anggap lebih baik dan lebih bersikap adil sedangkan jika kita meneliti disebaliknya maka akan terkejut gajahlah kita ditipu oleh sandiwara parti politik yang terus terang menentang penubuhan negara islam di bumi melayu islam ini tetapi masih lagi berpura2 ber ikon kan seorang pemerintah islam yang ulung..jgnlah kerana ingin mencontohi khalifah umar abdul aziz maka kita rela dilelong seperti cerita 3 abdul ..wahai bangsaku melayu islam....sedar2 lah dgn skrip palsu ini...renungilah mata bening anak2 mu agar kamu akan tahu tujuan kamu di ciptakan berbilang bangsa dan agama serta kenapa kafir itu juga ada berbagai peringkat hukumannya ..."untuk kamu agama kamu,untukku agamaku"...wassalam

kuasa rakyat

mungkin sudah tiba masanya presiden UMNO selaku PM mengubah dengan secara berani barisan sesetengah pimpinan di semua bahagian agar mereka2 yang hanya angguk dan faham apa yg telah diperkatakan dihadapan DS Najib(DSN) tetapi masih lagi degil dan tidak faham2 akan kehendak presiden digantikan dengan mereka2 yg betul2 jujur dan ikhlas utk sama2 membantu DSN samada dlm mentadbir kerajaan mahupun parti UMNO sehingga mengembalikan semula keyakinan rakyat sekalian terhadap kepimpinan kerajaan dan seterusnya memberikan sepenuh sokongan dlm PRU 13 nanti...tetapi sehingga kini seolah2 apa yg DSN inginkan dari setiap pimpinan bahagian utk bersama2 mengembalikan keyakinan rakyat hanya tinggal impian shj..masih terdapat byk lagi pemimpin bahagian yg leka dan lalai serta ego dgn rakyat dlm bahagian mereka sehinggakan utk berjumpa dengan pimpinan ini amat susah apatah lagi utk rakyat mengadu nasib mereka agar dapat disampaikan segala keluhan mereka kpd pihak pimpinan atasan menjadi impian dlm mimpi mereka setiap kali mereka melelapkan mata shj..alangkah ruginya DSN sekiranya terus memberikan kepercayaan kpd sesetengah pimpinan yg bukan saja tidak lagi diterima oleh rakyat dlm kawasan masing2 bahkan menjadi liabiliti kpd parti khususnya UMNO yg akhirnya menidakkan kemenangan yang di cari oleh DSN..mungkin ada di antara mereka yg sudah patut meletak jawatan ataupun memberi laluan kpd pimpinan baru dlm bahagian masing2 agar parti UMNO terus menjadi parti yang berterusan menjadi pembela kpd agama bangsa dan negara khususnya bagi umat melayu islam dlm negara ini..jgnlah disebabkan merasa masih lagi hebat dan mempunyai wang yg banyak maka pimpinan ini masih lagi agah malah liat utk melepaskan jawatan mereka kerana sayangkan jawatan tersebut walaupun sebahagian besar rakyat mereka sudah tidak lagi menoleh muka kpd pimpinan tersebut..dan seandainya dicalonkan sebagai calon PRU kelak maka natijahnya adalah parti UMNO itu sendiri yang akan menanggungnya..bukan sahaja drpd parti UMNO ini bahkan semua parti kompenan BN seharusnya menyedari ttg ketidakpuasan hati rakyat terhadap apa yang berlaku sekarang lebih2 lagi kpd pemimpin yang mereka harapkan utk menolong mereka tetapi tidak mengotakan janji sebagaimana yang di taburkan semasa pilihanraya yg lalu yang mendorong rakyat ini utk tidak laagi mengundi kalangan pimpinan BN ini kerana sudah berkerat rotan dan mual dengan gelagat pimpinan ini dengan janji yang tidak pernah dikotakan..janganlah hanya menjadi pak angguk sahaja didepan perdana menteri semata2 hanya mahu menjaga jawatan  mahupun pangkat yg dipegang tetapi bila kembali kedalam bahagian masing2 mulalah berperangai lama kembali seolah2 masuk telinga kanan tetapi keluar telinga kiri segala apa yang telah di tuturkan oleh perdana menteri kpd mereka..masih lagi sempat utk setiap pimpinan ini mengubah persepsi rakyat ini agar keyakinan mereka kembali dan seterusnya kejayaan yang cemerlang pada kompenan BN ini dlm PRU13 kelak..kepada pimpinan yang masih lagi ego dan sombong diri dengan kemewahan dunia ingatlah apabila tiba masanya kelak rakyat kita pasti akan menghukum dgn kuasa mereka  ..wassalam

BN perlu berubah dengan segera!!

ramai diluar sana yg betul2 sayangkan UMNO,MCA dan MIC yg membentuk parti kompenan BN dari dulu sehingga sekarang..52 tahun sudah berlalu pimpinan kerajaan bn ini memerintah negara sehinggakan ada sesetengah pimpinan terlupa ttg tanggungjawab utama mereka dlm menjadi parti pemerintah ataupun menjadi pemimpin kpd parti yg dipimpin lalu membiarkan rakyat kawasan mereka menghukum mereka kerana kealpaan dan sifat lupa diri telah menjadi nanah dlm setiap pemimpin..tidak dinafikan ada sesetengah pemimpin yg betul2 jujur dan ikhlas dalam menjalankan amanah mereka terhadap rakyat tetapi hanya sebilangan kecil shj yg betul2 nawaitunya kerana takutkan akan balasan Allah Taala kpd setiap pemimpin yg gagal memimpin dirinya menjadi khalifah hinggakan rakyatnya terbiar mencari arah mereka sendiri..malangnya sikap ego dan terlalu mengejar kemewahan setelah kuasa diberikan kpd mereka oleh rakyat telah membutakan mata hati mereka utk melihat dan kembali mmbalas budi tangan rakyat yg telah mengangkat sang pemimpin ini drpd seorang yg biasa kpd seorang yg punya kuasa dek kerana kepercayaan rakyatnya agar nasib mereka akan terpelihara apabila sang calon ini menang dlm pilihanraya..tetapi ibaratkan harapkan pagar,pagar yg makan padi,begitulah juga yg terjadi pada sesetengah kawasan seluruh negara ini dimana pemimpin mereka terus menghilang bahkan utk berjumpa dgn mereka pun terlalu susah apabila si rakyat ini ingin berjumpa dan meminta pertolongan yg perlu sepertimana si pemimpin menabur janji manis mereka utk menolong tatkala kuasa masih lagi dipegang oleh tangan si rakyat ..begitulah juga nasib yg sama melanda pada si marhein ini di mana tempat hinggakan rasa percaya mereka kpd pimpinan BN ini menjadi semakin nipis dek kerana terlalu byk kekecewaaan yg melanda diri..tak kira waima pimpinan drpd UMNO,MCA atau MIC,mereka sebahagian besarnya terlalu mengejar kemewahan dan berkepenteingan diri sehinggakan menimbulkan rasa mual yg teramat sgt apabila nama pemimpin2 ini disebut ataupun kembali dicalonkan..apa yang rakyat mahukan adalah kata di kota dan janji di tunaikan agar kehidupan mereka sebagai raKyat biasa dpt menumpang tuah walau sedikit drpd pemimpin yg telah mereka berikan kuasa ini..rakyat sekalian menanti dan mengharap agar memanda menteri sekarang akan memilih mereka yg betul2 mempunyai semangat jiwa rakyat yg menebal dlm pemilihan calon bagi kompenan BN lebih2 lagi drpd UMNO dlm PRU13 nanti kerana masih ramai lagi yang mengharap agar kompenan BN kembali gah memacu kuasa rakyat dan memberikan seribu makna kegembiraan dlm hari mereka agar kehidupan mereka yg serba kekurangan akan sedikit membuak rasa kelebihan apabila pemimpin mereka begitu cakna akan kehidupan mereka..wahai pimpinanku,jadilah seperti lilin yg sanggup membakar diri sendiri semata2 untuk  memberi dan menerangi mereka yg di sekelilingnya..tinggalkanlah jasa dan nama yg baik dlm ingatan rakyat agar selepas kita tiada di alam fana ini masih lagi mereka mengingati kita dek kerana keikhlasan dan kejujuran kita dlm menjalankan tanggngjwab kpd rakyat..wassalam