Jumaat, 7 Januari 2011

Jangan Mencabar!!

Konsep perlembagaan negara yang di asaskan oleh pimpinan terdahulu telah meletakkan nasib bangsa melayu dan kaum bumiputera dan agama islam di tanah melayu ini kepada Raja@Sultan untuk negeri-negeri yang mempunyai sultan manakala bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan maka kuasa ini terletak pada Yang Di Pertuan Agong.Begitulah konsep perlembagaan yang telah menjadi nadi kejayaan tanah melayu ini sehinggakan menjadi cukup terkenal di mata dunia
Namun kesemua ini bagaikan tidak bererti lagi kepada segolongan anak bangsa sendiri yang kini semakin hari semakin berani berlaku biadap terhadap pemegang kunci ini.Rasa hormat terhadap institusi ini bagaikan tidak lagi menjadi perhatian golongan ini yang sanggup untuk menderhaka kepada raja-raja mereka kerana terlalu rakus ingin berkuasa.Mereka sanggup melakukan apa sahaja waima mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bukan sahaja bisa mengguris hati institusi berkenaan malah lebih teruk lagi telah mengajak rakyat yang bersama mereka untuk sama-sama menjadi penderhaka.
Seolah-olah kini mereka tidak lagi memandang tinggi raja-raja melayu kerana terlalu taksub dengan konsep ketuanan rakyat yang di laung-laungkan oleh pimpinan mereka yang terdiri daripada anak melayu.Bagi mereka konsep ketuanan melayu ini tidak lagi boleh dipakai kerana ia menggambarkan seolah-olah melayu itu adalah tuan pada tanah ini sedangkan itulah hakikat yang perlu diterima oleh golongan penderhaka ini dan juga mereka yang tidak berbangsa melayu dan bukan bumiputera.Hakikat melayulah tuan kepada tanah melayu ini bagaikan menjadi duri dendam yang amat kuat dalam diri perderhaka ini dan juga diri bangsa yang dulunya pendatang.Walaupun tidak dinafikan ada juga bangsa pendatang ini yang memahami hakikat ini namun segolongan lagi tetap mempertahankan konsep malaysia malaysian agar agihan sama rata menjadi kenyataan apabila impian untuk menakluk putrajaya menjadi kenyataan.
Keceluparan golongan melayu derhaka ini sampai kemuncaknya selepas peristiwa di perak 2 tahun yang lalu merebak kepada pentadbiran seorang anak melayu yang dilahirkan dari konsep DEB  tetapi menjadi lupa gara-gara ketaksuban untuk menjadi pemerintah.Keceluparan ini bertambah apatah lagi ada tangan-tangan ghaib yang berada dibelakang anak melayu ini yang begitu gembira kerana agenda mereka yang selama ini cukup mereka takuti iaitu untuk menderhaka kepada raja-raja melayu kini telah terlaksana.Mereka cukup seronok melihat anak bangsa melayu sendiri yang sanggup menjadi penderhaka dan sudah pasti jika ada sebarang perkara yang tidak di ingini maka mereka yang cauvinis ini akan terlepas.Mereka tidak mahu di anggap sebagai dalang sebagaimana 1969 yang telah menjadikan riak kebangkitan bangsa melayu untuk menentang parti mereka.Mereka tidak lagi mahu menjadi panglima perang tetapi lebih suka menjadi pencatur yang paling berkuasa apabila impian untuk menggapai putrajaya menjadi kenyataan.
Apa lagi yang akan tinggal kepada bangsa melayu jika institusi ini terus di hina dan di permainkan?Apakah kita sebagai rakyat jelata tidak memikirkan tentang hati dan perasaan raja-raja ini yang menyedari mereka kini tidak lagi di hormati?Apakah titah mereka yang hanya sesekali kedengaran ini tidak lagi laku?Apakah kita sanggup untuk melihat raja-raja kita ini terusir sebagaimana raja melayu yang ada di negeri jiran yang kini gah dengan panggilan republik?Apakah kita tidak pernah memikirkan betapa malunya maruah  seorang pemerintah negeri di perlakukan gara-gara ketaksuban berpolitik yang mempunyai seribu satu agenda jahat yang tersembunyi?
Raja-Raja adalah denyut nadi bangsa melayu dan agama islam.Jika terusik dan di usik sesuka hati sudah pasti bahana yang bakal menimpa mereka yang berani mengusik kerana selagi ada insititusi ini selagi itulah bangsa melayu yang masih lagi sayangkan raja-rajanya akan melakukan apa sahaja mempertahankan hak-hak yang telah termaktub hingga titisan darah yang terakhir.Jika ingin melihat sekali lagi tanah ini di sirami dengan air merah teruskanlah niat untuk mencabar wahai penderhaka kerana di mana bumi di pijak di situ langit di junjung..jika penderhaka-penderhaka tidak berganjak..sudah pasti mereka akan di hitung!!...wassalam

Ahad, 2 Januari 2011

Damainya Tanahairku

Penggal baru persekolahan baru bermula dengan lebih kurang 500 orang murid tahun satu mula memasuki alam persekolahan yang menjadi tapak asas kepada sebuah kehidupan untuk masa depan mereka kelak.Pelbagai ragam dapat kita lihat samada menyaksikan sendiri ataupun yang tersiar dalam berita nasional.Ada yang gembira bukan kepalang..ada yang menangis tak henti-henti..ada yang ketawa memanjang...ada yang takut.Peristiwa ini akan kekal teguh dalam ingatan para ibu bapa yang menghantar anak2 mereka sehingga akhir hayat mereka.Dan sudah pasti memori ini akan menjadi bahan usikan apabila anak2 ini menjadi dewasa dan menjadi kebanggaan keluarga sebagai pelengkap kepada sebuah keluarga yang harmoni.
Tetapi apa yang paling penting adalah betapa semua perasaaan ini tidak akan terjadi sekiranya tanahair tercinta ini berada dalam keadaan huru hara.Sudah pasti memori di atas akan hanya teori sahaja lebih2 lagi apabila negara berada dalam situasi peperangan sebagaimana yang berlaku di negara islam yang lain seperti di Palestin,Afghanistan serta beberapa buah negara lagi yang bukan sahaja impian para ibu bapa untuk melihat pembelajaran anak2 mereka tidak terencat malah untuk melihat sebuah sekolah yang serba lengkap seperti yang kerajaaan kita sediakan pada hari ini utk rakyat malaysia pun masih lagi samar.Jika adapun bangunan persekolahan mereka adalah seperti sebuah kediaman yang cukup bersesak-sesak anak2 murid untuk belajar.Dengan kekurangan kelengkapan dan sistem pembelajaran yang tidak teratur ditambah dengan situsi yang senantiasa berada dalam  kancah peperangan tidak mungkin akan menjanjikan keharmonian kepada anak2 mereka untuk belajar dengan penuh ketenangan.Rasa cemas bukan sahaja akan bermain dalam benak otak para ibu bapa malah para guru yang mana kehidupan harian mereka diibaratkan sebagai menunggu ajal sahaja kerana serangan2 mahupun lontaran bom sudah pasti akan menjadikan persekolahan harian mereka berada dalam keadaan yang paling mencemaskan
Kita di Malaysia amat2 beruntung kerana masih lagi berada dalam keadaan yang aman damai tanpa disajikan dengan bedilan peluru dan bom sebagai santapan seharian hinggakan negara ini adalah destinasi yang paling wajib bukan sahaja di lawati oleh pelancong asing malah menjadi tempat idaman mereka yang ingin mencari kediaman kedua selepas negara kelahiran mereka.Sifat toleransi sesama kaum dan perasaan yang saling menghormati masih lagi utuh dan menjadi kunci sekian lama walaupun ada kedengaran suara-suara dangkal yang cuba untuk meniupkan sentimen perkauman yang sekaligus mencetuskan rasa kurang senang dikalangan bangsa yang berbagai ini namun kesemua ini dapat di pintas dengan kecekapan pemerintah yang di bantu oleh penjawat2 awam yang menjaga keselamatan negara khususnya.
Namun kesemua keamanan yang di kecapi ini sudah pasti tidak akan berkekalan sekiranya rakyat dalam negara ini lebih suka untuk memilih perjuangan yang lari daripada sifat2 keamanan dan banyak mencetuskan rasa tidak senang hati daripada memilih perjuangan yang sudah terbukti mampu menjaga bukan saja keamanan malah kebajikan seluruh rakyatnya.Sekiranya rakyat negara ini mudah dimomok dengan bait2 indah puisi sang pembangkang yang cuba untuk menghancurkan negara ini dengan terus menerus menjanjikan seribu satu impian yang hanya manis di bibir maka sudah pasti keamanan yang di kecapi selama lebih daripada 53 tahun ini akan tamat dek kerana janji kosong sang penakluk.Kalau selama ini negara ini cukup makmur dengan berpaksikan kepada keluhuran perlembagaan yang sedia ada dengan ketuanya masih lagi seorang melayu islam maka apakah keamanan ini akan berterusan sekiranya ketua negara menjadi milik mereka yang bangsa dan agamanya berlainan?apakah rakyat di luar sana yang begitu ingin mencuba pemerintah baru yang digelar pakatan rakyat ini benar2 yakin bahawa nasib mereka akan lebih terbela daripada kerajaan yang ada sekarang?apakah rakyat yang ingin sangat merasa pembaharuan kerajaan ini benar2 yakin kerajaan PR ini akan mengotakan janji mereka yang kadangkala karut utk akal fikirkan?Nasib anak bangsa melayu islam sudah pastinya akan lebih merana sekiranya rakyat khasnya bangsa melayu islam ini memilih untuk berketuakan mereka yang bukan seagama dan sebangsa kerana jika berdasarkan pada fakta yang ada pada hari ini,kita akan dapat melihat betapa kerusi-kerusi melayu islam kini cukup tergugat dan bila2 masa sahaja kerusi2 yang dimiliki oleh bangsa lain akan menandingi dan seterusnya menjadi majoriti dalam dewan rakyat sekiranya perpaduan sesama melayu islam ini terus berada dalam kesamaran.
Kekalkanlah keamanan dan kedamaian tanah ini demi generasi kita yang akan datang.Jangan bila nasi sudah menjadi bubur baru kita sedar apabila tali kuasa berada di tangan orang asing.Kerana yang nyata pasti hayat melayu islam di malaysia ini bergantung kepada kuasa politik semata-mata.Tanpa kuasa ini maka bertempiaranlah melayu islam ini bagaikan pendatang dalam negaranya sendiri...wassalam

Sabtu, 1 Januari 2011

Perjuangan Tetap Di Teruskan

Menutup tirai 2010 dengan kejayaan memberangsangkan pasukan Harimau Malaya dengan muncul sebagai juara Piala Suzuki buat kali pertama setelah menunggu 14tahun untuk mengucup piala tersebut.Kali terakhir adalah pada tahun 1996 apabila skuad yang diketuai oleh zainal abidin hassan selaku penyerang terbilang pada masa itu tewas kepada thailand 1-0.Setelah itu pasukan negara terus menerus di himpit kekecewaan sehinggalah sinar kejayaaan yang bermula pada sukan sea lalu mula membuahkan hasil.Skuad kendalian Rajagopal mula menunjukkan prestasi yg cukup menyakinkan sehingga berjaya membolot pingat emas.Tenaga muda yang di masukkan hampir 100% kedalam skuad kebangsaan berjaya mencuri perhatian seluruh penyokong hinggalah kemuncaknya pada malam 29hb disember apabila Harimau Malaya berjaya meranapkan jutaan penyokong tuan rumah samada yang berada di Gelora mahupun yang menonton di kaca televisyen dengan menewaskan timnas Indonesia dengan kelebihan jaringan semasa perlawanan akhir pertama di bukit jalil pada 26hb lepas.
Tirai 2011 yang baru saja memunculkan dirinya dengan tarikh yang sangat cantik iaitu 1111 seolah-olah bagaikan petanda kejayaan akan terus berdendang kepada sesiapa juga yang tidak pernah mengenal erti putus asa.Itulah yang telah di buktikan oleh bolasepak negara yang tidak pernah jemu untuk meraih kejayaan kerana bolasepak merupakan denyut nadi sukan pada mana-mana negara.Perjuangan bagi parti-parti juga sudah bermula apabila Dun Tenang di Johor akan mengadakan PRK pada 30hb ini setelah kematian adunnnya kerana sakit.Pihak BN yang di ketuai oleh UMNO akan memastikan kemenangan ini dapat di kekalkan agar rentak kecemerlangan dapat di teruskan dalam PRK setelah kemenangan terakhir di raih di Galas dan Batu Sapi.Namun kemenangan di Tenang ini adalah sebenarnya kemuncak kepada sokongan 1Malaysia yang di ilhamkan oleh Perdana Menteri kerana di dun inilah watak sebenar pengundi akan dapat di lihat.Dengan pengundi cina yang ada 39% didalam dun ini sudah tentu akan memberi seribu makna bukan sahaja kepada kompenan BN bahkan kepada PR yang di ketuai oleh PKR yang sedaya upaya ingin mengagalkan rentetan kejayaan yang di raih oleh BN.Samada pengundi cina mula mengalih perhatian mereka dengan memberikan undi utk calon BN akan terjawab pada malam 30hb ini.MCA yang di ketuai oleh presidennya apatah lagi dalam jajahan takluk dr chua soi lek sendiri akan cuba membuktikan kepada kompenan mereka bahawa bangsa cina kini telah mula memberikan semula sokongan kepada parti yang terbesar bagi orang cina.Kerana semua sudah maklum bahawa MCA dan Gerakan telah ditolak mentah2 oleh pengundi mereka semasa PRU12 lalu yang menyaksikan hampir kesemua kerusi dun dan parlimen mereka tewas kepada lawan masing2 yang menyebabkan kerajaan BN kehilangan 2/3 majoriti setelah dengan senang mencapai majoriti lebih drpd 2/3 pada PRU11.Sekiranya kemenangan tidak berpihak kepada BN maka sudah pasti satu tanda yg cukup jelas akan kelihatan dimana sudah pasti pengundi cina kini tidak lagi menoleh kepada parti kompenan BN yang akan memungkinkan seribu satu keadaan yang cukup bahaya akan melanda parti pemerintah apabila PRU13 akan mula memunculkan dirinya.Jika UMNO sudah semakin berjaya untuk menarik kembali perhatian bangsa melayu untuk mula menyokong mereka kembali tetapi parti kompenan mereka masih lagi terkial-kial mencari rentak bagi meraih simpati pengundi bangsa mereka sendiri.Jika MCA dan Gerakan khususnya gagal untuk meraih sokongan bangsa cina kepada mereka maka apakah yang akan melanda BN? siapa yang rugi dan dalam masa sama mendapat untung dalam bahana kecelakaan yang menimpa BN kiranya kalah dalam PRU13 kelak?
Seolah-olah kini UMNO bersendirian untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan para pengundi terhahap kompenan BN sedangkan kompenan yang lain masih lagi tidur dan seolah0olah mengambil sikap sambil lewa khususnya MCA dan Gerakan yang kita ketahui adalah punca kepada kegagalan meraih 2/3 dalam dewan rakyat bagi BN disamping beberapa isu yang datang daripada kem umno sendiri yang cukup2 memulakan pengundi yang menolak kehadiran BN hingga tsunami politik berlaku pada 2008.UMNO kini tidak lagi boleh menoleh ke belakang untuk mengharapkan kepada bantuan parti kompenan mereka kerana yang pasti jika parti terbesar orang melayu ini kalah maka sudah pasti padah akan menimpa nasib anakk generasi melayu islam pada masa hadapan tatkala generasi melayu islam kini cukup merasakan keselesaan hasil drpd perjuangan nenek moyang terdahulu yang bermatian untuk mempertahankan tanah ini.Rasa selesa inilah yang menyebabkan generasi melayu islam terus dibuai oleh mimpi2 indah dan lebih sadis lagi apabila mereka mudah dimomokkan dengan agendan mereka2 yang mempunyai dua wajah yang ingin mengheret mereka ke lembah durja.
Tiada persefahaman yang berlaku sesama parti melayu juga bagaikan petanda bahawa bangsa melayu bakal sekali di jajah kerana masing2 terlalu ego dan bongkak malah terlalu degil untuk berkompromi demi kekuatan bangsa dan agama.Seolah kini tiada lagi unsur-unsur islam pada diri masing2 yang mengaku islam tetapi kini mereka lebih suka untuk melihat saudara mereka di sembelih bagaikan saudara2 arab melihat saudara palestine nya di ratah dan di jarah oleh yahudi.Masing2 berkokok bahawa merekalah yang paling hebat dan paling baik sedangkan dalam masa yang sama ada tangan2 asing yang bertepuk tangan apabila melihat keadaan satu bangsa yang dulunya cukup teguh dan kuat prinsipnya dalam mempertahankan tanahair ini tellah mula meleraikan ikatan tali hanya kerana terlalu tamak dan haloba kepada kuasa.Mereka mula menyusuk jarum2 halus agar gendang kebencian akan terus bermain dalam diri pimpinan melayu islam masing2 agar kelibat mereka seolah2 tidak kelihatan sebagai perencananya kerana mereka ini sedar jika mereka yang berada di saf hadapan sudah pasti bangsa melayu islam ini akan bergabung untuk menentang mereka sebagaimana yang telah mereka alami pada tragedi 1969.
Kepada parti-parti yang berakar umbikan kepada melayu islam berhati-hatilah dengan sandiwara manusia yang hanya manis di bibir ini.Begitu juga kepada sekalian melayu islam di tanah ini agar lebih berwaspada dengan mainan halus sang pendatang yang tidak pernah putus asa untuk menjarah tanah melayu ini dan seterusnya menjadi tuan baru tanah ini..berwaspadalah wahai anak-anak bangsaku agar dirimu tidak akan hanya di ulit mimpi indah gara-gara terkasima dengan madah yang penuh berhelah mereka yang bernama pendatang!...Perjuangan untuk membela agama bangsa dan tanahair tetap diteruksan tanpa menjejaskan semangat kekitaan yang telah lama di tanam.. wassalam

Selasa, 28 Disember 2010

2011-Rakyat Bakal Menterjemah

Pertukaran beberapa kerusi perhubungan negeri yang berlaku beberapa hari lepas terus menjadikan persoalan tentang tarikh pilihanraya umum semakin hangat di perkatakan oleh arus perdana khususnya media walaupun di nafikan sekeras-kerasnya oleh barisan kepimpinan dengan mengatakan bahawa perkara pertukaran ini adalah perkara yang senantiasa berlaku.Namun rakyat sebahagian besarnya pada hari ini tidak lagi mungkin mudah tertipu kerana mereka seolah-olah sudah dapat menduga akan apa yang akan berlaku dalam masa 18 bulan ini selepas beberapa penangguhan pemilihan dalam parti khasnya dalam kompenan Barisan Nasional.Penangguhan yang telah berlaku memberi reaksi yang cukup nyata bahawa PRU13 semakin dekat walaupun berbagai telahan di buat dengan ada yang menyatakan bahawa paling awal PRU13 adalah pada Mac 2011
 Penggantungan empat orang ahli parlimen daripada pembangkang juga seolah-olah di sifatkan sebagai rancangan paling besar telah di lakukan oleh pihak kerajaan walaupun kalau di lihat secara lebih berhemah bahawa pergantungan mereka ini adalah kerana kesalahan yang telah dilakukan di parlimen yang menjadi institusi keadilan bagi rakyat sehingga memaksa Yang Di Pertua menggunakan seluruh kuasanya agar institusi ini terus terjaga tanpa dapat di ganggu gugat oleh permainan jahat segelintir pembangkang yang seolah-olah tidak pernah berpuas hati selagi kuasa tidak dapat mereka gapai.Dan akhirnya ketua pembangkang bersama 3 ahli parlimena yang lain telah di gantung selama 6 bulan yang mengundang berbagai reaksi bahawa pilihanraya semakin hampir dengan pihak pembangkang menuduh bahawa konspirasi ini adalah di rancang agar majoriti 2/3 memihak kepada pihak kerajaan yang memerintah agar perancangan persempadanan semula dapat di lakukan apabila parlimen bersidang kelak yang pada kacamata pembangkang akan memberi kelebihan kepada parti yang memerintah utk terus mengekalkan kuasanya apabila PRU13 menjelma kelak.
Disebalik serangan bertali arus pembangkang terhadap kepimpinan Dato Seri Najib, 1Malaysia terus gah di perkatakan oleh sebahagian rakyat hinggakan ada kerajaan negeri yang di perintah oleh pihak pembangkang melarang menggunakan logo tersebut kerana cukup khuatir kesannya kepada sekalian rakyat yang melihat akan kembali mengundi BN apabila jenama ini ada di segenap pelusuk negeri dan semakin terkenal hingga dapat mengubah persepsi rakyat yang pada mulanya amat janggal dan merasakan bahawa jenama ini adalah retorik semata-mata.Namun kesungguhan dan keikhlasan pihak kerajaan dalam menjadikan 1Malaysia ini adalah lambang perpaduan yang paling utuh hasil perpaduan yang di warisi secara turun temurun semenjak kemerdekaan pada tahun 1957 terus mencetus fenomena luar biasa daripada kalangan rakyat yang cukup teruja dengan segala keperluan yang mendahulukan rakyat dalam setiap aspek walaupun ada beberapa program pembangunan yang di rancang kerajaan tidak di nafikan seolah-olah tidak banyak memberi impak besar kepada rakyat yang berpendapatan sederhana apalagi rakyat yang masih lagi tergolong dalam taraf hidup kemiskinan yang masih lagi memerlukan pertimbangan yang paling adil daripada pihak kerajaan agar golongan ini tidak akan terlepas pandang apabila sesuatu rancangan raksasa hendak di laksanakan.
Ini kerana rakyat yang akhirnya akan mengadili pemerintah apabila tiba masanya kelak iaitu apabila PRU tiba.Pada masa itu,hayat yang berhormat seolah-olah berada dalam saat yg paling genting apalagi bagi mereka yang memegang jawatan besar dalam kerajaan kerana segalanya bergantung kepada secalit undi daripada rakyat yang mereka hargai ataupu  tidak selama ini.Jika rakyat kawasan mereka itu merasakan diri mereka di hargai oleh pimpinan sebelum pilihanraya menjelang maka sudah pasti rakyat akan terus memberi undi kepercayaan dengan mengekalkan kemenangan kepada si calon namun jika sebaliknya maka bahanalah yang akan menimpa iaitu kekalahan yang akan mengakhiri riwayat seorang pemimpin ataupun akan di sambung dengan talian hayat yang masih ada pada mereka walaupun setelah kalah!Bila kekalahan menimpa barulah pemimpin itu sedar bahawa jawatan dan gelaran ini adalah pinjaman sementara sahaja kerana yang berkuasa untuk menentukan semuanya ini adalah rakyat yang berada di kawasan mereka.Jika sebelum ini mereka yang bergelar yang berhormat ini di hormati oleh rakyat kerana kemenangannya tetapi selepas kekalahannya tiada lagi rasa hormat rakyat kepada mereka ini gara-gara ketika mereka mempunyai jawatan dan gelaran tidak pernah mengambil berat hal rakyat bahkan untuk memunculkan diri bersama rakyat amat payah sama sekali.Akhirnya yang menghukum kembali mereka ini menjadi orang biasa juga adalah rakyat dengan tidak lagi memberikan undi semasa pilihanraya.
Mungkin belum terlambat kepada Yang Berhormat utk menjadi Yang Berkhidmat kepada rakyat mereka kerana jangkamasa yang masih ada akan dapat mengubat semula luka-luka di hati rakyat namun kesemuanya bergantung kepada kebijaksanaan si polan tersebut kerana rakyat pada hari ini dengan kuasa penentu di tangan pengundi muda tidak boleh di tipu dengan sesenang-senangnya.Mereka ini sudah tahu gerak bibir dan memek muka si pelakon yang berada di depan mereka samada pelakon yang melakonkan watak seorang pemimpin ini adalah benar-benar menghayati watak tersebut atau hanya sekadar melepaskan batuk di tangga untuk menjadi pelakon bagi rakyat.Ingatlah bahawa rakyat jelata yang menjadi penentu kepada hayat seorang ahli politik samada daripada parti yang memerintah mahupun pembangkang.Jawatan adalah amanah rakyat kepada seorang pemimpin tersebut untuk menjadi suara kepada mereka agar hak-hak mereka sebagai rakyat akan terus terpelihara dan bukan sebagai jambatan untuk seseorang itu terus mengaut keuntungan demi diri dan kroninya hasil daripada kesusahan rakyatnya.Jadilah seorang khalifah yang sayangkan rakyatnya dan dalam masa sama tidak pernah lupa untuk kehidupan kedua di akhirat kelak yang akan menjadikan mereka itu sebagai khalifah yang mulia sebagaimana khalifah-khalifah islam selepas kewafatan junjungan besar Nabi Muhammad SAW..wassalam

Isnin, 20 Disember 2010

Siapa Pilihan Rakyat? Yang Berhormat atau Yang Berkhidmat

Penangguhan pemilihan parti yg bermula daripada parti terbesar orang melayu iaitu parti UMNO telah menyebabkan ungkapan PRU13 semakin galak di perkatakan..Kerana dominasi yang ada pada parti umno ini biasanya mempunyai sebab-sebab yg tertentu sehingga MT UMNO telah sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan sehingga ke 18 bulan..Desas desus tersebar pantas dan persepsi ttg perkhabaran pilihanraya umum bakal berlangsung dalam tempoh tersebut tidak dapat lagi di bendung di perkatakan samada di kedai2 kopi bermula dari kawasan bandar hinggalah kampung
Selepas itu pengangguhan parti2 lain dalam kompenan BN bagaikan mengekori sang dominasi apabila satu demi satu pennangguhan terjadi..Sudah amat jelas bahawa pilihanraya semakin dekat dan yang paling awal diperkatakan adalah dalam bulan mac 2011 ini dan yang paling lewat adalah pada penggal ke2 tahun 2012..Masing2 kini bersiap sedia mengukuhkan perpaduan dalam parti sebelum mereka berarak keluar turun padang bagi menemui rakyat yang akan menjadi penentu kepada siapa yang akan menjadi pemerintah apabila PRU13 berlaku kelak..Parti UMNO yang menjadi majoriti dalam kompenan BN sudah pasti akan bermatian2 mempertahankan kemenangan mereka sejak dahulu lagi sementara pakatan rakyat yg di ketuai oleh PKR mula menconggak untuk menawan putrajaya setelah kemenangan luar biasa mereka pada PRU12 lalu.
Apa yang menjadi pasti kepada kemenangan pada setiap parti yang bertanding selain drpd usaha keras pimpinan mereka dalam merapati dan mendekatkan diri kepada rakyat dengan turun ke padang adalah calon.Calon memainkan peranan paling utama setiap kali tibanya pilihanraya kerana itulah senjata terakhir setiap parti dan kerana itulah setiap parti yang bertanding pada kali ini cukup berhati2 dalam soal pemilihan calon2 mereka.Jika tersalah pilih calon maka sudah pasti akan kecundang dalam pertandingan nanti lebih-lebih jika bakal calon yang bertanding mempunyai persepsi yang cukup memualkan rakyat dalam kawasannya.Trend terkini memperlihatkan bahawa kemenangan satu2 parti yang bertanding adalah daripada soal calon kerana apa yang penting bagi rakyat dalam kawasan tersebut adalah calon yang benar2 bersih dan tidak mempunyai rekod yang buruk selain mesra rakyat serta mudah didekati agar rakyat dapat merasakan kehadiran seseorang yang bakal menjadi Yang Berkhidmat kepada mereka selepas pilihanraya akan terlaksana.
Pengundi yang ada pada masa ini adalah pengundi baru yang  bukan sahaja pintar malah akan cukup mengenali si calon yang bakal mewakili mereka supaya mereka tidak lagi boleh di perbodohkan dengan janji janji manis sebelum pilihanraya sebagaimana yang di alami oleh sebahagian besar orang tua mereka sebelum ini.Dengan peningkatan pengundi baru yang di dominasi oleh golongan muda sudah pasti satu cabaran yang amat besar kepada setiap parti yang akan bertanding kerana golongan ini adalah golongan yang berfikiran terbuka sesuai dengan dunia kini yang tiada batas persempadan bagi mereka.Segala maklumat samada benar atau tidak menjelma di depan mata mereka apabila mereka menghendaki untuk mengetahui setiap butiran sesuatu perkara yang berlaku.Golongan ini akan cukup berhati2 dalam memilih siapa yang akan menawan hati mereka dengan melihat dari setiap aspek termasuklah dalam soal calon samada di mata mereka ini si calon akan dapat menjadi pemimpin kepada mereka khususnya dalam kawasan.
Boleh kita katakan bahawa golongan muda ini sudah mempunyai pilihan mereka yang tersendiri dan apabila tiba saatnya kelak sudah pasti mereka akan mengundi calon yang parti yang mereka mahukan.Mereka kini seolah2 tidak lagi peduli soal parti yang bertanding tetapi mereka kini lebih mengutamakan siapa calon yang bakal berkhidmat kepada mereka.Mereka tidak mahu calon yang hanya ingin menjadi Yang Berhormat yang hanya akan menjelmakan diri mereka hanya sesekali dalam kawasan sedangkan seluruh rakyat dalam kawasan tersebut telah memberikan kemenangan kepada si calon semata-mata untuk memberi perkhidmatan yang paling baik kepada pengundi sebagai balasan mereka memberikan kemenangan semasa pilihanraya.Golongan ini tahu bahawa seseorang itu tidak akan menjadi Yang Berkhidmat sekiranya mereka kalah dan inilah antara tumpuan golongan pengundi muda semasa proses pilihanraya yang akan berlaku untuk melihat segala kriteria yang ada pada parti dan calon tersebut.Pengundi muda adalah penentu kepada kemenangan sesebuah parti dalam PRU13 kelak maka pihak yang bertanding mesti berhati2 dalam menabur janji dan dalam memilih calon mereka.
Tidak kira samada UMNO dan kompenannya mahupun PKR dan pakatannya kerana pilihanraya pada kali ini adalah penentu kepada parti yang bertanding disebabkan adanya pengundi muda yang sedang menunggu dan melihat akan segala2 yang parti2 yang bakal bertanding ini lakukan.Mereka tidak lagi boleh di tipu dengan sewenang2nya bahkan mereka pasti akan menghukum kelalaian dan kerakusan yang pada pandangan mereka akan merosakkan kehidupan yang semakin mencabar kepada mereka.Apapun saya mendoakan yang terbaik kepada parti keramat orang melayu iaitu UMNO untuk melihat dan berani melakukan perubahan khususnya dalam pemilihan calon demi kesinambungan kemenangan  yang berterusan...wassalam

Sabtu, 11 Disember 2010

titah untuk peringatan

Hak-hak istimewa orang melayu dengan konsep ketuanan melayu kini kembali bergema.Sultan-sultan kini mula bertitah untuk mengingatkan kepada sekalian jelata bahawa hak-hak ini dan konsep inilah yang telah membawa kemakmuran dan keamanan sejak sekian lama.Sebagai denyut nadi dan payung kepada agama islam dan bangsa melayu di tanah ini,para sultan mengambil inisiatif dan jalan yang paling baik iaitu pada hari baru islam atau lebih di kenali sebagai ma`al hijrah dengan mengingatkan kepada rakyat khususnya bangsa melayu itu sendiri akan hal ini kerana khuatir jika lambat di tegur sudah pasti bahana yang lebih celaka akan menimpa negara apatah lagi nasib bangsa yang semakin dipermainkan oleh sesetengah daripada mereka yang lupa dan cuba memadamkan sejarah tanah melayu ini
Agama islam kini menjadi mainan utama pihak-pihak terbabit sebagai senjata utama mereka meraih kuasa. Ia menimbulkan rasa yang amat tidak di senangi oleh para sultan yang bertakhta kerana sebagai peneraju utama kepada agama islam ini sudah tentu mereka akan membuat teguran berdasarkan pengamatan dan situasi semasa yang berlaku  dan tidak  hanya untuk sekadar suka-suka.Amanah yang di pegang selaku kunci utama agama islam di tanah ini membuatkan mereka terpaksa bersuara meskipun ada kalangan rakyat akan mempersoalkan kewajaran tersebut namun demi untuk melihat islam tidak sewenang-wenangnya di permainkan maka suara para sultan ini amat di perlukan sebelum nasi menjadi bubur
Segolongan mereka yang cerdik pandai dan amat fasih dan faham ttg bahasa al quran ini telah menjadikan agama seolah2 cara untuk mereka mendapatkan kuasa dengan membuat pentafsiran-pentafsiran yg telah membawa kepada penyelewengan akidah yang teruk di kalangan umat islam malaysia hinggakan agama ini di permainkan sesuka hati oleh mereka-mereka yang tidak faham tentang ajaran islam ini atau lebih kita kenali sebagai orang bukan islam.Selama ini bahasa al quran ini cukup terbela dan terpelihara drpd anasir-anasir seprti ini namun dengan kemunculan ulamak berkonsepkan kuasa ini telah membuatkan agama islam kini tidak lagi di hormati hinggakan telah menjatuhkan imej islam di kacamata agama2 lain di negara ini.Lebih teruk mereka memberi restu dan mengatakan bahawa apa yang telah dilakukan oleh sesetengah orang bukan islam yang menggunakan ayat al quran itu sebagai tanda mereka ingin mengenali islam dengan lebih mendalam hinggakan berlaku penyalahgunaan pentafsiran oleh orang bukan islam ini terhadap ayat al quran tersebut.Islam dan segala yang ada didalamnya kini seolah2 cukup murah untuk di mainkan oleh orang bukan islam gara2 adanya ulamak yang rakus untuk mengejar kuasa dalam memastikan hasrat mereka terlaksana dalam PRU13 kelak.Mereka sanggup bersekongkol dalam apa sahaja keadaan dan sanggup memberi pentafsiran apa sahaja asalkan berjaya mengalih perhatian penyokong-penyokong khasnya fanatik mereka agar terus berada bersama mereka meskipun terpaksa mengadaikan maruah dan prinsip perjuangan
Dikalangan bangsa melayu juga ada yang ingin menjadi petualang dan khianat kepada bangsa sendiri gara-gara kemaruk kuasa hinggakan kalangan mereka sanggup untuk membuang raja dan bangsa.Mereka tidak lagi menoleh ke belakang untuk melihat sejarah yang tidak mungkin di ubah sampai bila-bila tetapi keinginan nafsu mereka untuk merebut kuasa terlalu tinggi hinggakan sanggup menjadi alat boneka kepada segelintir rakyat yang ingin melihat perpecahan dan perpaduan dalam bangsa melayu.Mereka ini di sajikan dengan sejuta mimpi indah oleh perosak negara ini demi memastikan hasrat mereka dapat ditunaikan.Konsep ketuanan melayu telah mereka lemparkan jauh-jauh dalam misi perjuangan mereka sejajar dengan janji-janji yang telah mereka sepakati sesama mereka.Mereka seolah2 tidak lagi mahu mengaku ttg hak-hak bangsa melayu ini malah dengan angkuh ingin meranapkan nasib anak bangsa apabila sanggup untuk melantik kalangan bukan melayu menerajui pimpinan sekiranya kuasa mereka dapat di nyatakan kelak.Alangkah dangkalnya bila melayu malu untuk mengaku melayu sedangkan selama ini mereka ini mendapat kekayaan dan sejuta nikmat hasil daripada diri mereka yang beridentitikan bangsa melayu.Mereka jadi lupa dan tidak mengenal jasa kepada negara yang tercinta ini apabila menolak konsep dan hak melayu
 Mereka lupa bahawa tanah ini di bangunkan oleh para pejuang yang bertungkus lumus hingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan segala apa yang ada di tanah ini daripada terlepas ke tangan mereka2 yang ingin menjual negara.Mereka juga lupa bahawa tanah ini mempunyai pemegang kunci kepada bangsa dan agama yang akan bersuara sekiranya keadaan memaksa.Ketaksuban mereka untuk melihat parti-parti mereka ini menjadi kuasa pemerintah tidak dapat lagi di bendung apabila menjanjikan segala benda yang jelas bertentangan dengan perlembagaan negara.Mereka sanggup menderhaka kepada raja malah lebih rakus ingin membuang nama melayu dalam kamus sejarah negara seolah2 mereka tidak pernah meminta daripada nama sebagai bangsa melayu
Sebelum segalanya terlambat..wajarlah bagi kita semua khususnya anak bangsa melayu islam mengambil pedoman dan pengajaran daripda titah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang nasib bangsa melayu dan agama islam yang semakin di perlekehkan.Jangan kita menunggu sehingga nasi menjadi bubur baru kita nak mula membuka mata tatkala kuasa tiada lagi di tangan.Sesal dahulu pendapatan adalah lebih baik daripada sesal kemudian yang tiada gunanya lagi...wassalam

Selasa, 30 November 2010

Sayangilah Keamanan Ini

Bertuah sungguh kerana kita di lahirkan dalam sebuah negara yang bukan saja cukup harmoni dalam kepelbagaian agama kaum dan budaya bahkan kedamaian yang kita kecapi hari ini menjadikan negara ini sebagai negara yang paling seronok di lawati oleh pelancong2 asing kerana keyakinan mereka untuk melawati dan merasai sendiri keharmonian kaum yang tiada terdapat di negara lain.Keamanan yang di kecapi ini bukannya mudah untuk di laksanakan seandainya bangsa2 yang ada tidak menghormati antara satu sama lain dan seringkali mencari sebab musabab untuk menjurus ke arah nama perpecahan seterusnya melahirkan rusuhan yang mampu menghilangkan keamanan yang di kecapi.
Sesuatu yang cukup susah pada mulanya di sangkakan oleh penjajah british semasa rombongan menuntut kemerdekaan datang ke negara mereka kerana pada anggapan mereka bahawa akan sia2lah sahaja kedatangan rombongan tersebut hasil daripada tekaan bahawa tanah melayu tidak mampu merdeka di sebabkan oleh berbagai bangsa dan agama yang ada pada masa tersebut yang mungkin membantutkan hasrat kemerdekaan yang sememangnya amat di sukai oleh penjajah british ini.Namun kesabaran dan dugaan serta pengorbanan para pemimpin negara dan juga rakyat tanah melayu pada masa itu telah di jawab dengan persetujuan oleh pihak british dgn memberikan kemerdekaan penuh kepada tanah melayu apabila mereka sama sekali tidak menduga bahawa permuafakatan yang di capai oleh wakil2 bangsa tersebut semasa dalam pelayaran tersebut telah membuatkan mereka akhirnya bersetuju dengan cadangan dan pandangan pimpinan kemerdekaan tersebut dan hasilnya pada tanggal 31 Ogos 1957,laungan merdeka telah menyemarak dan membuatkan seluruh rakyat tanah melayu merasa amat terharu dan bangga kerana berjaya melepaskan diri dari belenggu penjajahan yang sekian lama amat di tunggu oleh sekalian jelata.
Hari berganti hari dan minggu berganti bulan serta tahun akhirnya kini sudah 53 tahun negara ini mencapai kemerdekaan dengan merangkak sedikit demi sedikit keluar dari kepompong kemiskinan hingga menjadikan negara ini berjaya di gelar sebagai negara yang membangun dengan cukup pantas berbanding dengan umur kemerdekaannya yang hanya boleh di ibarat setahun jagung hingga jauh meninggalkan negara2 jiran  yang telah lama mengecap nikmat kemerdekaan.Keamanan dan kedamaian negara ini begitu di cemburui oleh negara2 jiran sehinggakan negara kita telah menjadi banyak contoh kepada negara2 lain yg membangun hasil dari kerjasama rakyat jelata dan juga pimpinan negara dalam mengolah dan mengatur langkah menjadikan malaysia gah di persada dunia.Kepimpinan negara yang silih berganti terus menunjukkan komitmen yg cukup tinggi untuk memajukan pertiwi dengan merencanakan pelbagai program dan agenda untuk meneruskan kesinambungan para pimpinan terdahulu.Kini negara telah berperdanakan menterikan yang ke 6 dengan YAB Dato Seri Haji Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak yang juga anak kepada perdana menteri Malaysia yang ke 2 terus meneruskan legasi perjuangan ayahandanya dengan dasar-dasar yang bakal menjadikan negara ini terus memacu sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Namun begitu keamanan yang ada ini seringkali di ganggu gugat bukan sahaja oleh anasir2 luar yang jahat malah yang lebih tragis lagi apabila ada kalangan anak bangsa yang sanggup menjadi petualang untuk menghancurkan negara ini dengan bermuka-muka kepada rakyat malah lebih jahat lagi apabila mereka kini semakin lantang untuk mengusir keluar konsep yang berlandaskan perlembagaan yang ada.Lebih teruk mereka ini berani mencabar kuasa raja-raja melayu dengan menyatakan bahawa konsep ketuanan melayu tidak lagi boleh diguna pakai oleh zaman ini kerana jauh ketinggalan zaman.Mereka cuba menutup sejarah negara dengan tidak lagi berpegang pada prinsip rukun negara yang di amalkan sekian lama bahkan cuba untuk menggantikan konsep ini dengan dasar liberal yang berpaksikan untuk menjadikan negara ini sebuah republik.Keamanan yang di kecapi apatah lagi dengan perseimbangan konsep pembahagian adil kepada bangsa2 di negara ini akan lenyap sekiranya mereka menjadi kuasa pemerintah kelak kerana sudah terang lagi bersuluh matlamat mereka ini menjadi semakin jelas setiap hari dengan mengapi-apikan bahawa konsep ketuanan ini lemah dan tidak lagi boleh di terima pakai.Konsep sama rata menjadi agenda utama para petualang ini dengan mewar2 kan bahawa setiap bangsa mesti menerima sama rata hasil setiap apa juga perkara dan kekayaan dalam negara ini sekaligus menjadikan hubungan kaum yg cukup aman ini bergelora dan membangkitkan rasa ketidakpuasan hati dalam diri setiap bangsa dalam negara.
Ingatlah jika rakyat negara ini terus memberi muka kepada para petualang ini sudah pasti segala keamanan,kedamaian dan kebahagiaan yang selama ini di kecapi dengan penuh nikmat akan tiada bahkan menjadikan suasana huru hara yang tiada penamatnya.Yang lebih pasti adalah hak2 orang melayu dan peribumi pasti luput dan akan menjadikan bangsa melayu mungkin sebagai pengemis dalam tanah tumpah sendiri kerana kedhaifan sebahagian besar rakyat yang mudah termakan pujuk rayu para petualang ini.Jagalah kedamaian ini untuk generasi masa hadapan agar mereka akan terus mengenang segala apa juga tindakan kita pada hari ini dalam terus menjadikan negara ini kekal dalam keadaan aman dan sejahtera...wassalam