Rabu, 21 April 2010
Bahasa juga perlu di perjuangkan haknya!
Dalam kita mempertahankan hak2 alif ba dan ta,kita juga jgn melupakan ttg jiwa bangsa kita iaitu bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara..kebanyakkan drpd pemimpin kita khasnya dari kalangan bangsa melayu yg sejak dari kecik di ajar berbahasa melayu kini semakin melupakan utk meletakkan darjat bahasa melayu setaraf sesuai dengan ianya sebagai bahasa rasmi..mereka lebih suka utk bercakap bahasa asing meskipun dlm negara sendiri bahkan dgn rakyat sendiri seolah2 mereka mahu memberikan pandangan kpd umum bahawa mereka adalah drpd golongan terpelajar yg mampu utk berbahasa asing..kejanggalan undang2 terhadap penggunaan bahasa kebangssaan seolah2 bagaikan indah khabar dari rupa kerana bagaikan satu ungkapan sahaja yg terpampang megah sedangkan keseluruhannya bagai melepas batuk di tangga apabila tiba bab penggunaannya..ramai pejuang2 bahasa melayu yg terlalu ingin melihat bahasa ini terus di letakkan setinggi mungkin dlm negara ini tetapi suaraa mereka seolah2 tenggelam dek kerana sifat kurang cakna pemimpin2 negara sendiri dlm isu mempertahankan bahasa melayu ini sedangkan mereka sebagai pemimpin sewajibnya menjadikan percakapan mereka kpd khalayak dgn menggunakan bahasa kebangsaan sebagai mematuhi perlembagaan negara tetapi semua ini tidak pernah terjadi walaupun ada sesetengah drpd pemimpin yg benar2 menjadikan bahasa melayu sebagai pertuturan rasmi harian mereka..apabila ada suara2 yg menegur dan memberi ingatan kpd pimpinan negara ttg penggunaan bahasa kebangsaan ini maka begitu mudah mereka ini menganggap yg suara2 ini adalah mewakili parti pembangkang yg berniat utk menjadikan isu bahasa sebagai isu nasional sedangkan hakikatnya sudah tertera dlm draf perlembagaan negara pengiktirafan bahasa rasmi ini..kenapa kita yg mempunyai kuasa tidak mahu menuruti perlembagaan hanya semata2 merasakan bahasa kita adalah bahasa yg tidak rasmi utk peringkat antarabangsa sedangkan kalau di soroti sejarah negara2 maju seperi jepun,china dan korea selatan,pimpinan mereka lebih gah menggunakan bahasa kebangsaan masing2 apabila berdepan dgn negara2 luar kerana mereka mahu negara2 luar ini tahu bahasa kebangsaan dan perasaan ingin belajar ttg bahasa mereka sekaligus meletakkan bahasa rasmi mereka dlm kelasnya yg tersendiri..kesemua ini akan terjadi pada bahasa kebangsaan kita seandainya pimpinan kita sendiri lebih menitikberatkan ttg bahasa ini tatkala bercakap dgn para wartawan samada dari dlm mahupun luar negeri..sudah tentunya bangsa asing akan mula belajar ttg bahasa kebangsaan kita seandainya pimpinan memupuk semangat cintakan bahasa melayu ini biarpunn mungkin mereka terpaksa menggunakan penterjemah bagi mendapatkan kepastian ttg isi2 yg telah di tuturkan oleh para pimpinan kita sekaligus membuka ruang pekerjaan secara langsung kpd penterjemah2 bahasa..tiada yg lebih daripada utk di jadikan sebagai jiwa bangsa selain drpd bahasa kerana dgn bahasa lah sesebuah bangsa itu di nilai..harapan utk melihat bahasa rasmi ini gah berkembang hanya dpt di capai sekiranya pihak pemerintah bersungguh2 mempertahankan penggunaan bahasa ini waima di mana saja berada dan dlm setiap apa yg mereka laku dan ucapkan..sudah sampai masanya kita pimpinan kita terutamanya mereka2 yg berada dlm bidang ini memperlihatkan ketegasan dlm isu penggunaan bahasa kebangsaan ini..wassalam
Selasa, 20 April 2010
Maruah Yang Mesti Di Bela
segalanya adalah kerana maruah..kerana maruah kita sanggup melakukan apa saja asalkan maruah terbela..bangsa melayu ada maruahnya..agama islam juga ada maruahnya begitu juga institusi beraja juga mempunyai maruahnya..semakin hari semakin menipis kesemua maruah ini dlm kacamata dan pandangan umum malaysia skrg khususnya dari pandangan bangsa2 yg dulunya hanyalah dtg berdagang dan mencari rezeki di tanah melayu..semakin hari semakin mereka gah dan sombong tanpa berpaling ke belakang melihat apa yg telah di korbankan oleh tuan punya tanah ini..mereka tidak pernah mahu mengenal sejarah apatah lagi mahu mengambil sedikit sebanyak pengalaman pemimpin2 mereka terdahulu dalam bab menjaga maruah dan hak tuan punya tanah melayu ini..mereka lebih suka utk menyalak menyatakan pendirian dan prinsip dlm hak sama rata sesama bangsa dan agama walaupun telah byk pengorbanan yg telah di lakukan oleh pemimpin2 kerajaan yg di monopoli oleh parti UMNO selama lebih dari 50 tahun..begitu byk permintaan yg telah di tunaikan oleh pimpinan ini terhadap kehendak parti kompenan BN dalam menjaga hati dan perasaan kawan2 sehingga tanpa dii sedari telah byk mengguris hati bangsa melayu dan bumiputera hanya semata2 menjaga kestabilan dan keamanan negara ini..jika di hitung terlalu byk sudah terlalu byk permintaan yg di penuhi tetapi mereka2 ini masih lagi tidak mahu berdiam diri malah berterusan meminta benda2 yg sama sekali tidak masuk akal seperti menghapuskan kouta 30% hak bumiputera dlm sektor ekonomi kerana mereka2 ini menyangkakan bahawa melayu dan bumiputera tidak pandai dlm menguruskan hal2 ekonomi mahupun perniagaan walhal bangsa melayu inilah yg telah memonopoli perdagangan kawasan selat sejak lama dahulu lagi..sindrom takut pada kata2 yang mengatakan jika kita tidak bertolak ansur dgn parti2 kompenan ini akan mengakibatkan pengundi2 kaum mereka akan lari haruslah di hapuskan dlm kotak pemikiran pimpinan pusat khasnya UMNO kerana sudah terbukti hatta hari ni mereka yg berkompromi dgn parti pemerintah shj lah yg dapat menjalankan amanah dan tugas membela rakyat dgn lebih elok dan tersusun jika di bandingkan dgn parti2 yg bersikap kepentingan sendiri yg semakin hari semakin tidak di terima oleh rakyat malah lebih teruk lagi mereka telah bertindak keluar beramai2 dari parti tersebut utk kembali semula kpd pangkuan parti kompenan BN..mahu tidak mahu hakikat ini terpaksa di terima oleh pimpinan parti tersebut kerana kegagalan mereka dlm menterjemahkan apa yg telah di janji semasa PRU12 dulu masih lagi belum terlaksana malah berterusan menyalahkan kepimpinan 1Malaysia yg gah dan semakin teguh dgn prinsip perjuangan membela rakyat sekaliannya semenjak di ambil alih oleh YAB PM Dato Seri Najib..berdasarkan kepada rekod setakat ini,rakyat telah mula mengakui dan melihat kepimpinan yg di terajui oleh DSN ini amat ikhlas dlm mempertahankan prinsip BN yg telah lama di jalinkan semasa pemerintahan ayahandanya lagi Tun Abdul Razak selaku PM ke2 ..pihak pimpinan pusat hendaklah serius malah lebih mendengar ttg rintihan bangsa melayu dalam mempertahankan hak2 mereka agar semangat dan roh mereka akan mereka akan terus kekal bersama dgn BN dan rela sehidup semati dgn UMNO apabila mereka mengetahui dan melihat sendiri seisungguhnya para pimpinan UMNO ini tanpa menidakkan hak2 bangsa dan agama lain tetap memelihara kepentingan bangsa melayu dan mengangkat syiar agama islam di persada negara serta menjunjung mulia institusi beraja yg merupakan simbol bagi bangsa melayu dan agama islam di malaysia ini..selagi ketiga2 maruah ini di bela dan di jaga oleh pihak pimpinan melayu islam maka jgnlah takut kerana akhirnya bangsa melayu islam ini akan tetap bersama2 dengan kepimpinan kerajaan..seperti kata bijak pandai bahawa hidup ini ibarat ada 3 hari dimana semalam sebagai pengalaman,hari ini utk perancangan dan esok hanya menantikan jawapan..wassalam
Sabtu, 17 April 2010
Perkasa yang memperkasa!!
Hebat sekali penangan Datuk Paduka Haji Ibrahim Ali@tokhim dalam menggapalai perhimpunan Perkasa di pwtc beberapa minggu yg lepas..siapa sangka orang yg di beri byk gelaran yg tidak manis ini oleh individu2 tertentu yg irihati dgn semangat melayu yg ada pada diri tokhim ni telah berjaya menghimpun lebih drpd 10 ribu pengikut yg tersendiri yg mempunyai asas dan semangat utk mempertahankan hak melayu dan peribumi tanpa di paksa2 telah menonjolkan diri masing2 walaupun byk sgt halangan yg di hadapi oleh tokhim sebelumnya..sememangnya katak emas ini punyai auranya yg tersendiri dlm menyedar dan menghimpun ribuan pengikutnya di seluruh negara utk sama2 menghadiri perhmpunan ulung parti NGO ini yg telah di rasmikan dgn sempurna oleh bekas PM ke4 iaitu Tun Mahathir yg turut memuji semangat juang yg ada pada diri tokhim dan pengikutnya dlm mempertahankan hak2 yg telah sedia ada termaktub dlm perlembagaan..dengan di barisi pimpinan yg berpengalaman dan di campur dgn tenaga muda yg berkaliber serta pengikut yg ikhlas dan jujur utk menjadi galang ganti demi mempertahankan hak2 istimewa ini maka tidak mustahil Perkasa akan menjadi tunjang utama bagi bangsa melayu islam utk berteduh dan mengharap agar segala yg ada pada bangsa melayu,agama islam dan rajanya tidak akan ghaib di telan masa bahkan akan terus subur berlagu dlm kebangkitan negara utk bersaing dlm arus globalisasi yg serba mencabar ini..tepat pada masanya Perkasa di tubuhkan kerana sejak akhir2 ini terlalu byk peristiwa2 yg telah menjadikan bangsa melayu dan peribumi dlm negara ini sedar bahawa mereka tidak lagi boleh terus berdiam diri hanya kerana terlalu ingin menjaga hati rakan2 yg dulunya pendatang sedangkan rakan2 ini tidak pernah utk menoleh ke belakang apa yg telah di korbankan oleh bangsa melayu dan peribumi ini demi kebaikan bersama dllm menjadikan negara ini aman damai..namun sikap berdiam diri dan selalu mengalah ini telah menjadikan kaum pendatang ini terus galak sedikit demi sedikit mengenepikan hak2 bangsa asal negara ini bahkan lebih terus lagi bangsa pendatang ini seolah2 berlagak sebagai tuan dlm negara yg dulunya menjadi tempat mereka menumpang tuah mencari rezeki..sebarang permintaan semakin hari menjadi semakin melampau malah sanggup menggugut tuan tanah hanya semata2 merasakan permintaan mereka tidak di layan kerajaan sedangkan jika mengikut pada adatnya sudah terlalu byk permintaan yg telah di tunaikan oleh pimpinan melatyu islam ini demi menjaga hati dan kepentingan bersama namun ianya seolah2 bagaikan memberi betis masih lagi tidak mencukupi malah masih lagi meminta utk paha..seandainya tuan tanah ini bersuara dan bercakap ttg hak2 mereka maka bangsa pendatang ini menuduh bahawa apa yg di luahkan oleh tuan tanah ini sebagai perkauman sedangkan apabila si pendatang ini meminta sesuatu yg jelas menterjemahkan sifat2 kepentingan diri sendiri demi kelangsungan bangsa mereka maka ianya di katakan sebagai menuntut hak mereka..alangkah kejinya pendatang ini yg tidak pernah mahu belajar dari sejarah malah lebih bongkak lagi berterusan menekan kepimpinan negara demi mencapai matlamat keji mereka..namun kini semuanya bagaikan terkedu kerana lahirnnya Perkasa yg matlamat utamanya ingin terus membela nasib bangsa melayu dan agama islam serta memelihara kedaulatan raja2 melayu selamanya2 di bumi melayu ini telah membukakan mata bukan shj bangsa melayu islam malah barisan kepimpinan negara betapa perlunya kepada parti NGO seperti ini dlm mempertahankan hak2 yg sedia ada setelah mereka sendiri sebagai pemimpin melayu islam terlalu berat utk bersuara demi menyatakan sesuatu kebenaran hanya kerana tidak mahu mengguris hati kawan kompenan yg tidak pernah mahu menjaga hati melayu islam..sekurang2nya sudah ada mereka2 yg sanggup hingga titisan darah terakhir demi utk mempertahankan hak2 agama bangsa dan tanahair ini..ingatlah Allah tidak perlukan kita utk menjadi wakilnya tetapi kitalah yg memerlukanNya serta rahmatNya..buktikanlah diri sebagai hambaNYA...WASSALAM
Jumaat, 16 April 2010
Janganlah terlalu murah hati wahai melayu
Cukup sedih dan memang amat2 sedih bila memikirkan ttg nasib bangsa,agama dalam tanahair sendiri sejak akhir2 ini..akibat terlalu menjaga hati bangsa lain maka bangsa dan agama sendiri kena jadi korban..apakah adil perbuatan sebegini dlm konteks menjaga keharmonian semua bangsa hingga anak sendiri mati kelaparan?apakah mereka yg tellah di lantik sebagai pemimpin dlm menjaga amanah sebagai khalifah terlalu terdesak utk mendapatkan sokongan hingga semua perlu di pertimbangkan hanya semata2 kepentingan politik?sekarang ni sudah ada bangsa lain yg berani menyaman Al sultan yg menjadi payung agama islam dan bangsa melayu hanya kerana kelemahan undang2 dlm menyekat dari benda2 yg memalukan ini berlaku..sepatutnya tidak terjadi dan tidak akan terjadi seorang yg dulunya hanyalah anak kpd bangsa yg mendatang ini menyaman tuan punya tanahair ini tetapi malangnya setiap episod ini di biarkan berlanjutan sehingga menjadi gurauan khalayak umum hingga tiada lagi rasa hormat bangsa pendatang ini bagaikan terhadap institusi beraja..mereka bagaikan berpesta apabila tiada undang2 yg boleh menyekat kemaraan mereka dlm usaha menjatuhkan maruah sebuah bangsa dan juga agama..Sultan adalah payung utama kpd agama islam dan bangsa melayu kita dan akan kekal selamanya selagi hayat di kandung badan namun kesemua ini akan lenyap dan hanya akan tinggal memoir sekiranya tiada langkah drastik yg di lakukan oleh pihak pimpinan khususnya yang menjaga hal ehwal undang2 dlm menguatkuasakan hal2 sebegini agar tidak akan berulang lagi..betapa rendahnya martabat seorang Sultan yg menjadi simbol kedaulatan negara,agama dan bangsa di tanah melayu ini sekiranya hal ini berterusan menjadi satu agenda politik utk jangkamasa yg panjang..buatlah sesuatu agar simbol ini terus di pertahankan bukan utk kemegahan semata2 tetapi yg lebih utama adalah utk terus menjaga bangsa dan agama yg telah menjadi keresmian bg tanah melayu ini..begitu juga kaitannya dgn hal ehwal agama islam yg kini terus di perjuangkan oleh sebilangan orang2 pendatang ini dlm usaha mereka utk menyamaratakan hak2 agama mereka dgn agama rasmi ini sehinggakan hampir2 berjaya usaha dan niat mereka dlm misi tersebut tetapi kuasa Allah Taala tetap melebihi segalanya..ketika waktu hampir utk mereka yg jahat ini utk mencapai kemenangan maka dengan kuasaNya seluruh mufti dan mereka yg layak di gelar pewaris nabi telah sebulat suara membantah keputusan Kabinet yg telah bersetuju utk menubuhkan Jawatankuasa Antara Agama yg sama sekali telah menidakkan kuasa sultan dan juga agama islam sebagai agama rasmi negara melayu ini..tersentak dgn bantahan ini maka sebulat suara seluruh mufti yg mewakili suara penganut agama rasmi ni telah mengadakan muzakarah dgn pihak terbabit agar jawatankuasa ini di tukar namanya dan tidak boleh langsung menyentuh hal2 yg membabitkan agama islam dan penganutnya..lega rasanya bila mendengar khabar sebegini kerana masih ada lagi mereka2 yg di beri kekuatan utk mmpertahankan agama islam ini dari terus di lanyak hunyai oleh mereka yg terlalu menjaga kepentingan politik..ingatlah kamu wahai pemimpin melayu islam sesungguhnya yg akan merasai derita,sengsara,pahit maung dlm meneruskan hidup dlm negara yg berbilang bangsa,agama dan adat adalah mereka2 yg di gelar sebagai rakyat bukannya pemimpin kerana rakyat hidupnya adalah kasi pagi makan pagi bukan seperti sesetengah pemimpin yg tidak akan habis harta mereka walaupun dengan 7 keturunan memakannya..dalam kita mencari kuasa dan menjaga kepentingan politk,janganlah sesekali meletakkan martabat Sultan,Agama dan Bangsa terlalu murah dlm pandangan kawan2 sepolitikmu..ingatlah Islam yg kita lihat kini adalah seperti zaman sebelum,sesudah,semasa,selepas kehancuran,kemusnahan dan kebangkitan kerana inilah himpunan di akhir zaman...wassalam
Selasa, 30 Mac 2010
Pemimpin UMNO angkuh sombong?
UMNO merupakan parti yg telah byk jasanya kpd bangsa melayu sejak lebih dari 52thn..semua harus mengakuinya betapa hebatnya parti yg bertunjangkan semangat bangsa ini dan akan kekal dlm lipatan sejarah kita..mmg pahit utk ditelan lebih2 lagi mereka2 yg mmg menongkah arus dgn parti keramat ini terutamanya parti Pas yg berasal dari UMNO dan kini PKR yg juga keluar dari perut UMNO..kesemua pemimpin pembangkang ini sedaya mampu ingin melenyapkan sejarah yg telah tercipta dgn bercita2 ingin menumbangkan parti keramat ini dlm PRU13 kelak hasil dari kemenangan luar biasa yg tidak diduga sama sekali oleh pakatan pmbangkang hingga membutakan hati para pemimpin ini pabila kuasa tidak di duga berada dlm genggaman..ghairahnya mereka dlm ingin menguasai tanah melayu ini hinggakan beberapa kerat pemimpin melayu islam yg dulunya berpegang teguh pd prinsip hingga tidak bisa hatta nyamuk menggigit pendirian mereka sanggup meleraikan ikatan kepercayaan mereka selama ini hanya kerana kemaruk utk berkuasa..hasilnya adalah indah sementara shj apabila seorang demi seorang wakil rakyat mereka keluar utk menjadi wakil bebas mahupun utk menyokong parti yg menguasai kerajaan kerana mereka2 ini mula menyedari madah berhelah para pemimpin utama ini dlm memesongkan fikiran mereka hinggakan hampir2 mereka menjual bukan shj maruah malah lebih tragik lagi menjual negara..satu demi satu pembohongan para pemimpin utama pembangkang ini terkeluar dgn sendirinya semata2 Allah Taala ingin memberi peluang kpd para pemimpin kerajaan ini lebih2 lagi kpd pimpinan melayu islam yg mengungguli kabinet utk lebih insaf dan berhati mulia demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat kesemuanya..hampir2 shj menjadi sejarah kisah parti keramat ini hanyalah kerana tangan rakyat yg paling berkuasa apabila tiba detik yg di gelar hari mengundi hinggakan tidak senang duduk para pemimpin yg dulunya gah dan hebat berkereta,berumah,bercakap besar kpd rakyat tatkala kuasa ada di tangan..namun apabila tiba masanya rakyat pula yg menjadi raja maka berdegup kencanglah hati pemimpin2 tersebut kerana nyawa mereka berada dlm tgn si rakyat yg selama ini menjadi bahan herdikan dan juga mainan bagi mereka dahulu hinggakan janji yg di tabur hanya tinggal janji palsu..lumrahnya manusia selalu lupa dan lalai walaupun byk bentuk peringatan dan amaran di datangkan kpd mereka agar lebih berhati2 begitu jugalah dgn pemimpin2 UMNO yg tidak pernah sedar dan insaf ttg kekuasaan rakyat hinggakan mereka masih lagi khayal dan angkuh dgn tingkah laku yg memualkan rakyat utk mendekati apalagi utk meluahkan rintihan mereka kpd pemimpin trsebut..hanya sebilangan kecil shj pemimpin UMNO ini yg ingin berubah dan memperbaiki kelemahan mereka terhadap rakyat dalam apa juga bentuk agar rakyat kembali mendekati mereka dan UMNO seterusnya menghakis tanggapan salah yg ada dlm diri rakyat terhadap kepimpinan negara sedangkan masih ramai lagi pemimpin UMNO ini yg degil dan masih lagi di buai rasa seronok dgn anugerah tuhan pada mereka serta mendabik dada bahawa tiada siapa yg dapat menyisihkan mereka walaupun hayat politik mereka seolah2 bagai telor di hujung tannduk shj..hasilnya usahkan utk mendengar luahan dan rintihan para pengundi malah utk berjumpa dan bersua mata terlalu payah seolah2 mereka ini bagaikan perdana menteri lagaknya jadual kesibukan mereka..dan jikalau ada kesempatan utk berjumpa dgn rakyat sekalipun hanya kata2 mereka shj yg kedengaran memberi hujah dan kata kpd rakyat sebelum sempat rakyat ini meluahkan rintihan mereka kpd pemimpin tersebut..alangkah angkuh dan sombongnya manusia yg telah di angkat menjadi pemimpin hasil tgn rakyat ini mengundi mereka terhadap pengundinya hanya kerana masih memikirkan bahawa akulah pemimpin yg tiada galang ganti dan punyai kehebatan yg tersendiri serta tiada siapa yg mampu menandingi dan mengatasi aku sebagai pemimpin..andai ada yg ingin menandingi si pemimpin dan barisannya yg angkuh dan sombong ini pasti akan di siat2 semasa pemilihan di adakan bagii memastikan dinasti mereka terus berada di puncak..akhirnya bila tiba masa rakyat bersuara kelihatan bermuram durja pemimpin2 angkuh ini kerana kalah dan terus kalah tetapi mereka2 ini hanya muram durja sementara shj kerana yg lebih penting adalah mengekalkan kuasa mereka dlm bahagian masing2 drpd memikirkan ttg kebajikan dan kebahagiaan hidup rakyat yg semakin hari semakin menderita kerana rintihan2 mereka tidak di dengari dan hilang bagaikan daun kering di tiup angin..pemimpin melayu islam seharusnya mencuba utk menganjurkan perkara2 yg mendatangkan kebaikan walaupun belum mampu melaksanakannya serta mencegah kemungkaran walaupun belum mampu menghentikannya..di antara kejayaan akhirat ialah kekal tanpa pupus..kaya tanpa miskin..hormat tanpa hina dan bahagia tanpa duka..inillah anugerah Tuhan kepada pemimpin@orang yang beriman...wassalam
Jumaat, 26 Mac 2010
bila kuasa beraja di hati
siapa yg tidak mahu kuasa?kerana kuasa lah mereka yg dulunya miskin menjadi kaya,yg di hina menjadi sanjungan,yg busuk menjadi wangi,yg kecil menjadi besar dan berkuasa dan yg benar menjadi pembohong..semuanya kerana kuasa..kuasa tidak mengenal siapa waima ibu bapa,anak yatim,anak tunggal, malah bangsa dan agama sendiripun boleh di lupakan semata2 kerana mengejar kuasa..kalau dulu hanyalah manusia biasa tetapi bila di angkat menjadi berkuasa terus melebarkan kuasa tanpa mengenal siapa kawan dan lawan kerana yg paling penting adalah kuasa..tidak kira parti mana sekalipun dalam tanah melayu ini,kuasa adalah tuhan di atas muka bumi ini jesteru itu tidak hairanlah mereka yg bergelar pemimpin sanggup berkerat rotan demi mengekalkan kuasa..sanggup menjadi penipu rakyat hanya kerana tamakkan kuasa..sanggup menjadi barua pada banga lain jugak kerana mengejar kuasa..malah lebih sadis lagi sanggup menggadaikan prinsip perjuangan demi semata2 dirinya ingin berkuasa..kerana kuasa segala benda yg mustahil dpt di zahirkan..kerana kuasa segala benda yg tiada dapat di adakan dan kerana kuasa jugalah hak milik sesebuah bangsa di lacurkan dgn sesenangnya asalkan matlamat utk mendapatkan kuasa berhasil...yg berkuasa terus cuba ingin mengekalkan kuasa dan yg ingin berkuasa terus mencuba berbagai cara utk menjadi penguasa..yang berkuasa dan mempunyai hak kata putus terus bersandiwara dgn seribu satu janji dgn rakyat yang telah mengangkat mereka menjadi penguasa agar terus mengekalkan kuasa pada mereka yg akhirnya janji hanya tinggal cakap kosong semata2 apabila kuasa sudah di tangan..manakala yg ingin berkuasa berterusan mencuba berbagai helah dan lakonan dgn rakyat agar memberikan mereka kuasa hinggakan sanggup menjadi pengkhianat bangsa,agama dan negara dek kerana tidak mahu menunggu lama merasai nikmat berkuasa..semuanya adalah kerana mengejar kuasa hingga mereka2 ini yg telah di amanahkan menjadi pemimpin telah melupakan sama sekali tanggungjwb mereka kpd orang yg kena pimpin..hasilnya tetap sama shj...yg miskin terus menderita kemiskinan dan yg kaya terus meratah lahap kekayaan negara ini tanpa memikirkan ttg kesengsaraan rakyat yg kena pimpin..yang paling penting dan utama adalah mencari seberapa byk kekayaan selagi masih berkuasa..biarkanlah rakyat menentukan arah nasib mereka sendiri walaupun tgn rakyat inilah yg telah memberikan mereka kuasa..tidak hairanlah sekiranya masih kita dapati masih ramai lagi rakyat di luar sana khususnya rakyat berbangsa melayu islam masih lagi menderita kemiskinan walaupun berbagai janji di buat namun semuanya hanya janji didalam mimpi mereka shj..segala tindakan dan perancangan tidak seindah khabar malah lebih teruk lagi gagal menunaikan janji yg telah di buat semasa ingin mencari kuasa drpd rakyat..apakah pemimpin2 ini lupa ttg kuasa rakyat?apakah rakyat akan menghukum kelalaian kesemua pemimpin ini apabila tiba masanya kelak hanya kerana sesetengah pemimpin tersebut tidak menyedari betapa penting dan besarnya kuasa yg ada pada tangan si rakyat yg sepatutnya mereka menjadi pembelanya?atau kuasa rakyat ini hanyalah sebahagian mainan mimpi si pemimpin yg angkuh dan bongkak tanpa mempedulikan nasib rakyat yg menderita?yang pasti di dunia ini kuasa rakyat perlu dii hormati dan di akhirat kekuasaan Yang Maha Mencipta harus di renungi serta di insafi..wasslam
rintihan melayu di tanah sendiri
apakah benar nasib bangsaku melayu islam di bumi sendiri akan berkubur sealiran dgn masa? bangsaku melayu akan terpinggir sedikit demi sedikit kerana pimpinannnya terlalu menjaga hati bangsa2 lain?benarkah hak2 keistimewaan bangsaku melayu bagaikan telur dihujung tanduk?harus bagaimana lagi bangsa melayu di tanah melayu ini memperjuangkan nasib bangsanya?bila bersuara ttg hak2 melayu maka di katakan melayu itu bersifat perkauman?bila bertegang urat mempertahankan hak2 yg telah sedia ada maka di katakan melayu itu tidak menjaga hati bangsa2 lain di tanah ini?harus bagaimana lagi caranya bagi bangsa melayu ini utk mempertahankan hak2 nya?kecut perut bila memikirkan ttg nasib anak2 bangsa melayu islam kelak lebih lagi kuasa melayu islam tidak lagi di pegang oleh bangsa sendiri..pedih hati bila memikirkan ttg sikap pemimpin melayu yg sanggup berbalah sesama sendiri hingga membiarkan bangsa2 lain bertepuk tgn melihat gelagat sang pemimpin melayu yg sanggup melakukan apa juga tindakan semata2 utk mendapatkan kuasa lalu menikam dari belakang lagaknya pada bangsa sendiri sehingga tidak mampu lagi pemimpin melayu itu mempertahankan nasib bangsanya..sesetengah pemimpin melayu islam yg di konon islamnya lebih berhak pula sangup bersekongkol dgn bangsa2 yg bermatian2 menolak islam di tanah melayu ini..sanggup menjilat ludah semata2 kerana kuasa yg dulunya sedikit tetapi membalas dendam yg masih lagi membara sanggup pemimpin islam ini mengubah pandangan dgn menghulurkan salam persahabatan dgn bangsa yg agamanya bukan islam daripada berpakat dan berkongsi idea dan kuasa dgn saudaranya yg seagama dan sebangsa..pemimpin melayu islam yg islamnya di katakan tidak islam pula sanggup berbelanja boros demi meletakkaan jenama negara ini gah di persada dunia drpd berbelanja demi kebaikan rakyatnya yg masih lagi menadah hujan di langit dan menharapkan api pellita di kala malam yg rata nasibnya adalah sebahagian besarnya drpd bangsa melayunya sendiri..apakah pemimpin2 melayu pada hari ini hanya gah pada perkataan drpd perbuatan yg akhirnya masih lagi kita melihat ketirisan dlm membela nasib bangsa melayu yg berterusan walaupun umum mengetahui ttg kekayaan yg di kecapi oleh negara melayu ini?..apakah pemimpin2 melayu ini hanya tahu berkata2 tanpa mempedulikan hasilnya dlm menentukan nasib bangsa mereka kelak?apakah juga mereka akan pergi meninggalkan alam dunia ini dgn senyuman melihat nasib bangsa dan agamanya terjamin ataupun pergi dgn seribu penyesalan apabila di soal oleh malaikat2 di dunia lain kelak pabila nasib bangsa melayu dan agama islam terus di tindas secara berterusan?apakah tiada rasa dalam hati pemimpin2 melayu ini utk melihat bangsanya terus menjadi bangsa yg gah dlm tanahnya sendiri dgn islam sebagai pedoman bagi membaik pulih segala kerosakan demi memperkuatkan melayu islamnya sendiri?atau pemimpin2 melayu islam ini lebih rela menjual maruah perjuangan semata2 kuasa yg hanya pinjaman ini?berapa lamakah lagi kita mahu melihat dan menunggu pemimpin2 ulung yg tidak takut utk berkata benar demi bangsanya melayu dan agamanya islam di tanah sendiri kerana jika terlambat padahnya hanya Tuhan saja yg tahu nasib yg bakal menimpa anak cucu cicit melayu islam di tanah melayu ini..aku lagi tidak sanggup utk melihat kelak nasib anak2 bangsaku merempat,mengemis,menjadi bangsa asing dlm negara tumpah darahnya ini..mengalirlah kersani agar bisa pemimpin2 ini berdiri sebagai pahlawan demi bangsanya melayu islam walaupun hnya dgn sepuluh helai daun sirih...wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)