Sabtu, 17 April 2010
Perkasa yang memperkasa!!
Hebat sekali penangan Datuk Paduka Haji Ibrahim Ali@tokhim dalam menggapalai perhimpunan Perkasa di pwtc beberapa minggu yg lepas..siapa sangka orang yg di beri byk gelaran yg tidak manis ini oleh individu2 tertentu yg irihati dgn semangat melayu yg ada pada diri tokhim ni telah berjaya menghimpun lebih drpd 10 ribu pengikut yg tersendiri yg mempunyai asas dan semangat utk mempertahankan hak melayu dan peribumi tanpa di paksa2 telah menonjolkan diri masing2 walaupun byk sgt halangan yg di hadapi oleh tokhim sebelumnya..sememangnya katak emas ini punyai auranya yg tersendiri dlm menyedar dan menghimpun ribuan pengikutnya di seluruh negara utk sama2 menghadiri perhmpunan ulung parti NGO ini yg telah di rasmikan dgn sempurna oleh bekas PM ke4 iaitu Tun Mahathir yg turut memuji semangat juang yg ada pada diri tokhim dan pengikutnya dlm mempertahankan hak2 yg telah sedia ada termaktub dlm perlembagaan..dengan di barisi pimpinan yg berpengalaman dan di campur dgn tenaga muda yg berkaliber serta pengikut yg ikhlas dan jujur utk menjadi galang ganti demi mempertahankan hak2 istimewa ini maka tidak mustahil Perkasa akan menjadi tunjang utama bagi bangsa melayu islam utk berteduh dan mengharap agar segala yg ada pada bangsa melayu,agama islam dan rajanya tidak akan ghaib di telan masa bahkan akan terus subur berlagu dlm kebangkitan negara utk bersaing dlm arus globalisasi yg serba mencabar ini..tepat pada masanya Perkasa di tubuhkan kerana sejak akhir2 ini terlalu byk peristiwa2 yg telah menjadikan bangsa melayu dan peribumi dlm negara ini sedar bahawa mereka tidak lagi boleh terus berdiam diri hanya kerana terlalu ingin menjaga hati rakan2 yg dulunya pendatang sedangkan rakan2 ini tidak pernah utk menoleh ke belakang apa yg telah di korbankan oleh bangsa melayu dan peribumi ini demi kebaikan bersama dllm menjadikan negara ini aman damai..namun sikap berdiam diri dan selalu mengalah ini telah menjadikan kaum pendatang ini terus galak sedikit demi sedikit mengenepikan hak2 bangsa asal negara ini bahkan lebih terus lagi bangsa pendatang ini seolah2 berlagak sebagai tuan dlm negara yg dulunya menjadi tempat mereka menumpang tuah mencari rezeki..sebarang permintaan semakin hari menjadi semakin melampau malah sanggup menggugut tuan tanah hanya semata2 merasakan permintaan mereka tidak di layan kerajaan sedangkan jika mengikut pada adatnya sudah terlalu byk permintaan yg telah di tunaikan oleh pimpinan melatyu islam ini demi menjaga hati dan kepentingan bersama namun ianya seolah2 bagaikan memberi betis masih lagi tidak mencukupi malah masih lagi meminta utk paha..seandainya tuan tanah ini bersuara dan bercakap ttg hak2 mereka maka bangsa pendatang ini menuduh bahawa apa yg di luahkan oleh tuan tanah ini sebagai perkauman sedangkan apabila si pendatang ini meminta sesuatu yg jelas menterjemahkan sifat2 kepentingan diri sendiri demi kelangsungan bangsa mereka maka ianya di katakan sebagai menuntut hak mereka..alangkah kejinya pendatang ini yg tidak pernah mahu belajar dari sejarah malah lebih bongkak lagi berterusan menekan kepimpinan negara demi mencapai matlamat keji mereka..namun kini semuanya bagaikan terkedu kerana lahirnnya Perkasa yg matlamat utamanya ingin terus membela nasib bangsa melayu dan agama islam serta memelihara kedaulatan raja2 melayu selamanya2 di bumi melayu ini telah membukakan mata bukan shj bangsa melayu islam malah barisan kepimpinan negara betapa perlunya kepada parti NGO seperti ini dlm mempertahankan hak2 yg sedia ada setelah mereka sendiri sebagai pemimpin melayu islam terlalu berat utk bersuara demi menyatakan sesuatu kebenaran hanya kerana tidak mahu mengguris hati kawan kompenan yg tidak pernah mahu menjaga hati melayu islam..sekurang2nya sudah ada mereka2 yg sanggup hingga titisan darah terakhir demi utk mempertahankan hak2 agama bangsa dan tanahair ini..ingatlah Allah tidak perlukan kita utk menjadi wakilnya tetapi kitalah yg memerlukanNya serta rahmatNya..buktikanlah diri sebagai hambaNYA...WASSALAM
Jumaat, 16 April 2010
Janganlah terlalu murah hati wahai melayu
Cukup sedih dan memang amat2 sedih bila memikirkan ttg nasib bangsa,agama dalam tanahair sendiri sejak akhir2 ini..akibat terlalu menjaga hati bangsa lain maka bangsa dan agama sendiri kena jadi korban..apakah adil perbuatan sebegini dlm konteks menjaga keharmonian semua bangsa hingga anak sendiri mati kelaparan?apakah mereka yg tellah di lantik sebagai pemimpin dlm menjaga amanah sebagai khalifah terlalu terdesak utk mendapatkan sokongan hingga semua perlu di pertimbangkan hanya semata2 kepentingan politik?sekarang ni sudah ada bangsa lain yg berani menyaman Al sultan yg menjadi payung agama islam dan bangsa melayu hanya kerana kelemahan undang2 dlm menyekat dari benda2 yg memalukan ini berlaku..sepatutnya tidak terjadi dan tidak akan terjadi seorang yg dulunya hanyalah anak kpd bangsa yg mendatang ini menyaman tuan punya tanahair ini tetapi malangnya setiap episod ini di biarkan berlanjutan sehingga menjadi gurauan khalayak umum hingga tiada lagi rasa hormat bangsa pendatang ini bagaikan terhadap institusi beraja..mereka bagaikan berpesta apabila tiada undang2 yg boleh menyekat kemaraan mereka dlm usaha menjatuhkan maruah sebuah bangsa dan juga agama..Sultan adalah payung utama kpd agama islam dan bangsa melayu kita dan akan kekal selamanya selagi hayat di kandung badan namun kesemua ini akan lenyap dan hanya akan tinggal memoir sekiranya tiada langkah drastik yg di lakukan oleh pihak pimpinan khususnya yang menjaga hal ehwal undang2 dlm menguatkuasakan hal2 sebegini agar tidak akan berulang lagi..betapa rendahnya martabat seorang Sultan yg menjadi simbol kedaulatan negara,agama dan bangsa di tanah melayu ini sekiranya hal ini berterusan menjadi satu agenda politik utk jangkamasa yg panjang..buatlah sesuatu agar simbol ini terus di pertahankan bukan utk kemegahan semata2 tetapi yg lebih utama adalah utk terus menjaga bangsa dan agama yg telah menjadi keresmian bg tanah melayu ini..begitu juga kaitannya dgn hal ehwal agama islam yg kini terus di perjuangkan oleh sebilangan orang2 pendatang ini dlm usaha mereka utk menyamaratakan hak2 agama mereka dgn agama rasmi ini sehinggakan hampir2 berjaya usaha dan niat mereka dlm misi tersebut tetapi kuasa Allah Taala tetap melebihi segalanya..ketika waktu hampir utk mereka yg jahat ini utk mencapai kemenangan maka dengan kuasaNya seluruh mufti dan mereka yg layak di gelar pewaris nabi telah sebulat suara membantah keputusan Kabinet yg telah bersetuju utk menubuhkan Jawatankuasa Antara Agama yg sama sekali telah menidakkan kuasa sultan dan juga agama islam sebagai agama rasmi negara melayu ini..tersentak dgn bantahan ini maka sebulat suara seluruh mufti yg mewakili suara penganut agama rasmi ni telah mengadakan muzakarah dgn pihak terbabit agar jawatankuasa ini di tukar namanya dan tidak boleh langsung menyentuh hal2 yg membabitkan agama islam dan penganutnya..lega rasanya bila mendengar khabar sebegini kerana masih ada lagi mereka2 yg di beri kekuatan utk mmpertahankan agama islam ini dari terus di lanyak hunyai oleh mereka yg terlalu menjaga kepentingan politik..ingatlah kamu wahai pemimpin melayu islam sesungguhnya yg akan merasai derita,sengsara,pahit maung dlm meneruskan hidup dlm negara yg berbilang bangsa,agama dan adat adalah mereka2 yg di gelar sebagai rakyat bukannya pemimpin kerana rakyat hidupnya adalah kasi pagi makan pagi bukan seperti sesetengah pemimpin yg tidak akan habis harta mereka walaupun dengan 7 keturunan memakannya..dalam kita mencari kuasa dan menjaga kepentingan politk,janganlah sesekali meletakkan martabat Sultan,Agama dan Bangsa terlalu murah dlm pandangan kawan2 sepolitikmu..ingatlah Islam yg kita lihat kini adalah seperti zaman sebelum,sesudah,semasa,selepas kehancuran,kemusnahan dan kebangkitan kerana inilah himpunan di akhir zaman...wassalam
Selasa, 30 Mac 2010
Pemimpin UMNO angkuh sombong?
UMNO merupakan parti yg telah byk jasanya kpd bangsa melayu sejak lebih dari 52thn..semua harus mengakuinya betapa hebatnya parti yg bertunjangkan semangat bangsa ini dan akan kekal dlm lipatan sejarah kita..mmg pahit utk ditelan lebih2 lagi mereka2 yg mmg menongkah arus dgn parti keramat ini terutamanya parti Pas yg berasal dari UMNO dan kini PKR yg juga keluar dari perut UMNO..kesemua pemimpin pembangkang ini sedaya mampu ingin melenyapkan sejarah yg telah tercipta dgn bercita2 ingin menumbangkan parti keramat ini dlm PRU13 kelak hasil dari kemenangan luar biasa yg tidak diduga sama sekali oleh pakatan pmbangkang hingga membutakan hati para pemimpin ini pabila kuasa tidak di duga berada dlm genggaman..ghairahnya mereka dlm ingin menguasai tanah melayu ini hinggakan beberapa kerat pemimpin melayu islam yg dulunya berpegang teguh pd prinsip hingga tidak bisa hatta nyamuk menggigit pendirian mereka sanggup meleraikan ikatan kepercayaan mereka selama ini hanya kerana kemaruk utk berkuasa..hasilnya adalah indah sementara shj apabila seorang demi seorang wakil rakyat mereka keluar utk menjadi wakil bebas mahupun utk menyokong parti yg menguasai kerajaan kerana mereka2 ini mula menyedari madah berhelah para pemimpin utama ini dlm memesongkan fikiran mereka hinggakan hampir2 mereka menjual bukan shj maruah malah lebih tragik lagi menjual negara..satu demi satu pembohongan para pemimpin utama pembangkang ini terkeluar dgn sendirinya semata2 Allah Taala ingin memberi peluang kpd para pemimpin kerajaan ini lebih2 lagi kpd pimpinan melayu islam yg mengungguli kabinet utk lebih insaf dan berhati mulia demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat kesemuanya..hampir2 shj menjadi sejarah kisah parti keramat ini hanyalah kerana tangan rakyat yg paling berkuasa apabila tiba detik yg di gelar hari mengundi hinggakan tidak senang duduk para pemimpin yg dulunya gah dan hebat berkereta,berumah,bercakap besar kpd rakyat tatkala kuasa ada di tangan..namun apabila tiba masanya rakyat pula yg menjadi raja maka berdegup kencanglah hati pemimpin2 tersebut kerana nyawa mereka berada dlm tgn si rakyat yg selama ini menjadi bahan herdikan dan juga mainan bagi mereka dahulu hinggakan janji yg di tabur hanya tinggal janji palsu..lumrahnya manusia selalu lupa dan lalai walaupun byk bentuk peringatan dan amaran di datangkan kpd mereka agar lebih berhati2 begitu jugalah dgn pemimpin2 UMNO yg tidak pernah sedar dan insaf ttg kekuasaan rakyat hinggakan mereka masih lagi khayal dan angkuh dgn tingkah laku yg memualkan rakyat utk mendekati apalagi utk meluahkan rintihan mereka kpd pemimpin trsebut..hanya sebilangan kecil shj pemimpin UMNO ini yg ingin berubah dan memperbaiki kelemahan mereka terhadap rakyat dalam apa juga bentuk agar rakyat kembali mendekati mereka dan UMNO seterusnya menghakis tanggapan salah yg ada dlm diri rakyat terhadap kepimpinan negara sedangkan masih ramai lagi pemimpin UMNO ini yg degil dan masih lagi di buai rasa seronok dgn anugerah tuhan pada mereka serta mendabik dada bahawa tiada siapa yg dapat menyisihkan mereka walaupun hayat politik mereka seolah2 bagai telor di hujung tannduk shj..hasilnya usahkan utk mendengar luahan dan rintihan para pengundi malah utk berjumpa dan bersua mata terlalu payah seolah2 mereka ini bagaikan perdana menteri lagaknya jadual kesibukan mereka..dan jikalau ada kesempatan utk berjumpa dgn rakyat sekalipun hanya kata2 mereka shj yg kedengaran memberi hujah dan kata kpd rakyat sebelum sempat rakyat ini meluahkan rintihan mereka kpd pemimpin tersebut..alangkah angkuh dan sombongnya manusia yg telah di angkat menjadi pemimpin hasil tgn rakyat ini mengundi mereka terhadap pengundinya hanya kerana masih memikirkan bahawa akulah pemimpin yg tiada galang ganti dan punyai kehebatan yg tersendiri serta tiada siapa yg mampu menandingi dan mengatasi aku sebagai pemimpin..andai ada yg ingin menandingi si pemimpin dan barisannya yg angkuh dan sombong ini pasti akan di siat2 semasa pemilihan di adakan bagii memastikan dinasti mereka terus berada di puncak..akhirnya bila tiba masa rakyat bersuara kelihatan bermuram durja pemimpin2 angkuh ini kerana kalah dan terus kalah tetapi mereka2 ini hanya muram durja sementara shj kerana yg lebih penting adalah mengekalkan kuasa mereka dlm bahagian masing2 drpd memikirkan ttg kebajikan dan kebahagiaan hidup rakyat yg semakin hari semakin menderita kerana rintihan2 mereka tidak di dengari dan hilang bagaikan daun kering di tiup angin..pemimpin melayu islam seharusnya mencuba utk menganjurkan perkara2 yg mendatangkan kebaikan walaupun belum mampu melaksanakannya serta mencegah kemungkaran walaupun belum mampu menghentikannya..di antara kejayaan akhirat ialah kekal tanpa pupus..kaya tanpa miskin..hormat tanpa hina dan bahagia tanpa duka..inillah anugerah Tuhan kepada pemimpin@orang yang beriman...wassalam
Jumaat, 26 Mac 2010
bila kuasa beraja di hati
siapa yg tidak mahu kuasa?kerana kuasa lah mereka yg dulunya miskin menjadi kaya,yg di hina menjadi sanjungan,yg busuk menjadi wangi,yg kecil menjadi besar dan berkuasa dan yg benar menjadi pembohong..semuanya kerana kuasa..kuasa tidak mengenal siapa waima ibu bapa,anak yatim,anak tunggal, malah bangsa dan agama sendiripun boleh di lupakan semata2 kerana mengejar kuasa..kalau dulu hanyalah manusia biasa tetapi bila di angkat menjadi berkuasa terus melebarkan kuasa tanpa mengenal siapa kawan dan lawan kerana yg paling penting adalah kuasa..tidak kira parti mana sekalipun dalam tanah melayu ini,kuasa adalah tuhan di atas muka bumi ini jesteru itu tidak hairanlah mereka yg bergelar pemimpin sanggup berkerat rotan demi mengekalkan kuasa..sanggup menjadi penipu rakyat hanya kerana tamakkan kuasa..sanggup menjadi barua pada banga lain jugak kerana mengejar kuasa..malah lebih sadis lagi sanggup menggadaikan prinsip perjuangan demi semata2 dirinya ingin berkuasa..kerana kuasa segala benda yg mustahil dpt di zahirkan..kerana kuasa segala benda yg tiada dapat di adakan dan kerana kuasa jugalah hak milik sesebuah bangsa di lacurkan dgn sesenangnya asalkan matlamat utk mendapatkan kuasa berhasil...yg berkuasa terus cuba ingin mengekalkan kuasa dan yg ingin berkuasa terus mencuba berbagai cara utk menjadi penguasa..yang berkuasa dan mempunyai hak kata putus terus bersandiwara dgn seribu satu janji dgn rakyat yang telah mengangkat mereka menjadi penguasa agar terus mengekalkan kuasa pada mereka yg akhirnya janji hanya tinggal cakap kosong semata2 apabila kuasa sudah di tangan..manakala yg ingin berkuasa berterusan mencuba berbagai helah dan lakonan dgn rakyat agar memberikan mereka kuasa hinggakan sanggup menjadi pengkhianat bangsa,agama dan negara dek kerana tidak mahu menunggu lama merasai nikmat berkuasa..semuanya adalah kerana mengejar kuasa hingga mereka2 ini yg telah di amanahkan menjadi pemimpin telah melupakan sama sekali tanggungjwb mereka kpd orang yg kena pimpin..hasilnya tetap sama shj...yg miskin terus menderita kemiskinan dan yg kaya terus meratah lahap kekayaan negara ini tanpa memikirkan ttg kesengsaraan rakyat yg kena pimpin..yang paling penting dan utama adalah mencari seberapa byk kekayaan selagi masih berkuasa..biarkanlah rakyat menentukan arah nasib mereka sendiri walaupun tgn rakyat inilah yg telah memberikan mereka kuasa..tidak hairanlah sekiranya masih kita dapati masih ramai lagi rakyat di luar sana khususnya rakyat berbangsa melayu islam masih lagi menderita kemiskinan walaupun berbagai janji di buat namun semuanya hanya janji didalam mimpi mereka shj..segala tindakan dan perancangan tidak seindah khabar malah lebih teruk lagi gagal menunaikan janji yg telah di buat semasa ingin mencari kuasa drpd rakyat..apakah pemimpin2 ini lupa ttg kuasa rakyat?apakah rakyat akan menghukum kelalaian kesemua pemimpin ini apabila tiba masanya kelak hanya kerana sesetengah pemimpin tersebut tidak menyedari betapa penting dan besarnya kuasa yg ada pada tangan si rakyat yg sepatutnya mereka menjadi pembelanya?atau kuasa rakyat ini hanyalah sebahagian mainan mimpi si pemimpin yg angkuh dan bongkak tanpa mempedulikan nasib rakyat yg menderita?yang pasti di dunia ini kuasa rakyat perlu dii hormati dan di akhirat kekuasaan Yang Maha Mencipta harus di renungi serta di insafi..wasslam
rintihan melayu di tanah sendiri
apakah benar nasib bangsaku melayu islam di bumi sendiri akan berkubur sealiran dgn masa? bangsaku melayu akan terpinggir sedikit demi sedikit kerana pimpinannnya terlalu menjaga hati bangsa2 lain?benarkah hak2 keistimewaan bangsaku melayu bagaikan telur dihujung tanduk?harus bagaimana lagi bangsa melayu di tanah melayu ini memperjuangkan nasib bangsanya?bila bersuara ttg hak2 melayu maka di katakan melayu itu bersifat perkauman?bila bertegang urat mempertahankan hak2 yg telah sedia ada maka di katakan melayu itu tidak menjaga hati bangsa2 lain di tanah ini?harus bagaimana lagi caranya bagi bangsa melayu ini utk mempertahankan hak2 nya?kecut perut bila memikirkan ttg nasib anak2 bangsa melayu islam kelak lebih lagi kuasa melayu islam tidak lagi di pegang oleh bangsa sendiri..pedih hati bila memikirkan ttg sikap pemimpin melayu yg sanggup berbalah sesama sendiri hingga membiarkan bangsa2 lain bertepuk tgn melihat gelagat sang pemimpin melayu yg sanggup melakukan apa juga tindakan semata2 utk mendapatkan kuasa lalu menikam dari belakang lagaknya pada bangsa sendiri sehingga tidak mampu lagi pemimpin melayu itu mempertahankan nasib bangsanya..sesetengah pemimpin melayu islam yg di konon islamnya lebih berhak pula sangup bersekongkol dgn bangsa2 yg bermatian2 menolak islam di tanah melayu ini..sanggup menjilat ludah semata2 kerana kuasa yg dulunya sedikit tetapi membalas dendam yg masih lagi membara sanggup pemimpin islam ini mengubah pandangan dgn menghulurkan salam persahabatan dgn bangsa yg agamanya bukan islam daripada berpakat dan berkongsi idea dan kuasa dgn saudaranya yg seagama dan sebangsa..pemimpin melayu islam yg islamnya di katakan tidak islam pula sanggup berbelanja boros demi meletakkaan jenama negara ini gah di persada dunia drpd berbelanja demi kebaikan rakyatnya yg masih lagi menadah hujan di langit dan menharapkan api pellita di kala malam yg rata nasibnya adalah sebahagian besarnya drpd bangsa melayunya sendiri..apakah pemimpin2 melayu pada hari ini hanya gah pada perkataan drpd perbuatan yg akhirnya masih lagi kita melihat ketirisan dlm membela nasib bangsa melayu yg berterusan walaupun umum mengetahui ttg kekayaan yg di kecapi oleh negara melayu ini?..apakah pemimpin2 melayu ini hanya tahu berkata2 tanpa mempedulikan hasilnya dlm menentukan nasib bangsa mereka kelak?apakah juga mereka akan pergi meninggalkan alam dunia ini dgn senyuman melihat nasib bangsa dan agamanya terjamin ataupun pergi dgn seribu penyesalan apabila di soal oleh malaikat2 di dunia lain kelak pabila nasib bangsa melayu dan agama islam terus di tindas secara berterusan?apakah tiada rasa dalam hati pemimpin2 melayu ini utk melihat bangsanya terus menjadi bangsa yg gah dlm tanahnya sendiri dgn islam sebagai pedoman bagi membaik pulih segala kerosakan demi memperkuatkan melayu islamnya sendiri?atau pemimpin2 melayu islam ini lebih rela menjual maruah perjuangan semata2 kuasa yg hanya pinjaman ini?berapa lamakah lagi kita mahu melihat dan menunggu pemimpin2 ulung yg tidak takut utk berkata benar demi bangsanya melayu dan agamanya islam di tanah sendiri kerana jika terlambat padahnya hanya Tuhan saja yg tahu nasib yg bakal menimpa anak cucu cicit melayu islam di tanah melayu ini..aku lagi tidak sanggup utk melihat kelak nasib anak2 bangsaku merempat,mengemis,menjadi bangsa asing dlm negara tumpah darahnya ini..mengalirlah kersani agar bisa pemimpin2 ini berdiri sebagai pahlawan demi bangsanya melayu islam walaupun hnya dgn sepuluh helai daun sirih...wassalam
Rabu, 24 Mac 2010
pertahankanlah hak2 kita
kalau dulu jarang sekali mereka2 yg dulunya pendatang ini bersuara kerana mereka tahu asal usul dari mana mereka datang dan tanah ini hanyalah sekadar utk mereka mencari rezeki sebagai menyambung kerjaya mereka sebagai pedagang hasil dari warisan temurun nenek moyang tetapi kini semuanya berubah seolah2 tanah ini dan hak2 didalamnya adalah milik mereka..mereka telah lupa sejarah kedatangan mereka ke tanah melayu ini atas sebab mengapa kerana merasakan tanah ini adalah milik mereka juga tanpa mereka sedari kelakuan dan gelagat yg semakin hari semakin naik toncang ini sedang di perhatikan dgn penuh minat oleh mereka yg empunya hak2 ini..golongan pendatang ini mula berkokok dan nyaring bersuara dalam sebarang bentuk permintaan kerana merasakan mereka juga berhak utk mendapat sepertimana yg bangsa melayu dan peribumi telah merasainya..bermacam2 agenda di rancang oleh mereka2 ini agar kerajaan yg di kuasai oleh bangsa melayu ini memenuhi telunjuk dan kehendak mereka demi mencapai matlamat dalam hak kesamarataan yg menjadi agenda utama para pimpinan pendatang ini..hasilnya sedikit demi sedikit para pimpinan kerajaan memenuhi kehendak mereka yg mana telah menjadikan mereka ini semakin galak dalam mencapai matlamat mereka menguasai tanah ini..berpuluh2 badan bukan kerajaan terbit bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan sebagai memenuhi agenda mereka kerana merasakan dengan penglibatan NGO2 inilah yg akan dapat menembusi benteng pimpinan melayu yg menguasai kerajaan pada hari ini melalui permintaan2 yg sedikit demi sedikit bagaikan memberi ruang kepada bangsa pendatang ini bertapak dengan lebih kukuh dalam politik selepas sekian lama begitu gah mendominasi ekonomi tanah ini sehinggakan tiada lagi tempat bagi bangsa melayu utk bersaing dlm apa jua bentuk perniagaan..NGO2 ini berperanan utk memberi lebih byk kelebihan kepada pendatang ini dalam usaha mereka utk menguasai agenda politik tanah ini agar dengan adanya kuasa politik ini maka nasib mereka sebagai bangsa pendatang akan hanya tinggal dlm lipatan sejarah shj..kelicikan bangsa pendatang ini dlm percaturan politik tanahair semakin menampakkan hasilnya apabila mereka masing2 mula menunjukkan belang tanpa di sedari oleh para pimpinan melayu yang asyik mengikut kata..hak2 bangsa melayu dan peribumi semakin terhakis kerana kepandaian para pimpinan pendatang ini dalam merencanakn agenda perjuangan mereka..demi menjaga hati dan perasaan bangsa pendatang ini,permintaan mereka di penuhi samada di sedari atau tidak oleh bangsa melayu dalam tanah ini tanpa mempedulikan hati dan perasaan bangsa sendiri..hak2 yg dulunya di jamin oleh perlembagaan kini seolah2 hanya di atas kertas shj dek kerana terlalu menjaga hati..mungkin bagi para pimpinan yg ada sekarang adalah menjadi tidak mengapa sekiranya memberikan hak yg sama rata kepda bangsa2 pendatang ini kerana apa juga yg akan jadi sekalipun kepada anak2 bangsa melayu ini kelak tidak akan memberi kesan kepada kaum keluarga mereka kerana sudah punyai harta yg bertimbun byknya utk di agihkan kpd anak2 mereka kelak..yg menjadi mangsa adalah anak2 bangsa melayu yg kini masih lagi hidup sebagai petani,pesawah,nelayan,kakitangan kerajaan yg masih lagi kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang utk menyambung nyawa dalam kehidupan yg serba mencabar ini..kekayaan yg ada tidak di agihkan dgn sempurna malah lebih suka utk di salurkan kpd sesuatu yg bukan hanya memberi kerugian kepada negara malah menjadikan negara ini lebih mengejar nilai komersial daripada mengejar nilai2 murni membela anak2 bangsa sendiri..hasilnya beberapa projek mega yg hanya bermatlamatkan komersila terus di jalankan hingga membabitkan peruntukan berjuta2 ringgit yg mana kalau di agihkan peruntukan ini kepada golongan miskin yg sebahagian besarnya adalah daripada anak bangsa melayu islam sudah tentu meringankann beban yg merek tanggung..anak2 bangsa melayu ini masih lagi memerlukan sentuhan2 ajaib para pimpinan melayu yg menguasai kerajaan mahupun negeri demi membela kehidupan mereka yg semakin hari semakin ditindas oleh mereka yg dulunya hanyalah pendatang dek kerana kealpaan pimpinan mereka sendiri yg membuka ruang kepada pendatang ini utk mengusasai tanah ini..janganlah hanya memikirkan utk mengekalkan kuasa shj hingga pimpinan melayu ini sanggup utk memberi apa shj permintaan dan meminggirkan hak2 yg menjadi darah dagin bangsa sendiri..lakukanlah apa sahaja yg ada selagi kuasa masih lagi di tangan melayu demi meneruskan agenda perjuangan sebuah bangsa dalam tanahair sendiri dengan segala kekayaan yg telah di kurniakan kpd kita..jgn sesekali membiarkan bangsa sendiri menjadi pengemis dlm tanah sendiri dek kerana kegagalan para pimpinan melayu memartabatkan hak2 mereka dalam usaha menjaga hati dan perasaan bangsa pendatang..walau setinggi mana sekalipun kita berada,jgn sesekali lupa asal usul perjuangan pahlawan melayu terdahulu yg berjuang bermati2an demi semata2 utk mempertahankan hak2 kita sebagai bangsa melayu yg beragama islam dengan daulat raja melayu sebagai benteng terakhir kepada agama dan bangsa..HIDUP MELAYU! HIDUP ISLAM! HIDUP TUANKU!...wassalam
Rabu, 17 Mac 2010
Keikhlasan Yang Paling Penting
syukur pada Allah Taala kerana telah membuka hati pimpinan pusat dan negeri dalam pengagihan duit ehsan kelantan yg kalau di amati cacatan saya sebelum ini benar2 menjadi kenyataan..keinginan saya ingin melihat duit tersebut melimpah dan terkena pada pelajar2 di kelantan menjadi kenyatan..dgn pengumuman drpd pihak pimpinan umno negeri yg akan memberikan duit tersebut kpd keluarga pelajar yg mempunyai pendapatan di bawah RM1500 sudah cukup melegakan sebahagian besar nasib keluarga di kelantan yg rata ritinya terdiri drpd mereka yg mempunyai pendapatan di bawah angka sedemikian..keluarga di kelantan kaya dgn anak2 tetapi tidak dgn harta jadi pengesahan tersebut membolehkan mereka menarik nafas lega yg teramat sgt kerana beban mereka akan sedikit berkurangan selepas daripada april ini..kaedah memberi pembayaran kepada keluarga2 terbabit 2x setahun di lihat cukup berkesan dan bakal memberi impak yg cukup baik khususnya kepada parti UMNO..sedikit demi sedikit perubahan yg di war2kan oleh pimpinan UMNO negeri dan pusat menjadi kenyataan dan ini sekaligus akan melenyapkan persepsi negatif rakyat kelantan kpd barisan pimpinan UMNO yg selama ini di pandang jelek dan di anggap penderhaka oleh rakyat kelantan kerana termakan hasutan pimpinan pembangkang yg hanya tahu meludah shj dgn segala apa yg telah di lakukan oleh pihak kerajaan pusat..tapi kali ini ludah mereka terkena muka sendiri kerana dgn isu pengagihan duit ehsan ini maka sedikit terkoma mereka2 yg dulunya begitu lantang mengkritik dan berterusan menuduh apa shj perkara yg di lakukan oleh pusat adalah tidak baik..slogan 1Malaysia kini jelas buksan hanya satu slogan yg gah di bibir shj tapi menjadi satu perkara yg cukup di ambil berat oleh pimpinan pusat khasnya drpd presiden UMNO malah yg juga sebagai PM sekarang ini iaitu Dato Seri Najib(DSN)..sedikit demi sedikit slogan ini di praktikkan oleh pimpinan pusat dan negeri demi menjadikan Malaysia sebagai negara yg aman dan makmur dari semua aspek termasuklah yg paling penting aspek kehidupan rakyat yg menjadi penghuninya..DSN tahu akan tanggungjwb beliau dan pimpinan bawahannya terhadap keperluan rakyat marhein dan mencuba sedaya mampu utk memenuhi kehendak rakyatnya agar beliau dan pimpinannnya bukan shj akan mendapat kebaikan di dunia malah di akhirat yg menjadi dunia kekal abadi..rakyat kini dpt mula menghidu akan kesungguhan DSN dan pimpinannya dalam memberikan yg terbaik dan mereka juga berharap agar kepimpinan pusat dan negeri berterusan dlm memberikan perkhidmatan kpd rakyat dgn lebih baik dan telus..Pimpinan yg menjadi virus kpd penambahbaikan ini haruslah di pinggirkan dari kacamata rakyat kerana ia bukan shj akan memberi imej yg tidak baik kpd kerajaan malah lebih buruk akan menjadi kudis buta yg akan memakan parti kerana mereka2 ini hanya tahu memenuhi kepentingan diri sendiri tanpa mempedulikan nasib rakyat..ramai lagi pimpinan yg lebih elok dan dipandang mulia oleh masyarakat yg boleh di angkat oleh pihak pusat utk di lantik sebagai wakil kerajaan dalam memastikan hasrat dan matlamat rakyat di dahulukan ini tercapai sedikit demi sedikit..mungkin tidak berapa lama lagi rakyat keseluruhannya akan dapat mendengar pula yuran dan pinjaman utk pelajar sekolah dan universiti di hapuskan sama sekali,bayaran percuma bagi rawatan kesihatan khasnya dlm penyakit2 kronik sekaligus misi menjayakan 1Malaysia akan terlaksana kerana kita negara yg mempunyai pendapatan yg berpuluh bilion byknya hasil drpd anugerah Allah Taala..berubahlah sebelum kita di perebahkan..wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)