Jumaat, 26 Februari 2010
maulidur rasul,ku li yg setia dgn UMNO
semlm berlangsung dgn penuh meriah di segenap ceruk sambutan bagi meraikan kelahiran Nabi akhir zaman yg menjadi contoh paling baik bg umat manusia khususnya bagi orang melayu beragama islam dlm negara ini..baginda mempunyai sifat2 yang tidak boleh dibandingkan dgn mana2 manusia sehingga hari kiamat kelak disamping maksum dari melakukan salah dan dosa..dgn kelebihan seperti itu,baginda masih lagi memohon ampun dan maaf kepada Allah Taala biarpun baginda tahu ttg kenabian akhir baginda..tidak seperti sesetengah mereka2 yang kononnya gah dgn ilmu yg tidak terkira di dada hinggakan begitu taksub menjadikan dirinya dipuja oleh khalayak yg terkasima dgn aura dan ilmu islamnya ini kerana2 imej yg dibawa oleh partinya yang berlandaskan perjuangan islam..setiap patah kata mahupun kenyataan yg keluar daripadanya dirinya menjadi satu perintah yg tidak dpt tidak harus di muktamadkan oleh penyokongnya dan pemimpinp partinya gara2 beliaulah yg lebih tahu dan lebih byk asam garam dlm membawa kekuatan partinya ini sehingga lupa akan siapa yang lebih tahu dan lebih hebat..setiap daripada kita yg dijadikan oleh Allah Taala adalah hambanya yg tidak lain dan tidak bukan hanyalah utk menyambah kepadaNya.."sesungguhnya tidak aku jadikan jin dan manusia ini kecuali utk mereka menyembahku"..sifat manusia yg lupa dan lalai apabila diberi kekuasaan dunia ini membuatkan mereka menjadi ego dan bongkak hinggakan ketaksuban pemimpin ini melampui batasan hadnya kerana si pemimpin ini terlupa utk berpesan2 kpd pengikutnya agar tidak taksub kpd dirinya kerana dirinya juga adalah hamba kpd Allah Taala..apabila khalifah Abu Bakar As Sidiq di angkat sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Baginda Muhammad SAW,antara perkara utama yg beliau berpesan kpd pengikutnya adalah tidak taksub kepadanya dirinya dan mentaati perintahnya jika perintahnya adalah berlandaskan suruhan Allah dan Rasulnya dan jgn sekali2 mentaati perintahnya seandainya perintahnya bertentangan dgn Allah dan Rasulnya..inilah sifat terpuji yang diperlukan oleh setiap pemimpin islam agar mereka sedar bahawa kuasa yang ada dlm tgn mereka ini hanyalah pinjaman sementara shj dan bukan kekal selamanya..yang ruginya adalah apabila mereka ini yg kononnya berpaksikan perjuangan islam tidak mampu utk berpesan2 ttg perkara sebegini kpd penyokong mereka kerana mereka akan merasa lebih hebat dan membuka dada seandainya mereka di puja bagaikan raja sedangkan mereka adalah hamba sahaya shj..yg lebih hebat apabila kenyataan2 yg di keluarkan oleh pimpinan ini yg sanggup mengatakan apa shj asalkan niat mereka utk memperoleh kuasa terlaksana dgn mejadikan agama sebagai sandaran utama utk menarik perhatian rakyat sehinggakan terkeluar kenyataan2 yg amat bercanggah dengan agama islam itu sendiri...rakyat yg jahil ttg agama ini sudah tentu merasa seronok dan gembira apabila mendengar kenyataan2 yg membuatkan hati mereka aman walaupun sebahagian mereka tidak pernah cukup utk melakukan perkara2 wajib dlm menjadikan diri mereka sebagai seorang islam apatah lagi perkara2 sunat asalkan menjadi dan menyokong parti yg kononnya berlandaskan islam sudah cukup utk menjamin mereka ke syurga...alangkah kejinya mereka2 ini yg sanggup menghalalkan apa saja demi melaksanakan cita2 politik mereka walaupun sanggup utk berkata nista dan mengeji sesama saudara seagama.."tidak beriman seorang kamu sehingga dia kasih kpd saudaranya sebagaimana dia kasih kpd dirinya sendiri"...bukankah hadis ini dgn jelas menegaskan ttg konsep keimanan seseorang itu dlm kacamata islam?..berbalik kpd Ku Li yg sudah sebati dalam perjuangannya bersama UMNO walaupun masih lagi ramai pimpinan yg meragui keikhlasannya tambah2 lagi dgn kenyatan berani beliau dlm isu royalti atau ehsan minyak yg di anggap bertentangan dgn kerajaan sedangkan pada hakikatnya mungkin beliau ingin memberikan isyarat kpd pimpinan atasan agar lebih baik berkata benar walaupun berkata benar itu akan menjadi benda pahit pd pimpinan kerajaan nanum kepahitan itulah sebenarnya ubat yg paling mujarab khususnya jika kita inginkan rakyat bersama2 semula dgn kepimpinan negara dlm PRU13 kelak apatah lagi kini dengan barisan yg dipimpin oleh anak kepada PM ke2 yg begitu hebat dgn gelaran Bapa Pembangunan..sebagai pengasas dan bekas pengerusi Petronas tentunya Ku li lebih mengetahui dan memahami ttg isi kandungan perjanjian di antara Petronas sebagai wakil kerajaan dgn negeri2 melayu dan beliau cuba utk menterjemahkan kpd khalayak ttg perjanjian ini agar rakyat akan terbela nasib mereka dgn hasil minyak yg ada dlm perairan negara ini..tidak dpt kita ragui ttg kehebatan Petronas ini hingga mengaut berbilion keuntungan setiap tahun dan menjadi penyumbang terbesar pada negara sejak penubuhannya tetapi kita juga tidak dapat nafikan rakyat kita masih lagi terabai dan masih ada lagi di sesetengah tempat khasnya kawasan pendalaman dimana rakyat masih lagi bercahayakan lilin dan bersumberkan air telaga yg kdgkala berbau dan berwarna tatkala musim hujan dtg melambai..mungkin juga kerana berasa ingin menabur bakti dan membuat pahala di kala umur masih lagi ada ini,Ku Li sanggup berkerat rotan dan berhaluan tidak senada dgn pimpinan atasan apabila beliau dapati segala kekayaan hasil dari sumber alam ini kpd negara tidak mengalir kpd mereka yg sepatutnya hinggakan masih kedengaran kini ttg isu kemiskinan luar bandar yg tidak mampu lagi beliau dengar..rakyat yg selama ini menjadi penyokong setia kerajaan masih lagi terumbang ambing kehidupan mereka malah masih ada lagi kalangan anak2 mereka yg keciciran dlm sistem pelajaran yg menjadi pintu utama bagi mereka utk keluar dari belenggu kemiskinan sedangkan jika di hitung dgn kekayaan yg di perolehi oleh hasill minyak ini sudah cukup utk membawa seluruh rakyat negara ini berada dlm keadaan selesa menempuh kehidupan harian mereka...malangnya kekayaan yg ada sudah dipergunakan sepenuhnya oleh sesetengah pimpinan yg tidak bertanggungjwb hinggakan tergamak menodai kekayaan ini demi utk kepentingan diri dan kroni shj..mungkin inilah yg membuatkan seorang yg boleh di katakan negarawan seperti Ku Li ini menjadi tidak senang duduk selagi hayat masih lagi di kandung...sebolehnya mungkin juga beliau ingin melihat taraf kehidupan rakyat negara ini menjadi lebih baik lagi dgn tiada lagi kedengaran perkara2 yg menyakitkan telinga utk mendengarnya apabila kekayaan ini di kongsi sama rata dan bukan utk individu2 tertentu shj..Ku Li saja yg tahu apa yg ada dlm benaknya dan apa yg beliau telah dan akan lakukan hanya beliau saja yg tahu..pengalaman dan ketokohan anak raja berdarah rakyat ini telah lama terserlah cuma rezekinya tiada utk menjadi peneraju utama negara namun semua ni tidak sama sekali mematahkan semangat beliau utk menabur bakti dan jasa kpd rakyat negara ini dgn segala kelebihan yg telah Allah Taala kurniakan kepadanya..buktinya sehingga kini,parlimen Gua Musang tetap teguh rakyatnya memilih Ku Li sebagai wakil rakyat mereka kerana orang Gua Musang lebih tahu antara pimpinan kaca dgn permata..sekiranya pimpinan UMNO pusat ingin melihat kemenangan PRU13 di kelantan ini,maka yg paling layak menjadi kemudinya adalah YB Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yg kini menjadi sebutan seluruh rakyat kelantan bukan kerana gelaran tengkunya tetapi kerana keikhlasan dan kejujurannya dlm isu rakyat yg telah menenggelamkan pimpinan kerajaan negeri dek kerana seorang ahli UMNO yg berjiwa rakyat...cerdiknya Ku Li ...wassalam
Khamis, 25 Februari 2010
bila kuasa tiada lagi di tangan kita
amat cemas dan cukup mendebarkan hati setiap kali peristiwa2 yang tidak diduga akan berlaku dalam senario pada hari ni berlaku bahkan menjadi duri dalam daging kepada bangsa melayu khususnya..dalam PRU12 yg lepas,telah berlaku satu fenomena yang dikatakan sebagai tsunami politik tanahair dimana bangsa melayu telah beralih arah untuk tidak lagi bersama dengan kepimpinan BN yang pada masa itu masih lagi dipimpin oleh PM ke5 sehinggakan kerajaan yang dipimpin tidak lagi mendapat 2/3 kerusi dalam parlimen sekaligus menidakkan sebarang perubahan yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan dalam penggal ini..kebusukkan agenda politik oleh sesetengah pemimpin kerajaan telah membuka mata rakyat yang selama ini begitu setia kpd parti pemerintah sehinggakan dengan berani mereka telah memmberi kemenangan yang cukup besar kepada pembangkang dimana 5 buah negeri telah mereka rampas yang sekaligus telah memeranjatkan sekalian pimpinan parti pembangkang..keberanian mereka telah dibuktikan oleh kuasa rakyat ini dengan memberi kemenangan bukan shj kpd calon2 terkenal tetapi juga kpd calon2 yang tangkap muat yang tidak pernah erti politik sebelum ini tetapi kerana bencinya rakyat ini terhadap sesetengah pimpinan kerajaan tidak dapat di bendung lagi maka gerhana politik melanda pada sesetengah pemimpin pusat dek kerana kuasa rakyat..itulah kehebatan dan penangan kuasa yang ada rakyat hinggakan parti yang telah hampir 52tahun memerintah ini nyaris2 tenggelam dalam badai ombak politik yang mengganas tetapi dan sebetulnya tuhan masih lagi mahu memberi peluang kpd pimpinan yang ada skrg ini agar tidak lagi menjadi seperti pimpinan yg terus melupakan kuasa rakyat malah lebih rakus meniti kemewahan semata2 kerana akulah pemimpin yang hebat maka segalanya adalah hak aku!!itu fikir sesetengah pimpinan yg secara terang2 merompak harta rakyat hinggakan tiada lagi rasa kesabaran dlm setiap hati rakyat ini dan menghukum pimpinan ini dalam PRU12 yang lalu...kesannya cukup menggerunkan hinggakan si pemerintah sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi semata2 kerana menurut kata mereka yang bukan sebangsa dan seagama..ada di sesetengah tempat yang di tawan oleh parti pembangkang telah memainkan sentimen perkauman dgn cuba memberikan hak yg sama rata kpd bangsa yang dulunya pendatang dan sanggup menjadi penderhaka bukan saja kpd bangsa dan agamanya malah lebih teruk lagi sanggup utk menderhaka kepada satu2 nya pembela terakhir bangsa melayu dan agama islam dlm negara ini iaitu institusi beraja..mereka lupa asal usul dan adat sopan bangsa dan agama mereka semata2 kuasa telah ada dlm genggaman hingga sanggup melakukan apa sahaja yang mereka fikirkan betul tanpa mereka melihat kiri dan kanan akan kesannya kepada generasi mereka kelak...kerana cuba menjaga hati bangsa yang bukan seagama,dengan begitu mudah pimpinan ini memberikan ruang yang cukup luas kpd mereka utk bermaharajalela dan bertindak mengikut kehendak naluri mereka yang tidak pernah kenal erti berterima kasih kpd bangsa yg dulunya memberi seribu erti kesenangan tatkala mereka2 ini hanyalah pedagang...beruntungnya negeri2 melayu yang mempunyai sultan di mana perlantikan seorang menteri besar adalah berlandaskan kpd undang2 tubuh negeri yang noktahnya tetap menyatakan hanya orang melayu beragama islam shj yang layak menjadi seorang menteri besar..maka terpaksalah bangsa pendatang ini akur dgn kehendak tersebut walapun mungkin dlm hati mereka sejuta rasa kemarahan timbul..apapun mereka ini tetap menjadi pemain utama di belakang tabir hinggakan si menteri besar ini sendiri tergamak menodai dan mengkhianati bangsanya dengan memberikan hak yang sama rata terhadap bangsa pendatang ini semata2 kerana terlalu kemaruk kuasa dan terkejut tidak terkira dgn pangkat dan gelaran terbesar negeri..namun ajal dan jodoh adalah di tangan tuhan walau mcmana sekalipun kita berusaha uttk mengelakkannya namun Yang Berkuasa Tetap Berkuasa atas segalanya..tatkala sedang enak di buai mimpi indah tiba2 takdir menentukan jodohnnya sebagai yang paling berkuasa jatuh ketangan orang lain dek kerana takdir tuhan untuk memberi peluang sekali lagi kpd parti yg dulunya menjadi pembangkang utk terus menunaikan amanah dan tanggngjwb demi kesejahteraan rakyatnya serta demi keutuhan agama bangsa dan negaranya..dan sehingga kini selagi negeri2 yang telah dirampas oleh mereka2 yang tidak pernah berterima kasih kpd kaum melayu dan peribumi ini tidak berjaya ditawan,maka hati aku dan juga sebahagian besar mereka yg senada dgn aku akan gundah gulana pada setiap detik kerana bimbangnya kami adalah bertempat..bila ekonomi diberikan dgn sewenangnya kpd mereka,jgnlah pula kuasa politik yg ada pada kita ini juga hendak di gadaikan hanya semata2 mereka ini di anggap lebih baik dan lebih bersikap adil sedangkan jika kita meneliti disebaliknya maka akan terkejut gajahlah kita ditipu oleh sandiwara parti politik yang terus terang menentang penubuhan negara islam di bumi melayu islam ini tetapi masih lagi berpura2 ber ikon kan seorang pemerintah islam yang ulung..jgnlah kerana ingin mencontohi khalifah umar abdul aziz maka kita rela dilelong seperti cerita 3 abdul ..wahai bangsaku melayu islam....sedar2 lah dgn skrip palsu ini...renungilah mata bening anak2 mu agar kamu akan tahu tujuan kamu di ciptakan berbilang bangsa dan agama serta kenapa kafir itu juga ada berbagai peringkat hukumannya ..."untuk kamu agama kamu,untukku agamaku"...wassalam
kuasa rakyat
mungkin sudah tiba masanya presiden UMNO selaku PM mengubah dengan secara berani barisan sesetengah pimpinan di semua bahagian agar mereka2 yang hanya angguk dan faham apa yg telah diperkatakan dihadapan DS Najib(DSN) tetapi masih lagi degil dan tidak faham2 akan kehendak presiden digantikan dengan mereka2 yg betul2 jujur dan ikhlas utk sama2 membantu DSN samada dlm mentadbir kerajaan mahupun parti UMNO sehingga mengembalikan semula keyakinan rakyat sekalian terhadap kepimpinan kerajaan dan seterusnya memberikan sepenuh sokongan dlm PRU 13 nanti...tetapi sehingga kini seolah2 apa yg DSN inginkan dari setiap pimpinan bahagian utk bersama2 mengembalikan keyakinan rakyat hanya tinggal impian shj..masih terdapat byk lagi pemimpin bahagian yg leka dan lalai serta ego dgn rakyat dlm bahagian mereka sehinggakan utk berjumpa dengan pimpinan ini amat susah apatah lagi utk rakyat mengadu nasib mereka agar dapat disampaikan segala keluhan mereka kpd pihak pimpinan atasan menjadi impian dlm mimpi mereka setiap kali mereka melelapkan mata shj..alangkah ruginya DSN sekiranya terus memberikan kepercayaan kpd sesetengah pimpinan yg bukan saja tidak lagi diterima oleh rakyat dlm kawasan masing2 bahkan menjadi liabiliti kpd parti khususnya UMNO yg akhirnya menidakkan kemenangan yang di cari oleh DSN..mungkin ada di antara mereka yg sudah patut meletak jawatan ataupun memberi laluan kpd pimpinan baru dlm bahagian masing2 agar parti UMNO terus menjadi parti yang berterusan menjadi pembela kpd agama bangsa dan negara khususnya bagi umat melayu islam dlm negara ini..jgnlah disebabkan merasa masih lagi hebat dan mempunyai wang yg banyak maka pimpinan ini masih lagi agah malah liat utk melepaskan jawatan mereka kerana sayangkan jawatan tersebut walaupun sebahagian besar rakyat mereka sudah tidak lagi menoleh muka kpd pimpinan tersebut..dan seandainya dicalonkan sebagai calon PRU kelak maka natijahnya adalah parti UMNO itu sendiri yang akan menanggungnya..bukan sahaja drpd parti UMNO ini bahkan semua parti kompenan BN seharusnya menyedari ttg ketidakpuasan hati rakyat terhadap apa yang berlaku sekarang lebih2 lagi kpd pemimpin yang mereka harapkan utk menolong mereka tetapi tidak mengotakan janji sebagaimana yang di taburkan semasa pilihanraya yg lalu yang mendorong rakyat ini utk tidak laagi mengundi kalangan pimpinan BN ini kerana sudah berkerat rotan dan mual dengan gelagat pimpinan ini dengan janji yang tidak pernah dikotakan..janganlah hanya menjadi pak angguk sahaja didepan perdana menteri semata2 hanya mahu menjaga jawatan mahupun pangkat yg dipegang tetapi bila kembali kedalam bahagian masing2 mulalah berperangai lama kembali seolah2 masuk telinga kanan tetapi keluar telinga kiri segala apa yang telah di tuturkan oleh perdana menteri kpd mereka..masih lagi sempat utk setiap pimpinan ini mengubah persepsi rakyat ini agar keyakinan mereka kembali dan seterusnya kejayaan yang cemerlang pada kompenan BN ini dlm PRU13 kelak..kepada pimpinan yang masih lagi ego dan sombong diri dengan kemewahan dunia ingatlah apabila tiba masanya kelak rakyat kita pasti akan menghukum dgn kuasa mereka ..wassalam
BN perlu berubah dengan segera!!
ramai diluar sana yg betul2 sayangkan UMNO,MCA dan MIC yg membentuk parti kompenan BN dari dulu sehingga sekarang..52 tahun sudah berlalu pimpinan kerajaan bn ini memerintah negara sehinggakan ada sesetengah pimpinan terlupa ttg tanggungjawab utama mereka dlm menjadi parti pemerintah ataupun menjadi pemimpin kpd parti yg dipimpin lalu membiarkan rakyat kawasan mereka menghukum mereka kerana kealpaan dan sifat lupa diri telah menjadi nanah dlm setiap pemimpin..tidak dinafikan ada sesetengah pemimpin yg betul2 jujur dan ikhlas dalam menjalankan amanah mereka terhadap rakyat tetapi hanya sebilangan kecil shj yg betul2 nawaitunya kerana takutkan akan balasan Allah Taala kpd setiap pemimpin yg gagal memimpin dirinya menjadi khalifah hinggakan rakyatnya terbiar mencari arah mereka sendiri..malangnya sikap ego dan terlalu mengejar kemewahan setelah kuasa diberikan kpd mereka oleh rakyat telah membutakan mata hati mereka utk melihat dan kembali mmbalas budi tangan rakyat yg telah mengangkat sang pemimpin ini drpd seorang yg biasa kpd seorang yg punya kuasa dek kerana kepercayaan rakyatnya agar nasib mereka akan terpelihara apabila sang calon ini menang dlm pilihanraya..tetapi ibaratkan harapkan pagar,pagar yg makan padi,begitulah juga yg terjadi pada sesetengah kawasan seluruh negara ini dimana pemimpin mereka terus menghilang bahkan utk berjumpa dgn mereka pun terlalu susah apabila si rakyat ini ingin berjumpa dan meminta pertolongan yg perlu sepertimana si pemimpin menabur janji manis mereka utk menolong tatkala kuasa masih lagi dipegang oleh tangan si rakyat ..begitulah juga nasib yg sama melanda pada si marhein ini di mana tempat hinggakan rasa percaya mereka kpd pimpinan BN ini menjadi semakin nipis dek kerana terlalu byk kekecewaaan yg melanda diri..tak kira waima pimpinan drpd UMNO,MCA atau MIC,mereka sebahagian besarnya terlalu mengejar kemewahan dan berkepenteingan diri sehinggakan menimbulkan rasa mual yg teramat sgt apabila nama pemimpin2 ini disebut ataupun kembali dicalonkan..apa yang rakyat mahukan adalah kata di kota dan janji di tunaikan agar kehidupan mereka sebagai raKyat biasa dpt menumpang tuah walau sedikit drpd pemimpin yg telah mereka berikan kuasa ini..rakyat sekalian menanti dan mengharap agar memanda menteri sekarang akan memilih mereka yg betul2 mempunyai semangat jiwa rakyat yg menebal dlm pemilihan calon bagi kompenan BN lebih2 lagi drpd UMNO dlm PRU13 nanti kerana masih ramai lagi yang mengharap agar kompenan BN kembali gah memacu kuasa rakyat dan memberikan seribu makna kegembiraan dlm hari mereka agar kehidupan mereka yg serba kekurangan akan sedikit membuak rasa kelebihan apabila pemimpin mereka begitu cakna akan kehidupan mereka..wahai pimpinanku,jadilah seperti lilin yg sanggup membakar diri sendiri semata2 untuk memberi dan menerangi mereka yg di sekelilingnya..tinggalkanlah jasa dan nama yg baik dlm ingatan rakyat agar selepas kita tiada di alam fana ini masih lagi mereka mengingati kita dek kerana keikhlasan dan kejujuran kita dlm menjalankan tanggngjwab kpd rakyat..wassalam
Selasa, 23 Februari 2010
Kemana hilang maruah bangsaku
dek kerana terlalu sibuk mengejar dan membicarakan hal duniawi maka sesetengah ibu bapa telah lalai dlm tanggngjwb mereka terhadap anak masing2 hinggakan tanggngjwb mendidik anak2 telah diserahkan kpd orang gaji ataupun kepada tukang pengasuh yg diberi elaun pada setiap bulan..akhirnya segala apa yg patut menjadi tumpuan ibubapa terhadap anak masing2 beralih arah sehinggakan ada waktunya utk menjenguk anak sama sekali tidak tergalas dlm hal diri mereka bahkan hanya sekejap sahaja utk bersama meluangkan masa dgn anak2..apabila anak2 ini menjadi dewasa ditambah lagi dgn pegangan agama yg terlalu nipis dlm diri mereka membuatkan mereka dgn sendiri mudah terjerumus dlm kancah yg bukan saja memberi petaka dlm kehidupan mereka malah lebih teruk ada yang hilang akal pemikiran hinggakan sanggup membunuh diri..anak luar nikah yg akhir2 ini menjadi sensasi dek kerana akal manusia yg terlalu jahil dlm bab agama menjadi satu isu yg cukup memeningkan kepala pimpinan negara yg semakin membuka matanya dgn dasar pemerintahannya...yg paling utama patut dipersalahkan adalah diri sendiri samada kita sebagai ibu bapa,pemimpin mahupn yg menjadi mangsa..kerakusan nafsu tidak dapat dibendung apatah lagi mereka yg cetek amalan keagamaannya..hanya agama sahaja yg mampu menghalang gejala ini dari terus menjadi kurap dlm masyarakat khasnya kepada bangsa melayu islam ini..selain drpd itu kesedaran yg tinggi dari ibu bapa ttg tanggungjwb dlm hal ini agar tidak berterusan perlu di pertingkatkan dgn mengajak mereka kembali kpd agama yg menjadi tonggak kekuatan sesebuah ummah ini..mengkaji dan menyelidik ttg kelakuan anak2 termasuk siapa rakan2 mereka adalah satu drpd jalan kearah kebaikan ini serta memberi amanah kpd tenaga pangajar mereka disekolah2 tanpa ada rasa prejudis yg menghalang drpd tenaga pengajar ini menjalankan sepenuh amanah yg diberikan agar akan tampil pelajar2 yg taat bukan saja kpd guru mereka bahkan juga kpd ibu bapa serta yg paling penting mentaati segala perintah dan larangan yg telah ditetapkan oleh Allah Taala..pimpinan negara juga harus mengambil langkah2 yg cukup bijak dlm hal ini agar mereka tidak dituduh sebagai penggalak kpd percambahan benih2 luar nikah ini..sebarang langkah yg hendak atau diambil mestilah mencerminkan kecaknaan utk membenteras gejala ini dan seterusnya memperlihatkan akan kesungguhan pimpinan negara dlm menegakkan agama islam sebagai agama rasmi dlm negara ini dan bukan hanya gah pada perlembagaan sahaja...cadangan drpd beberapa pihak utk mewujudkan pusat anak2 luar nikah adalah tidak sihat kerana ini bukan saja akan mengurangkan kes2 sebegini malah akan melambakkan lagi anak2 luar nikah ini kerana pada pandangan mereka yg tidak bertanggungjwb dlm hal ini akan merasa sangat gembira kerana sudah ada tempat utk mereka meletakkan anak2 haram ini ditempat tersebut tanpa mereka merasa bimnbang lagi..apakah rasionalnya cadangan seperti ini?ibarat orang mengantuk disorongkan bantal!!!...apa yg kita mahu lihat adalah menyekat gejala ini yg semakin serius walau dengan apa cara sekalipun agar mereka2 yg diluar sana akan lebih gerun dan merasa takut utk melakukan perbuatan keji ini..sebenarnya maruah bangsa melayu semakin hilang identitinya dek kerana kerakusan bangsa melayu itu sendiri tanpa berpegang lagi kpd agama dan adab sopan sebagai sorang melayu...setelah ekonomi dirampas sudah sekian lama oleh bangsa pendatang ini ditambah dengan kekalutan parti2 terbesar melayu yg berbalah sesama sendiri hingga sanggup memniggirkan bangsa yg seagamanya demi kuasa yg memperlihatkan ketidakcerdikan berpolitik hingga menjahanamkan bangsa sendiri dan menjadi gelak tawa sang pendatang maka bertambahnya kes2 anak luar nikah ini bertambah melenyapkan lagi kekuasaan sang melayu di bumi sendiri!!....wassalam
Isnin, 22 Februari 2010
Kemana hilang maruah bangsaku
mutakhir ini terlalu byk cerita dan berita ttg kengerian kes kematian dan buang anak luar nikah ini..terlalu kerap hinggakan hampir setiap hari ada saja berita2 ttg kes ini terpampang di dada akhbar dan menjadi tajuk hangat setiap stesyen tv dlm negara kita..ada saja ttg kes ini hinggakan paling dahsyat baru2 ini ttg bayi rentung di bakar dlm tong sampah..alangkah kejinya manusia ini hinggakan perangainya mengalahkan binatang yg tidak di kurniakan pemikiran semacam manusia..zalimnnya melampaui batasan jangkaan kita semua hinggakan tergamak sang penzina membakar hidup2 anak yg baru lahir mungkin agar tidak dihidu perbuatan mereka ini..yg paling menyentuh naluri dan perasaan ini adalah kerana ksemua anak yg tidak berdosa ini adalah drpd bangsaku melayu yg cukup terkenal dgn pegangan agamanya sejak mereka2 ini mula mengenal dunia abjad dan huruf..jikalau dahulu usahkan setiap bulan,nk dengar ttg kes2 sebegini pun tidak kedengaran setahun sekali kerana terlalu berpegangnya orang2 dahulu pada agama dan adab sopan kemelayuan ini..jika dahulu anak2 orang melayu ini akan di ajar dgn pelajaran agamanya seawal umur 3 atau 4 tahun agar apabila mereka ini menjengah dewasa sudahpun pandai utk menentukan setiap perbuatan yg mendatangkan pahala mahupun dosa sehinggakan pertemuan dlm menentukan alam perkahwinan di atur oleh orang tua masing2 tidak sepertimana pada hari ni yg kita dapati jarak seolah2 langit dgn bumi pasangan2 ini di pertemukan..zaman sekarang ini yg serba moden dgn manusianya yg sibuk mengejar harta dan pangkat agar mereka ini dihormati oleh masyarakat setempat seolah2 membuatkan mereka lalai dan lupa akan tanggungjwb dan amanah Tuhan pada mereka dgn zuriat yg di kurniakan sebagai pemyambung kasih sayang sesama mereka sehinggakan tugas dan tanggungjwb yg sepatutnya digalas oleh kedua ibu bapa ini dlm mentarbiyah anak2 mereka menjadi orang yg berguna kpd ibu bapanya,agama dan bangsanya..jauh bezanya anak2 zaman dahulu dan sekarang...bersambung...
Khamis, 18 Februari 2010
UMNO dan PAS saudara sebangsa seagama
inilah hakikat yg sebenarnya ttg 2 parti terbesar orang melayu ini..satu bangsa satu agama satu adat budaya tapi berlainan mimpi kerana kerakusan berparti semata2 kuasa..kalaulah PAS mengatakan bahawa partinya memperjuangkan islam maka UMNO juga berhak mengatakan benda yg sama..kalau UMNO mengatakan bahawa partinya membela agama islam maka PAS juga berhak mengatakan benda yg sama juga..Presiden UMNO dan PAS adalah pemimpin melayu islam..begitu juga dengan timbalan presiden dan naib2 nya serta majlis tertingginya juga terdiri drpd mereka yg melayu beragama islam..bila orang umno berpuasa maka orang pas pun berpuasa..bila orang pas sembahyang 5 waktu sehari semlm begitu juga orang umno cuma yg tinggal sembahyang siapa yg diterima oleh Allah Taala tiada siapa pun boleh mendabik dada mengatakan bahawa sembahyang akulah yg diterima kerana hanya Allah Taala shj yg dapat menilainya..cuma yg pasti kedua ahli parti ini akan gembira apabila tibanya saat berbuka puasa dan apabila syawal menjelang tiba..banyak lagi ciri2 serupa yg ada pada kedua parti ini yg jelas menunjukkan bahawa mereka adalah saudara sebangsa seagama..alangkah indahnya mimpi walau disiang hari seandainya kedua parti ini senada dan sepakat dlm menjadi kuasa pemerintah yg sekaligus menjadikan generasi melayu islam akan tetap utuh terpelihara hak dan keistimewaannya tanpa diganggu gugat oleh mereka2 yg ingin melihat melayu islam ini berpecah dan berbalah sesama sendiri demi kelangsungan politik jahat mereka ini..tiada salah kedua pemimpin parti ini menghulurkan salam perpaduan waima siapa yg terlebih dahulu memberikan salam kerana yg paling penting adalah masa depan agama,bangsa dan tanahair terpelihara dan dlm masa yg sama tidak melupakan ttg hak2 bangsa lain yg menetap di tanah melayu ini..yg pasti generasi yg akan datang akan mengucapakn terima kasih kpd pemimpin2 kedua parti ini yg luhur jiwanya seandainya kerajaan perpaduan ataupun kerjasama termeterai di antara kedua parti ini sebelum maut menjelang tiba hingga bibit2 perpaduan dan kerjasama ini tinggal mimpi dlm mimpi yg akhirnya merugikan umat melayu islam sendiri dlm tanah melayunya..buangkanlah segala hasad dengki dan sombong didlm diri pemimpin2 agar rasa prasangka akan bertukar menjadi berita gembira apabila berlakunya perjanjian kerjasama sesama parti terbesar ini hingga menyebabkan mereka2 yg ingin memecahbelah akan terduduk dan terdiam kerana agenda mereka tidak kesampaian..renunglah mata anak2 kecil melayu islam yg ada pada hari ini bila setiap kali kita bersua lebih2 lagi yg masih lagi ada tali pusatnya ttg nasib dan masa depan mereka seandainya kuasa politik yg ada pada hari ini terlepas kedlm tangan mereka2 tidak mengenal erti belas kasihan...jgnlah kera dihutan kita susukan semata2 berkepentingan diri hingga menyebabkan anak2 dirumah mati kelaparan dan kehausan...bilakah kita akan kecapi haruman kasturi sebagai penebus maruah agama bangsa dan tanahair?...wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)