Rabu, 27 Oktober 2010
Kononnya lah
Khalifah Umar Abdul Aziz terkenal dgn kewarakkannya dan juga sifat sederhananya..sifat terpuji beliau menjadi lambang seorang pemimpin dari dunia islam yang tiada tolok tandingnya sehingga sekarang ini kerana itu beliau senantiasa menjadi contoh ikutan bagi para pejuang yang ingin menjadi pemimpin dan yang paling menyayat hati apabila seorang yg berjiwa ultra kiasu atau cauvinis beria2 utk mengikut contoh khalifah ini dalam pentadbirannya..tidak ke hairan bin ajaib bagi kita khususnya di tanah melayu ini apabila seorang yang mempunyai jiwa seperti yang saya sebutkan tadi di atas dan masih lagi dan akan terus kekal sebagai seorang kafir beria2 utk meniru kepimpinan ini? pernah ke terfikir pada kita khasnya kepada orang2 melayu islam dan islam di tanah ini mengapa dan kenapa sang ultra kiasu ini begitu beria2 sekali dengan kenyataan beliau? bagi saya sudah tentu ada udang di sebalik batu atau lebih tepat lagi ia akan menjadi bagai api dlm sekam terutama sekali kepada mereka2 yang terlalu percaya pada janji2 seorang cauvinis ini apalagi dgn adanya pengkhianat melayu islam seiring dengan perancangannya utk memerintah tanah ini..yang lebih ngilu lagi apabila ada kalangan orang melayu islam yang pegangan agamanya kuat tiba2 menjadi pudar apabila turut terkasima dengan ayat2 cinta sang penasihat ini yang memainkan peranan utama sebagai orang tengah kepada pakatan yang boleh di panggil sebagai Pakatan Rosak(PR)sehinggakan kuasa yang ada selama ini oleh parti islam ini seolah2 bagaikan hanya gah pada nama shj sedangkan yang memiliki kuasa dlm pakatan ini terletak pada tangan seorang penasihat dimana partinya sendiri kucar kacir semasa pemilihan ranting dan cabang baru2 ini..sebab itu boleh di katakan bahawa pakatan ini adalah pakatan rosak sebb ketua kepada pakatan ni sudah rosak akhlaknya apalagi partinya..Berbalik kepada kesungguhan ketua menteri ini yang mendapat pujian yang melangit tinggi drpd part2 pakatannnya kerana ingin mencontohi pemerintahan khalifah umar abdul aziz sehinggakan sanggup seorang ketua kerajaan negeri yang partinya kononnya memperjuangkan islam dengan hanya bersandarkan slogan dari dulunya Membangun Bersama Islam dan kini bertukar kepada Islam Untuk Semua terbang ke negara yang menjadi bapa kepada parti berasaskan perkauman ini walapun tahap keuzuran beliau amat2 merunsingkan tetapi kerana terlalu ingin melihat sebuah parti yang majoritinya drpd bangsa melayu dan agama islam ini tumbang khususnya pada PRU13 ini maka beliau seolah2 lupa bahawa parti yang menjadi pakatannya itulah yang sehingga kini tetap tidak mengubah pendiriannya yang menolak sebuah negara islam di tanah melayu ini..Semua orang sudah maklum bahawa parti yang diterajui oleh anak beranak ini yang boleh di panggil juga Dasar Anak Pelampau ini sifat cauvinisnya ataupun ultra kiasunya cukup tinggi sehinggakan mereka menjadi kurang ajar terutamanya dalam perlantikan seorang menteri besar di perak selepas PRU12 lalu apabila mereka dengan angkuh menyuarakan hasrat untuk melantik seorang menteri besar dari kalangan mereka(DAP) walaupun telah mengetahui bahawa undang2 tubuh kerajaan negeri perak tidak memungkinkan seorang yang berbangsa selain daripada melayu dan beragama selain drpd islam menjadi menteri besar..disinilah terletakknya kuasa seorang raja yang menjadi denyut nadi dan payung kepada bangsa melayu dan agama islam sehinggakan mereka2 ini terkedu kerana terpaksa mengikut tuan punya negeri tersebut..Inilah untungnya seorang yang bangsanya melayu dan agamanya islam..jesteru itu kita sebagai bangsa melayu islam semestinya berbanggsa dengan bangsa dan agama kita kerana tanpa kedua2 faktor ini nescaya tidak mungkin negeri kelantan dan kedah akan bermenteri besar dgn orang yang ada sekarang..Jarum sudah mereka cucuk utk memberi gambaran kepada rakyat negara ini khususnya kepada bangsa melayu islam bahawa mereka2 ini(DAP) boleh menerima sesiapa shj utk menjadi kawan mereka tetapi di sebaliknya tiada siapa yang tahu kerana kucing tidak pernah menolak ikan..Seandainya ada di kalangan kita (melayu islam) yang masih lagi percaya dengan segala tipu muslihat parti ini maka rujuklah orang melayu di seberang tambak johor sana sebagai bukti tanda kemesraan mereka terhadap bangsa melayu..Segalanya mungkin bagi mereka2 ini kerana mereka tidak pernah mengenal dosa dan pahala dalam matlamat mereka utk menjajah dan menjarah setiap inci bumi tanah melayu ini kerana impian mereka utk melihat kermbalinya bapa mereka( singapura) kembali bercantum menjadi malaysia baru tidak pernah padam malah semakin galak apatah lagi adanya pengkhianat2 negara yang sanggup bermuka2 demi meraiih kuasa..Matlamat menghalalkan cara sudah menjadi sinonim kepada parti2 pakatan rosak ini kerana apa yang lebih penting bagi mereka ialah kuasa dan putrajaya..Sebagai seorang yang waras dan juga berbangga dengan identiti bangsa dan agamanya,saya menyeru rakan2 di luar sana agar membuat kajian yang lebih teliti dengan segala sikap hipokrit yang ada pada pakatan rosak ini kerana yang rugi bukan kita tetapi anak2 generasi kita yang akan datang..janganlah membiarkan mereka melukut di tepi gantang gara2 kelalaian kita dalam mengenal jauhari dan manikam...Salam Semangat Melayu Islam daripada saya...Wassalam
Isnin, 11 Oktober 2010
Belajarlah Melalui Sejarah
Ada sesetengah orang tidak mahu menoleh ke belakang kerana tidak mahu sejarah berulang lebih2 lagi sejarah pahit tetapi kadangkala kita perlu menoleh agar sejarah pahit yg telah terjadi akan menjadi pengajaran yang amat berguna dalam kehidupan kita meniti hari2 yang mendatang..Setiap drpd kita mempunyai sejarah yang tersendiri samada manis,pahit,lucu dan sedih kerana tanpa kesemua ini kita tidak akan belajar drpd kesilapan dimana munngkin kita akan terus melakukan kesilapan yang sama yang akhirnya akan memusnahkan impian dalam kehidupan kita..
Begitu juga kita belajar tentang sejarah yang telah terjadi dalam negara kita ini agar kesilapan2 lalu tidak akan berulang kerana setiap negara mempunyai sejarahnya yang tersendiri apalagi dalam negara yang mermpunyai etnik yang berbilang bangsa dan agama..Ada orang yang tak ingin mengaku kewujudan dan hakikat bahawa negara ini adalah seperti yang telah saya katakan tadi kerana mereka seolah2 tidak mahu mengakui peristiwa2 yang berlaku bermula drpd perjuangan dalam menentang melayan union sehinggalah membawa kepada kemerdekaan negara pada tahun 1957..Dan dalam masa mengisi kemerdekaan juga tercatit sejarah yang mematangkan rakyat dalam negara ini khususnya pimpinan kerajaan untuk memperbetulkan keadaan agar peristiwa2 ini tidak akan berulang untuk kali yang ke 2 yang sekaligus memberi nila-nilai kedamaian dan keamanan dalam negara ini sehinggalah kita terus mengecap nikmat kebebasan dari sebuah kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pejuang dan pimpinan dahulu..Perit jerih mereka inilah yang menjadi sejarah yang besar kepada seluruh rakyat dalam negara ini agar terus menjaga nilai ini supaya tidak jatuh ke tangan bangsa asing yang semakin hari semakin ingin merebut kuasa politik dan hak orang melayu dan peribumi kerana merasakan tidak perlu lagi untuk golongan ini memelihara hak2 yang telah disepakati bersama oleh pimpinan bangsa2 terdahulu sebelum ini atas alasan era liberalisasi global..Perkongsian sama rata dikeluarkan oleh pimpinan bangsa asing sebagai asas kepada tujuan mereka untuk terus mendesak kerajaan dibawah pimpinan majoriti UMNO agar mengkaji semula kuota bumiputera sebanyak 30% dengan alasan yang lebih kukuh lagi iaitu bertujuan untuk mencapai kearah status negara yang berpendapatan tinggi..Begitu juga ada desakan daripada pimpinan sayap sebuah parti kompenan BN ini agar Perkara 153 juga dikaji semula kerana tidak kena pada peredaran masa sehinggakan golongan ini sanggup untuk menyangah segala apa jua dalam perkara asas kepada perjanjian bagi kontrak sosial ini yang telah menjadi kunci bagi semua rakyat dalam negara ini dalam menjalani kehidupan yang harmoni selama 53 tahun negara mencapai kemerdekaan..Ini kerana setiap negara mempunyai asasnya yang tersendiri dan tanah ini asasnya adalah tersiri daripada bangsa melayu dan bumiputera sebagai tuan punya kepada tanah melayu ini dan sudah pasti mereka mempunyai hak2 yang perlu sebagai tuan walaupun berlaku peredaran zaman..
Hakikat inilah yang perlu diakui oleh bangsa2 asing yang dulunya hanyalah ingin menumpang kek ekonomi yang ada dalam tanah ini tetapi mereka ini lupa untuk menoleh sejarah yang telah memberikan kepada mereka bukan sahaja sebagai tempat transit bagi mendapatkan kek ekonomi ini bahkan mereka telah menajdi tuan kepada ekonomi dinegara ini..Lebih mahal lagi adalah sifat luar biasa yang ada pada tuan punya tanah ini yang telah memberikan hak kewarganegaraan kepada mereka2 ini secara percuma sebagai asas perjanjian supaya mereka ini akan lebih menghargai dan mengingati akan pengorbanan yang terbesar bangsa melayu dan bumiputera ini lakukan walaupun kemajuan demi kemajuan dikecapi dengan kekayaan hasil mahsul negara ini beralih tangan hasil drpd lesen besar ini..Apakah yang akan berlaku sekiranya tuan tanah ini bangkit dan mula mempersoalkan hak2 yang telah mereka berikan ini kepada bangsa2 pendatang ini?Yang pasti tuan tanah ini akan dilabel sebagai pelampau@ekstrimis yang pada mereka sengaja mencetuskan ketegangan kaum dalam negara ini walaupun kumpulan ini hanyalah mempertahankan hak2 yang telah termaktub dalam perlembagaan tanpa menganggu gugat hak2 bangsa lain dalam negara ini..Inilah kesilapan terbesar para pimpinan pendatang ini kerana mereka hanyalah pandai untuk mendesak demi kepentingan mereka ini tanpa mempedulikan kepentingan bangsa tuan tanah ini sehinggakan desakan mereka ini telah dianggap wajar dan selaras dengan situasi sekarang..Disini saya ingin berkongsi persoalan yang bermain2 di benak bersama2 dengan pembaca yang budiman iaitu apakah akan terjadi sekiranya kuota ekonomi 30% dikaji atau lebih tepat lagi mereka ingin hapuskan?Apakah betul sekiranya saya katakan jika kita membiarkan kuota ini dikaji@dihapuskan maka kita dengan mudah telah menjual nilai2 kemerdekaan tanah ini secara langsung kerana sudah tiada apa lagi yang tinggal untuk kita sebagai tuan punya tanah ini untuk menikmati kek berbagai rasa yang ada dalam negara ini sebagai habuan pengorbanan paling besar nenek moyang kita berikan dahulu kepada bangsa2 asing ini..jika habuan ini sudah tiada kepada kita maka apakah kuasa akhir yang kita ada ini juga akan terjual sekiranya mereka2 ini kita terus biarkan menekan dan memeras ugut kita tanpa kita mengorak langkah untuk mengimbas semula sejarah lampau sebagai ubat mata kepada bangsa2 yang kini semakin rakus untuk menjajah dan menjarah setiap inci bumi melayu ini!!Saya tetap pertahankan sebagaimana tulisan2 saya sebelum ini kerana kita ada hak2 kita!!Pedulikan apa juga tohmahan dan tuduhan kerana kita adalah tuan punya tanah ini!!...Kepada mereka yang diluar sana yang buat2 lupa sejarah maka wajarlah mereka membeli buku sejarah negara ini agar mereka dapat menilai dengan hati yang terbuka dan tidak lagi berani mengungkit...wassalam
Begitu juga kita belajar tentang sejarah yang telah terjadi dalam negara kita ini agar kesilapan2 lalu tidak akan berulang kerana setiap negara mempunyai sejarahnya yang tersendiri apalagi dalam negara yang mermpunyai etnik yang berbilang bangsa dan agama..Ada orang yang tak ingin mengaku kewujudan dan hakikat bahawa negara ini adalah seperti yang telah saya katakan tadi kerana mereka seolah2 tidak mahu mengakui peristiwa2 yang berlaku bermula drpd perjuangan dalam menentang melayan union sehinggalah membawa kepada kemerdekaan negara pada tahun 1957..Dan dalam masa mengisi kemerdekaan juga tercatit sejarah yang mematangkan rakyat dalam negara ini khususnya pimpinan kerajaan untuk memperbetulkan keadaan agar peristiwa2 ini tidak akan berulang untuk kali yang ke 2 yang sekaligus memberi nila-nilai kedamaian dan keamanan dalam negara ini sehinggalah kita terus mengecap nikmat kebebasan dari sebuah kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pejuang dan pimpinan dahulu..Perit jerih mereka inilah yang menjadi sejarah yang besar kepada seluruh rakyat dalam negara ini agar terus menjaga nilai ini supaya tidak jatuh ke tangan bangsa asing yang semakin hari semakin ingin merebut kuasa politik dan hak orang melayu dan peribumi kerana merasakan tidak perlu lagi untuk golongan ini memelihara hak2 yang telah disepakati bersama oleh pimpinan bangsa2 terdahulu sebelum ini atas alasan era liberalisasi global..Perkongsian sama rata dikeluarkan oleh pimpinan bangsa asing sebagai asas kepada tujuan mereka untuk terus mendesak kerajaan dibawah pimpinan majoriti UMNO agar mengkaji semula kuota bumiputera sebanyak 30% dengan alasan yang lebih kukuh lagi iaitu bertujuan untuk mencapai kearah status negara yang berpendapatan tinggi..Begitu juga ada desakan daripada pimpinan sayap sebuah parti kompenan BN ini agar Perkara 153 juga dikaji semula kerana tidak kena pada peredaran masa sehinggakan golongan ini sanggup untuk menyangah segala apa jua dalam perkara asas kepada perjanjian bagi kontrak sosial ini yang telah menjadi kunci bagi semua rakyat dalam negara ini dalam menjalani kehidupan yang harmoni selama 53 tahun negara mencapai kemerdekaan..Ini kerana setiap negara mempunyai asasnya yang tersendiri dan tanah ini asasnya adalah tersiri daripada bangsa melayu dan bumiputera sebagai tuan punya kepada tanah melayu ini dan sudah pasti mereka mempunyai hak2 yang perlu sebagai tuan walaupun berlaku peredaran zaman..
Hakikat inilah yang perlu diakui oleh bangsa2 asing yang dulunya hanyalah ingin menumpang kek ekonomi yang ada dalam tanah ini tetapi mereka ini lupa untuk menoleh sejarah yang telah memberikan kepada mereka bukan sahaja sebagai tempat transit bagi mendapatkan kek ekonomi ini bahkan mereka telah menajdi tuan kepada ekonomi dinegara ini..Lebih mahal lagi adalah sifat luar biasa yang ada pada tuan punya tanah ini yang telah memberikan hak kewarganegaraan kepada mereka2 ini secara percuma sebagai asas perjanjian supaya mereka ini akan lebih menghargai dan mengingati akan pengorbanan yang terbesar bangsa melayu dan bumiputera ini lakukan walaupun kemajuan demi kemajuan dikecapi dengan kekayaan hasil mahsul negara ini beralih tangan hasil drpd lesen besar ini..Apakah yang akan berlaku sekiranya tuan tanah ini bangkit dan mula mempersoalkan hak2 yang telah mereka berikan ini kepada bangsa2 pendatang ini?Yang pasti tuan tanah ini akan dilabel sebagai pelampau@ekstrimis yang pada mereka sengaja mencetuskan ketegangan kaum dalam negara ini walaupun kumpulan ini hanyalah mempertahankan hak2 yang telah termaktub dalam perlembagaan tanpa menganggu gugat hak2 bangsa lain dalam negara ini..Inilah kesilapan terbesar para pimpinan pendatang ini kerana mereka hanyalah pandai untuk mendesak demi kepentingan mereka ini tanpa mempedulikan kepentingan bangsa tuan tanah ini sehinggakan desakan mereka ini telah dianggap wajar dan selaras dengan situasi sekarang..Disini saya ingin berkongsi persoalan yang bermain2 di benak bersama2 dengan pembaca yang budiman iaitu apakah akan terjadi sekiranya kuota ekonomi 30% dikaji atau lebih tepat lagi mereka ingin hapuskan?Apakah betul sekiranya saya katakan jika kita membiarkan kuota ini dikaji@dihapuskan maka kita dengan mudah telah menjual nilai2 kemerdekaan tanah ini secara langsung kerana sudah tiada apa lagi yang tinggal untuk kita sebagai tuan punya tanah ini untuk menikmati kek berbagai rasa yang ada dalam negara ini sebagai habuan pengorbanan paling besar nenek moyang kita berikan dahulu kepada bangsa2 asing ini..jika habuan ini sudah tiada kepada kita maka apakah kuasa akhir yang kita ada ini juga akan terjual sekiranya mereka2 ini kita terus biarkan menekan dan memeras ugut kita tanpa kita mengorak langkah untuk mengimbas semula sejarah lampau sebagai ubat mata kepada bangsa2 yang kini semakin rakus untuk menjajah dan menjarah setiap inci bumi melayu ini!!Saya tetap pertahankan sebagaimana tulisan2 saya sebelum ini kerana kita ada hak2 kita!!Pedulikan apa juga tohmahan dan tuduhan kerana kita adalah tuan punya tanah ini!!...Kepada mereka yang diluar sana yang buat2 lupa sejarah maka wajarlah mereka membeli buku sejarah negara ini agar mereka dapat menilai dengan hati yang terbuka dan tidak lagi berani mengungkit...wassalam
Sabtu, 9 Oktober 2010
Ku Li Vs Nik Aziz
YAM Ku Li dah apun menyatakan persetujuan untuk menjadi Pengarah PRK D45 setelah beliau sendiri mengesahkannya dan ini telah melenyapkan cakap2 bahawa Ku Li tidak akan bersetuju menerimanya..Cakap2 seperti terutamanya drpd pihak Pas adalah satu muslihat untuk mengkucar-kacirkan pihak Umno khususnya Umno Kelantan agar mereka tidak akan berdepan dengan nama yg cukup gah dlm persada politik tanahair apalagi dalam negeri dan bahagiannya sendiri..Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi Pas terutamanya melalui Mursyidul Am Pas YAB Dato Menteri Besar ttg alasan2 yg diberikan berkenaan ttg perlantikan pengarah dan calon Umno hinggakan beliau telah ditempelak dengan kenyataan sinis agar tidak menjaga tepi kain parti lawan..Ini kerana tok guru itu sendiri sudahpun dapat merasai bahang kekalahan sekiranya Ku Li menjadi jeneral dalam PRK ini kerana jeneral ini bukan sebarang jeneral yg boleh dijatuhkan dengan mudah malah mungkin akan menjadi medan tempur yg paling senang untuk jeneral ini memenanginya kerana selok belok tempat dan rakyat sudah lama berada dalam pandangan dan pemerhatiannya..Hasilnya pihak Pas menjadi teramat cukup kalut kerana bukan calang2 orang yg akan mereka berdepan apatah lagi sekiranya Ku Li bersetuju menjadi calon bagi dun Galas ini hinggakan satu solat hajat untuk menentukan calon akan dibuat demi memastikan kemenangan 646 undi pada 2008 dapat dipertahankan..Saya sendiri cukup tersentuh bukan pada golongan ini yg amat kalut dalam menentukan calon mereka tapi apabila melihat ketibaan YAM Ku Li dsambut dengan penuh penghormatan semasa tiba di KLIA mlm semlm seolah2 aura kehebatan manusia yang byk pengalaman yg dalam sepak terajang politik negara ini telah kembali semula utk menentukan kemenangan dan hala tuju perjalanan terutamanya pada pilihanraya kecil ini..Pucuk pimpinan parti sendiri telah membuat keputusan yg amat tepat apabila bersetuju untuk memberikan kebebasan kepada Ku Li dalam menentukan sendiri corak beliau apalagi dalam soal pemilihan calon..Dun Galas bukanlah sesuatu yg susah pada Ku Li dan jentera parti dalam bahagian Gua Musang kerana kekalahan pada tahun 2008 adalah kerana beberapa faktor yg tidak sedikit pun meningkatkan kekuatan Pas terutamanya dalam mengembangkan pengaruhnya di gua musang..Faktor inilah yang menjadi sebab musabab mengapa kekalutan dapat kita lihat terjadi pada pihak PAS yg masih terkial2 mencari rentaknya bagi menghadapi bala jentera yg dketuai oleh anak raja berdarah rakyat ini..Walaupun ada beberapa pemerhati politik yg kebanyakkanya kelahiran dari pembangkang yg mempersoalkan kekuatan Ku Li kini di gua musang kerana mengikut pada faktor undi yg semakin menurun tiap kali pilihanraya kata mereka terhadap Ku Li namun bagi setiap apapun pertandingan dalam pilihanraya ,kemenangan walaupun dengan satu undi tetap juga kemenangan apalagi majoriti yg Ku Li dapat tidak pernah kurang dari seribu undi walaupun dalam tragedi tsunami politik 2008 lalu telah memberikan impak yg cukup hebat pada sebahagian besar bahagian Umno di seluruh negara apalagi di kelantan namun anak raja ini terus gagah utk memperolehi majoriti yg cukup selesa bagi mengekalkan kemenangannya dalam setiap pilihanraya..Bagi saya pihak Pas tidak perlu bersusah payah untuk mencari calon di Galas kerana orang yang paling layak utk diletakkan sebagai calon adalah MB kelantan itu sendiri namun soalnya apakah sanggup tok guru ini menerima cabaran ini sekiranya ada pihak2 yg ingin mencalonkan beliau?atau tok guru ini akan melarikan diri dgn memberi berbagai2 alasan agar tidak terpalit lumpur dimuka sekiranya KU Li sendiri menjadi calon Bn kali ini?Saya akan amat teruja sekiranya tok guru ini bersedia untuk menjadi calon demi untuk melihat kekuatan beliau khasnya pada rakyat negeri kelantan semakin meningkat atau sebaliknya ..Yang pasti pucuk pimpinan Pas khasnya Kelantan tidak ak memperjudikan nasib menteri besar ini di Galas kerana jawapan sudah ada iaitu tersungkur(kata pendeta azmin) @kalah..kalau kalah dengan majoriti kurang drpd tahun 2008 maka akan menjadi penguat semangat tetapi tetap kalah juga namanya namun yang paling penting kesannya adalah kepada parti islam itu sendiri kerana semua sudah maklum bahawa parti ini adalah parti tok guru ini..jika tok guru ini kalah maka kalahlah parti ini..kenapa saya katakan begitu?anda diluar boleh fikirkannya sendiri..sebagaimana kata Ku Li mlm semlm apabila ditanya ttg isu2 dari pihak Pas "kalu dok dengar apa yg Pas kata gak tok jadi kijo la kita jawabnya" wassalam
Isnin, 4 Oktober 2010
Pemimpin itu siapa di mata rakyat?
Kita yg telah di angkat sebagai pemimpin bukan shj harus menjaga tutur kata yg paling utama malah menjaga segenap ceruk badan kita agar segala yg kita lakukan akan memberi contoh tauladan yg cukup baik bukan shj kepada para penyokong kita malah kepada rakyat yg melihat..Pemimpin itu haruslah juga menilai mana satu yg baik dan mana satu yg tidak baik kerana kelak mungkin padah menimpa diri sekiranya pemimpin itu tidak pandai dlm ilmu menilai..Jawatan yg telah di amanahkan kepada kita utk menjadi pemimpin bukan sewenangnya boleh kita pergunakan utk kepentingan diri kerana jawatan itu adalah pahala atau dosa yg amat besar jika kita melakukan dengan betul atau sebaliknya..apatah lagi kita telah menjadi ahli YB di mana kita bukan shj akan diperhatikan segala tingkah laku kita malah setiap detik hidup kita telah menjadi hak milik rakyat samada kita suka atau tidak tetapi itulah risiko apabila kita sanggup utk menjadi wakil kepada rakyat..samada keluarga kita sukai atau tidak itulah yg harus mereka terima apabila salah seorang ahli kelaurga mereka menjaadi milik umum utk memberi khidmat yg terbaik kepada rakyatnya..segala2nya menjadi bualan dari yg sekecil2 kesilapan apalagi kiranya pemimpin itu melakukan kesilapan yg besar kerana itulah pengorbanan dan harga utk seorang itu menjadi pemimpin..Pemimpin bukan saja boleh melakukan arahan tetapi dalam masa yg sama juga harus mendengar terutamanya kehendak rakyat yg memilihnya kerana rakyat inilah yg telah memilih mereka hinggakan mereka ini menjadi pemimpin di cawangan,bahagian,negeri bahkan menjadi pemimpin utama negara..Mereka sebagai pemimpin tidak boleh mengatakan bahawa mereka sahaja yg paling bagus atau kehendak mereka sahaja kena turuti kerana jika kehendak atau pendapat rakyatnya tidak di ambil kira apakah pemimpin itu akan terus berada dgn jawatannya sekirana rakyat tersebut tidak lagi memilihnya sebagai pemimpin mereka?Pandangan drpd rakyat haruslah di utamakan walaupun dlm masa yg sama kita sebagai pemimpin mempunyai pandangan yg tersendiri..haruslah kita itu menjadi pendengar sebelum kita memperdengarkan pendapat kita kerana mungkin jika kita terus memperdengarkan pendapat kita sahaja maka sia2 lah rakayt yg memilih kita sebagai pemimpin mereka kerana tujuan itulah mereka memilih kita iaitu utk rakyat ini berkongsi masalah mereka dgn kita..tahun demi tahun kemajuan yg kita kecapi semakin pantas dan hebat dan begitu jugalah pantasnya rakyat utk menilai seorang pemimpin itu samada mereka ini harus kekal atau tidak utk menjadi pemimpin mereka..rakyat kini bukan lagi boleh diberi gula2 seperti zaman 70an atau lewat 80an tetapi kini rakyat minta mereka di beri perhatian sejajar dengan aliran masa agar kehidupan mereka sebagai rakyat yg memilih pucuk pimpinan itu terus terjamin dan mereka ingin melihat perasaan jaminan ini berterusan hingga akhir hayat mereka malah bersambung kepada generasi baru mereka..segala keputusan mestilah pemimpin itu harus melihat dalam semua keadaan agar keputusan yg telah dan akan dibuat menguntungkan sebahagian besar rakyat sehinggakan rakyatnya melahirkan kesyukuran kerana mereka memilih pemimpin yg tepat semasa saat genting memilih..mungkin barisan pimipnan itu sudah cukup kaya dgn harta bendanya hinggakan jikalaulah berlaku apa2 yg tidak enak dlm negara ini sudah pasti mereka tidak mempunyai masalah utk meninggalkan negara yg huru hara ini tetapi kemanakah rakyat yg memilih mereka utk lari dari masalah tersebut?kerana itu pemimpin hanyalah batu loncatan utk rakyat dan sampai saat dan ketikanya sang pemimpin ini sudah pasti akan melutut kepada rakyat demi utk memilih mereka menjadi pemimpin rakyat tetapi dalam masa yg sama juga pemimpin harus sedar akan segala kata dan janji kepada rakyat yg mereka lututi ini haruslah di kota dan ditunaikan agar pemimpin ini sedar bahawa tanpa rakyat maka mereka juga adalah rakyat biasa shj jika mereka tidak dipilih lagi...apapun yg paling penting adalah kata2 yg keluar dari mulut pemimpin itu kerana terlajak perahu boleh lagi kita undur tapi jika pemimpin itu terlajak kata maka buruk padahnya..wassalam
Wajah2 Parti Kucar Rakyat(PKR)
Belum lagi memerintah negara dah jadi haru biru perjalanan mesyuarat Parti Kucar Rakyat ni..tak salah rasanya kalau mengatakan sebegitu kerana itulah kenyataanya dalam 2-3minggu ini apabila parti ini memulakan mesyuarat cabang masing2..Anggapan sesetengah rakyat yg menyokong konsep parti ini bahawa inilah parti yg bakal mengemudi negara utk menggantikan parti keramat orang melayu (UMNO)dengan idea dan perubahan reformasi yg dilaung2kan oleh sebilangan besar pimpinan parti ini ternyata terkleuar dari landasan sama sekali..Terkejut beruk apabila melihat gelagat mereka2 dari parti ini yg seolah2 ingin berkuasa bermula drpd peringkat rating hinggalah ke cabang yg jauh sama sekali dengan prinsip dan juga hala tuju parti ini semenjak penubuhannya yg lalu..Setiap mesyuarat cabang ada saja rasa tidak puas hati lahir drpd ahli yg hadir kerana bagi mereka sandiwara 3 musim pimpinan utama PKR ini semakin jauh ke dalam malah lebih hebat lagi drpd parti2 lain di negara ini..Tekanan drpd pimpinan utama dlm setiap pemilihan ternyata telah mendesak para perwakilan meluahkan rasa tidak puas hati ini kerana bagai dicucuk hidung kehendak umum..Kenyataan demi kenyataan yg diluahkan semakin hari semakin menzahirkan sifat kediktatoran pimpinan utama parti yg rata ritinya adalah serpihan drpd UMNO..Memang satu keuntungan juga mereka2 seperti ini telah lama dihanyutkan oleh Umno jika tidak sudah pasti wabak ini akan melanda parti keramat orang melayu ini apabila sang penasihat takdirnya menjadi PM..Tiada lagi keadilan drpd parti ini malah kepada kekacauan yg cukup senak mata kita saksikan hinggakan apabila sudah tiada apa lagi yg hendak disembunyikan oleh para pimpinan utama mereka maka kegagalan mahupun perjalanan mesyuarat yg berakhir dgn kekacauan ini telah dituding kepada Umno kononnya ada tangan2 ghaib yg merencanakan kekacauan ini..Alangkah sumbing dan dangkalnya alasan sebegini kerana jika kita betul2 sebuah parti yg mengamalkan konsep keadilan utk semua maka sudah pasti kita akan bertindak secara lebih waras berdasarkan kenyataan2 bukan mengeluarkan kenyataan berdasarkan ammarah yg melanda dlm kesumat hati..Ternyata kini hanyalah omongan kosong para pimpinan Parti Kucar Rakyat yg melaungkan semangat pembaharuan dahulu kerana itulah sandiwara yg kita semua rakyat di negara perlu perhatikan dari masa ke masa agar mereka2 ytg menyokong parti ini tidak akan terperangkap utk kali ke 2..Sokongan yg padu ternyata telah merubah persepsi pimpinan mereka ini utk terus bertapak malah mengatur perjalanan parti ini mengikut telunjuk mereka agar kuasa yg mereka rasakan semakin hampir dalam genggaman mereka ini tidak terlepas ke tangan mereka2 yg menumpang di dapur sehinggakan mereka mula melupai segala janji yg telah katakan kepada sekalian rakyat yg menyokong mereka..Perasaan tamak,rakus dan haloba kini menjadi agenda utama pimpinan utama parti ini yg semakin kemaruk ingin berkuasa dek kerana kononnnya mereka kini menjadi perhatian rakyat negara ini sebagai parti alternatif kepada parti pemerintah yg ada..Jika dulu mereka2 ini mengecam ttg konsep yg ada dlm parti Umno kerana mengamalkan sikap kronisme tetapi kini penyakit ini telah mula berjangkit kepada parti2 yg menuduh malah lebih hebat lagi jangkitannya..Yang jelas Umno kini semakin realistik dan berpijak pada bumi yg nyata bahawa tanpa sokongan terutamanya drpd ahli2 tegar mereka mungkin mereka tidak akan selamanya berada di atas takhta kerajaan jesteru itu Umno mula mengatur strategi dan langkah perkemaskan semula parti demi melihat sokongan ahli mahupun rakyat negara ini kembali kepada mereka..Yan telah lari chasisnya kini adalah parti yg dulunya melaung2kan perubahan dengan penasihat umumnya telah lama di ketahui umum masih lagi belum2 mengumumkan kenyataan dan kebenaran di sebalik skandalnya kerana asyik ingin menangguhkan perjalanan penghakiman supaya terlepas atau terselamat apabila Pakatan Racun menjadi pemerintah utama Putrajaya cuma yang harus diingat bukan pemimpin yg yg menentukannya tetapi sekalian rakyat yg bakal memberi atau membiar kuasa itu dengan secalit pangkah sahaja..Bagi kita yg berjiwa melayu islam mahupun mereka yg inginkan keamanan dan kedamaian yg telah kita kecapi ini berterusan,buatlah pilihan berdasarkan apa yang telah dilihat dan dinikmati bukan berdasarkan oleh janji2 yg sehingga kini masih lagi banyak yg parti kucar rakyat ini gagal penuhi...beringatlah sebelum kena dan sesekali pandanglah ke belakang melihat apa yg indah sebagai penguat semangat tatkala melangkah maju ke hadapan..wassalam
Sabtu, 2 Oktober 2010
Semangat yang tidak akan pudar selamanya
Apabila ada cakap2 yg mengatakan bahawa nyawa Umno semakin hari semakin nazak selepas PRU12 2008,terasa tebal cuping telinga ini tiap kali tajuk ini di perkatakan disegenap pelusuk penjuru negara lebih2 lagi dalam negeri kelantan yg cukup kebal kubu pembangkangnya..Setelah 4 penggal parti Pas kekal megah memerintah kerajaan negeri dengan melalui perit jerih dugaan sebagai sebuah kerajaan maka sekali lagi kekuatan parti pembangkang ini sekali lagi teruji dengan PRK Dun Galas yang akan tiba tidak berapa lama lagi setelah kematian adunnnya seminggu yg lepas..Takziah kepada seluruh anggota keluarga allahyarham juga kepada keluarga parti di atas kematian yang tidak pernah walau sesaat tertunda apabila tiba masanya..Paling akhir PRK di kelantan ini adalah semasa Manik Urai dulu yang mana memihak kemenangan kepada Adun Pas iaitu Abe Ji dengann majoriti yang cukup tipis bahkan sudah melahirkan rasa yang cukup2 mendebarkan semasa pengiraan undi tersebut namun takdirnya ternyata memihak pada Pas walaupun arus kebangkitan rakyatnya sudah mulai memihak kepada Umno..Insyaallah jika berlaku PRU13 kelak,sudah pasti dun manik urai akan menjadi milik Umno yg semakin hari semakin menunjukkan perubahan dengan berpresidenkan Dato Seri Najib iaitu anak kepada mantan PM ke2..Sikap serta komitmen presiden baru ini ternyata telah byk merubah persepsi rakyat jelata terhadap Umno yang semakin diterima kembali oleh bangsa melayu yg terjejas dan terpecah teruk kini gara2 kelalaian yang telah berlaku semasa 2008 yg hampir2 menumbangkan kekebalan kompenan BN utk terus kekal menjadi kuasa pemerintah..Peralihan yg berlaku seperti yg dikehendaki telah mengembalikan semula maruah Umno yang tercalar walaupun masih ada lagi segelintir pimpinan parti yg masih rakus dan lalai dlm menjalankan amanah yg telah diberikan oleh parti kepada mereka..Mereka2 inilah yang harus diteliti oleh pimpinan pusat agar segala pembaharuan yang diperkenalkan oleh pihak pusat dituruti dengan sebaiknya dan bukan hanya seperti masuk telingan kanan dan keluar telinga kiri..Masih ramai lagi ahli2 parti yg mempunyai semangat yang tidak akan pudar dan sanggup berjuang demi kebaikan parti serta mengikhlaskan diri utk kekuatan Umno yg boleh di angkat sebagai pimpinan dalam bahagian2 seterusnya menjamin kemenangan apabila tibanya pilihanraya kelak..Sebagaimana yg telah diketahui bahawa kekuatan parti Pas di kelantan ini bukanlah hadir dengan kekuatan semulajdi tetapi mereka lebih kepada mendapat tempias dan keuntungan drpd Umno yg tidak habis dan sudah2 dengan alam persekitaran mereka terutamanya sikap segelintir puak2 dlm Umno yang sehingga kini masih tidak mempunyai jiwa yang besar terutamanya menjelang pilihanraya dengan percaturan calon yg tidak memihak kepada keinginan mereka yg akhirnya menyaksikan kemenangan yg cukup selesa calon lawan..Namun saya cukup percaya dengan kekuatan dan idea2 yg bernas dari pucuk pimpinan Umno pusat khususnya dalam percaturan bagi calon2 pilihanraya kelak akan menjadi nadi utama dalam menghadirkan kegerunan kepada parti Pas sekiranya calon2 yg dipilih bukan shj mempunyai rekod yg cukup baik dalam parti bahkan juga disukai oleh rakyat dlm kawasan mereka..Akhirnya sudah pasti jika kesemua ini diteliti dan dibuat perancangan yg sebaik2nya tidak mustahil Umno akan kembali menjadi pemerintah dalam negeri kelantan kerana parti Pas juga kini berhadapan dengan krisis2 yg cukup getir cuma masanya shj yang masih lagi tidak memihak kepada Umno tetapi tidak salah utk terus berusaha kerana usaha itu adalah salah satu ikhtiar dan mereka yg tidak jemu berusaha serta berikhtiar serta menyerahkan diri kepada Allah Taala pasti akan di makbulkan usaha mereka walaupun terpaksa menunggu lama..Yang paling penting adalah semangat yang tidak pudar dan senantiasa memberikan yg paling baik utk menonjolkan semula jenama Umno pada pandangan rakyat kelantan..Wassalam
Jumaat, 1 Oktober 2010
Gas,Galas dan Ku Li
PRK bagi dun Galas sudah pasti sengit kerana pelbagai ulasan dan isu2 yg akan menjadi tajuk utama lebih2 lagi apabila seorang ketua bahagian dilantik sebagai pengarah pilihanraya kali ni yg mana telah menampakkan perubahan besar dlm parti umno kali ini demi merampas semula kerusi selepas tsunami 2008..perbezaan tidak lebih dari 650 undi shj pada PRU 12 lepas cukup jelas sebagai bukti bahawa dun2 dlm bahagian Gua Musang cukup kuat dan semua sudah tahu ttg kekuatan ketua bahagiannya hinggakan beliau tidak pernah kalah dlm setiap pilihanraya hingga kini..Dan semua sudah tahu bahawa YAM Ku Li telah dilantik sebagai pengarah PRK kali ini kerana seribu satu kelebihan memihak kpd beliau yg cukup tahu ttg selok belok rakyat dlm bahagiannya..Sesungguhnya bahagian Gua Musang amat beruntung kerana mempunyai seorang ketua bahagian seperti Ku Li dimana walau pada zahirnya menampakkan beliau sering kali tersasar drpd kehendak pucuk pimpinan parti tetapi sebagai seorang yg cukup2 memahami politik nasional sejak dari PM ke2 lagi sudah pasti segala pengalaman dan pengamatan beliau terhadap setiap tindakan yg di ambil sudah pasti mempunyai alasan2 yg cukup konkrit bg beliau sehinggakan tidak pernah terfikir pada sesetengah kita yg cetek pemikiran..Semua juga sudah maklum akan kesediaaan Ku Li utk menjadi saksi bagi tuntutan royalti minyak kerajaan negeri yg hingga kini telah berada dalam tindakan ke mahkamah dan ianya sudah pasti akan menjadi tuumpuan bagaimana seorang yg berlainan parti sanggup utk menjadi saksi dan kini menjadi pengarah pilihanraya bagi partinya..inilah yg ditunggu2 bukan shj dari rakyat kelantan tapi rakyat malaysia ttg penjelasan Ku Li dlm isu royalti ini yg sudah pasti menjadi tajuk utama bagi PRK kali ini..hingga kini tiada siapa yg boleh membaca gerak geri tindakan yg beliau lakukan ini walaupun pada peringkat awalnya beliau telah ditohmah dgn berbagai pandangan yg menampakkan kecetekan masing2 dlm membaca dan memahami susur galur seorang ahli politik yg cukup pengalaman seperti Ku Li..Kehebatan Ku Li bukan shj di iktiraf oleh kita di negara ini malah di luar negara kerana pengalaman yg ada pada beliau khasnya dlm bidang ekonomi cukup menjadikan beliau seorang yg amat di sanjung terutamanya dalam hal2 kewangan..Beliau pernah menjadi Menteri Kewangan semasa dlm kabinet PM ke2 dimana pada masa itulah beliau telah diberi amanah utk menjaga hasil mahsul negara yg tidak ternilai seperti petrolium yg telah di draf dgn cukup teliti agar segala kepentingan negara ini tidak terlepas ke tangan kuasa asing..Dan seandainya beliau menjadi calon bagi PRK kali ini sudah psti kemenangan akan berpihak pada UMNO kerana tiada sebab utk rakyat dlm dun Galas menolak beliau kerana kebaikan dan kehormatan diri yg ada pada beliau sudah cukup utk menjamin kemenangan kali ini..Pas sendiri sudah merasakan bahang yg amat sgt tatkala berita ttg perlantikan Ku Li telah heboh hinggakan Pengarah Pilihanraya parti itu sudah pun membuat kenyataan bahawa cukup susah utk mengekalkan kerusi Galas ini dgn kehadiran anak raja berdarah rakyat ini apatah lagi dlm jajahan takluk sejak sekian lama lagi..Nama beliau sudah cukup utk menghadirkan rasa hormat sekelian rakyat kelantan khususnya kerana beliau cukup tahu dlm membezakan politik sebenar dan juga politik makan nasi..Itulah Ku Li yg walaupun kini dilihat semakin tersisih dari arus perdana tetapi sinarnya tetap memancar apabila diperlukan kerana keikhlasan dan kejujuran yg ada pada beliau terutamanya dalam hal2 yg membela rakyat negara ini..Yang paling penting beliau tidak pernah menolak demi kebaikan dan juga sanggup berdamai utk kebaikan..Semoga kali ini Galas akan di galas kembali oleh Umno...wasslam
Langgan:
Catatan (Atom)