Sabtu, 26 Jun 2010
sokong mansuhkan PMR tapi tidak UPSR
kenyataan menteri pelajaran yg juga timbalan perdana menteri ttg cadangan kementerian utk memansuhkan UPSR dan juga PMR telah menimbulkan byk reaksi yg senang dan tidak senang seluruh negara..masing2 ada pendapat yg tersendiri dlm memahat kenyataan2 mereka agar nampak kukuh dan relevan pada mereka yg mengikutinya..kalau kita tgk pada hari ni dgn penuh cermat dan menilai setiap apa yg berlaku dgn mata hati maka kita akan dapati bukan saja pada pelajarnya tapi pada guru2 juga sudah terkena tempias membangga diri..tak kira apa saja yg berlaku pada pelajar samada pelajar ini semakin nipis ataupun terus hilang jatidiri sebagai seorang pelajar mahupun anak tidak menjadi masalah asalkan pelajar ini mendapat keputusan yg cemerlang dlm peperiksaan agar nama sekolah mengharum sewangi buah mangga harum mas dan sudah semestinya guru2 yg berada dlm sekolah yg harum itu akan membangga diri masing2 kerana pencapaian yg cemerlang tersebut..akhirnya setiap sekolah berlumba2 utk menjadi yg paling cemerlang di mana pelajar2nya di tumpukan kpd mata pelajaran2 yg menjadi keutamaan pihak kementerian hinggakan melupakan ttg pencapaian dari segi integriti utk menjadikan pelajar2 ini bukan shj cemerlang dari segi akademiknya tapi juga dari segi kehidupan mereka sebagai seorang manusia yg juga cemerlang dgn adab sopan dan nilai2 agama yg tinggi hingga menjadikan pelajar2 ini seorang yg amat berguna kpd agama bangsa dan negaranya kelak..namun di sebabkan terlalu mengejar keglamouran dan nama maka pelajaran2 ini seolah2 terpinggir dan tidak menjadi asas yg penting bukan saja pada dlm diri setiap pelajar,guru malah pihak kementerian..sebab apa yg paling mereka tekankan adalah pencapaian akademik setiap sekolah hinggakan tidak cukup masa bagi pelajar2,guru2 malah orang kementerian utk meluangkan masa dgn kehidupan seharian mereka apabila hari cuti sekolahpun masih lagi mengejar masa demi memastikan kecemerlangan kelak apabila keputusan peperiksaan di umumkan..UPSR perlu di kekalkan kerana bagi saya ia adalah pengukur kepada penilaian seorang murid yg bermula dari darjah satu hingga enam samada mereka berjaya mengikuti setiap apa yg telah di ajarkan hingga mereka berjaya melepasi tahap dlm peperiksaan khasnya UPSR..mengikut pada pandangan seorang penolong kanan sebuah sekolah di kelantan yg juga mentor politik bagi saya adalah dgn cuba mengalihkan hari peperiksaan UPSR tersebut selesai seminggu sebelum cuti penggal akhir tahun bermula bukan seperi sekarang yg mana peperiksaan selesai 2 bulan sebelum cuti bermula yg mana dengan jarak masa yg terlalu panjang ini akan menjadikan murid mahupun guru yg mengajar tahun enam ini akan hanya membuang masa shj sementara menunggu cuti bermula..PMR tidak dilihat sebagai membantu malah lebih kepada menyulitkan lagi pelajar dan guru kerana sijil PMR ini tidak begitu berguna pada pelajar2 ini kerana yg lebih utama bagi mereka dan juga majikan2 di luar sana adalah SPM..dengan memansuhkan PMR maka kita akan dapati para pelajar dan juga guru mempunyai masa yg lama bagi membentuk dan mengawal selia pelajar ini utk menghadapi SPM kelak..sudah pasti semasa pelajar2 ini berada di tingkatan 3 dan 4 maka bolehlah bagi guru2 ini menerapkan sifat2 mulia kpd para pelajar mereka tanpa meminggirkan asas pencapaian akademik mereka apabila tiba masanya kelak..pelajar dan guru mempunyai byk masa utk sama2 menjalani kehidupan mereka secara normal dan bukan seperti sekarang seolah2 macam ibu ayam kehilangan anak hanya semata2 memenuhi hasrat dlm menjadikan kecemerlangan akademik sebagai asas penting hingga melupakan asas yg paling penting bagi menjadikan diri seseorang itu mulia bukan saja di sisi masyarakat malah di sisi Penciptanya..wassalam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan