Selasa, 29 Jun 2010
kuasa yg ada gunalah sebaik2nya
siapa yg tidak mahukan kuasa?usahkan ahli politik tapi orang yg makan gaji pun ingin merasai apa itu kuasa..kerana kuasa lah seseorang itu akan di hormati..kerana kuasalah seseorang itu akan mendapat apa yg di inginkannya samada secara sedar atau tidak ..samada secara halal atau tidak ...semua itu tidak penting kerana apa yg paling penting ialah kuasa..dengan kuasa lah maka secara sedar atau tidak bangsa melayu kian terhakis kekuasaannya kerana terlalu menjaga hati bangsa lain sedangkan mereka tidak pernah atau endah dgn perasaan bangsa melayu..yg paling sadis bila ada sesetengah pemimpin melayu sanggup duduk bersama menyokong apa juga permintaan atau mainan bangsa lain drpd duduk semeja sesama bangsa seagama membincangkan ttg keperluan dan juga kepentingan anak bangsa sendiri..sayang sekali kepada mereka yg punyai kuasa tetapi hanya pandai berkata2 malah menuduh mereka yg memperjuangkan nasib bangsa sebagai penyibuk sedangkan kalau di amati dan diteliti dgn halus terserlah bahawa mereka yg punyai kuasa ini dan pandai berkata2 sebenarnya habuk pun tarak dlm prinsip perjuangan mereka terhadap bangsa melayu..bila diberi kuasa sebagaimana yg diinginkan maka seribu satu program di canangkan tetapi hasilnya hanya seolah2 melepas batuk di tangga..begitulah sikap sesetengah pimpinan kononnya bakal pelapis negara dlm menggalas tanggungjwb mereka apabila di amanahkan sebagai ketua pada sebuah pertubuhan samada peringkat pusat,negeri mahupun bahagian@kawasan..kalau melihat pada bentuk gaya dan perwatakan seolah2 merekalah yg bakal menggalas tanggungjwb dgn penuh ikhlas dlm memartabatkan agenda perjuangan bangsa melayu,agama islam dgn mengikut perlembagaan yg telah lebih 50tahun diguna pakai tetapi sayang seribu kali sayang kerana rupa2nya sesetengah pemimpin pelapis ini lebih suka mengumpul kekayaan peribadi sehingga meenjadi jutawan segera biarpun sebelum ini mereka hanyalah budak cabuk shj tetapi dgn kuasa yg ada maka berkejaranlah mereka ini utk mengaut seberapa byk kekayaan semasa kuasa masih ditangan sehinggakan segala kata dan janji utk meletakkan agenda bangsa sebagai agenda utama tidak pernah terkota malah hanya tinggal kenangan semlm shj..tidak salah mencari rezeki utk keluarga tetapi biarlah berpada2 dan tidak melupakan orang2 di sekeliling kita yg masih byk lagi harus di bantu..yg paling aneh apabila orang lain yg menjolok sarang bangsa,mereka ini bukan mahu menghalang dan melawan malah menyokong hinggakan pimpinan veteran yg menegur kelantangan bangsa lain dlm menidakkan hak2 melayu dianggap sebagai jaguh kampung yg telah ketinggalan zaman sedangkan mereka inilah yg tidakk pernah putus asa dlm mempertahankan hak dan kepentingan orang melayu terutamanya semasa saat2 sebegini di mana bangsa lain secara sedar atai tidak semakin ingin menyahkan kuasa melayu dari persada politik negara dgn menyusun rapi perancangan2 secara halus..sayangnya mereka yg menyelar tindakan pemimpin seperti datuk ibrahim ali ali dlm mempertahankan hak2 melayu ini tidak pernah ingin menoleh ke belakang dlm mengkaji sejarah kerana mungkin keadaan mereka yg sudah cukup kaya dan selesa hinggakan 7 keturunan mereka tidak akan merasai keperitan hidup sebagai orang miskin..sepatutnya mereka bersyukur kerana masih lagi ada pemimpin seperti tokhim yg tidak pernah mengenal penat dlm memprertahankan nasib bangsanya biar di hujani dgn sejuta gelaran terhadap dirinya..ibarat mencurah air ke daun keladi begitu juga lah yg terjadi pada sesetengah pemimpin muda ini yg hanya pandai menyalak tetapi jika di ukur pada kehebatan mereka sebagai pemimpin utama maka akan terserlah kelemahan mereka dlm apa juga isu lebih2 lagi dlm melibatkan hal2 yg berkaitan ttg bangsa agama...yg lebih ketara ialah kelemhana mereka2 ini selaku pimpinan utama dlm mengajak golongan muda utk bersama2 dgn mereka sehingga golongan muda ini yg akan menjadi penentu kemenangan dlm PRU13 kelak turut sama berjuang dgn menjadi ahli atau pendokong utama parti..sayangnya segala program yg di canangkan hanya tinggal kata2 shj sehingakan ramai golongn ini tidak lagi mahu bersama dgn parti pemerintah dek kerana ramai pemimpin muda tidak cakna terhadap keperluan semasa mereka kerana terlalu asyik mengaut kekayaan hinggakan orang yg menegur dan membela bangsa di anggap sebagai tidak berguna malah di hina tanpa mereka ini sepatutnya mempelajari ilmu drpd mereka yg berdarah pejuang ulung ini..saya mengucapkan tahniah atas keberanian yg tidak pernah putus kepada TOKHIM ....semoga Allah Taala memanjangkan umur beliau utk terus berdiri sebagai pejuang bangsa agama dan negara...wassalm
Ahad, 27 Jun 2010
Nasib baik ada lagi melayu yg bela melayu
orang bila dah hidup senang jd mcm gila bila hidupnya susah..orang bila dah susah akan jadi gila bila hidupnya senang ...melayu akan jadi lupa asal usulnya bila buka shj matanya terus mendapat kesenangan atau lebih tepat lagi bila segala kesenangan berada depan mata...segalanya terhidang tanpa susah payah atau berpenat jerih..lagi hebat bila seseorang itu di lahirkan bukan di kampung halamannnya tapi di luar negeri hinggakan tidak pernah mengenal erti apa itu pacat,lintah,nyamuk dan sebagainya yg boleh di anggap sebagai sebahagian besar yg menghuni kampung..ianya menjadi lebih hebat di mata seseorang andainya segalanya terbuka luas di depan matanya dlm menyusuri kehidupan apabila menjadi seseorang kepada ketua maka semuanya nampak mudah hinggakan dengan hanya mengerling mata shj sudah cukup utk memualkan mereka yg melihat..segala apa yg di mahukan pasti dapat tanpa menghiraukan mereka yg selama ini menjadi pendokong parti maupun kerajaan,tanpa menghiraukan bangsa sendiri asalkan segala apa yg di hajati tercapai hinggakan kerakusan tersebut menjadi nanah dlm kerajaan yg akhirnya menyebabkan hampir2 tersungkur parti pemerintah dek kerana gara2 seseorang yg tidak pernah mahu menoleh kepada sejarah tetapi hanya pandai berkata2 tanpa rasa sedikitpun pengertian apa yg di katakan...namun kesemua itu tidak pernah membuatkan sang pemuda tersebut utk merasa insaf atas segala keegoan dan kerakusan semasa masih lagi di ulit takhta tetapi berterusan walaupun kini menjadi ketua kepada pemuda sebuah bangsa..hebatnya pemuda ini dlm menyampaikan ucapan memang tiada tandingan hinggakan segala ketua bahagian semasa si pemuda ini berada di atas takhta mengatakan bahawa si pemuda inilah pemimpin masa depan yg mempunyai misi dan visi dlm membela anak bangsa,agama dan tanahairnya tetapi ternyata segala pujian melangit tersebut meleset hinggakan ramai ketua2 bahagian yg masih lagi berangan utk menjadi menteri tersungkur gara2 melautnya rakyat bukan shj kpd si calon malah kpd pemuda tersebut..ternyata mereka yg bersekolah kampung masih lagi tidak di tandingi oleh mereka yg bersekolah hawa dingin dgn 4 musim berganti saban tahun dari semua segi terutamanya dlm membela nasib bangsanya drpd terus di perkotak katik oleh mereka yg terlalu ingin melihat kehancuran bangsa melayu!...sekiranya ramai lagi pemimpin kampung seperti TokHim ini yg berterusan membela nasib bangsanya nescaya tidak akan kita dapati mereka2 yg sengaja menjolok sarang tebuan kerana pemimpin seperti tokhim inilah yang tidak pernah mengenal penat lelah,putus asa malah sanggup di hina hanya semata nawaitunya yg ikhlas dlm membela nasib bangsanya yg kini semakin hampir kepada perpecahan gara2 kerakusan kuasa yg beraja di hati pemimpin2 melayu hinggakan ada yg sanggup menolak salam ukhuwwah demi kekuatan bangsa,agama dan negara ini..alangkah eloknya sekiranya pelapis pimpinan pemuda melayu tanpa mengira partii dan idoelogi terus menerus memperjuangkan nasib bangsa melayu hanya semata2 utk melihat segala apa yg telah di perjuangkan oleh pimpinan melayu terdahulu dapat di teruskan tanpa sedikitpun menghakis apa yang telah di janjikan kepada bangsa lain yg menjadi rakyat negara ini..ini kerana hak melayu mesti tetap di pelihara dan di pertahankan walau apapun yg mendatang..tanah ini tanah melayu dan tuannya adalah orang melayu maka saewajarnya melayu mesti dan wajib mendapat hak2 nya tanpa di ungkit dan di bangkitkan lagi oleh mereka yg dulunya adalah pendatang...pengorbanan orang melayu terhadap bangsa lain hendaklah sentiasa di perturunkan dari generasi ke generasi agar semua anak bangsa dlm negara ini tahu akan asal usul dan lebih penting lagi ialah mereka tahu ttg keikhlasan bangsa melayu dahulu dlm menerima datuk nenek mereka yg datang utk menumpang tuah bumi melayu...wassalam
Sabtu, 26 Jun 2010
sokong mansuhkan PMR tapi tidak UPSR
kenyataan menteri pelajaran yg juga timbalan perdana menteri ttg cadangan kementerian utk memansuhkan UPSR dan juga PMR telah menimbulkan byk reaksi yg senang dan tidak senang seluruh negara..masing2 ada pendapat yg tersendiri dlm memahat kenyataan2 mereka agar nampak kukuh dan relevan pada mereka yg mengikutinya..kalau kita tgk pada hari ni dgn penuh cermat dan menilai setiap apa yg berlaku dgn mata hati maka kita akan dapati bukan saja pada pelajarnya tapi pada guru2 juga sudah terkena tempias membangga diri..tak kira apa saja yg berlaku pada pelajar samada pelajar ini semakin nipis ataupun terus hilang jatidiri sebagai seorang pelajar mahupun anak tidak menjadi masalah asalkan pelajar ini mendapat keputusan yg cemerlang dlm peperiksaan agar nama sekolah mengharum sewangi buah mangga harum mas dan sudah semestinya guru2 yg berada dlm sekolah yg harum itu akan membangga diri masing2 kerana pencapaian yg cemerlang tersebut..akhirnya setiap sekolah berlumba2 utk menjadi yg paling cemerlang di mana pelajar2nya di tumpukan kpd mata pelajaran2 yg menjadi keutamaan pihak kementerian hinggakan melupakan ttg pencapaian dari segi integriti utk menjadikan pelajar2 ini bukan shj cemerlang dari segi akademiknya tapi juga dari segi kehidupan mereka sebagai seorang manusia yg juga cemerlang dgn adab sopan dan nilai2 agama yg tinggi hingga menjadikan pelajar2 ini seorang yg amat berguna kpd agama bangsa dan negaranya kelak..namun di sebabkan terlalu mengejar keglamouran dan nama maka pelajaran2 ini seolah2 terpinggir dan tidak menjadi asas yg penting bukan saja pada dlm diri setiap pelajar,guru malah pihak kementerian..sebab apa yg paling mereka tekankan adalah pencapaian akademik setiap sekolah hinggakan tidak cukup masa bagi pelajar2,guru2 malah orang kementerian utk meluangkan masa dgn kehidupan seharian mereka apabila hari cuti sekolahpun masih lagi mengejar masa demi memastikan kecemerlangan kelak apabila keputusan peperiksaan di umumkan..UPSR perlu di kekalkan kerana bagi saya ia adalah pengukur kepada penilaian seorang murid yg bermula dari darjah satu hingga enam samada mereka berjaya mengikuti setiap apa yg telah di ajarkan hingga mereka berjaya melepasi tahap dlm peperiksaan khasnya UPSR..mengikut pada pandangan seorang penolong kanan sebuah sekolah di kelantan yg juga mentor politik bagi saya adalah dgn cuba mengalihkan hari peperiksaan UPSR tersebut selesai seminggu sebelum cuti penggal akhir tahun bermula bukan seperi sekarang yg mana peperiksaan selesai 2 bulan sebelum cuti bermula yg mana dengan jarak masa yg terlalu panjang ini akan menjadikan murid mahupun guru yg mengajar tahun enam ini akan hanya membuang masa shj sementara menunggu cuti bermula..PMR tidak dilihat sebagai membantu malah lebih kepada menyulitkan lagi pelajar dan guru kerana sijil PMR ini tidak begitu berguna pada pelajar2 ini kerana yg lebih utama bagi mereka dan juga majikan2 di luar sana adalah SPM..dengan memansuhkan PMR maka kita akan dapati para pelajar dan juga guru mempunyai masa yg lama bagi membentuk dan mengawal selia pelajar ini utk menghadapi SPM kelak..sudah pasti semasa pelajar2 ini berada di tingkatan 3 dan 4 maka bolehlah bagi guru2 ini menerapkan sifat2 mulia kpd para pelajar mereka tanpa meminggirkan asas pencapaian akademik mereka apabila tiba masanya kelak..pelajar dan guru mempunyai byk masa utk sama2 menjalani kehidupan mereka secara normal dan bukan seperti sekarang seolah2 macam ibu ayam kehilangan anak hanya semata2 memenuhi hasrat dlm menjadikan kecemerlangan akademik sebagai asas penting hingga melupakan asas yg paling penting bagi menjadikan diri seseorang itu mulia bukan saja di sisi masyarakat malah di sisi Penciptanya..wassalam
Sabtu, 19 Jun 2010
sedarkah kamu wahai melayu bahawa..
-Kamu kini telah di ulit rasa yg cukup selesa hinggakan kamu sudah tidak kisah siapa yg akan menjadi pemimpin kamu walaupun bukan dari bangsa dan agama kamu..
-Kamu terlalu angkuh sesama kamu malah berdendam seolah2 saudara seislam kamu tidak layak utk bersama2 kamu drpd mereka yg berlainan agama dgn kamu..
-Kamu tidak mempedulikan lagi nasib bangsa kamu kerana kamu merasakan kehidupan kamu pada hari ini adalah hasil usaha kamu sendiri dan tidak mahu melihat bangsa melayu kamu di sekeliling tatkala kemewahan beraja di hati kamu..
-Kamu sanggup bersekongkol dgn bangsa lain yg cukup jelas ingin melihat pertelingkahan sesama kamu yg akhirnya memberi mereka kelebihan utk menekan kamu dari semua segi selepas berjaya memonopoli segi ekonomi..
-Kamu sanggup bergaduh dan berbalah hanya semata2 kamu merasakan kamu sudah hebat berbanding dgn saudara melayu islam kamu yg lain hinggakan salam yg di hulur tetapi cacian yg kamu berikan..
-Kamu lebih mempercayai agenda2 jahat yg di cetuskan dari luar drpd duduk bersama2 dgn pimpinan melayu islam sendiri berbincang ttg masa depan generasi kamu..
-Kamu merasakan bahawa tanah ini mesti di bahagikan sama rata kerana kamu tidak lagi menoleh sejarah lalu ttg keperitan pejuang2 melayu dlm mempertahankan tanah melayu ini dari jatuh ke tgn penjajah
- Kamu kini sudah semakin lalai dlm menjaga hak dan keistimewaan kamu kerana kamu sudah tiada lagi rasa kepercayaan sesama kamu dan sanggup bermuka2 demi semata2 mengejar dan mengekalkan kuasa..
Kamu semakin melupakan asal usul kamu kerana kamu merasakan tiada guna menoleh ke belakang hanya semata2 utk mengingati kisah2 silam keturunan kamu hinggkan kamu sendiri sudah tidak mengenali pejuang2 kamu..
-Dikalangan pemimpin kamu sanggup melakukan apa shj demi hingga sanggup melacurkan agama sebagai dinding bagi mnereka demi mencapai tujuan..
-Sudah tiada lagi rasa hormat kamu kepada pelindung bangsa dan agama kamu kerana kamu sudah di ulit dgn sejuta satu impian yg di hidangkan kepada kamu oleh kalangan kamu yg sanggup mendurhaka kerana di cucuk oleh mereka2 yg selama ini amat tidak begitu senang dgn adanya pelindung ini..
-Tanah Melayu ini bukan lagi hak milik kamu seandainya kamu terus bersangka tidak baik sesama kamu..walaupun begitu sedarkah kamu bahawa masih ada lagi melayu islam tanah melayu ini yg sanggup berkorban demi memelihara maruah agama,bangsa,negara,raja,bahasa dan adat2nya biar apa jua tafsiran yg menimpa kerana melayu akan terus menjadi tuan kepada tanah melayu ini..Hidup Melayu!Hidup Islam!..Wassalam
-Kamu terlalu angkuh sesama kamu malah berdendam seolah2 saudara seislam kamu tidak layak utk bersama2 kamu drpd mereka yg berlainan agama dgn kamu..
-Kamu tidak mempedulikan lagi nasib bangsa kamu kerana kamu merasakan kehidupan kamu pada hari ini adalah hasil usaha kamu sendiri dan tidak mahu melihat bangsa melayu kamu di sekeliling tatkala kemewahan beraja di hati kamu..
-Kamu sanggup bersekongkol dgn bangsa lain yg cukup jelas ingin melihat pertelingkahan sesama kamu yg akhirnya memberi mereka kelebihan utk menekan kamu dari semua segi selepas berjaya memonopoli segi ekonomi..
-Kamu sanggup bergaduh dan berbalah hanya semata2 kamu merasakan kamu sudah hebat berbanding dgn saudara melayu islam kamu yg lain hinggakan salam yg di hulur tetapi cacian yg kamu berikan..
-Kamu lebih mempercayai agenda2 jahat yg di cetuskan dari luar drpd duduk bersama2 dgn pimpinan melayu islam sendiri berbincang ttg masa depan generasi kamu..
-Kamu merasakan bahawa tanah ini mesti di bahagikan sama rata kerana kamu tidak lagi menoleh sejarah lalu ttg keperitan pejuang2 melayu dlm mempertahankan tanah melayu ini dari jatuh ke tgn penjajah
- Kamu kini sudah semakin lalai dlm menjaga hak dan keistimewaan kamu kerana kamu sudah tiada lagi rasa kepercayaan sesama kamu dan sanggup bermuka2 demi semata2 mengejar dan mengekalkan kuasa..
Kamu semakin melupakan asal usul kamu kerana kamu merasakan tiada guna menoleh ke belakang hanya semata2 utk mengingati kisah2 silam keturunan kamu hinggkan kamu sendiri sudah tidak mengenali pejuang2 kamu..
-Dikalangan pemimpin kamu sanggup melakukan apa shj demi hingga sanggup melacurkan agama sebagai dinding bagi mnereka demi mencapai tujuan..
-Sudah tiada lagi rasa hormat kamu kepada pelindung bangsa dan agama kamu kerana kamu sudah di ulit dgn sejuta satu impian yg di hidangkan kepada kamu oleh kalangan kamu yg sanggup mendurhaka kerana di cucuk oleh mereka2 yg selama ini amat tidak begitu senang dgn adanya pelindung ini..
-Tanah Melayu ini bukan lagi hak milik kamu seandainya kamu terus bersangka tidak baik sesama kamu..walaupun begitu sedarkah kamu bahawa masih ada lagi melayu islam tanah melayu ini yg sanggup berkorban demi memelihara maruah agama,bangsa,negara,raja,bahasa dan adat2nya biar apa jua tafsiran yg menimpa kerana melayu akan terus menjadi tuan kepada tanah melayu ini..Hidup Melayu!Hidup Islam!..Wassalam
Sabtu, 12 Jun 2010
bolehkah melayu bersatu?
tajuk di atas merupakan satu tajuk yg cukup meremangkan bulu roma sesiapa sahaja yg ingin melihat mimpi menjadi realiti demi utk bangsa yang menjadi tuan kepada tanah ini..ini kerana hari yg berganjak dari hari ke hari tidak menampakkan perkara ini akan terjadi jesteru terlalu byk persepsi buruk sesama melayu kerana masing2 tidak mahu mengalah malah lebih teruk masih lagi menyimpan dendam lama sedangkan dlm mencari erti seorang islam yg sejati kita mesti sedia memaafkan saudara kita malah bersangka baik atas tujuan mereka apalagi tujuan yg murni iaitu demi kekuatan ummah..namun mereka merasakan bahawa salam yg di hulur dan senyuman manis yg di tunjukkan oleh sebahagian lagi bangsa mereka ini adalah utk menjerat dan sekali utk menghempas mereka walaupun niat sebaliknya drpd mereka yg menghulur..melayu sudah dan wajjib semestinya bersatu pada hari ini kerana bangsa melayu kian terancam dgn penguasaan bangsa lain dlm bidang yg amat penting iaitu ekonomi..dua parti terbesar bagi bangsa melayu saat ini iaitu UMNO dan PAS haruslah memikir dan merenung dgn sebaik mungkin ttg nasib dan masa depan bangsa melayu dan ranya mereka ingin melihat kuasa politik sentiasa dipegang oleh bangsa melayu maka sewajarnya mereka bersatu dan bertolak ansur bukan hanya utk kepentingan parti mereka tetapi yg lebih penting adalah utk kebaikan masa pjg yg sama sekali sukar utk kita jangkakan apa yg akan terjadi sekiranya masih tiada lagi bibit2 persetujuan sesama parti terbesar orang melayu ini..sekiranya perasaan prejudis masih lagi bermain2 dlm pemikiran pimpinan kedua2 parti ini khususnya PAS maka kita mlihat siapa yg akan bertepuk tangan di belakang yg sudah sekian lama ingin melihat kehancuran bangsa melayu ini setelah sekian lama menjadi bangsa pendatang..permuafakatan tidak akan berlaku selagi perasaan ini masih lagi menebal dlm diri masing2 sedangkan sokongan bangsa lain terhadap bangsa melayu ini hanyalah sekadar melepas batuk di tangga kerana mereka2 ni hanya menantikan detik waktu utk meraikan kejayaan menjadi tuan pada tanah ini pula..sokongan yg di tunjukkan hanyalah sebagai lakonan shj walau di pihak kerajaan mahupun pembangkang kerana mereka2 ini telah mengatur strategi sulit yg akan memerangkap kedua parti melayu ini..lebih sadis lagi apabila ada yg termakan pujuk dgn sajian istimewa yg akan di hidangkan sekiranya membantu mereka menewaskan parti utama kompenan BN iaitu UMNO yg menjadi raja kepada penghalang pada sesetengah drpd mereka utk menguasai tanah melayu ini..tambah parah apabila ada segelintir pemimpin2 melayu yg sanggup bersekongkol dgn mereka2 yg boleh di anggap sebagai agen luar yg matlamat utama mereka adalah utk menghancurkan negara ini dengan membuat huru hara hanya semata2 ingin mencapai matlamat mereka menduduki tangga pertama pentadbiran..UMNO sudah sekian lama menjadi parti utama dlm BN dan sudah semestinya kuasa dlm menentukan percaturan negara inni terletak pada presidennya yg juga adalah PM..sebaliknya jika PAS berjaya dgn PR menawan tanah ini apakah PAS juga akan menjadi parti teraju atau sekadar meraih tempat ke3 sebagai parti dlm PR dimana sudah pasti pimpinan mereka tidak di beri kuasa mutlak sebagaimana UMNO..tidakkah pimpinan PAS sedar akan seribu satu muslihat yg di mainkan oleh pimpinan PR sehinggakan mereka ini seolah2 sebagai kuda tunggangan shj dlm apa juga pakatan sedangkan PAS adalah parti yg sudah sekian lama mempunyai sokongan akar umbi teguh dan sudah semestinya berada dlm saf palling hadapan dlm PR..tidakkah pimpinan PAS boleh bertolak ansur dgn UMNO demi kepentingan melayu,islam,raja,bahasa dan kedaulatan negara..
dlm hal ini dan sekiranya menjadi kenyataan debat perdana ttg tajuk "bolehkah melayu bersatu?"pada bulan julai nanti maka segunung harapan yg melangit tinggi di letakkan pada panel2 yg terdiri drpd Exco PPUM iaitu Saudara Ustaz Affendi Mohd Yusof,seorang pemimpin muda yg sedang meningkat naik dlm barisan kepimpinan UMNO yg juga Pengerusi Biro Agama PPUM,YB Dr Mujahid Yusuf Rawa,Lokman Nor Adam serta bekas mufti perlis Dr Mohd Asri zainal abidin...moderator sudah pasti nya Dr Mohammad Agus yg terkenal dgn soalan2 cepu mas yg mungkin akan membangkitkan semangat melayu yg kini kian gerhana..semoga dengan debat perdana ini akan memperlihatkan kepada kita khasnya orang melayu barisan bakal pimpinan negara akan lebih terbuka sikap mereka serta lebih cenderung matlamat mereka utk bersatu bersama2 demi mengembalikan kuasa melayu yg kian parah dek kerana mengikut kata nafsu demi kuasa..berdebatlah secara berhemah dgn mengenepikan sifat2 kepentingan diri sendiri sesama kita malah lebih menumpukan usaha kepada penyatuan melayu yg bersatu dlm semua perkara..kerana sesungguhnya tidak beriman seseorang kamu sekiranya kamu tidak mengasihi saudaranya(islam) sebagaimana mengasihi dirinya sendiri..melayu di malaysia ini hampir kesemuanya beragama islam yg ingin melihat satu penyatuan drpd parti mereka demi kesinambungan sebuah agenda agama bangsa dan negara..wassalam
dlm hal ini dan sekiranya menjadi kenyataan debat perdana ttg tajuk "bolehkah melayu bersatu?"pada bulan julai nanti maka segunung harapan yg melangit tinggi di letakkan pada panel2 yg terdiri drpd Exco PPUM iaitu Saudara Ustaz Affendi Mohd Yusof,seorang pemimpin muda yg sedang meningkat naik dlm barisan kepimpinan UMNO yg juga Pengerusi Biro Agama PPUM,YB Dr Mujahid Yusuf Rawa,Lokman Nor Adam serta bekas mufti perlis Dr Mohd Asri zainal abidin...moderator sudah pasti nya Dr Mohammad Agus yg terkenal dgn soalan2 cepu mas yg mungkin akan membangkitkan semangat melayu yg kini kian gerhana..semoga dengan debat perdana ini akan memperlihatkan kepada kita khasnya orang melayu barisan bakal pimpinan negara akan lebih terbuka sikap mereka serta lebih cenderung matlamat mereka utk bersatu bersama2 demi mengembalikan kuasa melayu yg kian parah dek kerana mengikut kata nafsu demi kuasa..berdebatlah secara berhemah dgn mengenepikan sifat2 kepentingan diri sendiri sesama kita malah lebih menumpukan usaha kepada penyatuan melayu yg bersatu dlm semua perkara..kerana sesungguhnya tidak beriman seseorang kamu sekiranya kamu tidak mengasihi saudaranya(islam) sebagaimana mengasihi dirinya sendiri..melayu di malaysia ini hampir kesemuanya beragama islam yg ingin melihat satu penyatuan drpd parti mereka demi kesinambungan sebuah agenda agama bangsa dan negara..wassalam
Isnin, 7 Jun 2010
nilai sebuah kesetiaan
Dengan berahlikan melebihi 3.5juta orang,Umno terus menjadi penyumbang penting kepada generasi melayu dlm memartabatkan agenda perjuangan bangsa,agama dan tanahair namun masih ramai lagi yg diluar sana yg kita kenali sebagai pemimpin seolah2 masih lagi boleh di pertikaikan nilai kesetiaan mereka terhadap parti ini..sebagai pemimpin yg menjadi cermin kpd parti ini,sudah semestinya apa yg mereka buat akan di amati dan perhatikan oleh sang rakyat semata2 kerana merekalah yg akan menjadi tempat mereka mengadu hal terhadap nasib diri mereka ataupun menjadi tempat mereka meminta pertolongan..sebenarnya nilai kesetiaan terlalu susah utk kita rungkaikan kerana penghayatan terhadap maksud ini terlalu seni dan amat payah bagi sekalian pemimpin yg ada utk sama2 menghayati dan memenuhinya..ada sesetengah drpd pemimpin ini terlalu setia apabila sang ketua menjadi ketua di antara ketua tetapi nilai kesetiaan mereka terhadap parti mula menyusut apabila sang ketua tidak lagi menjadi ketua..apabila ini terjadi maka kelihatan pemimpin2 ini akan hanya bersikap acuh tidak acuh terhadap parti kerana mereka merasakan hari mereka sudah tiada lagi dan membiarkan parti keramat yg mereka pimpin ini terkontang kanting hingga menyebabkan ahli2 parti bagaikan kapal yg hanyut ke lautan hindi dgn tiada nakhoda kerana nahkodanya tidak lagi ingin merasa menerajui kapal tersebut dek kerana merasakan masa mereka sudah tiada lagi..dan apabila ini terjadi kita akan dapati bahagian2 yg dulunya menjadi bahagian kuat penyokong kepada ketua segala ketua ini akan bertukar menjadi bahagian yg tiada lagi roh dan semangat utk menguatkan parti setelah berlalu kuasa yg di pegang oleh ketua tersebut..di sinilah nilai kesetiaan seorang pemimpin mahupun ahli UMNO akan terllihat samada mereka ini setia kepada pemimpin ataupun kepada parti..pemimpin dtg dan pergi dan yg patah akan berganti tetapi parti tetap tidak akan berganti apalagi parti seperti UMNO ini yg telah byk mmbuat jasa kepada negara ini lebih2 lagi kepada bangsa melayu serta kpd pemimpin2 yg bergantung hayat kpd parti ini utk mencari kekayaan diri tatkala kuasa masih lagi di tangan..kerana itulah nilai sebuah kesetiaan terlalu sukar utk di rungkaikan kerana yg paling penting adalah kesetiaan mereka ini khasnya pemimpin ini terhadap parti bukan individu..sekiranya mereka ini menjadi penyokong seseorang individu secara membabi buta hinggakan terpacul keluar kata2 yg boleh menyakitkan hati individu yg lain semata2 mempertahankan individu yg lain maka risiko harus mereka terima kerana terlajak perahu boleh di undurkan tetapi terlajak kata padah yg menimpa..jgnlah kerana merasakan kuasa ditangan yg dipegang sementara ini membuatkan kita buta hati dan minda kerana apabila tiba masanya kuasa di tarik maka kita jugalah yg akan terasa pedasnya gara2 keceluparan kita sendiri...dan apabila kita merasakan bahawa kita tidak lagi layak utk menerajui sebuah bahagian kerana masa kita telah berlalu maka berikanlah ruang kepada generasi yg lain utk menerajui kerana itulah nilai kesetiaan yg luhur lagi murni kerana kesanggupan kita demi menguatkan parti UMNO ini dgn memberikan peluang kepada orang lain utk menyambung kegemilangan yg telah kita wariskan dlm bahagian masing2..jgnlah kerana ingin terus berkuasa maka kita seboleh2nya akan mengekalkkan kuasa walau apa cara sekalipun walaupun kita tahu bahawa masa kita telah berlalu dan menunggu waktu shj..kesetiaan pemimpin itu akan di nilai dgn pengorbanan yg terbesar dlm hidup mereka apabila mereka dgn rela hati memberikan peluang kepada orang lain sebagai ganti tanpa ada rasa curiga malah memberi sokongan berterusan demi keutuhan sebuah parti..jadilah seperti mantan PM ke4 dan ke5 yg melakukan pengorbanan demi UMNO...wassalam
Jumaat, 4 Jun 2010
UMNO Di Bahagian2 perlu lebih kuat
UMNO dengan berpresiden yg baru telah memulakan reformasi dlm menjadikan parti terus relevan dan di terima rakyat...byk benda telah di buat semata2 kerana ingin mengubah persepsi rakyat khususnya orang melayu terhadap parti keramat ini...legasi yang di sambung oleh perdana menteri ke6 ini telah byk membuka mata sekalian rakyat utk terus menerima UMNO sebagai parti ulung bagi bangsa melayu sejajar dgn sejarah lampau yg mengutamakan nasib bangsa,agama,raja,bahasa yg telah termaktub dlm perlembagaan..Dato Presiden dgn berani telah memulakan langkah dgn menghapuskan kouta pemilihan yg secara jelas menunjukkan bahawa beliau sendiri amat cakna dlm mendengar dan melihat situasi kritikal UMNO semasa berpresidenkan PM ke 5 penggal lalu dek kerana terlalu percayakan sesetengah pemimpin yg menjadi duri dlm daging kepada parti..Kini dgn DSN menjadi presiden maka seharusnya pemimpin2 di bahagian lebih cakna dan lebih terbuka serta lebih merakyat bukan shj terhadap ahli UMNO malah terhadap rakkyat dlm bahagian masing2..sedar atai tidak kini sebahagian besar rakyat tidak lagi bercakap ttg parti keramat ini tidak seperti dulu yg berterusan bercakap ttg parti ini..tgk dan dengarlah sendiri andai masih lagi tidak percaya ttg betapa kerat shj individu yg bercakap ttg parti ini..boleh dibilang dgn jari..yg bercakap ttg parti ini adalah mereka2 yg mmg sayangkan parti dan ingin terus melihat parti keramat ini terus berada di landasan yg betul dan terus membela nasib bangsa melayu yg menjadi dominan parti..tetapi sayangnya tidak semua pemimpin2 di bahagian yg mendengar dan mengikuti serta akur dgn arahan dan amanat Dato Seri Presiden yg senantiasa inginkan rakyat kembali bertaut kpd UMNO..masih ada lagi yg degil malah lebih sumbang lagi langkahnya apabila pemimpin2 ini leka dan langsung tidak mempedulikan hal2 parti malah lebih seronok dgn dunia masing2 yg mengejar harta dunia dan mengumpul kekayaan utk kepentingan masing2 tanpa mempedulikan hal dan kebajikan rakyat..masih ada lagi sesetengah pemimpin yg merasakan diri mereka berjawatan menteri dan sebagainya hinggakan terlalu sukar bagi ahli mau pun rakyat utk mengadu hal..bagi rakyat pula tidak menjadi hal sekiranya pemimpin berkenaan masih lagi berjawatan menteri dan sebagainya sekiranya mereka tidak mudah utk bertemu dgn pemimpin terbabit tetapi sayangnya setelah jawatan tiada dek kerana kekalahan dlm pilihanraya serta hanya menjadi adun shj tetapi mereka2 ini lebih selesa berada diluar kawasan masing2 hinggakan seolah2 tiada gerakan maupun program yg membabitkan parti yg dirancang oleh pemimpin terbabit malah lebih sadis membiarkan ahli2 parti terkapai2 mencari nahkoda dlm meneruskan rancangan demi memantapkan parti..jika ini terus di biarkan maka bukan shj UMNO yg akan terus hilang malah BN akan tumbang dgn teruk sekali dlm PRU13 nanti..Dato Presiden harus melakukan sesuatu sebelum ianya terlambat dgn masa yang tidak sampai 2thn ini utk menukar atau melantik mereka2 yg ikhlas dan betul dlm mengembalikan semula kegemilangan parti di bahagian masing2..tiada perlu perasaan takut utk menukar pemimpin apatah lagi pemimpin terbabit sudah terpalit dgn lumpur dan menjadi liabiliti kpd parti..sememangnya UMNO di bahagian perlu lebih kuat sekuat dan semantap pemikiran dato presiden agar tetap relevan parti keramat ini..sejauh mana setiap kegagalan itu dihadapi dgn penuh kesyukuran maka sejauh itulah ia menjadi wadah utk mengecapi kejayaan..wasslam
Langgan:
Catatan (Atom)