Rabu, 31 Ogos 2011

Sebaik Budi Seluhur Kasih

Merdeka!Merdeka!Merdeka!...itu laungan penuh bermakna dan bersejarah 54 tahun yang lepas tatkala YAB Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj mengishtiharkan bahawa Tanah Melayu bebas dari belenggu penjajahan British sekalligus mengecapi nikmat kemerdekaan yang sebenarnya.

Perjuangan menuntut kemerdekaan terlalu banyak pahit maungnya apatah lagi bagi pejuang-pejuang negara pada zaman sebelum merdeka yang bermatian mempertahankan tanah pusaka ini dari terus dijajah dan dijajah selama berkurun lamanya.Darah merah yang membasahi bumi melayu ini tidak terkira banyaknya hanya semata-mata kerana mereka nekad ingin mempertahankan tanah pusaka bonda ini.

Pendekar-pendekar melayu pada waktu itu sanggup lakukan apa saja demi membebaskan tanah ini dari penjajahan sekaligus memberikan sejuta nikmat kepada generasi masa depan mereka pada hari iaitu kita yang kini mengecap sejuta kenikmatan dan keamanan serta kedamaian hasil dari perjuangan pejuang terdahulu.Mereka berkorban apa saja termasuk harta apatah lagi nyawa kerana sayangnya mereka pada ibu pertiwi dan kerana kasihnya mereka yang ingin melihat anak cucu cicit mereka bebas dari belenggu penjajahan serta tidak menderita seperti mereka

Semua yang kita kecapi sekarang sudah tentu tidak dapat kita nikmati sekiranya kita masih lagi di jajah.Kerana itu sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan tanahair wajib kita kenang dan dijadikan santapan utama terutamanya pada generasi baru kerana tanpa kita bongkarkan rahsia perjuangan ini maka sudah pasti generasi depan akan terlupa susur galur sejarah tanahair menuntut kemerdekaan sehingga tanah melayu berdiri gah pada hari ini bersama dengan negara yang terlebih dahulu merdeka.

Walaupun ada segolongan daripada mereka yang mendiami tanah ini seolah-olah cuba menafikan pembabitan sepenuhnya pejuang-pejuang melayu tetapi inilah faktanya.Tanah ini tanah melayu dan amat sinonim dengan bangsa melayu maka sudah pasti yang banyak berkorban dan terkorban adalah bangsa melayu.Beleklah sejarah dan ungkitkan segala fakta maka sudah pasti berderet nama pahlawan melayu yang telah menjadi mangsa korban dalam perjuangan menuntut dan mempertahankan kemerdekaan ini.

Kesedihan masa lalu  amat perit dan kesedihan yang menyelubungi masa kini juga perit tetapi yang pasti ini tanah melayu.Segala apa yang ada dalam perut bumi tanah ini dan hasil mahsulnya adalah milik bangsa melayu dan bumiputera yang sepatutnya digunakan khusus untuk menolong bangsa melayu dalam apa juga aspek pertolongan.Perjuangan datuk nenek moyang bangsa melayu ini dulu bukan untuk diberikan kepada orang lain tapi untuk bangsa mereka terutamanya dalam mengharungi hidup.

Tahun ini sudah 54 tahun tanah melayu ini mengecap erti merdeka namun masih lagi kedengaran suara-suara si miskin yang menagih bantuan daripada kerajaan datangnya dari bangsa melayu kebanyakkannya.Kekayaan tanah ini tidak ternilai banyaknya.Saban tahun kita diberitahu tentang kekayaan negara yang cukup luar biasa namun kemiskinan bagi bangsa melayu juga menjadi sangat luar biasa sehingga kadangkala cukup menghibakan kita mendengar dan melihatnya.

Apatah lagi menjelang musim perayaan maka hati dan fikiran kita disentap oleh santapan dari media massa dengan pembongkaran kemiskinan bangsa melayu yang sepatutnya tidak berlaku pada bangsa yang menjadi tuan pada tanah ini.Bukankah sudah peruntukan untuk si fakir miskin mahupun anak-anak yang tidak beribu bapa tetapi kenapa masih lagi mereka berduka nestapa menjelang hari raya?Apakah kita tidak mengambil pengajaran bangsa asing yang juga duduk mendiami bersama yang tidak pernah kedengaran suara miskin bangsa mereka?

Mengapa harus terjadi sebegini dalam tanahair yang terkenal dengan keamanan dan kekayaaanya?Kemana perginya kekayaan negara ini yang mencecah berpuluh billion banyaknya saban tahun tapi kemiskinan tetap melanda bangsa utama yang mendiaminya hinggakan ada pihak yang cuba menangguk di air keruh untuk memurtadkan mereka kerana kemiskinan?Apakah kekayaan negara ini tidak di agih dengan betul oleh mereka yang berkuasa atau terlalu banyak birokrasi mahupun konspirasi jentera yang menguruskannya?Atau kekayaan yang ada terus dipulun oleh mereka yang bermuka-muka dan terus mencari harta sejauh mata memandang untuk mengkayakan keluarga dan kroni mereka?Apakah harta didunia ini yang begitu banyak dapat memberkan nikmat syurga pada mereka yang punya kuasa tatkala rakyat terus dirundung duka merintih nasib masa depan mereka?Dimana perginya ketelusan dan keikhlasan mereka yang punya kuasa?

Sebelum kita menutup mata dan selagi kita masih berkuasa..gunakanlah kebijaksanaan dan juga kekayaan negara untuk diberikan dengan adil pada mereka yang tidak bermaya khususnya bangsa ku yang masih lagi kedengaran esak tangis yang sepatutnya tiada lagi didengari.Cukuplah..jangan lagi anak di rumah mati kelaparan kerana asyik memberi susu pada kera di hutan.Sesungguhnya syurga dan neraka tu jelas bagi kita semua khususnya bagi para penguasa yang diberi amanah untuk menjaga rakyat mereka.Jadilah penguasa seluhur kasih Abu Bakar As Sidiq dan sebaik budi Umar Abdul Aziz pada rakyat mereka wahai para penguasa negara dan negeriku..Wassalam

Jumaat, 26 Ogos 2011

Bermohon Ampunlah Dengan Mereka

" pada bonda tercinta...pada ayah yang rela berkorban..mohon keampunan dosa-dosa yang ku lakukan"..Cukup jelas bait lagu dendangan jamal abdillah ini menggambarkan betapa kita sebagai anak-anak kepada kedua orang tua wajib menghargai setiap titik keringat ibu bapa kerana pengorbanan mereka penuh dengan cinta dan rela dalam mendidik dan membesarkan kita dari sekecil tapak tangan sehinggalah kita dewasa.

Bagi mereka yang cukup menghargai semasa mereka masih ada maka beruntunglah mereka kerana syurga seorang anak terletak pada kaki ibu bapanya sementara mereka yang lalai serta leka sehingga melupakan kedua mereka maka masih sempat untuk  menjenguk meminta ampun dan maaf kepada mereka apatah lagi pada hari raya kerana sememangnya mereka menunggu kedatangan anak-anak mereka untuk beraya meskipun anak-anak mereka pernah menyakiti hati mereka.

Kita juga adalah ibu bapa kepada anak-anak kita maka sudah pasti kita juga merasai apa yang ibu bapa kita rasai.Senyuman dan hilai tawa keriangan anak-anak bagaikan madu dan dengkuran tidur nyenyan mereka kerana keletihan setelah seharian bermain bagaikan lagu yang menjadikan bersemangat untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar dari hari ke hari.Itulah nilai anak-anak dari kacamata ibu bapa.Tidak ternilai harganya

Sesungguhnya percayalah bahawa tiada sesaat kebencian dalam diri ibu bapa terhadap anak-anak mereka kerana syurga dan penawar dalam hidup mereka adalah hilai tawa anak-anak mereka dalam menceriakan kehidupan mereka ketika masih lagi bernyawa.Hargailah kedua orang tua ketika mereka masih ada dengan sepenuhnya dan berdoalah untuk kemuliaan roh mereka ketika mereka sudah tiada.

Syawal yang bakal tiba ini marilah kita bersama-sama memuliakan ibu bapa dengan sepenuh daya kita kerana percayalah apabila ketiadaan mereka kelak maka sudah pasti segala kemesraan dalam kemuliaan ini akan terus menjengah memori kenangan kita tiap kali lebaran tiba.Saat itu sudah pasti bergenang kelopok mata kita dengan airmata kerinduan dan esak tangis kita akan menjadi lagu syahdu pagi syawal apabila teringatkan mereka.

Sebelum mereka meninggalkan kita maka hargailah mereka kerana yang merasai sedih serta sayunya berhari raya tanpa kedua ibu bapanya adalah mereka yang terlebih dahulu kehilangan kedua ibu bapanya.Ingatlah walau sebesar mana pun pangkat kita..sehebat manapun karisma kita..se gah mana pun gelaran kita serta sekaya pun kita maka selagi kita derhaka dan tidak memohon keampunan daripada ibu bapa kita jadilah kita orang yang celaka dan hina di sisi Allah Yang Maha Kuasa.Bermohon ampunlah dengan mereka semasa masih lagi dapat kita peluk cium mereka ..wassalam

Isnin, 22 Ogos 2011

Anak Raja Gondang: Bila Syawal Menjelang Tiba

Anak Raja Gondang: Bila Syawal Menjelang Tiba

Bila Syawal Menjelang Tiba

Ramadhan menuju penghujungnya..kini Syawal menjelma kembali setelah setahun berlalu...wajah keriangan terukir pada setiap umat islam kerana hari kemenangan semakin memunculkan dirinya..sebagai umat islam di tanah ini sememangnya kita wajib bersyukur dengan apa yang ada dalam tanah pusaka bonda yang bukan sahaja terselamat daripada bala bencana yang besar tetapi cukup aman untuk penganut agama ALLAH ini melakukan amal ibadah tanpa ada sebarang rasa ketakutan mahupun sekatan tidak sepertimana negara saudara seagama dengan kita yang lain..betapa damainya bumi kita.

Sesungguhnya kemuliaan bulan ramadhan dan diselangi dgn bulan syawal benar-benar memberikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada mereka yang tahu menggunakan kelebihan..pahala yang berganda sudah pasti akan dapat mereka miliki dengan segala amalan mulia dibulan ini apatah lagi menunggu malam-malam terakhir ramadhan yang dalamnya mempunyai malam yang amat ditunggu oleh seluruh umat islam untuk merasainya iaitu lailatul qadar..malam yang senantiasa menjadi malam keramat kerana kelebihan malam tersebut.

Keceriaan kehadiran syawal lebih dirasakan oleh kanak-kanak kerana mereka seolah-olah tahu tiba hari kemenangan ini dengan pakaian serba baru dan berwarna pada paginya..disertai dengan aroma masakan dan biskut yang menambahkan lagi kegembiraan di pagi syawal sebelum bertahmid memuji kebesaran Ilahi sebagai tanda syukur kita kepada Yang Maha Esa

Kadangkala meremang bulu roma apabila suara memuji kebesaranNya berkemundang pada malam raya lagi..Linangan airmata juga kadagkala tidak dapat ditahan dari mengalir kerana dua persepsi berbeza yang hanya dapat dirasakan oleh mereka yang mengalirkan airmata tanpa paksaan..Pada mereka yang telah pergi ,doa dipohon agar roh mereka dicucuri dengan rahmatNya...dan pada mereka yang masih ada lagi orang kesayangan terutamanya ibu bapa maka bermohon maaflah dengan penuh keinsafan agar segala dosa terhadap kedua mereka dapat mereka ampunkan.

Segala budi ibu bapa tiada dapat kita membalasnya kerana luhurnya mereka dalam mendidik dan menjaga kita tiada ternilai harganya..yang hanya mereka minta adalah anak-anak mereka menjadi kebangaan kepada mereka yang memegang teguh agama dan membela bangsa serta mempertahankan tanah pusaka.. juga yang mendoakan untuk mereka kelak apabila tiada lagi mereka diatas dunia ini.

Dan dalam masa kita mengecapi kegembiraan dan hari kemenangan ini..jangalah kita lupa untuk menjengah mereka yang tidak bernasib baik khususnya anak-anak yatim,fakir miskin dan mereka yang tidak mampu untuk mengadakan sepertimana yang kita adakan agar kegembiraan ini dapat kita kongsi bersama-sama dengan harapan segala duka yang mengulit mereka dan perasaan tidak seceria kita dapat ubati..kerana adat hidup atas dunia langit tidak selalunya cerah.

Mungkin hari raya ini kita bernasib baik dan mereka kurang bernasib baik tetapi tidak mustahil pada lebaran yang akan datang nasib mereka pula menjadi baik..lumrahnya dunia yang berputar mengikut ketentuan dariNya dan sebagai hamba yang taat setia dan beriman penuh kepadaNya maka wajib kita percaya pada qada qadar dariNya.

Tiada seorang pun daripada kita mahukan kedukaan atau kesedihan melanda tetapi itulah perjalanan hidup kita yang telah ditetapkannya..hanya doa sebagai pengantaranya antara kita dan Yang Maha Pencipta..sesungguhnya DIA lah Yang Maha Memakbulkan doa.

Kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati..saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri..Maaf Zahir Batin atas segala salah silap terkasar bahasa semasa saya menulis mahupun berkata-kata...wassalam


Isnin, 1 Ogos 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan kini menjengah kembali.Seluruh umat islam diseluruh dunia menanti dengan penuh syukur untuk menunaikan salah satu daripada rukun islam yang lima.Umat islam di Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menjalankan ibadat ini untuk mereka mengerjakan perkara-perkara sunat pada malamnya setelah menahan diri daripada lapar dan dahaga pada waktu siang.

Kesucian bulan puasa ini diharapnya juga dapat membentuk kembali jalinan ukhwah sesama saudara seagama dan sebangsa kerana di negara ini kekuatan islam terletak pada bangsa melayu.Jika bangsa melayu itu kuat dan bersatu padu maka sudah pasti islam akan menjadi bertambah kuat.Ini hakikat yang sama sekali semua pihak tidak boleh menolak mentah-mentah faktanya.Islam di Malaysia akan kuat dan terus kuat kiranya bangsa melayu bersatu padu dan tidak berpecah belah.

Itulah pengharapan sebahagian besar bangsa melayu islam terhadap perpaduan ini.Kiranya perpaduan sesama melayu islam ini terjadi maka tiadalah lagi rasa gusar dihati kelak apabila negara ini diwariskan kepada generasi baru.Bukan mudah tetapi juga bukan susah untuk melihat perpaduan sesama kita berlaku.Yang paling penting adalah dalam diri masing-masing khususnya para pimpinan melayu islam yang ada sekarang sifat keikhlasan untuk melihat penggabungan ini.

Akan tetapi untuk melaksanakan sesuatu yang baik dan sememangnya digalakkan oleh Allah dan RasulNya sudah pasti akan berdepan dengan seribu macam dugaan dan rintangan.Ini kerana sesuatu perkara yang baik dengan disertai oleh rasa tulus ikhlas akan mendapat cabaran yang hebat terutamanya daripada musuh-musuh Allah dan Rasulnya apatah lagi tentangan daripada mereka yang sememangnya tidak ingin melihat konsep perpaduan ini walaupun mereka ini dilabel sebagai tok guru atau alim ulamak.

Jelas disini dan senario yang sedang berlaku sekarang menampakkan bahawa yang paling kuat menentang perpaduan sesama islam ini datangnya dari mereka yang sememangnya cukup berilmu khususnya dalam hal keagamaan.Mereka ini sehabis daya menentang sebarang usaha kearah perpaduan ini sehingga sanggup mereka menterjemahkan segala isi ayat suci al quran dan hadis mengikut kehendak politik.

Apakah harapan dan kenyataan untuk melihat perpaduan sesama melayu islam dalam tanahair ini akan terus malap dan semakin menjadi jarak hanya kerana kita terlalu memberi muka pada mereka yang menentang konsep perpaduan ini?atau harapan ini akan menjadi kenyataan dengan cara menyingkirkan golongan ini daripada terus menduduki takhta parti dan digantikan dengan mereka yang terbuka dan melihat kekuatan ummah ini sebagai medan untuk melihat kembali kebangkitan melayu islam dalam negara ini.?

Sesungguhnya kita amat mengharapkan kedatangan Ramadhan kali ini akan membuka segala pintu kebaikan dalam diri mereka untuk kembali mengadakan rundingan demi masa depan generasi melayu islam pada masa akan datang.Biarlah harapan yang kita inginkan ini menjadi kenyataan kerana kita amat memerlukan perpaduan ini. .. Wassalam

Rabu, 15 Jun 2011

Agenda Licik Yang Cukup Busuk

Apakah kita rela membiarkan negara ini yang aman damai diporak perandakan oleh segelintir mereka yang sememangnya tidak pernah puas hati terhadap apa juga yang kerajaan lakukan?Apakah kita juga rela menjadi boneka mereka yang jelas didepan mata kita ingin mengkhianati dan menjatuhkan maruah agama bangsa dan tanahair ini?Atau sememangnya segelintir kita sanggup bermuka-muka malah lebih teruk sanggup menjadi tali barut@petualang negara dalam menjayakan usaha licik sesetengah pihak yang sememangnya sangat mengidam untuk menjadi penguasa negara kerana merasakan mereka juga berhak menjadi raja?

Keinginan mereka untuk melihat tanahair ini menjadi sebuah republik sama seperti abang kandung diseberang sana terlalu tinggi dan mereka sanggup merangka strategi licik dalam negara ini dengan menjadikan bangsa melayu sebagai teras barisan hadapan kerana mustahil untuk mereka menjadikan impian menjadi kenyataan sekiranya bangsa melayu ini tidak di pecah belahkan.Tujuan mereka hanya satu iaitu konsep malaysian malaysia menjadi realiti agar segala apa yang ada dalam tanah ini dapat dibahagi sama rata tanpa memikirkan lagi tentang agihan hak-hak bangsa melayu dan bumiputera.

Mereka yang licik ini dengan sengaja memerangkap segelintir pimpinan melayu islam yang terlalu dahagakan kuasa untuk bersama menjayakan agenda licik ini dengan menjanjikan berbagai tawaran yang penuh dengan tipu muslihat agar pimpinan ini melihat kerjasama ini adalah untuk menghancurkan kezaliman yang kononnya sudah lama menindas rakyat dalam negara ini.Sedangkan hakikatnya mereka iri hati dan tidak boleh menerima konsep perlembagaan yang meletakkan hak-hak bangsa melayu dan bumiputera serta kedaulatan raja yang perlu kekal selama-lamanya.Kepedihan mereka bagaikan tidak dapat ditanggung lagi apabila sedikit demi sedikit mereka menyalak tentang konsep ketuanan ini sebagai konsep yang tidak lagi relevan dengan masa sekarang.Salakan mereka bukan sahaja datang dari barisan pembangkang malah kedengaran dari barisan kompenan kerajaan sendiri yang seolah-olah bagaikan duri dalam daging jadinya.

Amaran dan ingatan yang dizahirkan bukan sahaja oleh kerajaan malah oleh Raja-Raja Melayu juga bagaikan tidak lagi mampu menahan gelombang dalam diri mereka.Dengan menjadikan segelintir pimpinan melayu sebagai perisai hadapan mereka maka semakin teruja keinginan mereka kerana bangsa melayu sendiri sanggup untuk mengikut telunjuk mereka.Taring mereka sehari ke sehari semakin menyerlah bahkan semakin panjang gara-gara anak bangsa sendiri yang sanggup menjadi petualang membantu niat mereka menakluk tanah ini tanpa mereka lebih memikirkan tentang nasib generasi masa depan apabila kuasa yang satu ini juga dimonopoli oleh bangsa yang dulunya pendatang

Perhimpunan Bersih Ke2 yang kononnnya diadakan untuk menuntut keadilan khususnya dalam peraturan pilihanraya dijadikan sebagai alat untuk mengajak rakyat seluruh negara bersama-sama dalam menjayakan agenda licik mereka.Ini kerana sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini seperti pertumpahan darah dan sebagainya maka sudah pasti kerajaan akan dituduh sebagai dalang sedangkan hakikatnya agenda licik yang tersembunyi dalam perhimpunan ini tidak pernah diambil berat oleh segolongan rakyat yang akan hadirkan diri nanti.Mereka yang hadir seolah-olah bagaikan dirasuk oleh satu kuasa jahat yang sememangnya amat menantikan rombongan ini untuk mengucar kacirkan keamanan negara ini dengan sebahagian besarnya adalah daripada mereka yang berbangsa melayu.Sedangkan masih banyak lagi saluran-saluran yang betul untuk mereka ini menyampaikan mesej tanpa memghuru harakan negara.Namun jikalau sudah ada perancangan jahat disebalik semua ini maka semua saluran tersebut bagaikan tidak lagi menjadi jalan penyelesaiannya.

Inilah yang amat ditunggu oleh mereka yang begitu ingin menjarah negara ini.Mereka yang sengaja ingin melupuskan sejarah tanah ini agar generasi mereka pada hari ini  tidak lagi memandang tinggi dan lupa akan pengorbanan pejuang-pejuang dahulu yang sebahagian besarnya adalah terdiri daripada bangsa melayu dan bumiputera ini dalam mempertahankan tanah ini daripada jatuh ke tangan asing.Mereka ingin melihat bahawa tanah ini adalah tanah mereka dan berhak ke atas apa yang ada didalamnya.

Kepada saudara seagama dan sebangsaku..janganlah terlalu mengikut telunjuk mereka yang terang-terangan ingin menghapuskan islam dan mereka yang mendustakan agama kerana yang ruginya adalah generasi masa depan kita kelak.Janganlah lebih mempercayai mereka yang bukan sahaja tidak seagama dengan kita untuk memperkasakan agama kita malah lebih teruk lagi mereka ini jelas menolak islam.Cukuplah akan segala penghinaan yang telah berlaku pada agama islam ini hanya kerana kita terlalu mempercayai mereka yang mempunyai agenda cukup licik dan amat busuk hati demi mencapai cita-cita yang sekian lama dipendam..Jangan menyalak ditempat dan masa yang salah kerana negara ini ada undang-undangnya..Masih ada lagi mereka yang sanggup bermandi darah demi mempertahankan kedaulatan agama bangsa dan tanahair ini...Janganlah  menjadi orang-orang beriman tetapi cakap tak serupa bikin kerana besar kejinya disisi Allah Taala akan orang-orang sebegini...Marilah sama-sama kita mengekalkan keamanan dan kedamaian negara ini dari diganggu gugat oleh mereka yang berniat jahat...wassalam

Khamis, 2 Jun 2011

Musyawarah bertukar Musyabaloh?

Kalau kita perhatikan senario yang berlaku mutakhir ini dalam pemilihan parti PAS yang hangat memilih barisan kepimpinan yg baru mereka, maka kita tidak dapat tidak kita pasti akan terfikir bahawa apa yang berlaku sekarang dalam parti PAS ini sebenarnya sudah lama berlaku dalam parti UMNO iaitu perebutan dalam memilih barisan kepimpinan.

UMNO sudah lama dan lali dengan faktor pertandingan dalam perebutan jawatan setiap kali penggal baru akan bermula dan sudah cukup masak dengan sepak terajang namun masih lagi kukuh dan tegar menjadi pemerintah sehingga lebih daripada 50 tahun lamanya walaupun tidak dinafikan ada nanah yang masih lagi berbisa meresap dalam parti ini kesan daripada pertandingan dalam parti.

Kini budaya ini menular dengan cepat dalam PAS hingga seolah-olah parti ini bagaikan hilang ideologinya yang begitu beria-ria mengatakan bertunjangkan al quran dan al sunnah sedangkan hakikatnya adalah sebalik.Ini kerana budaya anak muda dan budaya berbagai ditanam sedikit demi sedikit dalam benak para penyokong mereka hinggakan ada diantara mereka yang sanggup melintang arus menolak konsep perpaduan dan musyawarah yang selama ini cukup dan amat dibanggakan oleh parti berimej islam ini.

Kini tiada lagi musyawarah dalam pemilihan parti diganti dengan perebutan dalam setiap jawatan tertinggi kecuali jawatan presiden yang akhirnya menampakkan bahawa faktor kuasa sememangnya menjadi impian setiap manusia hinggakan mereka sanggup menggadai maruah diri dan ideologi hnya semata-mata ingin memenangi jawatan dan  menimbulkan tanda tanya kepada mereka yang berada diluar perwakilan bahawa parti islam ini bakal menjadi lebih huru hara sedikit masa lagi malah lebih hebat daripada UMNO kerana mabuk kuasa?

Namun bagi mereka yang berada dalam kelompok parti ini sudah pasti akan mengatakan bahawa senario pertandingan ini akan lebih memberi kekuatan dalam barisan kepimpinan kerana bagi mereka itulah yang sebaiknya dengan memberikan kuasa kepada perwakilan tetapi dimana musyawarahnya?Malah ada kalangan penyokong mereka yang sudah berani lantang bersuara mendesak kepimpinan tertinggi berundur kerana pada mereka tiada kesan yang dibawa tuju oleh pimpinan ini dan sekali lagi kita bagaikan terkejut dengan aliran yang sebegini pantas meresap dalam parti yg gah dengan laungan islamnya.

Begitu juga dalam bab kroni juga semakin menghiasi kepimpinan baru sepertimana dalam Pemuda Pas bilamana anak mb kelantan telah memenangi kerusi timbalan manakala anak hj abdul hadi memenangi kerusi AJK..jadi dalam bab kroni ni janganlah mudah menuding jari kepada UMNO sahaja kerana sememangnya dalam setiap parti pasti akan anak,anak saudara,sepupu,dua tiga puluh pupu yang akan menghiasi kerana darah politik tidak boleh dinafikan pasti akan ada dalam keturunan..Darah Pejuang!

Apapun sebagai seorang islam dan berbangsa melayu,saya ingin melihat kepimpinan PAS bagi penggal yang baru ini akan lebih tegas dan lebih berprinsip khususnya dalam mendominasi kekuatan mereka yang begitu ingin menawan putrajaya kalau itu sudah ketentuan dariNya.Tiada yang mustahil tetapi biarlah kita yang menjadi kemudinya kerana kita adalah seagama dan sebangsa.Pastikan hak-hak kita terpelihara kerana kalau bukan kita yang membela hak-hak kita maka pada siapa lagi kita nk menaruh harapan? Bangsa lain sudah pasti akan mempertahankan hak-hak mereka walaupun pahit terpaksa menyamar hendak menjadi semcm khalifah umar abdul aziz semata-mata untuk menggaburi kita sementara mereka mendapat kuasa menjajah negara ini.
Kekalkan konsep musyawarah bukan musyabaloh  khasnya dalam membincangkan tentang isu perpaduan demi agama bangsa dan tanahair ini ..wassalam