Khamis, 2 Jun 2011

Musyawarah bertukar Musyabaloh?

Kalau kita perhatikan senario yang berlaku mutakhir ini dalam pemilihan parti PAS yang hangat memilih barisan kepimpinan yg baru mereka, maka kita tidak dapat tidak kita pasti akan terfikir bahawa apa yang berlaku sekarang dalam parti PAS ini sebenarnya sudah lama berlaku dalam parti UMNO iaitu perebutan dalam memilih barisan kepimpinan.

UMNO sudah lama dan lali dengan faktor pertandingan dalam perebutan jawatan setiap kali penggal baru akan bermula dan sudah cukup masak dengan sepak terajang namun masih lagi kukuh dan tegar menjadi pemerintah sehingga lebih daripada 50 tahun lamanya walaupun tidak dinafikan ada nanah yang masih lagi berbisa meresap dalam parti ini kesan daripada pertandingan dalam parti.

Kini budaya ini menular dengan cepat dalam PAS hingga seolah-olah parti ini bagaikan hilang ideologinya yang begitu beria-ria mengatakan bertunjangkan al quran dan al sunnah sedangkan hakikatnya adalah sebalik.Ini kerana budaya anak muda dan budaya berbagai ditanam sedikit demi sedikit dalam benak para penyokong mereka hinggakan ada diantara mereka yang sanggup melintang arus menolak konsep perpaduan dan musyawarah yang selama ini cukup dan amat dibanggakan oleh parti berimej islam ini.

Kini tiada lagi musyawarah dalam pemilihan parti diganti dengan perebutan dalam setiap jawatan tertinggi kecuali jawatan presiden yang akhirnya menampakkan bahawa faktor kuasa sememangnya menjadi impian setiap manusia hinggakan mereka sanggup menggadai maruah diri dan ideologi hnya semata-mata ingin memenangi jawatan dan  menimbulkan tanda tanya kepada mereka yang berada diluar perwakilan bahawa parti islam ini bakal menjadi lebih huru hara sedikit masa lagi malah lebih hebat daripada UMNO kerana mabuk kuasa?

Namun bagi mereka yang berada dalam kelompok parti ini sudah pasti akan mengatakan bahawa senario pertandingan ini akan lebih memberi kekuatan dalam barisan kepimpinan kerana bagi mereka itulah yang sebaiknya dengan memberikan kuasa kepada perwakilan tetapi dimana musyawarahnya?Malah ada kalangan penyokong mereka yang sudah berani lantang bersuara mendesak kepimpinan tertinggi berundur kerana pada mereka tiada kesan yang dibawa tuju oleh pimpinan ini dan sekali lagi kita bagaikan terkejut dengan aliran yang sebegini pantas meresap dalam parti yg gah dengan laungan islamnya.

Begitu juga dalam bab kroni juga semakin menghiasi kepimpinan baru sepertimana dalam Pemuda Pas bilamana anak mb kelantan telah memenangi kerusi timbalan manakala anak hj abdul hadi memenangi kerusi AJK..jadi dalam bab kroni ni janganlah mudah menuding jari kepada UMNO sahaja kerana sememangnya dalam setiap parti pasti akan anak,anak saudara,sepupu,dua tiga puluh pupu yang akan menghiasi kerana darah politik tidak boleh dinafikan pasti akan ada dalam keturunan..Darah Pejuang!

Apapun sebagai seorang islam dan berbangsa melayu,saya ingin melihat kepimpinan PAS bagi penggal yang baru ini akan lebih tegas dan lebih berprinsip khususnya dalam mendominasi kekuatan mereka yang begitu ingin menawan putrajaya kalau itu sudah ketentuan dariNya.Tiada yang mustahil tetapi biarlah kita yang menjadi kemudinya kerana kita adalah seagama dan sebangsa.Pastikan hak-hak kita terpelihara kerana kalau bukan kita yang membela hak-hak kita maka pada siapa lagi kita nk menaruh harapan? Bangsa lain sudah pasti akan mempertahankan hak-hak mereka walaupun pahit terpaksa menyamar hendak menjadi semcm khalifah umar abdul aziz semata-mata untuk menggaburi kita sementara mereka mendapat kuasa menjajah negara ini.
Kekalkan konsep musyawarah bukan musyabaloh  khasnya dalam membincangkan tentang isu perpaduan demi agama bangsa dan tanahair ini ..wassalam

Khamis, 12 Mei 2011

Tidak Salah Dan Tidak Rugi Jika Melayu Islam Bersatu

13 Mei 1969 telah mencatatkan sejarah hitam untuk tanah pertiwi ini.Peristiwa yang tidak boleh dipadamkan dalam lipatan sejarah negara.Yang perlu senantiasa diingati oleh semua bangsa dalam tanah ini khususnya bangsa melayu tentang tragedi ini yang telah meragut ribuan nyawa gara-gara pada masa itu kaduk telah naik junjung.

Ekoran kekalahan yang dialami oleh pihak kerajaan maka parti DAP telah menunjukkan belangnya dengan meniupkan sentimen perkauman yang akhirnya mencetuskan tragedi berdarah yang sehingga kini kekal menjadi ingatan.Perbalahan antara melayu dengan cina begitu ketara sekali dengan DAP berterusan memaki hamun malah bertindak mengusir orang-orang melayu keluar yang akhirnya telah membibitkan rasa ammarah yang amat sangat dlm diri bangsa melayu.


Kemuncaknya ialah apabila bangsa melayu bangkit dan sanggup bermatian untuk mempertahankan tanah ini dengan rela berkorban nyawa demi pertiwi agar tanah ini tidak terlepas pada tangan bangsa asing yang sudah mula naik lemak.Mereka sudah lagi dapat membendung kesabaran gara-gara keceluparan dan kebiadaban DAP terhadap bangsa melayu lalu tragedi berdarah terjadi sehinggakan ribuan nyawa melayang hanya kerana bangsa pendatang ini lupa bahawa bangsa melayu yang menjadi tuan tanah ini akan tetap mempertahankan tanah mereka ini walaupun nyawa sebagai galang ganti.



Kini tiupan itu bagaikan kembali bergema tetapi dengan cara yang lebih licik.Mereka belajar daripada sejarah lampau bahawa kekuatan bangsa melayu akan terus kukuh sekiranya dibiarkan bangsa ini tanpa ada perpecahan dalam kalangan pimpinan mereka.Jarum ditusuk dari hari ke bulan dan tahun agar menjadi nanah dalam diri pimpinan melayu untuk meleraikan ikatan kekuatan bangsa melayu ini tanpa disedari.Kelicikan mereka terhadap bangsa melayu semakin terserlah apabila mereka berjaya memporak perandakan bangsa melayu melalui pimpinan melayu yang kini sedang enak mengikuti telunjuk mereka.

Perpecahan bangsa melayu menjadikan bangsa si licik kini semakin bersatu disebalik senyuman dalam kompenan mahupun kebiadaban mereka dalam pakatan.Tradisi melayu bagi mereka kini sudah tiada nilainya lagi kerana kalangan pimpinan melayu itu sendiri sanggup untuk menyanggah dan berpatah arang sesama melayu.Hasilnya satu demi satu episod biadap mereka bermula dengan tidak lagi menghormati institusi beraja yang menjadi payung kepada agama islam dan bangsa melayu.Mereka mula mendesak dan terus mendesak agar tuntutan mereka dipenuhi dengan kelicikan saudara mereka yang berada dalam kompenan sebagai alat untuk memudahkan tujuan mereka menjadi penakluk tanah ini.

Teguran demi teguran telah dibuat kepada mereka tetapi kesemuanya bagaikan mencurah air kedalam daun keladi gara-gara sikap sebahagian bangsa melayu itu sendiri yang kini sanggup bersekongkol dengan niat yang sama.Cita-cita menjadi Perdana Menteri lebih diutamakan hingga sanggup berpaling tadah menjadi petualang agama dan bangsa.Kekuasaan menjadi agenda mereka hingga melupakan siapa kawan dan lawan serta siapa bangsanya sendiri.Mereka ini didendangkan dengan irama menusuk jiwa oleh bangsa si licik ini tanpa mereka sedari bahawa kesedapan irama ini hanyalah utk seketika cuma sebelum kekuasaan politik beralih tangan.

Apabila kuasa politik yang sekian lama si licik ini idam-idamkan dapat digapai maka sudah tentu bangsa melayu akan dihalau keluar dan akan menjadi pengemis dalam tanah tumpah mereka sendiri kerana kesilapan sebahagian melayu itu sendiri yang buta dalam memilih antara permata dengan kaca.Jika ini terjadi untuk kali yang kedua apakah kita mampu untuk menjelmakan semula sisipan lengan yang bersemangat untuk melawan mereka?apakah kita sanggup berkorban nyawa demi generasi kita kelak?atau apakah kita hanya mampu melihat satu demi satu bangsa kita diperkotak-katikkan oleh si licik ini tanpa ada sebarang kesulitan yang menghalang mereka berbuat sedemikian rupa?

Jika tidak mahu terjadi untuk kedua kalinya..marilah kita bersama bersatu atas nama perpaduan melayu islam demi mempertahankan keamanan dan kedamaian tanah pertiwi ini daripada terlepas ke tangan si licik yang berpaksikan yahudi...tiada salah dan tidak rugi jika melayu islam itu bersatu..wassalam

Jumaat, 6 Mei 2011

Harbi Yang Penuh Muslihat

Dari hari ke hari semakin menampakkan bahawa tanah ini semakin ingin dikuasai oleh mereka yang begitu asyik ingin menjadikan bumi ini sebagai republik.Dari hari ke hari juga kita dapat rasakan bahawa semakin jauh perpaduan bangsa melayu islam dan bumiputera untuk bergandingan bagi mewujudkan kekuatan agar impian mereka yg dulunya pendatang ini hanyalah sekadar khayalan namun kini semakin jelas dan nyata bahawa impian mahupun mimpi mereka jelas terbuka luas didepan mata.

Kerapuhan dan kedangkalan pimpinan melayu islam dari pihak kerajaan mahupun pembangkang terhadap penyatuan ini terus menerus menjadi tanda tanya kepada sebahagian besar rakyat yang ingin melihat penyatuan ini demi keamanan dan keharmonian dalam bumi melayu ini semakin jauh dari sasaran.Semakin dihulurkan salam semakin dibenci malah dicaci dan dikeji.Semakin tinggi ilmu menjadi semakin jahil kerana terlalu taksub dan alpa dengan nikmat kuasa hinggakan segalanya serba salah dimata mereka ini terhadap usaha kearah penyatuan ummah.

Malah malu mengaku dirinya bangsa melayu semata-mata kerana merasakan dengan bangsa ini akan kehilangan sokongan daripada bangsa bukan melayu sudah menjadi satu kenyataan cukup popular dikalangan pengikut partinya sedangkan Nabi SAW sendiri tidak pernah malu untuk mengaku dirinya bangsa quraish.Namun untuk menyedapkan pakatannya maka ayat ini terkeluar daripada seorang yg dikatakan terlalu tinggi ilmunya sehinggakan orang kafir yang tujuannya membaca ayat suci al quran untuk kepentingan politik dan bukan untuk pengkajian terhadap islam dihalalkan perbuatannya semata-mata kerana ingin meraih undi bagi memiliki kuasa.Bahkan disokong perbuatan tersebut kerana pada anggapan dangkal pimpinan cakap tak serupa bikin ini adalah si kafir ini akan mendapat hidayah dari tuhan utk memeluk islam tapi sehingga ke hari ini sudah berapa ramai pimpinan parti harbi ini yang memeluk islam? Yang nyata adalah pimpinan ini begitu mudah diperbodohkan dengan ayat-ayat suci si harbi.

Masih tidak sedarkah bangsaku ini terhadap mainan kafir harbi yang jelas lagi terang untuk menentang sebarang bentuk perlakuan agar cita-cita  mereka yang terlalu ingin menguasai bumi melayu ini menjadi nyata? Relakah bangsaku ini melihat generasi anak cucu mereka menjadi seperti generasi melayu singapura untuk 100 tahun atau mungkin 50 tahun akan datang yang merempat dan menjadi pendatang dalam tanahnya sendiri?Apakah bangsaku sanggup untuk menerima nasib sebagaimana bangsa palestin yang semakin hari semakin diusir keluar dari tanah sendiri gara-gara kelalaian yang mereka sendiri ciptakan?Apakah bangsaku akan terus hanyut diulik mimpi indah ciptaan sang harbi ni yang berterusan memasukkan jarum-jarum halus agar sampai saat dan ketikanya akan memakan diri melayu lalu mereput dengan sendirinya?

Sedarlah wahai bangsaku sebelum terlambat kerana bumi ini bumi melayu..tiada siapa yang boleh menidakkan kenyataan ini.Jangan lagi terlalu berlembut..jangan lagi terlalu bertolak ansur kerana generasi masa depan masih menunggu saat dan ketika untuk merasai kedamaian dan keamanan bumi melayu ini sebagaimana kita yang telah merasainya kini.Peganglah amanah ini demi generasi masa depan kita agar bumi ini tidak terlepas pada si harbi yang penuh dengan muslihat dan tipu daya..demi agama bangsa dan tanahair ini bersatulah wahai melayu islamku ...wassalam



Sabtu, 23 April 2011

ayuh berganding bersama-sama

PRU negeri Sarawak baru saja berlalu 2 minggu yang lepas.Kemenangan dengan majoriti 2/3 kerajaan dahulu telah memberikan tonik baru kepada kompenan BN lebih-lebih lagi kepada PM Dato Seri Najib yang tidak pernah jemu utk turun padang bersama dengan timbalan beliau serta pimpinan tertinggi kompenan.Hasilnya ternyata amat melegakan halwa telinga yang mendengarnya apabila kemenangan diraih penuh cemerlang walaupun ketempangan semakin dapat dirasai apabila DAP berjaya membenihkan pengaruhnya dalam akar umbi bangsa cina.

Bangsa cina kini semakin teruja malah seolah-olah semakin menunjukkan taring mereka apalagi dengan pengaruh DAP yang kini semakin hari semakin mendapat tempat dihati pengundi cina.Perasaan perkauman ditanam oleh parti ini agar cita-cita mereka utk Malaysian Malaysia akan berhasil setelah kejayaan parti ayah mereka di seberang yang cukup jelas sebagai sebuah kerajaan yang berbaur perkauman.Bangsa melayu cukup disisihkan malah jelas tiada tempat bagi bangsa ini untuk mendaki puncak tertinggi selepas kuasa politik melayu dihalau oleh pemerintah Singapura apabila PAP berkuasa.

Di Malaysia ini tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku kepada bangsa melayu dan bumiputera.Kuasa tidak pernah mengenal siapa kerana apabila kuasa ditangan mereka yang sejak dari dahulu lagi ingin bertakhta di bumi melayu ini apatah lagi selepas peristiwa 1969 yang cukup-cukup memberikan pengajaran kepada bangsa melayu bahawa Dendang Anak Perantau tidak pernah dan sesekali akan sunyi untuk terus berdendang mengikut tari dan irama sebagaimana dirancangkan sehinggalah niat mereka untuk menjadikan bumi ini seperti bumi melayu seberang terlaksana.Mereka akan terus seperti cacing kepanasan selagi hajat mereka tidak kesampaian.


Jesteru itu bangsa melayu di tanah melayu ini janganlah peduli atau terasa hati dengan gelaran ekstrimis yang dilemparkan kepada bangsa kita kerana itulah gelarannya yang paling tepat khususnya bagi mereka yang sangat sayangkan bangsanya.Biar apapun gelaran dilemparkan kepada kita maka teruskanlah untuk berjuang demi agama bangsa dan tanahair tercinta ini agar masa depan generasi depan aklan terus terpelihara.Biarlah generasi pelapis yang ada pada hari ini mengerti kenapa dan mengapa kita sanggup untuk dilabelkan dengan gelaran sedemikian rupa kerana sebahagian besar generasi muda kita sudah lupa akan segala kepahitan juga pengorbanan pejuang-pejuang negara dahulu semata-mata untuk memastikan kedaulatan agama bangsa dan tanah ini tetap terpelihara selama-lamanya.

Generasi muda masa kini semakin hari semakin melupai tentang kisah dan pengorbanan pahlawan-pahlawan negara yang bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan agar kesinambungan darah mereka dapat terus mendiami tanah ini dengan penuh keamanan tanpa rasa khuatir untuk menjalani kehidupan dalam negara sendiri.Mereka perlu segera insaf dan memahami betapa mainan politik zaman pasca merdeka dan bermillenium ini tidak pernah mengenal belas kasihan.Mereka yang dahulunya seolah-olah takut untuk bermuka-muka kini semakin menunjukkan muka mereka kerana kegagalan bangsa melayu itu sendiri untuk mempertahankan kekuatan bersama-sama malah ada sekelompok melayu yang sanggup untuk bersama dengan pihak yang jelas tidak mahu melihat islam kekal sebagai agama rasmi dalam negara ini.

Entah apa dajal yang merasuk hingga beberapa kepimpinan melayu islam lebih suka untuk berpeluk dengan mereka yang sudah jelas bersifat perkauman dan tidak mahu islam kekal di negara ini.Kerakusan mereka semakin hari semakin ganas kerana mereka sendiri sudah faham bahawa bangsa utama tanah ini telah berpecah dan seolah-olah bagaikan retak menanti belah gara-gara keegoaan pimpinan utama bangsa melayu islam untuk duduk bersama demi perpaduan dan untuk  mengelakkan peristiwa disingkir dari tanah sendiri sebagaimana melayu di seberang sana terjadi.

Sebelum terlambat..sebelum nasi menjadi bubur..sebelum terlajak kata..sebelum tiba waktunya ..marilah wahai pimpinan melayu islamku untuk berganding bersama-sama ..merapatkan saf persaudaraan sesama kita didalam islam demi untuk melihat syiar islam terus bergemerlapan dalam negara ini..demi untuk melihat kuasa politik melayu islam terus berkesinambungan hingga akhirnya kekal bertradisi membela rakyatnya..demi umtuk melihat kedaulatan payung agama bangsa dan tanahair ini terus bertakhta dari generasi ke generasinya..demi untuk kebahagiaan dan kedamaian bersama selama-lamanya..wassalam

Sabtu, 2 April 2011

Kriteria Calon Perlu Diutama


Pilihanraya Umum ke13 (PRU13) bila-bila masa akan berlaku cuma tarikhnya sahaja yang belum pasti tetapi orang numbor satu negara iaitu YB Perdana Menteri telah banyak kali memberi gambaran bahawa kemungkinan besar PRU akan berlaku dengan lebih cepat.Semakin lama semakin rancak isu ini diperkatakan malah suara daripada pembangkang juga seakan-akan seirama apabila mereka sendiri sudah merasakan bahangnya semakin dekat.Apalagi kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh pakatan pembangkang dalam PRK sudah cukup mencemaskan kewibawaan mereka pada kacamata rakyat gara-gara terlalu banyak isu yang diperbincangkan oleh rakyat yang melanda pakatan mereka.


Semua sudah maklum apabila berlakunya pilihanraya samada umum atau kecil maka sudah pasti soal calon menjadi topik paling hangat pada sesebuah parti kerana calonlah yang akhirnya akan membawa jenama sesebuah parti yang bertanding setelah sekian lama mereka berkempen.Kerana itu kita dapati setiap parti yang bertanding seboleh-bolehnya akan memilih calon yang bukan sahaja berkelayakan pada pandangan parti tapi yang lebih penting adalah mampu untuk menjadi wakil parti kepada rakyat dan merasa bersama sendiri denyut nadi rakyat.



UMNO juga tidak dapat lari daripada memilih calon-calon mereka untuk bertanding dalam PRU13 ini.Parti terbesar orang melayu ini dilihat semakin hari semakin mendapat perhatian rakyat dengan berpresidenkan anak seorang bekas perdana menteri iaitu YB Dato Seri Najib (DSN)yang cukup mengetahui dan memahami kehendak rakyat bawahannya apabila mulai mengambil alih teraju kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Badawi..Berbagai cara DSN gabung dan praktikkan agar segala kehendak dan denyut nadi rakyatnya dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.Ini adalah untuk mengembalikan semula kekuatan kepada Umno dan BN selepas kekalahan yang cukup memilukan pada tahun 2008.

Akhirnya dari hari ke hari keyakinan rakyat bertambah dengan kepimpinan DSN yang di bantu oleh para menteri kabinetnya serta kementerian yang berada dalam kerajaan untuk mengotakan segala kata agar janji-janji yang diberi kepada rakyat dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat.Walaupun masih ada lagi kelemahan yang ketara terutamanya dalam segi pelaksanaan tetapi kesungguhan dan komitmen DSN terhadap rakyat dan negaranya cukup-cukup menjadikan beliau kini sebagai semakin mendapat tempat dalam hati rakyat.

Kesannya dapat dilihat apabila kemenangan demi kemenangan diraih oleh Umno dan BN dalam pilihanraya kecil yang dengan majoriti yang cukup selesa berbanding pada tahun 2008.Namun begitu kemenangan yang diraih dalam PRK bukanlah ukuran sebenar kekuatan BN kerana yang paling dikehendaki oleh Pakatan Pembangkang atau lebih terkenal dengan Pakatan Rakyat(PR) adalah pada PRU13 kelak.Impian meninggi mereka untuk menawan putrajaya bukanlah omong-omong kosong kerana kesungguhan mereka untuk terus meraih undi rakyat dapat dilihat sehingga kini walaupun salah sebuah parti pakatan mereka kini dilanda isu yang cukup hebat dan besar sekali tamparan.Sekiranya benar segala apa yang telah dipertontonkan kepada khalayak tentang video berkenaan sudah pasti kegelisahan melanda pakatan mereka terutamanya kepada parti yang mana pimpinannya yang cukup hebat membela pemimpin parti yang dilanda isu berkenaan.


Kita amat mengharapkan agar pemilihan calon-calon BN akan sepertimana yang telah diperkatakan oleh DSN semasa ucapan beliau di Perhimpunan UMNO tatkala beliau menjadi Presiden UMNO setelah peralihan kuasa di meterai.Bagi kita yang berada dibawah cukup teruja dengan segala kata dan janji DSN yang mengatakan bahawa calon BN tidak seharusnya diberikan kepada mereka yang punya jawatan tinggi dalam parti@bahagian tetapi akan diberi keutamaan kepada mereka yang menjadi kesukaan@pilihan utama rakyat dalam kawasan masing-masing kerana yang penting adalah kemenangan kepada parti.Kalau dilihat pada kriteria calon-calon pada PRK yang lepas jelas bahawa DSN telah mengotakan sebahagian janjinya namun yang paling besar sudah pasti tentang calon untuk PRU13.

Kita juga mengharapkan pimpinan tertinggi UMNOdan BN akan memilih calon yang betul kerana PRU13 adalah cukup penting kepada barisan kepimpinan negara untuk meraih 2/3 suara majoriti dalam parlimen disamping merampas kembali negeri-negeri yang jatuh kepada pembangkang dalam tsunami 2008 lalu.Jangan kerana si polan tersebut adalah nama besar dalam negara,negeri atau bahagian maka tetap menjadikan mereka ini sebagai pilihan calon wajib sedangkan sebahagian besar mereka ini sudah menjadi liabiliti kepada parti dan perlu ditukar ganti.Ini adalah untuk mengelakkan parti tidak terpalit dengan isu-isu mereka kerana yang penting adalah kemenangan kepada parti kerana pimpinan pasti akan bertukar ganti sedangkan parti keramat ini kekal dan tiada galang gantinya.

Semoga ungkapan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan menjadi realiti yang hakiki dan selamanya menjadi petunjuk prestasi kepada kerajaan hari ini bagi membuktikan betapa keikhlasan dan kecaknaan barisan kepimpinan Umno dan BN terhadap rakyat dalam negara yang tercinta ini tidak perlu dipertikaikan sehingga ke akhirnya..wassalam



Isnin, 28 Mac 2011

Kalau sudah takdirnya

Gempa bumi disusuli dengan tsunami yang melanda negara matahari terbit kini sudah meragut puluhan ribu nyawa penduduknya.Berbilion yen di anggarkan kerugian yang di alami oleh negara jepun kerana tragedi ini.Disebalik kemajuan pasti ada kemusnahan apalagi dengan kejadian reaktor nuklear mereka yang meletup dan kini radiasinya semakin meningkat walaupun kerajaan jepun bertungkus lumus untuk menstabilkannya namun masih gagal mengawal dari terus merebak.Kalau sudah takdirnya begitu maka tiada kuasa yang dapat menghalang namun sebagai kewajipannya kita mesti berikhtiar

Malah masih lagi kedengaran kejadian gempa bumi di negara-negara lain yang kini berjaga-jaga agar kejadian yang serupa tidak berlaku kepada negara mereka.Tapi yang pastinya negara-negara ini akan bangkit daripada kemusnahan untuk terus memacu kemajuan tetapi dalam keadaan yang lebih menumpukan perhatian dalam aspek keselamatan agar kesejahteraan rakyatnya terpelihara.

Negara kita ini cukup bertuah kerana masih lagi terselamat walaupun terkena tempias tsunami beberapa tahun dulu yang meragut ribuan nyawa tetapi kesannya hanyalah tempias setelah negara-negara jiran dengan begitu teruk dilanda ribut tsunami.Kedudukan geografi yang dilindungi oleh negara-negara jiran dan jauh dari pusat lingkaran gempa bumi merupakan satu aset yang paling penting untuk negara ini terus mengecapi keamanan dengan pembangunan yang semakin hari semakin hebat berkembang cuma krisis dalaman sahaja yang bisa menggugat kestabilan yang tidak pernah sunyi dan padam.

Krisis kepimpinan yang melanda parti-parti yang bakal bertanding dalam PRU13 juga merancakkan lagi suhu politik negara dengan beberapa isu besar yang cukup menggegarkan negara dengan paling terbaru adalah tentang skandal video porno yang pemain utamanya dikaitkan dengan pemimpin kanan sebuah parti pembangkang.Samada benar atau tidak tentang kesahihan video ini yang masih lagi rancak di bicarakan oleh seluruh rakyat dimana sebahagian besar mereka mengatakan benar dan sebahagian lagi mengatakan konspirasi terbaru bagi menuduh si pelakon dalam video tersebut masih lagi menjadi teka teki dan seribu satu persoalan kepada khalayaknya.

Namun apa yang penting bagi kita umat islam dalam negara ini khususnya bangsa melayu yang terkenal dengan adab sopan dan budi bahasa disamping teras agama menjadi pendindingnya adalah menerima berita-berita ini dengan penuh teliti dan berwaspada kerana kadangkala fitnah yang datang kepada kita cukup-cukup besar dosanya sekiranya tidak benar apabila kita juga terpalit sama mengiyakannya.Biarlah mahkamah yang menentukannya walaupun ada yang berkata bahawa mahkamah juga tidak dapat lari daripada terpalit sama untuk mendalangi teori konspirasi yang telah bertahun-tahun berjalan namun kita perlu ingat sekiranya mereka yang menjatuhkan hukuman ini berdasarkan kerana penipuan dan bukan kerana kebenaran maka hukuman ke atas mereka di akhirat kelak tetap pasti ada.

Begitu juga mereka yang dilanda tohmahan dan fitnah besar sekiranya dijatuhkan hukuman yang tidak sepatutnya maka sudah pasti kebenaran akan muncul satu hari kelak.Seorang pejuang yang sebenar tidak pernah takut untuk berdepan dengan cabaran dan rintangan dalam hidupnya walaupun terpaksa merengkok dalam penjara berpuluh tahun lamanya kerana hanya mempertahankan kebenaran dalam prinsip perjuangannya.Cuma janganlah kita hanya kerana seekor nyamuk maka kelambu pun kita bakar sama yang mana akibatnya negara yang akan menjadi huru hara dan rakyat jelata yang akan menderita.Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia tiada siapa yang tahu melainkan Yang Maha Berkuasa.Kalau sudah takdir suratannya maka yang benar tetap selamanya akan bersinar dan menjadi sebutan hingga akhir hayat..wassalam




Jumaat, 4 Mac 2011

Cahaya Di Mata Mu..Senyum Di Bibir MU

Pemimpin pasti akan bersilih ganti.. dengan ibaratnya yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti..Pemimpin ini akan di ganti oleh orang apabila sampai masanya kelak..Samada mereka suka atau tidak akan situasi ini semuanya kehendak Allah Taala yang menentukan takdir keatas seseorang pimpinan itu sendiri.

Semuanya sudah di atur sebelum lahirnya manusia ke muka bumi ini dengan segala perjanjian-perjanjian yang telah di persetujui dengan Penciptanya.Kisah suka duka dan susah senang akan pasti mewarnai kehidupan perjalanan seseorang hambaNya sebagai rencah ratus sebagai pengajaran semasa mereka masih lagi di dunia ini.

Takdirnya manusia ini di lahirkan dalam berbagai keadaan dan anutan dan sesungguhnya bagi mereka yang di lahirkan sempurna sifatnya di tambah lagi dengan islam sebagai anutannya aamt beruntung kerana sudah di jamin pasti tempat mereka ini dalam syurga yang abadi sekiranya mereka mengikuti segala ajaran Allah dan RasulNya semasa hayat mereka.

 Hidayat adalah sesuatu yang amat sukar di kecapi tapi cukup senang untuk kita temui.Mereka yang di lahirkan dalam anutan selain islam sudah pasti akan mendapat petunjuk dan hidayat dari Allah Taala apabila Dia mengizinkannya.Dan bergembiralah bagi mereka yang mendapat hidayah setelah kesesatan mereka kerana mereka bagaikan soerang bayi yang baru lahir tanpa ada cacat cela dengan dosa-dosa.Beruntunglah sekiranya mereka yang mendapat hidayah terus berpegang teguh kepada al-quran dan sunnah dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Bagi generasi masa depan negara sudah pasti kita mengimpikan kepimpinan yang lebih baik daripada hari ini agar segala permasalahan dan kebuntuan dapat di leraikan dengan cukup berhemah agar segala kelemahan dapat di atasi dengan sebaik mungkin.Tiada lagi permusuhan sesama umat dan tiada lagi kata-kata keji dan nista sesama bangsa malah sesama satu agama yang dari dulu hingga kini menyeru kepada persaudaraan sesama islam.Harmonilah negara sekiranya satu agama dan bangsa berpakat bermuafakat tanpa ada rasa sifat-sifat tercela dalam diri mereka.

Cuma persoalannya apakah senyuman di bibir anak2 kecil ini di tambah dengan sinar cahaya di mata mereka akan dapat meneruskan kesinambungan tradisi untuk menjadi yang lebih baik sebagai pemimpin negara kelak sekiranya saat ini kita masih lagi bertelagah sesama agama dan bangsa?Apakah tiada perasaan kasihan atau ehsan dalam diri kita pada hari ini tentang untung nasib dan masa depan anak-anak kecil ini sekirannya kuasa terlepas ke tangan mereka yang terlalu berkepentingan yang sanggup melakukan apa sahaja hingga melupakan asal usul perjuangan datuk moyang mereka?

Berfikirlah untuk generasi masa depan negara kerana hidup kita hanya sementara sebelum ajal menjemput kita..Janganlah terlalu rakus mengejar kuasa sehingga kita lupa agama dan bangsa yang menjadi tiang seri bagi kita di bumi tercinta ini.Jangan bermegah dengan kata-kata nista sesama kita kerana lebih menampakkan lagi jahilnya kita dalam beragama.Jangan hanya pandai menjaja agama islam semata-mata kerana kuasa kerana padahnya akan terkena generasi masa depan negara." buah cempedak di luar pagar..ambil galah tolong jolokkkan..jika kita selalu bersabar..sudah pasti doa kita Allah perkenankan"...wassalam