Sabtu, 2 April 2011

Kriteria Calon Perlu Diutama


Pilihanraya Umum ke13 (PRU13) bila-bila masa akan berlaku cuma tarikhnya sahaja yang belum pasti tetapi orang numbor satu negara iaitu YB Perdana Menteri telah banyak kali memberi gambaran bahawa kemungkinan besar PRU akan berlaku dengan lebih cepat.Semakin lama semakin rancak isu ini diperkatakan malah suara daripada pembangkang juga seakan-akan seirama apabila mereka sendiri sudah merasakan bahangnya semakin dekat.Apalagi kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh pakatan pembangkang dalam PRK sudah cukup mencemaskan kewibawaan mereka pada kacamata rakyat gara-gara terlalu banyak isu yang diperbincangkan oleh rakyat yang melanda pakatan mereka.


Semua sudah maklum apabila berlakunya pilihanraya samada umum atau kecil maka sudah pasti soal calon menjadi topik paling hangat pada sesebuah parti kerana calonlah yang akhirnya akan membawa jenama sesebuah parti yang bertanding setelah sekian lama mereka berkempen.Kerana itu kita dapati setiap parti yang bertanding seboleh-bolehnya akan memilih calon yang bukan sahaja berkelayakan pada pandangan parti tapi yang lebih penting adalah mampu untuk menjadi wakil parti kepada rakyat dan merasa bersama sendiri denyut nadi rakyat.



UMNO juga tidak dapat lari daripada memilih calon-calon mereka untuk bertanding dalam PRU13 ini.Parti terbesar orang melayu ini dilihat semakin hari semakin mendapat perhatian rakyat dengan berpresidenkan anak seorang bekas perdana menteri iaitu YB Dato Seri Najib (DSN)yang cukup mengetahui dan memahami kehendak rakyat bawahannya apabila mulai mengambil alih teraju kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Badawi..Berbagai cara DSN gabung dan praktikkan agar segala kehendak dan denyut nadi rakyatnya dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.Ini adalah untuk mengembalikan semula kekuatan kepada Umno dan BN selepas kekalahan yang cukup memilukan pada tahun 2008.

Akhirnya dari hari ke hari keyakinan rakyat bertambah dengan kepimpinan DSN yang di bantu oleh para menteri kabinetnya serta kementerian yang berada dalam kerajaan untuk mengotakan segala kata agar janji-janji yang diberi kepada rakyat dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat.Walaupun masih ada lagi kelemahan yang ketara terutamanya dalam segi pelaksanaan tetapi kesungguhan dan komitmen DSN terhadap rakyat dan negaranya cukup-cukup menjadikan beliau kini sebagai semakin mendapat tempat dalam hati rakyat.

Kesannya dapat dilihat apabila kemenangan demi kemenangan diraih oleh Umno dan BN dalam pilihanraya kecil yang dengan majoriti yang cukup selesa berbanding pada tahun 2008.Namun begitu kemenangan yang diraih dalam PRK bukanlah ukuran sebenar kekuatan BN kerana yang paling dikehendaki oleh Pakatan Pembangkang atau lebih terkenal dengan Pakatan Rakyat(PR) adalah pada PRU13 kelak.Impian meninggi mereka untuk menawan putrajaya bukanlah omong-omong kosong kerana kesungguhan mereka untuk terus meraih undi rakyat dapat dilihat sehingga kini walaupun salah sebuah parti pakatan mereka kini dilanda isu yang cukup hebat dan besar sekali tamparan.Sekiranya benar segala apa yang telah dipertontonkan kepada khalayak tentang video berkenaan sudah pasti kegelisahan melanda pakatan mereka terutamanya kepada parti yang mana pimpinannya yang cukup hebat membela pemimpin parti yang dilanda isu berkenaan.


Kita amat mengharapkan agar pemilihan calon-calon BN akan sepertimana yang telah diperkatakan oleh DSN semasa ucapan beliau di Perhimpunan UMNO tatkala beliau menjadi Presiden UMNO setelah peralihan kuasa di meterai.Bagi kita yang berada dibawah cukup teruja dengan segala kata dan janji DSN yang mengatakan bahawa calon BN tidak seharusnya diberikan kepada mereka yang punya jawatan tinggi dalam parti@bahagian tetapi akan diberi keutamaan kepada mereka yang menjadi kesukaan@pilihan utama rakyat dalam kawasan masing-masing kerana yang penting adalah kemenangan kepada parti.Kalau dilihat pada kriteria calon-calon pada PRK yang lepas jelas bahawa DSN telah mengotakan sebahagian janjinya namun yang paling besar sudah pasti tentang calon untuk PRU13.

Kita juga mengharapkan pimpinan tertinggi UMNOdan BN akan memilih calon yang betul kerana PRU13 adalah cukup penting kepada barisan kepimpinan negara untuk meraih 2/3 suara majoriti dalam parlimen disamping merampas kembali negeri-negeri yang jatuh kepada pembangkang dalam tsunami 2008 lalu.Jangan kerana si polan tersebut adalah nama besar dalam negara,negeri atau bahagian maka tetap menjadikan mereka ini sebagai pilihan calon wajib sedangkan sebahagian besar mereka ini sudah menjadi liabiliti kepada parti dan perlu ditukar ganti.Ini adalah untuk mengelakkan parti tidak terpalit dengan isu-isu mereka kerana yang penting adalah kemenangan kepada parti kerana pimpinan pasti akan bertukar ganti sedangkan parti keramat ini kekal dan tiada galang gantinya.

Semoga ungkapan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan menjadi realiti yang hakiki dan selamanya menjadi petunjuk prestasi kepada kerajaan hari ini bagi membuktikan betapa keikhlasan dan kecaknaan barisan kepimpinan Umno dan BN terhadap rakyat dalam negara yang tercinta ini tidak perlu dipertikaikan sehingga ke akhirnya..wassalam



Isnin, 28 Mac 2011

Kalau sudah takdirnya

Gempa bumi disusuli dengan tsunami yang melanda negara matahari terbit kini sudah meragut puluhan ribu nyawa penduduknya.Berbilion yen di anggarkan kerugian yang di alami oleh negara jepun kerana tragedi ini.Disebalik kemajuan pasti ada kemusnahan apalagi dengan kejadian reaktor nuklear mereka yang meletup dan kini radiasinya semakin meningkat walaupun kerajaan jepun bertungkus lumus untuk menstabilkannya namun masih gagal mengawal dari terus merebak.Kalau sudah takdirnya begitu maka tiada kuasa yang dapat menghalang namun sebagai kewajipannya kita mesti berikhtiar

Malah masih lagi kedengaran kejadian gempa bumi di negara-negara lain yang kini berjaga-jaga agar kejadian yang serupa tidak berlaku kepada negara mereka.Tapi yang pastinya negara-negara ini akan bangkit daripada kemusnahan untuk terus memacu kemajuan tetapi dalam keadaan yang lebih menumpukan perhatian dalam aspek keselamatan agar kesejahteraan rakyatnya terpelihara.

Negara kita ini cukup bertuah kerana masih lagi terselamat walaupun terkena tempias tsunami beberapa tahun dulu yang meragut ribuan nyawa tetapi kesannya hanyalah tempias setelah negara-negara jiran dengan begitu teruk dilanda ribut tsunami.Kedudukan geografi yang dilindungi oleh negara-negara jiran dan jauh dari pusat lingkaran gempa bumi merupakan satu aset yang paling penting untuk negara ini terus mengecapi keamanan dengan pembangunan yang semakin hari semakin hebat berkembang cuma krisis dalaman sahaja yang bisa menggugat kestabilan yang tidak pernah sunyi dan padam.

Krisis kepimpinan yang melanda parti-parti yang bakal bertanding dalam PRU13 juga merancakkan lagi suhu politik negara dengan beberapa isu besar yang cukup menggegarkan negara dengan paling terbaru adalah tentang skandal video porno yang pemain utamanya dikaitkan dengan pemimpin kanan sebuah parti pembangkang.Samada benar atau tidak tentang kesahihan video ini yang masih lagi rancak di bicarakan oleh seluruh rakyat dimana sebahagian besar mereka mengatakan benar dan sebahagian lagi mengatakan konspirasi terbaru bagi menuduh si pelakon dalam video tersebut masih lagi menjadi teka teki dan seribu satu persoalan kepada khalayaknya.

Namun apa yang penting bagi kita umat islam dalam negara ini khususnya bangsa melayu yang terkenal dengan adab sopan dan budi bahasa disamping teras agama menjadi pendindingnya adalah menerima berita-berita ini dengan penuh teliti dan berwaspada kerana kadangkala fitnah yang datang kepada kita cukup-cukup besar dosanya sekiranya tidak benar apabila kita juga terpalit sama mengiyakannya.Biarlah mahkamah yang menentukannya walaupun ada yang berkata bahawa mahkamah juga tidak dapat lari daripada terpalit sama untuk mendalangi teori konspirasi yang telah bertahun-tahun berjalan namun kita perlu ingat sekiranya mereka yang menjatuhkan hukuman ini berdasarkan kerana penipuan dan bukan kerana kebenaran maka hukuman ke atas mereka di akhirat kelak tetap pasti ada.

Begitu juga mereka yang dilanda tohmahan dan fitnah besar sekiranya dijatuhkan hukuman yang tidak sepatutnya maka sudah pasti kebenaran akan muncul satu hari kelak.Seorang pejuang yang sebenar tidak pernah takut untuk berdepan dengan cabaran dan rintangan dalam hidupnya walaupun terpaksa merengkok dalam penjara berpuluh tahun lamanya kerana hanya mempertahankan kebenaran dalam prinsip perjuangannya.Cuma janganlah kita hanya kerana seekor nyamuk maka kelambu pun kita bakar sama yang mana akibatnya negara yang akan menjadi huru hara dan rakyat jelata yang akan menderita.Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia tiada siapa yang tahu melainkan Yang Maha Berkuasa.Kalau sudah takdir suratannya maka yang benar tetap selamanya akan bersinar dan menjadi sebutan hingga akhir hayat..wassalam




Jumaat, 4 Mac 2011

Cahaya Di Mata Mu..Senyum Di Bibir MU

Pemimpin pasti akan bersilih ganti.. dengan ibaratnya yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti..Pemimpin ini akan di ganti oleh orang apabila sampai masanya kelak..Samada mereka suka atau tidak akan situasi ini semuanya kehendak Allah Taala yang menentukan takdir keatas seseorang pimpinan itu sendiri.

Semuanya sudah di atur sebelum lahirnya manusia ke muka bumi ini dengan segala perjanjian-perjanjian yang telah di persetujui dengan Penciptanya.Kisah suka duka dan susah senang akan pasti mewarnai kehidupan perjalanan seseorang hambaNya sebagai rencah ratus sebagai pengajaran semasa mereka masih lagi di dunia ini.

Takdirnya manusia ini di lahirkan dalam berbagai keadaan dan anutan dan sesungguhnya bagi mereka yang di lahirkan sempurna sifatnya di tambah lagi dengan islam sebagai anutannya aamt beruntung kerana sudah di jamin pasti tempat mereka ini dalam syurga yang abadi sekiranya mereka mengikuti segala ajaran Allah dan RasulNya semasa hayat mereka.

 Hidayat adalah sesuatu yang amat sukar di kecapi tapi cukup senang untuk kita temui.Mereka yang di lahirkan dalam anutan selain islam sudah pasti akan mendapat petunjuk dan hidayat dari Allah Taala apabila Dia mengizinkannya.Dan bergembiralah bagi mereka yang mendapat hidayah setelah kesesatan mereka kerana mereka bagaikan soerang bayi yang baru lahir tanpa ada cacat cela dengan dosa-dosa.Beruntunglah sekiranya mereka yang mendapat hidayah terus berpegang teguh kepada al-quran dan sunnah dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Bagi generasi masa depan negara sudah pasti kita mengimpikan kepimpinan yang lebih baik daripada hari ini agar segala permasalahan dan kebuntuan dapat di leraikan dengan cukup berhemah agar segala kelemahan dapat di atasi dengan sebaik mungkin.Tiada lagi permusuhan sesama umat dan tiada lagi kata-kata keji dan nista sesama bangsa malah sesama satu agama yang dari dulu hingga kini menyeru kepada persaudaraan sesama islam.Harmonilah negara sekiranya satu agama dan bangsa berpakat bermuafakat tanpa ada rasa sifat-sifat tercela dalam diri mereka.

Cuma persoalannya apakah senyuman di bibir anak2 kecil ini di tambah dengan sinar cahaya di mata mereka akan dapat meneruskan kesinambungan tradisi untuk menjadi yang lebih baik sebagai pemimpin negara kelak sekiranya saat ini kita masih lagi bertelagah sesama agama dan bangsa?Apakah tiada perasaan kasihan atau ehsan dalam diri kita pada hari ini tentang untung nasib dan masa depan anak-anak kecil ini sekirannya kuasa terlepas ke tangan mereka yang terlalu berkepentingan yang sanggup melakukan apa sahaja hingga melupakan asal usul perjuangan datuk moyang mereka?

Berfikirlah untuk generasi masa depan negara kerana hidup kita hanya sementara sebelum ajal menjemput kita..Janganlah terlalu rakus mengejar kuasa sehingga kita lupa agama dan bangsa yang menjadi tiang seri bagi kita di bumi tercinta ini.Jangan bermegah dengan kata-kata nista sesama kita kerana lebih menampakkan lagi jahilnya kita dalam beragama.Jangan hanya pandai menjaja agama islam semata-mata kerana kuasa kerana padahnya akan terkena generasi masa depan negara." buah cempedak di luar pagar..ambil galah tolong jolokkkan..jika kita selalu bersabar..sudah pasti doa kita Allah perkenankan"...wassalam

Khamis, 3 Mac 2011

Siramilah Negara Kita Dengan Keamanan

Hingga ke saat ini bumi-bumi arab terus di landa amukan para pendemonstrasi yang saban hari semakin hari semakin bertambah bilangan negara-negara kepulauan arab yang bakal di penuhi jalanan mereka dengan para penunjuk perasaan.Muammar Gaddafi(MG) yang lantang menentang Amerika Syarikat kini terus bertahan tapi entah sampai bila.Begitu juga dengan lain-lain negara arab yang kini bagaikan gunung berapi yang bila-bila masa bakal meletuskan laharnya.

Begitu hebat sekali penangan dunia tanpa sempadan.Bermula di Mesir hanya dengan menggunakan facebook maka tumbanglah regim Hosni Mubarak(HM) tetapi saat ini situasi di negara tersebut seolah-olah bagaikan di gantung tidak bertali.Kekacauan masih lagi terus meletus dan bakal akan menjadi lebih buruk kerana masing-masing pimpinan ingin merebut kuasa setelah ketiadaan HM.Bayangan kuasa telah menjadikan diri masing-masing tamak hingga mereka terlupa tujuan asal mereka yang ingin menuntut keadilan dari sistem republik.

Libya yang kaya dengan hasil minyak sebagaimana bumi arab yang lain kini menjadi sasaran terbaru penunjuk perasaan yang mendapat sokongan daripada musuh utama negara tersebut iaitu Amerika Syarikat.Bagaikan ada agenda yang tersembunyi apabila negara utama yang menjadi suara majoriti dlm PBB ini melayarkan bahtera perangnya kerana ingin memerangi regim MG yang kononnya di labelkan mereka sebagai penjahat dunia.Seolah-olah mereka ingin menjadikan semua bumi arab ini seperti yang telah mereka jadikan kepada nasib Iraq yang kini terkontang kanting tanpa arah kemudi yang betul

Dulu sebelum penguasaan Amerika Syarikat ,negara Iraq cukup di kenali dan di hormati dengan teraju utama mereka iaitu Saddam Hussin yang senantiasa menjadi tembok penghalang terhadap niat jahat polis dunia ini.Dengan alasan bahawa Iraq punyai senjata nuklear lalu mereka mendapat mandat daripada PBB untuk menyerang dan membunuh seberapa ramai rakyat Iraq hinggakan kini Iraq bagaikan tiada lagi maruah diri sebagai sebuah negara yang cukup sifat ketamadunan mereka dulu.

Kita di Malaysia yang aman dan makmur meskipun di dalamnya terdapat berbagai agama dan bangsa yang menghuninya.53 tahun telah berlalu semenjak kita mendapat kemerdekaan dan sehingga ke hari ini kita masih lagi dapat menghirup angin kedamaian dan keamanan yang tiada sepertinya di negara lain.Ini kerana pimpinan negara amat cakna terhadap jelatanya dalam memastikan keamanan terus dapat di kekalkan biarpun pelbagai kata nista di lemparkan namun di gagahi kerana amanah yang di pikul lebih berat untuk di laksanakan demi memastikan kesinambungan kemerdekaan ini berterusan selamanya.

Dalam masa yang sama masih ada anasir-anasir luar yang cuba untuk menghuru-harakan negara kerana mereka terlalu cemburu dengan keamanan Malaysia meskipun rakyatnya berbilang agama dan bangsa namun keamanan negara terus di jadikan contoh dan tauladan oleh negara-negara jiran dan mendapat pengiktirafan luar negara dalam hal keselamatan negara.Ketegasan pihak berkuasa amat di tagih apabila adanya anasir-anasir yang tidak sihat yang cuba untuk mencetuskan rasa kurang senang biarpun pihak berkuasa selalu sahaja di cemuh dan di hina dengan pelbagai kata oleh mereka yang sememangnya tidak pernah memahami tugas pihak berkuasa.Sebagai rakyat yang patuh pada undang-undang negara, sudah pasti pihak berkuasa tidak akan sewenang-wenangnya mencabul hak mereka kerana mereka juga adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Patuhlah pada rukun negara demi perpaduan kita dalam masyarakat berbilang bangsa kerana di dalamnya sudah cukup isi rasanya sebagai panduan keamanan negara.Ikutlah rukun islam yang lima sebagai panduan kepada kita untuk menyuluh kehidupan demi masa hadapan negara tercinta dengan menjadikan agama islam sebagai rujukan utama.Jangan kita mengikut rasa kerana sudah pasti akan binasa kerana kita telah 53 tahun merdeka maka bajailah dengan penuh siraman berbunga pada negara selama-lamanya

Janganlah kita mengadu damba dengan hal-hal yang boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat dalam negara kerana padahnya akan melanda generasi masa depan negara.Cukuplah apa yang telah terjadi pada bumi arab kerana ada agenda yang tersembunyi oleh penjahat yang tidak kelihatan di mata rakyat mereka.Sayangilah negara ini dengan sepenuh hati dan jangan cuba memporak perandakan keamanan yang telah ada.Demi Agama Bangsa Dan Tanahair ini akan ku terus pertahankan hingga akhir nyawa daripada mereka yang terlalu ingin merompak kedamaian ini...wassalam

Isnin, 28 Februari 2011

Bila Lupa Asal Usul

Manusia ni kalau dah lupa asal usul memang la satu masalah dan beban bukan sahaja kepada keluarga malah kepada negara.Lebih teruk lagi kalau orang yang lupa asal usul ni mula membuat pakatan atau kumpulan untuk bersama-sama menunjukkan kelupaan diri yang ada pada mereka hingga mencetuskan rasa tidak selamat pada masyarakat dan negara.

Dulunya mereka datang ke tanah ini sebagai hamba@kuli di ladang-ladang getah@estet setelah pihak British membawa mereka datang untuk menghuni kawasan ekonomi yang di kuasai oleh pihak penjajah yang akhirnya menyebabkan perkataan "paria" menjadi sebutan yang biasa sahaja di dengar malah mereka akur dengan sebegitu kerana ia melambangkan jati diri bangsa mereka yang asalnya mereka adalah daripada negara India.

Rasanya kalau kita mengikuti sejarah tanah melayu dan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan tanah ini sudah pasti kita akan menyedari bahawa sebahagian besar daripada keringat darah yang telah mengalir adalah daripada darah pejuang-pejuang bangsa melayu yang tidak gentar demi mempertahankan tanah mereka daripada penjajah malah sanggup untuk di gantung sepertimana yang telah terjadi kepada ramai pahlawan-pahlawan melayu sepetrti tok janggut,mat kilau,dato bahaman dan ramai lagi yang telah terkorban demi tanah ini.Tidak sepertimana mereka yang mendatang ke tanah ini yang hanya tahu untuk mengaut keuntungan dan bekerja tanpa ada perasaan kasihkan negara pada ketika itu kerana bagi mereka tidak perlu menumpahkan darah disebabkan tanah ini bukan tanah mereka.

Namun pendatang-pendatang ini telah di berikan tempat yang mulia dalam negara ini oleh tuan tanah apabila "jus soli" di meterai demi untuk melihat keamanan dan perpaduan dalam negara ini.Dengan ikatan ini maka tuan tanah telah bermurah hati untuk memberikan hak sebagai warganegara kepada bangsa-bangsa pendatang ini agar kerukunan terpelihara walaupun perjanjian ini telah menyebabkan sejuta warganegara baru yang tidak di ketahui latar belakang mereka menjadi rakyat sah dalam tanah ini.

Tetapi mereka ini telah lupa tentang sikap murah dan besar hati tuan tanah ini malah hingga ke hari ni masih lagi kedengaran rasa tidak puas hati bangsa-bangsa ini terhadap layanan daripada pemerintah seolah-olah nasib mereka selalu di pinggirkan.Mereka telah lupa betapa mahal nilainya memberikan kerakyatan secara percuma kepada bangsa asing oleh tuan tanah ini hingga mereka sanggup untuk mengangkat muka pimpinan daripada negara asal mereka untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan negara ini.Tidakkah mereka ini sedar bahawa rakyat tempat asal usul mereka bukan sahaja di belenggu kemiskinan yang amat kritikal malah untuk mengecapi kehidupan dengan keadaan aman dan tenteram masih lagi tidak dapat di capai hingga ke hari ini walaupun negara asal mereka telah lama mencapai kemerdekaan.

Terbaru apabila sekumpulan fanatik hindu yang menggelarkan diri mereka sebagai HINDRAF telah mencetuskan rasa tidak selamat di ibu kota apabila mereka mengadakan demonstrasi haram bagi mengutuk novel Interlok yang telah pun di persetujui menjadi buku rujukan bagi sekolah menengah seluruh negara.Hanya kerana perkataan "paria" maka seolah-olah bagi sebilangan kecil mereka ini menyangka telah menghina bangsa mereka lalu bangkit tanpa memikirkan kesan buruk pada negara dengan mengadakan bantahan haram yang bukan sahaja boleh menghuru-hara kan negara malah mencetuskan tragedi perkauman sebagaimana yang telah berlaku pada tahun 1969 dulu.Mereka tidak mendengar arahan pihak berkuasa malah semakin menunjukkan lagak seolah0-olah negara ini mereka yang punya dan ingin menjadikan negara ini seperti negara asal mereka yang saban hari boleh dikatakan berlaku kekacauan hingga menjejaskan mata dunia terhadap keadaan dalam negara asal mereka.

Mungkin mereka ini lupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa tanah ini masih ada tuannya.Tuan yang telah banyak bertolak ansur dalam segenap aspek dan penjuru terhadap bangsa-bangsa pendatang ini hingga kadang-kadang menyakiti hati bangsa tuan tanah itu sendiri.Apakah hati dan perasaan tuan tanah ini akan selamanya bersabar dengan segala perangai bangsa-bangsa pendatang ini?Apakah mereka  menyangka senyapnya tuan tanah selama ini kerana rasa takut terhadap mereka atau mereka ini sengaja mencari penyakit untuk di amuk oleh tuan tanah?

Sejarah telah membuktikan bahawa tuan tanah ini apabila bangkitnya mereka sudah pasti akan mencetuskan rasa gerun dan takut kepada sesiapa juga yang cuba untuk merampas tanah ini kerana darah pahlawan-pahlawan melayu dahulu tetap mengalir laju dan hanya menunggu saat dan ketikanya untuk memunculkan diri.Jangan Lupa Asal Usul mu wahai mereka yang mendatang kerana kersani tetap senantiasa ada mengalir dalam diri setiap bangsa melayu islam di negara ini."terlajak kata dan perbuatan..maka padah yang menimpa" dan janganlah cuba untuk menjadi hero kepada sesuatu yang tidak masuk akal kerana keamanan dalam negara ini lebih penting daripada segala-galanya.Hargailah niat ikhlas tuan tanah selama ini demi keamanan dan kedamaian bersama....wassalam

Khamis, 17 Februari 2011

Berubah Atau Rebah!

Rasanya sudah berbuih nasihat yang keluar daripada Presiden Umno yang juga Pengerusi BN tentang ungkapan Berubah Atau Rebah ini kepada seluruh warga kompenan BN khususnya kepada pimpinan UMNO.Namun semuanya ibarat masuk telinga kanan dan dalam masa yang sama juga terus laju keluar telinga kiri.Bagaikan tiada apa-apa pedoman yang diberikan oleh memanda terhadap anak buahnya tapi itulah hakikat bahawa sebahagian besar barisan kepimpinan dalam BN ini seolah-olah acuh tidak acuh terhadap teguran dan ingatan ini.

Entah apa jembalang tanah yang menghalang pimpinan ini untuk akur dan mengikut amanat Dato Seri Najib(DSN) agar semua kelemahan diri pimpinan tersebut dapat di perbetulkan sebelum segalanya terlambat.Tetapi itulah realitinya bagi sebahagian besar pimpinan khasnya daripada parti Umno yang masih lagi seolah-olah bebal dan kebal serta pekak telinganya apabila masing-masing turun ke bahagian terus bertapa tanpa melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat kepada parti terbesar orang melayu ini.

Mungkin juga mereka merasakan sindrom tidak mengapa dan boleh berdamping serta bertemu mata dengan rakyat apabila saat-saat pilihanraya tiba masih lagi kebal dalam benak mereka.Sedangkan sindrom inilah yang menjadi onak dalam duri kepada parti apabila tibanya musim pilihanraya tapi masih lagi di amalkan seperti amalan wajib sabann hari yang berganti bulan hingga bertemu kembali pilihanraya.Mungkin juga mereka merasakan kemenangan demi kemenangan yang di raih BN dalam PRK yang masih ada 2 lagi PRK yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi telah mencetuskan fenomena selamat bagi mereka hinggakan tabiat lama terus di kekalkan yang pastinya akan membawa padah pada parti pada PRU13 nanti.

Pergolakan yang masih lagi berlaku dalam kepimpinan bahagian juga dan sehingga kini masih belum reda malah bertambah panas dan hangat juga merupakan salah satu faktor kepada rebahnya calon masing-masing dalam pilihanraya kelak.Kepentingan diri dan kroni masih lagi di utamakan dan menjadi tunjang kepada diri hingga keutamaan kepada parti di ketepikan sebegitu sahaja.Parti tidak lagi menjadi keperluan paling utama dalam perjuangan mereka tetapi berubah kepada hawa nafsu semata-mata.Mereka sanggup untuk membunuh sesama sendiri dalam parti agar legasi mereka dapat bertahan walaupun dalam masa sama semangat kekitaan sesama ahli amat-amat di perlukan apalagi dalam saat yang amat genting ini.

Cukupulah apa yang berlaku pada PRU12 yang lalu di jadikan sebagai pengajaran kepada pimpinan Umno dan BN.Kegagalan mempertahankan majoriti cemerlang dalam PRU11 kerana faktor-faktor kepentingan diri dan juga tidak cakna kepada keadaan semasa mood rakyat bukan sahaja telah meranapkan sama sekali impian untuk merampas negeri kelantan yang telah 4 penggal di tawan pembangkang malah meluluhkan jiwa pimpinan utama kompenan BN apabila 4 lagi negeri telah di tawan termasuklah negeri yang paling maju iaitu selangor.Semuanya kerana silap percaturan malah dan kerana sikap sesetengah pimpinan bahagian yang masih lagi tidak mahu berubah demi untuk kejayaan parti.

Hargailah segala penat lelah jentera parti khususnya semangat kerja daripada ahli untuk menjamin kemenangan dalam pilihanraya.Juga dengarilah segala nasihat dan panduan daripada Presiden parti yang tidak jemu-jemu untuk menyedarkan kepada anak buahnya agar berubah dan berubah demi untuk kemenangan dalam PRU13 yang kini mula menampakkan dirinya.Amatilah dengan penuh kejujuran setiap tingkah laku kita sebagai pemimpin dan senantiasa bermuhasabah agar kepimpinan kita akan di hargai oleh rakyat dalam bahagian masing-masing demi untuk mengelakkan daripada rebah tersungkur apabila tiba hari penghakiman.."Tanam Pinang Rapat-Rapat..Agar Puyuh Tak Dapat Lari..Presiden Parti Asyik Mengingat..Tapi Anak Buah Buat Pekak Dan Tuli"..Sebelum rebah...berubahlah wahai pimpinanku demi untuk menjamin kedaulatan dan keamanan tanah ini..wassalam

Rabu, 16 Februari 2011

Berjiwa Besarlah Saudara

Bila sudah namanya manusia..
maka tidak dapat tidak mereka akan ada perasaan-perasaan yang selalu menjadikan diri mereka..
cepat lupa pada asal keadaan..
Kalau dulu mereka bukan sesiapa..
malah terlalu naif untuk mengenali nikmat dunia kerana kemiskinan yang menimpa..
tetapi apabila di bukakan pintu rezeki yang melimpah ruah kepada mereka..
terus mereka lupa pada asal kejadian sebelumnya.
Dulu mereka tidak mengenal kuasa itu bagaimana..
lalu mereka selalu memanjatkan doa kepada Yang Kuasa..
agar di berikan kepada mereka kenikmatan dunia..
supaya mereka dapat terus mencipta kehidupan..
yang semakin hari semakin tersiksa kerana mengejar isi perut dunia.
Namun apabila kuasa ada di tangan mereka..
mereka mudah lupa siapa yang memberinya malah lebih jauh lagi terus merompak segala nikmat dunia.. kerana kuasa di genggaman tangannya..
hingga terlupa ajal yang akan menjemputnya
Musim pilihanraya kini menjelang tiba.. dengan berbagai berita yang bukan sahaja meluluhkan jiwa mendengarnya..
gara-gara perbuatan mereka terhadap rakyat jelata..
namun tetap mereka ingin rakus merebut kuasa ..
sedangkan pada pandangan mata manusia.. mereka sebenarnya sudah tiada apa.
Hanya nama yang gah berjela-jela..
dengan pangkat tetapi miskin dengan perangai yang meloyakan mata..
Mereka terus bertahan demi kuasa..
walaupun menyedari rakyat dah mula mengerling..
apabila mereka kunjung tiba pada hanya musim pilihanraya.
Akhirnya parti yang menjadi mangsa..
gara-gara manusia seperti mereka..
yang tidak pernah puas berkuasa..
walau hakikatnya mereka bagaikan si kurap yang berbaju kemeja.
Mereka ini bagaikan raja..
sesedap hati mengatur rencana..
agar kuasa terus menjadi miliknya hingga termuntah jelata melihatnya..
Namun mereka terus bermaharajalela..
kerana menganggap tiada siapa yang bisa menumbangkannya..
tanpa sedar ada kuasa yang melebihinya.. yang menunggu masa untuk mengalihkannya..
Apakah harta terus menjadi taruhannya..
atau kuasa menjadi impiannya hingga mati ingin bersama-sama?
Berjiwa Besarlah wahai saudara agar parti keramat terus di puja dan menjadi pembela kepada agama dan bangsa selama-lamanya....wassalam