Selasa, 28 Disember 2010

2011-Rakyat Bakal Menterjemah

Pertukaran beberapa kerusi perhubungan negeri yang berlaku beberapa hari lepas terus menjadikan persoalan tentang tarikh pilihanraya umum semakin hangat di perkatakan oleh arus perdana khususnya media walaupun di nafikan sekeras-kerasnya oleh barisan kepimpinan dengan mengatakan bahawa perkara pertukaran ini adalah perkara yang senantiasa berlaku.Namun rakyat sebahagian besarnya pada hari ini tidak lagi mungkin mudah tertipu kerana mereka seolah-olah sudah dapat menduga akan apa yang akan berlaku dalam masa 18 bulan ini selepas beberapa penangguhan pemilihan dalam parti khasnya dalam kompenan Barisan Nasional.Penangguhan yang telah berlaku memberi reaksi yang cukup nyata bahawa PRU13 semakin dekat walaupun berbagai telahan di buat dengan ada yang menyatakan bahawa paling awal PRU13 adalah pada Mac 2011
 Penggantungan empat orang ahli parlimen daripada pembangkang juga seolah-olah di sifatkan sebagai rancangan paling besar telah di lakukan oleh pihak kerajaan walaupun kalau di lihat secara lebih berhemah bahawa pergantungan mereka ini adalah kerana kesalahan yang telah dilakukan di parlimen yang menjadi institusi keadilan bagi rakyat sehingga memaksa Yang Di Pertua menggunakan seluruh kuasanya agar institusi ini terus terjaga tanpa dapat di ganggu gugat oleh permainan jahat segelintir pembangkang yang seolah-olah tidak pernah berpuas hati selagi kuasa tidak dapat mereka gapai.Dan akhirnya ketua pembangkang bersama 3 ahli parlimena yang lain telah di gantung selama 6 bulan yang mengundang berbagai reaksi bahawa pilihanraya semakin hampir dengan pihak pembangkang menuduh bahawa konspirasi ini adalah di rancang agar majoriti 2/3 memihak kepada pihak kerajaan yang memerintah agar perancangan persempadanan semula dapat di lakukan apabila parlimen bersidang kelak yang pada kacamata pembangkang akan memberi kelebihan kepada parti yang memerintah utk terus mengekalkan kuasanya apabila PRU13 menjelma kelak.
Disebalik serangan bertali arus pembangkang terhadap kepimpinan Dato Seri Najib, 1Malaysia terus gah di perkatakan oleh sebahagian rakyat hinggakan ada kerajaan negeri yang di perintah oleh pihak pembangkang melarang menggunakan logo tersebut kerana cukup khuatir kesannya kepada sekalian rakyat yang melihat akan kembali mengundi BN apabila jenama ini ada di segenap pelusuk negeri dan semakin terkenal hingga dapat mengubah persepsi rakyat yang pada mulanya amat janggal dan merasakan bahawa jenama ini adalah retorik semata-mata.Namun kesungguhan dan keikhlasan pihak kerajaan dalam menjadikan 1Malaysia ini adalah lambang perpaduan yang paling utuh hasil perpaduan yang di warisi secara turun temurun semenjak kemerdekaan pada tahun 1957 terus mencetus fenomena luar biasa daripada kalangan rakyat yang cukup teruja dengan segala keperluan yang mendahulukan rakyat dalam setiap aspek walaupun ada beberapa program pembangunan yang di rancang kerajaan tidak di nafikan seolah-olah tidak banyak memberi impak besar kepada rakyat yang berpendapatan sederhana apalagi rakyat yang masih lagi tergolong dalam taraf hidup kemiskinan yang masih lagi memerlukan pertimbangan yang paling adil daripada pihak kerajaan agar golongan ini tidak akan terlepas pandang apabila sesuatu rancangan raksasa hendak di laksanakan.
Ini kerana rakyat yang akhirnya akan mengadili pemerintah apabila tiba masanya kelak iaitu apabila PRU tiba.Pada masa itu,hayat yang berhormat seolah-olah berada dalam saat yg paling genting apalagi bagi mereka yang memegang jawatan besar dalam kerajaan kerana segalanya bergantung kepada secalit undi daripada rakyat yang mereka hargai ataupu  tidak selama ini.Jika rakyat kawasan mereka itu merasakan diri mereka di hargai oleh pimpinan sebelum pilihanraya menjelang maka sudah pasti rakyat akan terus memberi undi kepercayaan dengan mengekalkan kemenangan kepada si calon namun jika sebaliknya maka bahanalah yang akan menimpa iaitu kekalahan yang akan mengakhiri riwayat seorang pemimpin ataupun akan di sambung dengan talian hayat yang masih ada pada mereka walaupun setelah kalah!Bila kekalahan menimpa barulah pemimpin itu sedar bahawa jawatan dan gelaran ini adalah pinjaman sementara sahaja kerana yang berkuasa untuk menentukan semuanya ini adalah rakyat yang berada di kawasan mereka.Jika sebelum ini mereka yang bergelar yang berhormat ini di hormati oleh rakyat kerana kemenangannya tetapi selepas kekalahannya tiada lagi rasa hormat rakyat kepada mereka ini gara-gara ketika mereka mempunyai jawatan dan gelaran tidak pernah mengambil berat hal rakyat bahkan untuk memunculkan diri bersama rakyat amat payah sama sekali.Akhirnya yang menghukum kembali mereka ini menjadi orang biasa juga adalah rakyat dengan tidak lagi memberikan undi semasa pilihanraya.
Mungkin belum terlambat kepada Yang Berhormat utk menjadi Yang Berkhidmat kepada rakyat mereka kerana jangkamasa yang masih ada akan dapat mengubat semula luka-luka di hati rakyat namun kesemuanya bergantung kepada kebijaksanaan si polan tersebut kerana rakyat pada hari ini dengan kuasa penentu di tangan pengundi muda tidak boleh di tipu dengan sesenang-senangnya.Mereka ini sudah tahu gerak bibir dan memek muka si pelakon yang berada di depan mereka samada pelakon yang melakonkan watak seorang pemimpin ini adalah benar-benar menghayati watak tersebut atau hanya sekadar melepaskan batuk di tangga untuk menjadi pelakon bagi rakyat.Ingatlah bahawa rakyat jelata yang menjadi penentu kepada hayat seorang ahli politik samada daripada parti yang memerintah mahupun pembangkang.Jawatan adalah amanah rakyat kepada seorang pemimpin tersebut untuk menjadi suara kepada mereka agar hak-hak mereka sebagai rakyat akan terus terpelihara dan bukan sebagai jambatan untuk seseorang itu terus mengaut keuntungan demi diri dan kroninya hasil daripada kesusahan rakyatnya.Jadilah seorang khalifah yang sayangkan rakyatnya dan dalam masa sama tidak pernah lupa untuk kehidupan kedua di akhirat kelak yang akan menjadikan mereka itu sebagai khalifah yang mulia sebagaimana khalifah-khalifah islam selepas kewafatan junjungan besar Nabi Muhammad SAW..wassalam

Isnin, 20 Disember 2010

Siapa Pilihan Rakyat? Yang Berhormat atau Yang Berkhidmat

Penangguhan pemilihan parti yg bermula daripada parti terbesar orang melayu iaitu parti UMNO telah menyebabkan ungkapan PRU13 semakin galak di perkatakan..Kerana dominasi yang ada pada parti umno ini biasanya mempunyai sebab-sebab yg tertentu sehingga MT UMNO telah sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan sehingga ke 18 bulan..Desas desus tersebar pantas dan persepsi ttg perkhabaran pilihanraya umum bakal berlangsung dalam tempoh tersebut tidak dapat lagi di bendung di perkatakan samada di kedai2 kopi bermula dari kawasan bandar hinggalah kampung
Selepas itu pengangguhan parti2 lain dalam kompenan BN bagaikan mengekori sang dominasi apabila satu demi satu pennangguhan terjadi..Sudah amat jelas bahawa pilihanraya semakin dekat dan yang paling awal diperkatakan adalah dalam bulan mac 2011 ini dan yang paling lewat adalah pada penggal ke2 tahun 2012..Masing2 kini bersiap sedia mengukuhkan perpaduan dalam parti sebelum mereka berarak keluar turun padang bagi menemui rakyat yang akan menjadi penentu kepada siapa yang akan menjadi pemerintah apabila PRU13 berlaku kelak..Parti UMNO yang menjadi majoriti dalam kompenan BN sudah pasti akan bermatian2 mempertahankan kemenangan mereka sejak dahulu lagi sementara pakatan rakyat yg di ketuai oleh PKR mula menconggak untuk menawan putrajaya setelah kemenangan luar biasa mereka pada PRU12 lalu.
Apa yang menjadi pasti kepada kemenangan pada setiap parti yang bertanding selain drpd usaha keras pimpinan mereka dalam merapati dan mendekatkan diri kepada rakyat dengan turun ke padang adalah calon.Calon memainkan peranan paling utama setiap kali tibanya pilihanraya kerana itulah senjata terakhir setiap parti dan kerana itulah setiap parti yang bertanding pada kali ini cukup berhati2 dalam soal pemilihan calon2 mereka.Jika tersalah pilih calon maka sudah pasti akan kecundang dalam pertandingan nanti lebih-lebih jika bakal calon yang bertanding mempunyai persepsi yang cukup memualkan rakyat dalam kawasannya.Trend terkini memperlihatkan bahawa kemenangan satu2 parti yang bertanding adalah daripada soal calon kerana apa yang penting bagi rakyat dalam kawasan tersebut adalah calon yang benar2 bersih dan tidak mempunyai rekod yang buruk selain mesra rakyat serta mudah didekati agar rakyat dapat merasakan kehadiran seseorang yang bakal menjadi Yang Berkhidmat kepada mereka selepas pilihanraya akan terlaksana.
Pengundi yang ada pada masa ini adalah pengundi baru yang  bukan sahaja pintar malah akan cukup mengenali si calon yang bakal mewakili mereka supaya mereka tidak lagi boleh di perbodohkan dengan janji janji manis sebelum pilihanraya sebagaimana yang di alami oleh sebahagian besar orang tua mereka sebelum ini.Dengan peningkatan pengundi baru yang di dominasi oleh golongan muda sudah pasti satu cabaran yang amat besar kepada setiap parti yang akan bertanding kerana golongan ini adalah golongan yang berfikiran terbuka sesuai dengan dunia kini yang tiada batas persempadan bagi mereka.Segala maklumat samada benar atau tidak menjelma di depan mata mereka apabila mereka menghendaki untuk mengetahui setiap butiran sesuatu perkara yang berlaku.Golongan ini akan cukup berhati2 dalam memilih siapa yang akan menawan hati mereka dengan melihat dari setiap aspek termasuklah dalam soal calon samada di mata mereka ini si calon akan dapat menjadi pemimpin kepada mereka khususnya dalam kawasan.
Boleh kita katakan bahawa golongan muda ini sudah mempunyai pilihan mereka yang tersendiri dan apabila tiba saatnya kelak sudah pasti mereka akan mengundi calon yang parti yang mereka mahukan.Mereka kini seolah2 tidak lagi peduli soal parti yang bertanding tetapi mereka kini lebih mengutamakan siapa calon yang bakal berkhidmat kepada mereka.Mereka tidak mahu calon yang hanya ingin menjadi Yang Berhormat yang hanya akan menjelmakan diri mereka hanya sesekali dalam kawasan sedangkan seluruh rakyat dalam kawasan tersebut telah memberikan kemenangan kepada si calon semata-mata untuk memberi perkhidmatan yang paling baik kepada pengundi sebagai balasan mereka memberikan kemenangan semasa pilihanraya.Golongan ini tahu bahawa seseorang itu tidak akan menjadi Yang Berkhidmat sekiranya mereka kalah dan inilah antara tumpuan golongan pengundi muda semasa proses pilihanraya yang akan berlaku untuk melihat segala kriteria yang ada pada parti dan calon tersebut.Pengundi muda adalah penentu kepada kemenangan sesebuah parti dalam PRU13 kelak maka pihak yang bertanding mesti berhati2 dalam menabur janji dan dalam memilih calon mereka.
Tidak kira samada UMNO dan kompenannya mahupun PKR dan pakatannya kerana pilihanraya pada kali ini adalah penentu kepada parti yang bertanding disebabkan adanya pengundi muda yang sedang menunggu dan melihat akan segala2 yang parti2 yang bakal bertanding ini lakukan.Mereka tidak lagi boleh di tipu dengan sewenang2nya bahkan mereka pasti akan menghukum kelalaian dan kerakusan yang pada pandangan mereka akan merosakkan kehidupan yang semakin mencabar kepada mereka.Apapun saya mendoakan yang terbaik kepada parti keramat orang melayu iaitu UMNO untuk melihat dan berani melakukan perubahan khususnya dalam pemilihan calon demi kesinambungan kemenangan  yang berterusan...wassalam

Sabtu, 11 Disember 2010

titah untuk peringatan

Hak-hak istimewa orang melayu dengan konsep ketuanan melayu kini kembali bergema.Sultan-sultan kini mula bertitah untuk mengingatkan kepada sekalian jelata bahawa hak-hak ini dan konsep inilah yang telah membawa kemakmuran dan keamanan sejak sekian lama.Sebagai denyut nadi dan payung kepada agama islam dan bangsa melayu di tanah ini,para sultan mengambil inisiatif dan jalan yang paling baik iaitu pada hari baru islam atau lebih di kenali sebagai ma`al hijrah dengan mengingatkan kepada rakyat khususnya bangsa melayu itu sendiri akan hal ini kerana khuatir jika lambat di tegur sudah pasti bahana yang lebih celaka akan menimpa negara apatah lagi nasib bangsa yang semakin dipermainkan oleh sesetengah daripada mereka yang lupa dan cuba memadamkan sejarah tanah melayu ini
Agama islam kini menjadi mainan utama pihak-pihak terbabit sebagai senjata utama mereka meraih kuasa. Ia menimbulkan rasa yang amat tidak di senangi oleh para sultan yang bertakhta kerana sebagai peneraju utama kepada agama islam ini sudah tentu mereka akan membuat teguran berdasarkan pengamatan dan situasi semasa yang berlaku  dan tidak  hanya untuk sekadar suka-suka.Amanah yang di pegang selaku kunci utama agama islam di tanah ini membuatkan mereka terpaksa bersuara meskipun ada kalangan rakyat akan mempersoalkan kewajaran tersebut namun demi untuk melihat islam tidak sewenang-wenangnya di permainkan maka suara para sultan ini amat di perlukan sebelum nasi menjadi bubur
Segolongan mereka yang cerdik pandai dan amat fasih dan faham ttg bahasa al quran ini telah menjadikan agama seolah2 cara untuk mereka mendapatkan kuasa dengan membuat pentafsiran-pentafsiran yg telah membawa kepada penyelewengan akidah yang teruk di kalangan umat islam malaysia hinggakan agama ini di permainkan sesuka hati oleh mereka-mereka yang tidak faham tentang ajaran islam ini atau lebih kita kenali sebagai orang bukan islam.Selama ini bahasa al quran ini cukup terbela dan terpelihara drpd anasir-anasir seprti ini namun dengan kemunculan ulamak berkonsepkan kuasa ini telah membuatkan agama islam kini tidak lagi di hormati hinggakan telah menjatuhkan imej islam di kacamata agama2 lain di negara ini.Lebih teruk mereka memberi restu dan mengatakan bahawa apa yang telah dilakukan oleh sesetengah orang bukan islam yang menggunakan ayat al quran itu sebagai tanda mereka ingin mengenali islam dengan lebih mendalam hinggakan berlaku penyalahgunaan pentafsiran oleh orang bukan islam ini terhadap ayat al quran tersebut.Islam dan segala yang ada didalamnya kini seolah2 cukup murah untuk di mainkan oleh orang bukan islam gara2 adanya ulamak yang rakus untuk mengejar kuasa dalam memastikan hasrat mereka terlaksana dalam PRU13 kelak.Mereka sanggup bersekongkol dalam apa sahaja keadaan dan sanggup memberi pentafsiran apa sahaja asalkan berjaya mengalih perhatian penyokong-penyokong khasnya fanatik mereka agar terus berada bersama mereka meskipun terpaksa mengadaikan maruah dan prinsip perjuangan
Dikalangan bangsa melayu juga ada yang ingin menjadi petualang dan khianat kepada bangsa sendiri gara-gara kemaruk kuasa hinggakan kalangan mereka sanggup untuk membuang raja dan bangsa.Mereka tidak lagi menoleh ke belakang untuk melihat sejarah yang tidak mungkin di ubah sampai bila-bila tetapi keinginan nafsu mereka untuk merebut kuasa terlalu tinggi hinggakan sanggup menjadi alat boneka kepada segelintir rakyat yang ingin melihat perpecahan dan perpaduan dalam bangsa melayu.Mereka ini di sajikan dengan sejuta mimpi indah oleh perosak negara ini demi memastikan hasrat mereka dapat ditunaikan.Konsep ketuanan melayu telah mereka lemparkan jauh-jauh dalam misi perjuangan mereka sejajar dengan janji-janji yang telah mereka sepakati sesama mereka.Mereka seolah2 tidak lagi mahu mengaku ttg hak-hak bangsa melayu ini malah dengan angkuh ingin meranapkan nasib anak bangsa apabila sanggup untuk melantik kalangan bukan melayu menerajui pimpinan sekiranya kuasa mereka dapat di nyatakan kelak.Alangkah dangkalnya bila melayu malu untuk mengaku melayu sedangkan selama ini mereka ini mendapat kekayaan dan sejuta nikmat hasil daripada diri mereka yang beridentitikan bangsa melayu.Mereka jadi lupa dan tidak mengenal jasa kepada negara yang tercinta ini apabila menolak konsep dan hak melayu
 Mereka lupa bahawa tanah ini di bangunkan oleh para pejuang yang bertungkus lumus hingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan segala apa yang ada di tanah ini daripada terlepas ke tangan mereka2 yang ingin menjual negara.Mereka juga lupa bahawa tanah ini mempunyai pemegang kunci kepada bangsa dan agama yang akan bersuara sekiranya keadaan memaksa.Ketaksuban mereka untuk melihat parti-parti mereka ini menjadi kuasa pemerintah tidak dapat lagi di bendung apabila menjanjikan segala benda yang jelas bertentangan dengan perlembagaan negara.Mereka sanggup menderhaka kepada raja malah lebih rakus ingin membuang nama melayu dalam kamus sejarah negara seolah2 mereka tidak pernah meminta daripada nama sebagai bangsa melayu
Sebelum segalanya terlambat..wajarlah bagi kita semua khususnya anak bangsa melayu islam mengambil pedoman dan pengajaran daripda titah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang nasib bangsa melayu dan agama islam yang semakin di perlekehkan.Jangan kita menunggu sehingga nasi menjadi bubur baru kita nak mula membuka mata tatkala kuasa tiada lagi di tangan.Sesal dahulu pendapatan adalah lebih baik daripada sesal kemudian yang tiada gunanya lagi...wassalam

Selasa, 30 November 2010

Sayangilah Keamanan Ini

Bertuah sungguh kerana kita di lahirkan dalam sebuah negara yang bukan saja cukup harmoni dalam kepelbagaian agama kaum dan budaya bahkan kedamaian yang kita kecapi hari ini menjadikan negara ini sebagai negara yang paling seronok di lawati oleh pelancong2 asing kerana keyakinan mereka untuk melawati dan merasai sendiri keharmonian kaum yang tiada terdapat di negara lain.Keamanan yang di kecapi ini bukannya mudah untuk di laksanakan seandainya bangsa2 yang ada tidak menghormati antara satu sama lain dan seringkali mencari sebab musabab untuk menjurus ke arah nama perpecahan seterusnya melahirkan rusuhan yang mampu menghilangkan keamanan yang di kecapi.
Sesuatu yang cukup susah pada mulanya di sangkakan oleh penjajah british semasa rombongan menuntut kemerdekaan datang ke negara mereka kerana pada anggapan mereka bahawa akan sia2lah sahaja kedatangan rombongan tersebut hasil daripada tekaan bahawa tanah melayu tidak mampu merdeka di sebabkan oleh berbagai bangsa dan agama yang ada pada masa tersebut yang mungkin membantutkan hasrat kemerdekaan yang sememangnya amat di sukai oleh penjajah british ini.Namun kesabaran dan dugaan serta pengorbanan para pemimpin negara dan juga rakyat tanah melayu pada masa itu telah di jawab dengan persetujuan oleh pihak british dgn memberikan kemerdekaan penuh kepada tanah melayu apabila mereka sama sekali tidak menduga bahawa permuafakatan yang di capai oleh wakil2 bangsa tersebut semasa dalam pelayaran tersebut telah membuatkan mereka akhirnya bersetuju dengan cadangan dan pandangan pimpinan kemerdekaan tersebut dan hasilnya pada tanggal 31 Ogos 1957,laungan merdeka telah menyemarak dan membuatkan seluruh rakyat tanah melayu merasa amat terharu dan bangga kerana berjaya melepaskan diri dari belenggu penjajahan yang sekian lama amat di tunggu oleh sekalian jelata.
Hari berganti hari dan minggu berganti bulan serta tahun akhirnya kini sudah 53 tahun negara ini mencapai kemerdekaan dengan merangkak sedikit demi sedikit keluar dari kepompong kemiskinan hingga menjadikan negara ini berjaya di gelar sebagai negara yang membangun dengan cukup pantas berbanding dengan umur kemerdekaannya yang hanya boleh di ibarat setahun jagung hingga jauh meninggalkan negara2 jiran  yang telah lama mengecap nikmat kemerdekaan.Keamanan dan kedamaian negara ini begitu di cemburui oleh negara2 jiran sehinggakan negara kita telah menjadi banyak contoh kepada negara2 lain yg membangun hasil dari kerjasama rakyat jelata dan juga pimpinan negara dalam mengolah dan mengatur langkah menjadikan malaysia gah di persada dunia.Kepimpinan negara yang silih berganti terus menunjukkan komitmen yg cukup tinggi untuk memajukan pertiwi dengan merencanakan pelbagai program dan agenda untuk meneruskan kesinambungan para pimpinan terdahulu.Kini negara telah berperdanakan menterikan yang ke 6 dengan YAB Dato Seri Haji Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak yang juga anak kepada perdana menteri Malaysia yang ke 2 terus meneruskan legasi perjuangan ayahandanya dengan dasar-dasar yang bakal menjadikan negara ini terus memacu sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Namun begitu keamanan yang ada ini seringkali di ganggu gugat bukan sahaja oleh anasir2 luar yang jahat malah yang lebih tragis lagi apabila ada kalangan anak bangsa yang sanggup menjadi petualang untuk menghancurkan negara ini dengan bermuka-muka kepada rakyat malah lebih jahat lagi apabila mereka kini semakin lantang untuk mengusir keluar konsep yang berlandaskan perlembagaan yang ada.Lebih teruk mereka ini berani mencabar kuasa raja-raja melayu dengan menyatakan bahawa konsep ketuanan melayu tidak lagi boleh diguna pakai oleh zaman ini kerana jauh ketinggalan zaman.Mereka cuba menutup sejarah negara dengan tidak lagi berpegang pada prinsip rukun negara yang di amalkan sekian lama bahkan cuba untuk menggantikan konsep ini dengan dasar liberal yang berpaksikan untuk menjadikan negara ini sebuah republik.Keamanan yang di kecapi apatah lagi dengan perseimbangan konsep pembahagian adil kepada bangsa2 di negara ini akan lenyap sekiranya mereka menjadi kuasa pemerintah kelak kerana sudah terang lagi bersuluh matlamat mereka ini menjadi semakin jelas setiap hari dengan mengapi-apikan bahawa konsep ketuanan ini lemah dan tidak lagi boleh di terima pakai.Konsep sama rata menjadi agenda utama para petualang ini dengan mewar2 kan bahawa setiap bangsa mesti menerima sama rata hasil setiap apa juga perkara dan kekayaan dalam negara ini sekaligus menjadikan hubungan kaum yg cukup aman ini bergelora dan membangkitkan rasa ketidakpuasan hati dalam diri setiap bangsa dalam negara.
Ingatlah jika rakyat negara ini terus memberi muka kepada para petualang ini sudah pasti segala keamanan,kedamaian dan kebahagiaan yang selama ini di kecapi dengan penuh nikmat akan tiada bahkan menjadikan suasana huru hara yang tiada penamatnya.Yang lebih pasti adalah hak2 orang melayu dan peribumi pasti luput dan akan menjadikan bangsa melayu mungkin sebagai pengemis dalam tanah tumpah sendiri kerana kedhaifan sebahagian besar rakyat yang mudah termakan pujuk rayu para petualang ini.Jagalah kedamaian ini untuk generasi masa hadapan agar mereka akan terus mengenang segala apa juga tindakan kita pada hari ini dalam terus menjadikan negara ini kekal dalam keadaan aman dan sejahtera...wassalam

Isnin, 29 November 2010

Mereka Yang Kurang Belajar Sejarah

Rasanya sudah terlalu melampau apabila presiden boneka yang memang cukup setia pada kehebatan suaminya hingga mengatakan bahawa si suaminya itu adalah anugerah tuhan kepada rakyat malaysia ini untuk menjadi pemimpin mereka telah mencetuskan sejuta rasa kemarahan kepada bangsa melayu di tanah ini dengan membuat kenyataan yang cukup-cukup menjadikan diri dan kawanannnya sebagai petualang kepada bangsa melayu.Merelakan untuk menghapuskan Ketuanan Melayu semasa partinya bersidang dalam sehari dua ini telah menimbulkan rasa yang cukup gembira khasnya kepada mereka-mereka yang sememangnya menunggu untuk melihat keberanian yang di bangkitkan oleh bangsa melayu itu sendiri berdasarkan pada jenama melayu
Mereka seolah2 telah memenangi hati orang-orang melayu  yang gila kuasa ini untuk membenci konsep ketuanan ini yang sekian lama cukup mereka bersabar kerana ketidakmampuan mereka mengubah persepsi sebegini lebih2 lagi konsep ini menyentuh kedaulatan raja-raja melayu yang menjadi payung agama dan bangsa ini.Sebenarnya inillah yang amat paling ditakuti oleh mereka yang bergelar cauvinis kerana faktor raja-raja melayu lah yang menjadikan mereka seolah2 bagaikan kera sumbang akibat tidak berdaya untuk mengalih pandangan umum apabila berkait rapat dengan institusi raja.Mereka tahu bahawa orang melayu cukup hormat pada raja-raja mereka sebelum mencapai kemerdekaan sehinggalah sekarang dan itulah kelemahan ketara cauvivis ini hingga mengkaburkan hasrat mereka untuk melihat tanah ini menjadi seperti tanah di seberang sana yang di gelar republik
Hasilnya kini orang melayu sendiri yang berkokok bagai nk rak supaya konsep ini dihapuskan sama sekali tanpa mereka yang lupa identiti bangsa ini mengetahui bahawa keceluparan mereka ini menyentuh institusi raja-raja berlembagaan yang menjadi denyut nadi kepada agama islam dan bangsa melayu.Kerakusan sesetengah melayu lupa daratan ini sehingga sanggup bersekongkol dengan mata-mata republik telah menjadikan suasana politik menjadi cukup panas dan begitu bergelora apabila mereka sanggup melakukan apa juga cara asalkan matlamat tercapai.Mereka ini tidak lagi berbangga dengan identiti bangsa kerana kata mereka konsep sebeginilah yyang menjadikan negara ini kian mundur dan telah menjejaskan hubungan kaum yang selama ini cukup kukuh terbina hasil ketidakadilan dalam sistem yang berkonsepkan ketuanan ini.
Mereka sebenarnya sudah mula lupa diri apabila kekayaan yang mereka raih hasil drpd konsep ini telah menjadikan mereka lupa asal usul dan susur galur sejarah yang di bina oleh pejuang2 melayu semenjak kedatangan kuasa asing yang pernah menjadi penjajah kepada tanah ini.Mereka menyalak seolah2 hasil kekayaan yang ada pada mereka adalah hasil usaha sendiri tanpa ada bantuan daripada konsep bermuafakatan berbagai bangsa yang telah termaktub dalam perlembagaan yang bersaksikan raja-raja melayu sebagai kuasa terakhir menjadi pelindung kepada hak dan keistimewaaan orang asal tanah ini.Mereka juga lupa bahawa tanpa ada darah bangsa melayu yang mengalir dalam diri mereka tidak mungkin mereka akan mendapat keistimewaan2 yang wajib di berikan kepada seorang yang berbangsa melayu apatah lagi dalam soal yang melibatkan kepentingan agama bangsa dan negara.Malahan mereka malu untuk mengaku sebagai melayu gara- mereka terpesona dengan helah dan tipu daya bangsa cauvinis yang cukup mengujakan mereka untuk merintis ke arah konsep republik yang selama ini amat di nanti oleh si cauvinis ini dengan menjadikan melayu itu sendiri sebagai kepala haprak dalam menhapuskan konsep ketuanan ini.
Kalau tidak kerana konsep sebegini sudah tentu anak2 melayu masa kini dan sudah pasti yang akan datang akan menerima kesusahan kerana keistimewaaan yang selama ini dinikmati oleh ibu bapa mereka terdahulu telah tiada dihapuskan oleg bangsa sendiri.Sudah pasti juga kita akan dapat melihat negeri2 yang bersultan akan menerima seorang menteri besar yang bukan lagi berbangsa melayu islam sebagaimana hari ni sekiranya kita terus membiarkan petualang2 ini terus di beri muka hasil lembut lidah mereka menabur janji manis kepada rakyat apatah lagi menjelang pilihanraya.Sewajarnya mereka yang menjadi petualang bangsa dan agama patut di ajar kerana merekalah yang sebenarnya yang merompak kedamaian tanah ini yang cukup tenteram di duduki oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang agama,bangsa dan adat budaya sehingga menjadikan tanah melayu ini terkenal seantero dunia sebagaimana terkenalnya negara jepun dan cina yang begitu berbangga rakyat mereka dengan identiti bangsa.
Rakyat tanah ini hendaklah menilai dengan lebih wajar dan lebih terbuka ttg konsep ketuanan melayu ini yang sebenarnya cukup baik untuk terus digunakan oleh pihak kerajaan kerana keadilan yang dilaungkann oleh petualang2 ini sebenarnya sudah pun berakar umbi semenjak sekian lama dengan termaktubnya perlembagaan negara semenjak lebih daripada 53 tahun dahulu.Berpandukan kepada rukun negara yang meliputi kesemua aspek rohani dan jasmani pada sesebuah negara telah menjadikan tanah ini terus mencapai kecemerlangan hasil daripada kepandaian dan kebijaksanaan pemerintah berlandaskan konsep perlembagaan yang sama rata dan adil pembahagiannya.Jika masih kedengaran cakap2 tentang ketidaksempurnaan perlembagaan ini khususnya menyentuh pasal 152 dan 153 adalah cakap2 mereka yang tidak pernah bersyukur akan segala apa yang mereka telah kecapi sehingga menjadikan mereka daripada si miskin menjadi orang kaya.Bahkan menjadikan mereka sebagai bangsa melayu yang berjaya dengan memegang jawatan2 tinggi dalam sektor kerajaan mahupun swasta ini adalah hasil konsep yang telah diguna pakai sekian lama.
Janganlah kita malu nak mengaku diri sebagai melayu kerana langit yang kita junjung dan bumi yang kita pijak sekarang ini adalah melayu sehingga dipanggil sejak dahulu sebagai tanah melayu.Jika bangsa di luar sana begitu gah dan bangga dengan identiti bangsa dan tanahair mereka, kenapa tidak kita yang begitu mulia dilahirkan sebagai melayu yang beragama islam yang cukup terkenal dengan adab sopan dan tatasusilanya.Jangan lagi kita menerima idea komunis yang begitu cauvinis sehingga menjadikan kita sanggup menjual negara hanya semata2 terhibur dengan sang penglipur lara yang cukup pandai menyusun kata untuk mereka sebuah cerita yang hanyalah dongengan semata-mata...Belajarlah daripada sejarah agar kita selamanya terus menjalani kehidupan yang berlandaskan keamanan dan kedamaian dengan memberi sepenuh cinta kita kepada tanahair yang tercinta ini dengan menolak anasir-anasir  jahat yang cuba memporak perandakan kegemilngan yang kita kecapi ini..Wassalam

Rabu, 17 November 2010

Korban CINTA (Dunia Demi Akhirat)

Hari raya korban atau lebih sinonim dengan panggilan  raya haji  disambut dengan cukup meriah seluruh negara pada hari ini yang jatuh pada 17 Nov 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431 Hijrah..Suasana lebih meriah terasa di kampung2 halaman terutamanya di negeri2 pantai timur khasnya negeri Kelantan yang sememangnya menjadi tradisi hari raya haji ini lebih meriah drpd raya puasa..Seboleh2nya anak2 perantauan akan cuba kembali ke desa mereka untuk memeriahkan sambutan korban yang bagaikan menjadi satu upacara yang ditunggu2 bukan sahaja oleh pengembala lembu atau kambing yang sudahh pasti "sold out"ternakan korban mereka tetapi oleh mereka2 yang melakukan ibadah korban pada tahun ini..
Pengorbanan yang dilakukan oleh mereka2 ini dengan penuh ikhlas sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda apatah lagi daging2 korban ini wajib disedekahkan kepada fakir2 miskin yang tiada kemampuan untuk mereka melakukan ibadah ini dan hanya melalui konsep sebegini sahajalah fakir2 miskin dapat berkongsi rasa kegembiraan dengan mereka yang melakukan korban..Sesungguhnya ibadat korban ini berlaku sebagai menguji rasa keimanan dan ketaqwaaan hamba Allah yang bernama Ibrahim dan anaknya ismail dalam kehidupan mereka apabila telah diwahyukan kepada si ayah agar menyembelih anaknya sebagai tanda keimanan mereka terhadap Allah Taala..Tiada yang paling sedih dan paling menyayat hati seorang ayah apabila terpaksa melakukan ibadah pengorbanan dengan menyembelih anaknya namun kesemua itu disambut dengan penuh keredhaan dan penuh rasa tawaddu` si ayah kepada suruhan tuhannya..Tambahan pula dalam masa yang sama si anak dengan hati yang penuh tenang dan berlapang dada menerima ketentuan terhadap dirinya malah memberi keyakinan kepada ayahnya agar menyempurnakan segala perintah Allah Taala sebagai bukti keimanan mereka..Ternyata semangat drpd si anak sendiri telah mengukuhkan lagi hasrat si ayah sehinggalah tiba masanya apabila dengan penuh tenang dan redha atas ketentuan Ilahi maka Nabi Ibrahim telah menyempurnakan korban dengan melakukan ke atas anaknya yang paling di kasihi iaitu Nabi Ismail..Kuasa Allah Taala melebihi segala2nya dan dengan kekuasaannya di saat Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya maka telah ditukar ganti Nabi Ismail dengan seekor kibas dan sehingga ke hari ini menjadi ikutan umat islam di seluruh dunia tentang ibadat korban ini..
Itulah sebesar2 pengorbanan oleh seorang hamba terhadap tuhanNya dan sehingga ke saat ini ianya menjadi detik penting dan pengajaran yang sangat mendalam kepada umat islam dari sisi erti pengorbanan..Dari satu sudut yang lain pula kita kadangkala terpaksa melakukan pengorbanan bukan sahaja terhadap agama malah terhadap bangsa dan tanahair..Tanda rasa pengorbanan terhadap agama bangsa dan tanahair malah diri sendiri ini boleh dijayakan dengan berbagai2 cara yang sememangnya sudah pasti tidak akan menyalahi dari sudut akidah seorang islam..Di kalangan kita ada yang terpaksa mengorbankan nyawa mereka demi ibu pertiwi sehingga membawa mereka jauh di perbatasan untuk menjaga keselamatan negara drpd diganggu gugat oleh anasir2 luar yang tidak sihat seterusnya mencetuskan suasana huru hara dalam negara yang aman damai ini..Mereka sanggup dibawa kemana sahaja dalam membawa panji2 negara dengan merelakan nyawa mereka sebagai galang ganti meskipun mereka mengetahui akan risiko yang terpaksa ditanggung lebih2 lagi jika sesuatu yang tidak diduga berlaku sudah pasti keluarga mereka akan kehilangan tempat utk bergantung harap namun demi pengorbanan untuk negara kesemua itu diredah oleh mereka tanpa ada sedikitpun wajah2 kerisauan kerana mereka cukup percaya bahawa ajal maut adalah di tangan tuhan waima di antartika mereka mungkin akan menjadi mayat..Tetapi itulah pengorbanan kalangan kita yang bergelar perajurit dan juga mana2 anggota beruniform yang sudah melafazkan ikrar taat setia mereka disaat mereka menjadi pahlawan negara..Janganlah kita memandang remeh atau hina kerjaya anggota beruniform ini kerana nilai kesetiaan dan ketaatan mereka terhadap panji2 negara dan Yang Di Pertuan Agong tidak berbelah bagi malah memberikan nyawa sebagai galang ganti demi ibu pertiwi
Ada juga kalangan kita yang melakukan pergorbanan demi kebahagiaan seorang insan yang mereka sayang agar kehidupan mereka senantiasa dalam keadaan yang menyenangkan meskipun diri terpaksa menahan derita sengsara..Itulah pengorbanan ibu bapa terhadap anak2 mereka yang sanggup meredah pahit maung kehidupan demi memastikan anak2 mereka mendapat apa yang sewajarnya terutamanya dalam pendidikan..Pengorbanan yang tidak mampu dijual beli ini adalah pengorbanan hakiki demi memastikan kegemilangan anak2 mereka agar  kehidupan perit dan penuh dengan onak dan  liku yang mereka telah  lalui ini tidak akan berlaku pada anak2 mereka apabila anak2 mendapat pendidikan yang sempurna sehingga mereka menjadi orang yang berguna bukan sahaja kepada kedua ibu bapanya malah kepada agama bangsa dan negaranya..Nilai pengorbanan kedua ibu bapa ini tidak sedikitpun mereka meminta agar dibalas kelak kerana bagi mereka sudah memadai seandainya anak2 mereka dapat menghayati perit jerih ini dengan mengabdikan diri kepada Allah dan RasulNya seterusnya mendoakan kepada mereka drpd ayat2 suci al quran sebagai sedekah apabila mereka sudah tiada...Tiada yang lebih bernilai bagi seorang ibu dan bapa dengan meninggalkan anak2 yang soleh yang menyuburkan suasana yang cukup aman tatkala mereka berhadapan dengan malaikat2 Allah atas segala apa yang mereka lakukan semasa di dunia
Begitu juga nilai pengorbanan seorang suami kepada isterinya dan seorang isteri kepada suaminya demi memastikan nilai2 hidup berterusan tanpa ada kekecamukan yang berlaku pada alam rumahtangga mereka..Pengorbanan yang kadangkala hanya mereka yang memikulnya sahaja yang tahu akan beban dan tanggungjawab ini adalah sesuatu yang cukup kritikal untuk mereka yang diluar sana memahaminya..Senyuman menjadi suatu lakonan yang amat berkesan tatkala kesedihan melanda namun semangat yang tabah dalam diri seorang suami@isteri telah menjadikan lakonan tersebut berjaya dan amat berjaya tanpa dapat dihidu oleh mereka2 yang melihat kepada sifat penzahiran sedangkan hakikatnya perit yang melanda seolah2 nyawa mereka di cabut apatah lagi saat2 keduanya memerlukan antara satu sama lain..Ternyata pengorbanan adalah sesuatu yang sudah menjadi resam hidup kita apatah lagi kita yang beragama islam dimana setiap dugaan dan cabaran yang melanda dalam kehidupan kita adalah salah satu drpd cara Yang Maha Kuasa untuk menguji keimanan dan ketaqwaan kita supaya kita senantiasa ingat bahawa Dia lah Yang Maha menentukan atas segala kejadian walau sehebat manapun perancangan hambaNya..Pengorbanan ini akan berlaku bukan sahaja kepada mereka yang bergelar ibu bapa,anak2 tetapi  pada mereka2 yang terpilih utntuk melaksanakan tuntutan pengorbanan samada dari yang sekecil hinggalah sebesarnya sebagai tanda menyusuri kehidupan atas nama hamba kepada Penciptanya..Qada` dan Qadar adalah perkara yang wajib umat islam tu terima dan beriman kepadanya..Jika kita memahami dan menghayati erti setiap pengorbanan yang kita lakukan tanpa sedari atau tidak maka sudah tentu perjalanan hidup kita akan bersatu dengan cahaya keimanan yang tidak mampu untuk kita beli kerana sesungguhnya cahaya keimanan akan terus mengelilingi kita sekiranya kita redha atas setiap apa yang berlaku dan percaya ada hikmah di sebaliknya.."berkorban apa saja..harta atau pun nyawa..itulah kasih mesra..sejati dan mulia" lirik drpd lagu arwah Tan Sri P Ramlee amat tepat sekali jika kita hayati dengan mendalam.. Sesungguhnya Tuhan menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia"..Wassalam

Ahad, 14 November 2010

Tidak Salah Apa Yang Di Kata

Semangat cinta dan sayang pada ibu pertiwi terlalu banyak maknanya yang kita boleh huraikan dalam maksud yg berbeza-beza..Ada yang sayang pada ibu pertiwi sehingga sanggup mengerah seluruh tenaganya bahkan menggadaikan nyawanya dalam menjaga keamanan agar negara senantiasa berada dalam keadaan aman damai tanpa di ganggu gugat oleh anasir2 luar yang sememangnya tidak pernah puas untuk menjajah secara langsung ataupun tidak sesebuah negara lebih2 lagi yang tidak bergantung hayat mereka pada anasir2 luar ini..Ada juga yang sayangkan ibu pertiwinya dengan mencuba sedaya upaya mampu untuk mengharumkan nama negaranya dalam peta dunia dengan berusaha dengan gigih sehingga mendapat kecemerlangan yang membuahkan hasil yang cukup hebat apabila lagu kebangsaan di mainkan dalam sesebuah majlis atau pertandingan yang mereka sertai sekaligus mengangkat martabat negaranya.
Dalam sehari dua ini kita telah dikejutkan oleh kenyataan drpd menteri pertahanan iaitu Dato Seri Zahid Hamidi(DSZH) bahawa semangat patriotisma dikalangan bangsa cina dan india terlalu jauh jika nak dibandingkan dengan bangsa melayu..Dan itulah hakikatnya yang perlu seluruh rakyat dalam negara ini sedari bahawa apa yang perkatakan oleh DSZH adalah benar walaupun terlalu pahit untuk bangsa2 ini menerimanya lantas kita dapat melihat arus kebangkitan yang cuba menidakkan kenyataan benar ini apabila ketua2 parti kompenan mahupun pakatan membidas kenyataan ini dengan membuat gesaan agar DSZH segera meminta maaf seterusnya menerangkan kepada rakyat akan maksud yang tersirat..Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh bahawa sememangnya kebenaran itu lah yang cuba di lontarkan oleh menteri pertahanan ini yang kita semua sudah maklum akan sifat terus terang dan keberanian yang ada pada beliau semenjak menjawat jawatan sebagai pemangku Ketua Pemuda UMNO sehinggalah menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang tidak ragu2 untuk membawa kebenaran biarpun diri akan terpalit lumpur tetapi demi menegakkan kebenaran maka semua itu diredah dengan penuh semangat walaupun berbagai makian diterima..
Yang lebih mengaum tentulah ketua2 parti bukan dari bangsa melayu yang merasakan bahawa satu penghinaan kepada bangsa mereka dan kita semua telah maklum akan tindakan balas ini kerana memang cukup pantang bagi pimpinan melayu menyentuh tentang bangsa2 ini seolah2 merekalah yang menjadi tuan kepada tanah melayu ini..Bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal begitulah juga yang berlaku kepada ketua2 bangsa ini yang mendesak agar DSZH meminta maaf kepada seluruh bangsa mereka sedangkan jika kita menilai dengan lebih rasional maka sudah tentu kenyataan tersebut adalah satu fakta yang tidak boleh di buat2 apatah lagi kesan yang akan timbul apabila kenyataan begini di keluarkan adalah cukup hebat..Kesemua ini ditelan oleh DSZH dengan tetap memberikan kenyataan dalam parlimen walaupun beliau sedari implikasinya tetapi berpegang kepada pepatah bahawa berkata benarlah walaupun ianya pahit maka DSZH meredahnya dengan kapasiti beliau sebagai orang yang menjaga hal ketenteraan..Pandang dan lihatlah sekeliling kita bangsa manakah yang paling banyak menyertai kerjaya tentera,polis dan mana2 kerjaya yang beruniform kalau bukan daripada bangsa melayu?Apakah kerana bangsa melayu ini jenis yang suka makan gaji sehingga mereka tidak memilih kerja asalkan dapat menikmati gaji pada tiap hujung bulan tanpa perlu banyak berfikir atau bangsa melayu ini sudah ada semangat pertiwi yang cukup tinggi untuk membela dan mendaulatkan negara ini?Mengapa bangsa2 lain tidak memilih kerjaya ini?Adakah kerana gajinya yang murah atau kerana mereka sememangnya hanya ingin membolot kuasa ekonomi tanpa mempedulikan tentang aspek sayangkan negara ini?Atau kerana mereka lebih suka melihat bangsa melayu ini sahaja yang bermatian2 melawan anasir2 jahat dan hanya menunggu untuk waktu yang sesuai menguasai negara ini secara tidak betul?Mengapa ketua2 bangsa ini marah tidak tentu pasal sedangkan mereka sendiri tahu hakikat sebenar bangsa mereka terhadap bidang2 ini?Sebagaimana marahnya mereka ini apabila subjek sejarah akan dijadikan kertas yang wajib lulus dalam peperiksaan SPM serta fakta peristiwa 1969 yang telah menghuru-harakan negara ini begitulah yang seterusnya akan terjadi apabila mereka di usik sedangkan sekiranya tuan punya tanah ini di usik malah di hina oleh mereka, tiada sedikitpun pernah mereka ambil tahu untuk menjaga perasaan yang membara didalam dada..Apa yang sangat pasti hanya bangsa melayu sahaja yang perlu menjaga hati bangsa2 lain di tanah ini sedangkan mereka tidak pernah berbuat demikian untuk kita..Jadi benarlah apa yang telah DSZH katakan bahawa semangat patriotik dari kalangan bangsa2 lain dalam negara ini terhadap bidang ketenteraan dan beruniform amat rendah..Wassalam