Rabu, 17 Februari 2010

bila kaduk sudah naik junjung

inilah yg dikatakan oleh pepatah melayu iaitu bila sang kadok sudah naik junjung...ataupun boleh katakan jugak bila diberi betis masih lagi minta paha..terlalu byk ungkapan melayu yg sekarang ini sudah menjadi realiti pada sesetengah peristiwa yg berlaku dlm negara tanah melayu ini..lebih senang mengatakan ini tanah negara  melayu kerana sekurang2nya orang yg membaca cacatan ini akan terus meresap semangat melayunya agar melayu akan terus gah dan terpelihara selamanya..mutakhir ini dlm seminggu dua ini heboh melayu islam ini memperkatakan ttg sambutan maulidur rasul yg telah menjadi amalan drpd dahulu kpd negara melayu ini..yg paling bestnya bila orang alim yg hebat ilmunya pun memberi komen yg bukan saja mengguris hati aku yg mempunyai jiwa melayu islam ini malah turut juga dirasai oleh mereka2 yg mempunyai hati dan perasaan yg ingin melihat benda2 sebegini terus menjadi tradisi orang2 melayu islam hingga ke anak cucu mereka..apa salahnya kita menyambut kelahiran Rasul S.A.W?dengan selawat dan salam beramai2 berarak untuk menunjukkan betapa kita terlalu dan amat menyanjungi serta mengasihi Nabi terakhir?tidakkah ini menunjukkan bahawa kerajaan yg ada pada hari ini betul2 menggunakan landasan perlembagaan yg ada dengan agama  islam sebagai agama rasmi bagi negara melayu ini dan bebas utk melakukan apa saja aktiviti keagamaan asalkan tidak menyalahi unding2 dan terkeluar dari landasa agama..inilah yg boleh dipanggil sebagai cakap serupa bikin yg telah dipraktikkan oleh pemimpin2 utama negara sejak dari era kepimpinan tunku,tun razak,tun hussein,tun mahathir,tun abdullah dan diteruskan legasi oleh DS najib..bukan seperti sesetengah pemimpin yg kononnya berjuang demi menegakkan islam tetapi bila komponennya tidak bersetuju dan mengambil langkah yg salah maka dihalalkan segala langkah2 tersebut seolah2 pemimpin yg kononnya ingin mencontohi pemeritahan umar abdul aziz ini di iyakan segala2nya..adakah wajar seorang yg terus terang partinya menolak islam dlm negara ini ingin mencontohi pemerintahan seorang pemimpin islam?ini bukan zaman penasihat kanan kota singa yg dulunya boleh menipu melayu la kawan..ini zaman dimana melayunya sudah naik ke angkasa lepas,melayunya sudah menjadi kuasa besar minyak,melayunya sudah pandai menjadi kurang ajar sekiranya di usik warisan temurun islamnya..kalau yg belum tahu ttg kebiadapan melayu ini silalah usik agar dapat melayu2 yg masih lagi berhati waja melayu dan ada semangat pahlawan tuah ini menunjukkan taringnya supaya mereka2 yg lupa sejarah ini akan mengenal kembali sejarah..ingatlah wahai melayu yg menjadi penyokong dan pak turut pada sebuah agenda yg ingin merosakkan agama dan bangsa ini agar kembali ke pangkal jalan kerana amat teruk kesannya jika dibiarkan kadok ini naik junjung..belum dpt perintah satu melayu lagi dah mula jd mabuk kuasa dan cuba memanipulasi segala tindakan kononnya segala tindakan adalah mengikut undang2..yg melayu di dlm pakatan pun ikut sama jugak menyokong kononnya apa yg sang kadok buat adalah betul belaka hinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan mengguris hati melayu islam  yg lain semata2  kepentingan politik..alangkah kasihannya melayu seperti ini yg jadi tukang anggguk sahaja semata2 terkasima dgn penipuan disebalik senyum lebar sang kadok2 yg mula ingin menyimpan angan2 menjadi pemerintah  negara..sesungguhnya Allah Taala adalah berkuasa atas segala2nya...Dia lebih mengetahui apa yg ada didalam benak kamu wahai manusia..aku sebagai melayu islam seperti juga kawan2 ku yg lain ingin melihat agar diberikan petunjuk dan kebenarann terhadap mereka2 yg menggunakan agama islam sebagai penyambung politik mereka utk kembali ke pangkal jalan...jgnlah kita akan dikenang sebagai pengkhianat kpd agama,bangsa dan tanahair bila kita sudah tiada kelak!!...jgn seperti nasi sudah menjadi bubur baru melayu islam ini sedar kelalaian dan kelemahan mereka...wassalm

pemudaku dan dr maza

pemuda umno ni memang hebat lah kalau mengikut tradisinya..tapi itu dulu sebelum bermulanya era lesu,sendu,haru,biru bahkan jd kelabu malap tk terang2 semenjak dua menjak ni..entah apa penyakit yg melanda pemuda umno ni seolah2 terkena sindrom down..nasib baik tk kena strok kalau tidak menang free je pemuda pas..pemuda kelate kalau pergi segenap ceruk mana dlm negeri darul naim hanya terpampang dlm risalah si tukang ceramah yg mewakili pemuda kelate adalah seorang ustaz lulusan universiti mutah di jordan shj..nasib baik ada saudara ustaz mohd afandi yusof,ketua pemuda rantau panjang yg juga pengerusi biro agama PPUM..kalau tkde si ustaz ni entah apa nak dikata pd pemuda kelate hari ini..yg lainnya hanya duduk mengambil tempat dlm majlis2 ceramah selaku tuan rumah aja...atau paling hebat pun kumpul dlm 30 pemuda buat demontrasi dan terpampang dlm surat khabar dgn benda2 yg remeh hingga jadi sindiran rakyat kelate...kemana pergi pimpinan pemuda yg boleh berhujah atau sepetah ceramah ustaz afandi ni?ataupun kurang hebat sikit dari ustaz ni pun dah ok jika ada tapi takde pun...usah nak bagi ceramah depan public atau depan khalayak,depan ahli pemuda bahagian sendiri pun byk yg tersasul malah lebih teruk tkde idea langsung biila bercakap serta tergagap2...tapi berjanji bukan main lagi la dgn program2 sepanjang tahun tapi dah dekat penggal baru pun,satu program yg hebat dan boleh bagi kredit pun tk dpt nak aturkan..yg lebih sadis lagi jadi pengikut buta tuli pada program2 yg orang lain yg anjurkan sebab sang pemimpin kering idea mcm empangan yg kering kontang dek kemarau jadinya..ruginya pemuda2 umno bila berketuakan pimpinan sebegini yg menyebabkan jadi lah seperti hidup segan mati tak mahu sesetengah pimpinan pemuda kerana jawatan yg dipegang adalah  bukan kerana bakat kepimpinan tapi kerana uwang!!akhirnya pengundi muda baru entah kemana dan janji terbang dibawa angin sepoi2 petang yg nk hujan..bila time parti nk pilih jd calon pilihanraya,maka berduyun2 lah mereka jd kaki bodek sebab kata mereka la bukan kata rakyat bahawa merekalah yg paling layak menjadi calon kerana mewakili inspirasi suara orang muda tapi sebenarnya satu sen pun tk laku kalau di letak atas pentas jualan mcm dlm cerita 3 abdul tu..nasib baik DS Najib sebagai presiden dan memanda menteri awal2 lagi dh bagi warming  dlm hal memilih calon..tapi tak reti2 bahasa jugak pimpinan2 ini sebab mereka masih lg bermimpikan nostalgia2 cara pemilihan calon2 dahulu yg mana siapa yg jadi ketua bahagian,wanita,pemuda mahupun puteri tentu akan dpt kredit sebagai calon utama tapi itu zaman dulu la kawan..ini zaman rakyat di dahulukan..jd pandai2lah mengatur bicara dan langkah dgn rakyat agar nama kita harum dimata hati rakyat..
Dr maza yg juga bekas mufti perlis sejak akhir2 ini makin menjadi pemikiran barunya..bukan tak setuju tapi kdg2 kena la berlapik ataupun kena pandang kiri kanan jika hendak mengeluarkan kenyataan..kenyataan maza ini kdg2 ada yg betul tapi byk yg tak betul malah melanggar titah al-sultan..semasa maza ni dtg ke kelantan atas jemputan penerangan parti bulan putih dan hijau ini ,beliau pernah mengatakan dgn penuh sombongnya bagi saya ttg kes penangkapan beliau oleh pihak jais sebagai benda kecik dan tak patut difikir sedangkan sedarkah maza ini bahawa negeri selangor mempunyai undang2nya yg sejak dulu lagi di amalkan dan mendapat restu perkenan al-sultan?setiap penceramah agama yg hendak memberikan ceramahnya mesti mempunyai surat kelulusan drpd jais dulu kerana jais ini tidak mahu sebarang ajaran yg tidak elok berlaku dlm jajahannya..al-sultan yg memberi kuasa kpd pihak jais ini utk menangkap sesiapa shj yg tidak mempunyai tauliah dari jais yg mengajar agama dlm negeri darul ehsan ini..sedarkah maza ni siapa yg paling berkuasa dlm negeri selangor bila ia meliputi hal ehwal agama islam?al-sultan lah yg paling berkuasa bahkan menjadi benteng terakhir kepada agama islam dan bangsa melayu!!jadi mcm maza ni mungkin tak pernah ada sultan dlm negerinya tidak mempunyai semangat sebegini maka jgnlah cuba jadi hero zaman pembaharuan hingga lupa adab sopan hormat pd raja2 melayu.." maka aku yg kena bertanggungjawab demi agama dan rakyatku..kalau kamu tidak setuju dgn undang2 negeri aku ni maka keluarlah kamu dari negeriku".mungkin itu yg akan di titahkan oleh al-sultan..sebagai ulul amri yg mempunyai sifat2 terpuji tidak hairanlah jika al-sultan bertitah begini semata2 utk melihat agama islam ini terus berkembang dan melayu islam dlm negerinya tidak jd sesat kerana al-sultan ini pun tahu ttg betapa besarnya amanah menjadi pemimpin apatah lagi menjadi pelindung kpd agama islam..hari ini (17feb) keluar lagi pemikiran baru ni dgn kenyataan yg mungkin agak bagus bagi sesetengah orang tapi bagi aku yg tidak punya ilmu tinggi mcm maza tetap bertentangan dgn pendapatnya yg mengatakan adalah berdosa jika kita mengkhianati rakyat dgn cara keluar parti kerana rakyat memilih calon tersebut berdasarkan kpd parti tersebut adalah lebih baik utk membawa perubahan dan kebaikan..tambahnya lagi adalah lebih elok calon yg menang itu meletak jawatan kerana ingin melompat parti..itu pendapat dia sebab musababnya aku sendiri pun tidak tahu lebih lanjut tapi kalau kita sebagai calon yg menang dan ingin keluar parti kerana kita tahu bahawa parti yg memberi kemenangan kpd kita ni tidak dpt mempertahankan martabat agama,bangsa dan negara malah lebih teruk akan menjahanamkan agama islam,bangsa melayu dan tanah melayu ini maka tindakan sesetengah adun atau mp itu adalah betul bukan semata2 ingin mengejar kekayaan malah nawaitu mereka lebih2 lagi yg beragama islam adalah tidak mahu menjadi pengkhianat agama bangsa dan tanahair ini!!!jd apa rasionalnya maza berpendirian sebegini?pelik bin ajaib jugak aku dgn si maza ini..mungkin kerana negerinya pulau pinang kot...jd sendiri mau ingat lah wahai kawan2 ku yg mempunyai ilmu penuh di dada tapi di amalkan...wassalam

Selasa, 16 Februari 2010

Ektrimis Lawan Cauvenis

Ini tanah melayu yg telah ditukar namanya kpd Malaysia..bukan disebabkan itu maka semua rakyat yg duduk dgn selesa dan senang lenang di tanah ini boleh melakukan apa sahaja termasuk meminta benda yg bukan hak mereka..bangsa melayu menjadi bangsa dominasi dalam negara melayu malaysia ini maka dgn itu jgn sesekali bangsa yg dulunya hanya pendatang dan hingga kini masih lagi pendatang meminta lebih dari yg telah diberi..HAK MELAYU DAN PERIBUMI adalah HAK KEKAL!!!jgn cuba meminggirkan apalagi mahu meletakkan kesamarataan antara hak2 utk semua bangsa ditanah melayu ini..kerana ini adalah hak MELAYU DAN PERIBUMI!!! jgn sesekali menaikkan kemarahan dan menongkah arus dgn apa yg telah bangsa ini berikan kerana apa yg telah mereka terlalu berharga dan mahal nilainya..jgn pula menjadi seperti beri betis nak paha kerana padahnya sudah ada didepan mata dgn peristiwa 1969..jgn ingat melayu berpecah maka kesemuanya akan berpecah hingga mudah utk menghancurkan bangsa melayu ini kerana masih ada yg mempunyai semangat kemelayuan yg tinggi dan akan membela nasib bangsanya hingga titisan darah yg akhir..sekali air bah maka sekali pantainya berubah ...bila bangsa melayu ataupun pemimpin melayu ini yg lantang membela hak dan keistimewaan bangsa melayu yg telah lebih 50 tahun berada dalam perlembagaan dan telah dimuliakan hak2 mereka maka dikatakan mereka2 ini adalah ektrimis melayu hinggakan utk bercakap ttg melayu pun sudah tidak boleh sedangkan apa yg di laungkan oleh mereka adalah perkara yg pasti dan telah di persetujui oleh pimpinan dahulu semasa menuntut kemerdekaan...memberikan hak sebagai warganegara kpd bangsa pendatang ini adakah murah harganya?atau dgn sengaja golongan yg boleh digelarkan sebagai bangsa yg tidak mahu berterima kasih ini mahu menjolok sarang tebuan tatkala dlm fikiran mereka ini bahawa tebuan2 ini sudah mabuk dan asyik berbalah sesama sendiri hinggakan boleh menghalalkan darah saudara seislamnya?apakah cauvenis ini sudah mula lupa daratan hingga sanggup meminta apa saja dek kerana mereka mengatakan bahawa tanpa mereka maka akan tempanglah BN mahupun Pakatan?sebenarnya golongan ini sepatutnya memikir dgn mendalam akan segala tindaktanduk mereka ini kerana masih ada lagi mata2 hati melayu yg sedang memerhati gerakgeri dan perilaku..mata2 hati melayu ini bila kesabaran sudah sampai di penghujungnya tidak akan lagi berkompromi dlm apa juga keadaan kerana yg paling utama bagi mereka adalah kembali menegakkan kebenaran yg semakin hari semakin  dilunyai oleh bangsa asing ini..mereka ini tidak akan berdiam diri semata2 kerana melihat pemimpin mereka terlalu bertolak ansur dgn bangsa2 ini tetapi akan lebih mengawasi demi utk kesinambungan anak cucu cicit mereka terus terbela hingga akhirnya..kalau melayu ini dikatakan ektrimis kerana mempertahankan hak mereka yg telah ada dlm perlembagaan ini apakah gelaran cauvinis dgn kaum pendatang ini yg dgn sengaja meminta benda yg bukan hak mereka malah menyakitkan hati dan perasaan hati bangsa melayu ini sepadan?atau boleh dilabelkan sebagai petualang negara bahkan duri dlm daging sesebuah kompenan?tidakkah mereka tahu ttg erti melayu yg terkenal dgn adat sopannya tetapi boleh bertukar menjad mimpi ngeri kpd mereka ini tatkala hak dan keistimewaan melayu ini hendak didogolkan?yg sudah merasa akan terus terasa sampai bila2 akan ammarah bangsa melayu ini tetapi yg belum merasa jgnlah cuba hendak merasa kerana melayu ini tetap berpegang pada pepatah melayunya.."Alang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..tidak akan sesekali berputih mata melihat negara melayu ini di perlakukan sewenangnya...ingatlah pesan melayu ini wahai bangsa asing....wassalam

Isnin, 15 Februari 2010

Minyak VS Ladang Rakyat

Sesungguhnya kuasa tidak kenal siapa...betapa hebatnya penangan org yg ada kuasa hatta segalanya boleh berubah hanya disebabkan kuasa..tk kira betapa hebat atau alim seseorang itu tetapi bila bertemu dgn nama kuasa maka tunduklah mereka kpd dunia kerana terlalu kemaruk kuasa..sudah banyak manusia yg jd sesat kerana kuasa hingga sanggup menghalalkan cara demi kepentingan diri maupun parti..yang terlalu kemaruk kuasa sanggup buat apa saja asalkan matlamat diri tercapai...hebatnya penangan kuasa ini hingga segalanya boleh berubah sekelip mata..yg baik jd jahat,yg jahat bertambah jahat,yg alim jd alim2 kucing,yg berilmu buat2 melupakan ilmu yg ada..sekarang ini baik pihak kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri masing2 punya cita2 politik tersendiri dalam kancah polemik di darul naim ini..UMNO dgn isu minyaknya sementara PAS dgn lsu tuntutan dan ladang rakyatnya..masing2 punya hujah yg munasabah dan tidak munasabah...yg memeningkan sekalian rakyat kelantan baik yg bekerjaya mahupun yg kais pagi makan pagi...UMNO kelantan terlalu inginkan sejarah menawan kembali kerajaan ini kerana mempunyai 1001 agenda bagi kesejahteraan rakyat kelantan sekiranya berjaya kelak manakala PAS pula ingin mengekalkan kuasanya berturut2 dan menjadi simbol kekuatan islam di malaysia ini hingga masing2 terlupa akan tanggungjawab seorang pemimpin...kedua2 parti ini terlalu banyak berpolitik hinggakan amanah yg diberi dan di pikul berlalu pergi begitu sahaja hingga menjengah lg PRU yg akan menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin tersebut..pada saat itu barulah pemimpin ini kenal dgn rakyatnya..baru kenal nama polan si polan hingga keributan berlaku dalam setiap kampung..UMNO perlu lebih ikhlas seandainya ingin menawan kelantan...bukan sahaja keikhlasan dtg dari pimpinan negeri malah pusat agar rakyat dpt menilai setiap kerja dan tindakan ini..jgn terlalu byk berpolitik kerana cita2 utk menawan kelantan akan sekadar menjadi  mimpi disiang hAri yg akhirnya seorang demi seorang pemimpinnya jatuh terkulai dek kerana kuasa rakyat..pemimpin umno perlu byk beristiqhlas agar mereka bukan sahaja akan mendapat kemenangan dunia malah akan dijamin kemenangannya di akhirat kerana yg paling penting adalah kesejahteraan rakyat yg telah mengangkat mereka dari sekecil manusia hingga menjadi pemimpin besar..biarkanlah Pas utk mengata apa sahaja kerana mereka itu lebih tahu antara dosa dan pahala dimana dada mereka kononnya penuh dgn ilmu islam sedangkan habuk pun tarak!berikanlah pada rakyat kelantan apa yg menjadi hak mereka dan jgnlah terlalu memikirkan ttg kuasa kerana kuasa dan kehidupan ini hnya sementara sahaja sedangkan kematian tetap akan tiba bila saatnya hingga walau sesaatpun tidak akan berganjak..biarlah kita menemui Pencipta dalam keadaan kedamaian hingga senyuman masih lagi terukir tatkala maut dtg mengambil haknya..begitu juga dgn pimpinan PAS yg di lihat terlalu byk menongkah arus islamnya hingga sanggup mengatakan apa saja asalkan hati pakatannnya tidak tercela..terbaru ttg hari kelahiran pemimpin Agung Nabi Muhammad yg mana dulunya saban tahun disambut tetapi kini menjadi sebaliknya..ini bukan masalah tidak menjadi hal dan tidak mengapa kalau kita tk menyambutnya tetapi ini adalah budaya yg kita amalkan..tidak salah kita menyambut hari kelahiran Nabi S.A.W kerana baginda adalah penghulu sekalian nabi dan maksum..bukan seperti manusia biasa yg ada salah silap hingga kdg2 kita terlupa sifat2 lemah yg  ada pada kita...mana lebih mulia jika kita sambut kelahiran Nabi S.A.W dgn menampal gambar pimpinan PAS yg bukan maksum ini hingga depan belakang cermin kereta pun di tampal?hebat sangatkah mereka yg dikatakan pimpinan ulamak ini hingga mereka boleh berkata apa saja sesedap hati mereka semata2 mereka pandai mentafsir ayat2 al-quran?hinggakan mencarut pun tidak mengapa  kerana tuhan juga mencarut kata mereka ini?benarkah tuhan mencarut?jika benar siapa kita hendak dibandingkan dgn Allah Taala..kerana kita adalah makhluknya yg serba lemah sedangkan Dia adalah pencipta manusia2 yg alim tapi jahil sebenarnya ini..Dia tidak beranak dan tidak di peranakkan..jelas sekali!!...wahai pemimpin pas jgnlah lagi memesongkan akidah umat islam khususnya rakyat melayu islam di malaysia ini mahupun rakyat kelantan amnya..cukuplah berkata nista dan bercakap bohong semata2 kuasa ...PAS begitu gah dgn amalan demokrasi dlm pentadbirannya hinggakan tiada walau satu kudis tetapi PAS juga manusia biasa..sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga..kerana itu benda yg selalu di tuding kpd UMNO kini menjadi racun sendiri dlm kerajaannya....Ladang Rakyat yg gah dan hebat diperkatakan oleh pimpinan negeri sebenarnya lebih kpd kroni...hanya yg layak adalah mereka yg berahlikan parti pas sedangkan rakyat yg tiada ahli apalagi ahli umno tidak seorangpun yg dapat merasa..banyak lagi benda2 yg pimpinan pas ini yg juga di ibaratkan sebagai cakap tak serupa bikin...benarlah mereka2 seperti ini sudah tertulis didalam al-quran ..."wahai org2 yg beriman..mengapa kamu berkata sesuatu itu sedangkan kamu tidak membuat seperti yg di katakan kerana sesungguhnya amat keji org2 seperti ini di sisi Allah Taala...wasslam

Rabu, 10 Februari 2010

Dan Sebenarnya

dan sebenarnya tiada apa2 masalah kepada parti UMNO utk menawan kelantan ini berdasarkan kpd situasi semasa kerajaan negeri sekarang cuma apa yg perlu UMNO kelantan gunakan sekarang ialah mengembeling sepenuh daya dan usaha utk menyakinkan rakyat kelantan bahawsa UMNO juga mampun utk memberi yg lebih baik drpd kerajaan PAS malah lebih banyak peluang mahupun pembangunan dari segi rohaniah dan jasmaniah akan diserapkan kedlm pentadbiran seandainya UMNO berjaya dlm PRU13 utk menjadi kerajaan negeri..dan sebenarnya juga UMNO mempunyai ramai pemimpin yg ikhlas berjuang bukan saja utk partinya tetapi utk memartabatkan negeri ini setanding dgn negeri2 di malaysia dari segi pembangunan,pekerjaan dan sebagainya..dan sebenarnya  pemimpin2 UMNO yg ada sekarang perlu lebih menampakkan keikhlasan dan keterbukaan khususnya bagi rakyat negeri kelantan agar rakyat akan lebih menilai segala peranan yg di mainkan oleh pimpinan UMNO adalah semata2 dari jiwa yg murni utk mengembalikan kegemilangan dan kecemerlangan rakyat di negeri cik siti wan kembang ini..berikanlah apayg hak kepada rakyat kelantan seandainya berlandaskan kpd undang2 dan jgn terlalu berpolitik dlm segenap segi kerana rakyat kelantan mahupun pengundi2 yg ada dan akan menjadi pengundi baru lebih mengetahui dan pandai membaca tiap gerak geri kepimpinan UMNO yg ada sekarang ini samada perancangan atau program yg telah dan akan di adakan akan memberi keuntungan kpd parti UMNO sahaja atau lebih kpd kesejahteraan rakyat..PRU13 akan dtg kelak akan mengembalikan kekuatan golongan muda sebagai golongan penentu kemenangan jesteru itu sesuatu harus di lakukan oleh pimpinan muda negeri utk menarik minat golongan2 ini bersama UMNO dgn mengadakan aktiviti2 yg mampu bukan saja menarik org muda malah org tua yg menjadi ibu ayah kpd golongan ini..program yg diatur haruslah lebih menampakkan kerakyatan kerana hanya dgn cara ini langsung akan mengheret muda mudi ini bersama dgn UMNO seterusnya menjanjikan satu kemenangan dlm misi menawan kelantan..tiada yg mustahil di dlm dunia ini seandainya kita berusaha bersungguh2 dari hati yg luhur dan jujur demi utk melihat rakyat kelantan ini terus menjadi pemaju perkembangan negara..pemimpin UMNO juga harus sedar diri dan tidak hanya berpegang kpd jawatan yg ada sahaja utk meraih keyakinan rakyat kerana yg paling utama adalah kemenangan kpd parti UMNO..tiada cacat cela sekiranya pemimpin UMNO yg ada sedar kelemahan diri sendiri di mata rakyat dan cepat2 memulihkan atau memberikan tanggngjwb kpd pimpinan yg lain utk mengisi jawatan agar rakyat tidak mudah melatah dan cepat berubah fikiran apabila muka baru pimpinan menjadi galang gantinya yg tiada sebarang kesalahan dlm masyarakat kawasannya sendiri dan ini sekaligus akan memberi kesan yg cukup bagus utk memenangi pilihanraya..dan sebenarnya UMNO BOLEH!! tapi biarlah pimpinan yg ada sekarang ini hrpnya lebih kudus hatinya,lebih suci pemikirannya,lebih cakna sifatnya dan apa yg lebih penting ialah lebih sedar akan kelemahan2 diri sendiri serta memberi peluang kpd org lain yg cukup sifatnya jgk utk merasa tempat sebagai calon yg mana tempat pemimpin tersebut merasai kekalahan pada pilihanraya lalu...dan sebenarnya aku juga mahu melihat UMNO menang menawan kelantan....wassalam

Selasa, 9 Februari 2010

Cah Keting versi UMNO dan PAS

isu cah keting kembali hangat sejak akhir2 ini kerana kini isunya bukan saja melanda parti keramat ku UMNO sahaja sejak sekian lama bahkan badai ini telah melanda di dlm parti PAS..dalam UMNO cah keting khasnya di kelantan tk dpt tidak sudah sinonim malah menjadi duri dlm daging kpd parti lebih2 lagi menjelang pemilihan bahagian apalagi dlm pilihanraya umum mahupun kecil..sifat hasad dengki,tidak menerima kelebihan orang lain,tidak mahu berundur biarpun diri seperti daging masak di mata rakyat malah masih lagi agah dgn jawatan yg di pegang selaku ketua umno bahagian,wanita,pemuda mahupun puteri..akhirnya apabila sampai masa pengumuman senarai calon2 maka yg makan hati bagaikan gunung berapi yg meletus marahnya apabila tidak dipilih sebagai calon..berlakulah episod kerat mengerat atau cah keting agar mereka yg terpilih sebagai calon parti kalah dlm pilihanraya kerana rasa tidak puas kerana diri seolah2 dipinggirkan padahal parti sudah  memberi peluang bukan sekali malah berkali2 sebagai calon sebelumnya tetapi masih gagal membuktikan kebolehan malah kelebihan yg ada utk kemenangan parti..lebih teruk lagi kekalahan yg di alami apabila berdepan dgn calon lawan yg nyata pada pandangan zahir bukan lawan sebenar..sifat muhasabah kpd diri sendiri akan kelemahan dan kelebihan yg ada pada diri pemimpin masih lagi tidak di praktikkan sehinggalah kekalahan demi kekalahan yg di alami memberi impak yg cukup besar kpd kekalahan parti dlm setiap pilihanraya..alangkah indahnya sekiranya pemimpin2 yg ada mempunyai sifat muhasabah dan memandang diri sendiri dari semasa ke semasa agar kelemahan diri akan di ganti dgn kelebihan yg boleh memberi manafaat kpd parti utk berhadapan dgn parti lawan..andainya segala kelebihan yg ada masih lagi gagal menampung kelemahan yg ada maka berilah peluang kpd org lain utk menjadi calon parti dgn penuh rasa ikhlas dan redha bukan memberi tetapi dlm masa yg sama menjadi seperti seolah2 api dlm sekam yg menunggu masa utk meletup..UMNO adalah parti yg kuat tetapi selagi cah keting masih lagi beraja dlm hati setiap pemimpin maka jgn lah bermimpi utk meraih kemenangan khasnya di kelantan kerana kekalahan sebenarnya adalah dari UMNO itu sendiri sedangkan PAS bukanlah parti yg kuat tetapi pandai mencari ruang dlm jelaga kemarahan para pemimpin UMNO yg akhirnya meraih kemenangan besar khususnya dlm PRU12 yg lepas yg mengakibatkan UMNO mempunyai 6 kerusi shj dlm sidang dun dan 2 kerusi parlimen..itupun dari parlimen Gua Musang yg di ketuai oleh anak raja yg cukup disayangi oleh sekalian rakyat dlm bahagiannya hingga kini tidak pernah kalah semenjak mewakili parlimennya..persepsi pertama apabila tiap kali pilihanraya berlaku ialah UMNO sudah pasti menang 1 kerusi iaitu kerusi Ku Li..mengapa dan kenapa beliau sehingga kini masih lagi selesa dgn kemenangannya sudah tentunya kerana beliau masih lagi di sayangi oleh pengundinya..bukan sekadar indah kabar dari rupa tetapi rakyatnya pandai menilai seolah2 jauhari kenal manikamnya..tetapi org sehebat beliau selalu dipinggirkan kebolehannya kerana adanya sifat2 yg tidak elok dlm diri pimpinan atasan padahal beliaulah orgnya yg menjadi master mind sewaktu UMNO dpt merampas negeri kelantan drpd Pas..beliaulah org yg paling berguna kpd umno kelantan masa kini utk  kembali memenangi kerusi dun dlm PRU13 kelak..apapun terpulanglah kpd pimpinan utama utk menilai Ku Li dlm pimpinan negeri kerana sebagai ahli parti sudah ternyata Ku Li taat pada prlembagaan parti dan tahu susur galur dan kerenah politik negeri..tepuk dada tanya selera..
berbalik kpd Pas yg kini hebat di landa badai kepimpinan negeri mahupun pusat sejak akhir2 ini sekali lg dikejutkan dgn isu cah keting dlm pemilihan pimpinan mereka..terkejut beruk sekaliam rakyat kerana akhirnya kudis yg dulunya dilemparkan kpd UMNO kini sudah menjalar dlm Pas hinggakan pimpinan pening kepala dgn gejala yg tidak sihat ini sekaligus menenggelamkan sifat ukhuwah dan musyawarah yg selama ini menjadi kebanggaan kpd mereka..tetapi itu dulu sebelum mereka merasa dpt merasa kuasa menjadi kuasa besar kerana sebelumnya mereka hnya mampu menawan negeri2 pantai timur shj tetapi PRU12 lepas memeranjatkan mereka seolah2 terkena kejutan elektrik bervoltan besar ttg kuasa yg sebenarnya..hati yg dulunya luhur dlm perjuangan kini bertukar menjadi perjuangan dlm mengejar kebendaan dek kerana kuasa yg di miliki..masing2 menyimpan impian utk menjadi lebih ke depan dlm parti hingga perkara yg dulunya cukup hina bagi mereka kini menjadi alat utk meraih kemenangan dan jawatan..akhirnya tiada lagi sifat2 pemimpin islam dlm diri sesetengah drpd mereka bahkan dlm benak otak mereka sudah terancang dgn benda2 mewah dunia..cah keting menjadi cara yg paling afdhal dlm perancangan mereka utk menduduki jawatan2 utama dlm parti..kesudahannya byk timbul benda2 yg dulunya selalu di persoalkan oleh kepimpinan mereka kpd Umno kini menjalar kpd parti mereka sendiri..pepatah melayu ada mengatakan ibarat dulang paku serpih,mengata org padahal dia yg lebih...wasslam

Isnin, 8 Februari 2010

Pemimpim UMNO Pemimpin Elitis?

rata riti rakyat mahupun ahli umno negeri kelantan dan negara melayu malaysia ini berbicara ttg sebilangan besar pemimpin umno yg ada sekarang ini terlalu elit perwatakan,pembawaan dan perjuangannya..elit bagi kefahaman maksud sesetengah manusia ialah teramat mengikut protokol seolah2 pemimpin2 umno yg tidak bergelar wakil rakyat ni semacam perangai YAB PM saja lagaknya..sesetengah pemimpin bahagian sekarang mempunyai pegawai khas yg bukan saja lebih mudah utk marhein dtg berjumpa dgn pemimpin tersebut tetapi lebih kpd menjadikan kemeluatan yg teramat bagi pihak rakyat apalagi ahli  umno bawahan kerana terlalu byk tangga yg harus di daki semata2 hanya utk bertemu pemimpin bahagian sedangkan ahli dan rakyat inilah yg mengangkat kemuliaan seseorang pemimpin tersebut hingga bergelar YB dan sebagainya..lumrah manusia apalagi pemimpin yg hanya akan mengenal rakyatnya apabila sampai saat pilihanraya di mana mereka tidak segan silu utk merayu menagih undi agar sekalian rakyat yg ada menyokong dan seterusnya memberi undi hingga memberi kemenangan kpd pemimpin2 ini..apabila kemenangan di perolehi oleh pemimpin2 ini maka berkepak lah sayap keangkuhan dan kesombongan dlm diri pemimpin ini hingga dgn sekelip mata menjadi durhaka kpd rakyat..gendang di palu seolah2 akulah pemimpin kesayangan rakyat hingga mencapai kemenangan dlm pilihanraya..bermulalah episod sang pemimpin yg semakin hari semakin ego dan menyombong hinggakan batang hidung pemimpin pilihan rakyat hnya ssekali menampakkan muka dlm kawasan..rakyat terbiar mencari arah utk mendengar dan melihat sang pemimpin mengotakan kata dan janji tetapi akhirnya rakyat akur bahawa pemimpin yg dulunya merayu supaya mereka di pilih sebagai wakil rakyat telah memaling muka bahkan semakin angkuh dgn gelaran dan pangkat..rakyat yg melihat perubahan ini mula menyimpan amaran dlm diri sendiri dan juga dlm masyarakatnya agar tidak tertipu kali ke 2 apabila tiba waktunya sang pemimpin ini kembali merayu2 pd kuasa rakyat..bila detik menjelang kembali maka bermusafirlah sang pemimpin dari rumah ke rumah rakyatnya dan menghamburkan kata2 manis utk membela si miskin agar kembali menyerahkan kuasa kali ke2 ..rakyat hnya tersenyum dan mengangguk tanda gembira bukan kerana ingin memberikan kuasa tetapi menunggu melihat sang pemimpin ini tersungkur jatuh kerana kealpaan penggal yg lalu..apabila keputusan di umumkan maka merah padam muka sang pemimpin kerana kalah kpd calon yg seolah2 tiada sedikitpun memberi kesan kpd sang pemimpin ini..akhirnya pemimpin ini kembali menjadi rakyat biasa tetapi mempunyai kuasa dlm parti yg diwakilinya..begitulah gelagat sesetengah pemimpin kita khasnya umno yg masih lagi berfikir seolah2 rakyat dpt di pujuk dgn di beri gula dan beras apabila tiba saatnya shj akan memberi undi kemenangan sedangkan  rakyat zaman ini sudah pandai menilai antara kaca dan permata..yg masih lg kurang menghayati perubahan adalah terdiri drpd sebahagian besarnya rakyat yg berahlikan umno yg masih lagi tidak dpt menentukan yg mana kaca dan permata dlm memilih pemimpin mereka..amat malang sekali bagi ahli yg masih lagi mengekalkan pemimpin yg pada pandangan rakyat sudah tidak lg mereka percayai utk di angkat sebagai wakil mereka kerana keegoan,kemalasan diri utk bersama rakyat ketika susah senang malah kepayahan rakyat utk mengadu dan berjumpa dgn pemimpin tersebut..bagaimanakah kemenangan hendak di raih oleh parti keramat ini andainya pemimpin bahagian yg ada masih lagi dgn sifat2 yg cukup menjengkelkan rakyat?..yg menjadi mangsa adalah ahli parti yg bertungkus lumus utk memenangkan parti sedangkan pemimpin utama bahagian masih lagi enak di buai kemewahan melampau yg di raih daripada ehsan rakyatnya dan masih lagi membawa perwatakan elit dlm bahagian terutamanya apabila turun ke padang bersama rakyat sedangkan dulunya pemimpin ini adalah rakyat biasa yg tidak punya apa2..cukuplah parti umno ini di tolak sebanyak 4 kali berturut oleh rakyat kelantan dek kerana pemimpin ataupun calon pilihan parti terdiri drpd mereka2 yg sudah layu namanya di mata rakyat tetapi masih lagi tidak mempunyai rasa sedar diri terhadap diri sendiri bahkan masih lagi angkuh dgn kehebatan silam..akhirnya tersungkur umno apabila rakyat mula menghukum hinggakan pening kepala pemimpin pusat memikirkan seribu satu strategi utk menawan semula kelantan yg terkenal dgn rakyat yg tidak takut memulakan perubahan..pada orang seperti aku yg juga ahli parti sudah cukuplah bagi sebilangan pemimpin yg ada sekarang memikirkan utk memberi peluang pada pelapis mereka menerajui parti ini sebelum nasi menjadi bubur..berundur bukan ertinya kita mengalah tetapi kita memberikan peluang kpd orang lain utk merasa peluang yg telah di berikan rakyat kpd kita dahulu...jgn menyangka  hujan akan turun hanya kerana guruh berbunyi di  langit...wassalm