Isnin, 4 Oktober 2010
Wajah2 Parti Kucar Rakyat(PKR)
Belum lagi memerintah negara dah jadi haru biru perjalanan mesyuarat Parti Kucar Rakyat ni..tak salah rasanya kalau mengatakan sebegitu kerana itulah kenyataanya dalam 2-3minggu ini apabila parti ini memulakan mesyuarat cabang masing2..Anggapan sesetengah rakyat yg menyokong konsep parti ini bahawa inilah parti yg bakal mengemudi negara utk menggantikan parti keramat orang melayu (UMNO)dengan idea dan perubahan reformasi yg dilaung2kan oleh sebilangan besar pimpinan parti ini ternyata terkleuar dari landasan sama sekali..Terkejut beruk apabila melihat gelagat mereka2 dari parti ini yg seolah2 ingin berkuasa bermula drpd peringkat rating hinggalah ke cabang yg jauh sama sekali dengan prinsip dan juga hala tuju parti ini semenjak penubuhannya yg lalu..Setiap mesyuarat cabang ada saja rasa tidak puas hati lahir drpd ahli yg hadir kerana bagi mereka sandiwara 3 musim pimpinan utama PKR ini semakin jauh ke dalam malah lebih hebat lagi drpd parti2 lain di negara ini..Tekanan drpd pimpinan utama dlm setiap pemilihan ternyata telah mendesak para perwakilan meluahkan rasa tidak puas hati ini kerana bagai dicucuk hidung kehendak umum..Kenyataan demi kenyataan yg diluahkan semakin hari semakin menzahirkan sifat kediktatoran pimpinan utama parti yg rata ritinya adalah serpihan drpd UMNO..Memang satu keuntungan juga mereka2 seperti ini telah lama dihanyutkan oleh Umno jika tidak sudah pasti wabak ini akan melanda parti keramat orang melayu ini apabila sang penasihat takdirnya menjadi PM..Tiada lagi keadilan drpd parti ini malah kepada kekacauan yg cukup senak mata kita saksikan hinggakan apabila sudah tiada apa lagi yg hendak disembunyikan oleh para pimpinan utama mereka maka kegagalan mahupun perjalanan mesyuarat yg berakhir dgn kekacauan ini telah dituding kepada Umno kononnya ada tangan2 ghaib yg merencanakan kekacauan ini..Alangkah sumbing dan dangkalnya alasan sebegini kerana jika kita betul2 sebuah parti yg mengamalkan konsep keadilan utk semua maka sudah pasti kita akan bertindak secara lebih waras berdasarkan kenyataan2 bukan mengeluarkan kenyataan berdasarkan ammarah yg melanda dlm kesumat hati..Ternyata kini hanyalah omongan kosong para pimpinan Parti Kucar Rakyat yg melaungkan semangat pembaharuan dahulu kerana itulah sandiwara yg kita semua rakyat di negara perlu perhatikan dari masa ke masa agar mereka2 ytg menyokong parti ini tidak akan terperangkap utk kali ke 2..Sokongan yg padu ternyata telah merubah persepsi pimpinan mereka ini utk terus bertapak malah mengatur perjalanan parti ini mengikut telunjuk mereka agar kuasa yg mereka rasakan semakin hampir dalam genggaman mereka ini tidak terlepas ke tangan mereka2 yg menumpang di dapur sehinggakan mereka mula melupai segala janji yg telah katakan kepada sekalian rakyat yg menyokong mereka..Perasaan tamak,rakus dan haloba kini menjadi agenda utama pimpinan utama parti ini yg semakin kemaruk ingin berkuasa dek kerana kononnnya mereka kini menjadi perhatian rakyat negara ini sebagai parti alternatif kepada parti pemerintah yg ada..Jika dulu mereka2 ini mengecam ttg konsep yg ada dlm parti Umno kerana mengamalkan sikap kronisme tetapi kini penyakit ini telah mula berjangkit kepada parti2 yg menuduh malah lebih hebat lagi jangkitannya..Yang jelas Umno kini semakin realistik dan berpijak pada bumi yg nyata bahawa tanpa sokongan terutamanya drpd ahli2 tegar mereka mungkin mereka tidak akan selamanya berada di atas takhta kerajaan jesteru itu Umno mula mengatur strategi dan langkah perkemaskan semula parti demi melihat sokongan ahli mahupun rakyat negara ini kembali kepada mereka..Yan telah lari chasisnya kini adalah parti yg dulunya melaung2kan perubahan dengan penasihat umumnya telah lama di ketahui umum masih lagi belum2 mengumumkan kenyataan dan kebenaran di sebalik skandalnya kerana asyik ingin menangguhkan perjalanan penghakiman supaya terlepas atau terselamat apabila Pakatan Racun menjadi pemerintah utama Putrajaya cuma yang harus diingat bukan pemimpin yg yg menentukannya tetapi sekalian rakyat yg bakal memberi atau membiar kuasa itu dengan secalit pangkah sahaja..Bagi kita yg berjiwa melayu islam mahupun mereka yg inginkan keamanan dan kedamaian yg telah kita kecapi ini berterusan,buatlah pilihan berdasarkan apa yang telah dilihat dan dinikmati bukan berdasarkan oleh janji2 yg sehingga kini masih lagi banyak yg parti kucar rakyat ini gagal penuhi...beringatlah sebelum kena dan sesekali pandanglah ke belakang melihat apa yg indah sebagai penguat semangat tatkala melangkah maju ke hadapan..wassalam
Sabtu, 2 Oktober 2010
Semangat yang tidak akan pudar selamanya
Apabila ada cakap2 yg mengatakan bahawa nyawa Umno semakin hari semakin nazak selepas PRU12 2008,terasa tebal cuping telinga ini tiap kali tajuk ini di perkatakan disegenap pelusuk penjuru negara lebih2 lagi dalam negeri kelantan yg cukup kebal kubu pembangkangnya..Setelah 4 penggal parti Pas kekal megah memerintah kerajaan negeri dengan melalui perit jerih dugaan sebagai sebuah kerajaan maka sekali lagi kekuatan parti pembangkang ini sekali lagi teruji dengan PRK Dun Galas yang akan tiba tidak berapa lama lagi setelah kematian adunnnya seminggu yg lepas..Takziah kepada seluruh anggota keluarga allahyarham juga kepada keluarga parti di atas kematian yang tidak pernah walau sesaat tertunda apabila tiba masanya..Paling akhir PRK di kelantan ini adalah semasa Manik Urai dulu yang mana memihak kemenangan kepada Adun Pas iaitu Abe Ji dengann majoriti yang cukup tipis bahkan sudah melahirkan rasa yang cukup2 mendebarkan semasa pengiraan undi tersebut namun takdirnya ternyata memihak pada Pas walaupun arus kebangkitan rakyatnya sudah mulai memihak kepada Umno..Insyaallah jika berlaku PRU13 kelak,sudah pasti dun manik urai akan menjadi milik Umno yg semakin hari semakin menunjukkan perubahan dengan berpresidenkan Dato Seri Najib iaitu anak kepada mantan PM ke2..Sikap serta komitmen presiden baru ini ternyata telah byk merubah persepsi rakyat jelata terhadap Umno yang semakin diterima kembali oleh bangsa melayu yg terjejas dan terpecah teruk kini gara2 kelalaian yang telah berlaku semasa 2008 yg hampir2 menumbangkan kekebalan kompenan BN utk terus kekal menjadi kuasa pemerintah..Peralihan yg berlaku seperti yg dikehendaki telah mengembalikan semula maruah Umno yang tercalar walaupun masih ada lagi segelintir pimpinan parti yg masih rakus dan lalai dlm menjalankan amanah yg telah diberikan oleh parti kepada mereka..Mereka2 inilah yang harus diteliti oleh pimpinan pusat agar segala pembaharuan yang diperkenalkan oleh pihak pusat dituruti dengan sebaiknya dan bukan hanya seperti masuk telingan kanan dan keluar telinga kiri..Masih ramai lagi ahli2 parti yg mempunyai semangat yang tidak akan pudar dan sanggup berjuang demi kebaikan parti serta mengikhlaskan diri utk kekuatan Umno yg boleh di angkat sebagai pimpinan dalam bahagian2 seterusnya menjamin kemenangan apabila tibanya pilihanraya kelak..Sebagaimana yg telah diketahui bahawa kekuatan parti Pas di kelantan ini bukanlah hadir dengan kekuatan semulajdi tetapi mereka lebih kepada mendapat tempias dan keuntungan drpd Umno yg tidak habis dan sudah2 dengan alam persekitaran mereka terutamanya sikap segelintir puak2 dlm Umno yang sehingga kini masih tidak mempunyai jiwa yang besar terutamanya menjelang pilihanraya dengan percaturan calon yg tidak memihak kepada keinginan mereka yg akhirnya menyaksikan kemenangan yg cukup selesa calon lawan..Namun saya cukup percaya dengan kekuatan dan idea2 yg bernas dari pucuk pimpinan Umno pusat khususnya dalam percaturan bagi calon2 pilihanraya kelak akan menjadi nadi utama dalam menghadirkan kegerunan kepada parti Pas sekiranya calon2 yg dipilih bukan shj mempunyai rekod yg cukup baik dalam parti bahkan juga disukai oleh rakyat dlm kawasan mereka..Akhirnya sudah pasti jika kesemua ini diteliti dan dibuat perancangan yg sebaik2nya tidak mustahil Umno akan kembali menjadi pemerintah dalam negeri kelantan kerana parti Pas juga kini berhadapan dengan krisis2 yg cukup getir cuma masanya shj yang masih lagi tidak memihak kepada Umno tetapi tidak salah utk terus berusaha kerana usaha itu adalah salah satu ikhtiar dan mereka yg tidak jemu berusaha serta berikhtiar serta menyerahkan diri kepada Allah Taala pasti akan di makbulkan usaha mereka walaupun terpaksa menunggu lama..Yang paling penting adalah semangat yang tidak pudar dan senantiasa memberikan yg paling baik utk menonjolkan semula jenama Umno pada pandangan rakyat kelantan..Wassalam
Jumaat, 1 Oktober 2010
Gas,Galas dan Ku Li
PRK bagi dun Galas sudah pasti sengit kerana pelbagai ulasan dan isu2 yg akan menjadi tajuk utama lebih2 lagi apabila seorang ketua bahagian dilantik sebagai pengarah pilihanraya kali ni yg mana telah menampakkan perubahan besar dlm parti umno kali ini demi merampas semula kerusi selepas tsunami 2008..perbezaan tidak lebih dari 650 undi shj pada PRU 12 lepas cukup jelas sebagai bukti bahawa dun2 dlm bahagian Gua Musang cukup kuat dan semua sudah tahu ttg kekuatan ketua bahagiannya hinggakan beliau tidak pernah kalah dlm setiap pilihanraya hingga kini..Dan semua sudah tahu bahawa YAM Ku Li telah dilantik sebagai pengarah PRK kali ini kerana seribu satu kelebihan memihak kpd beliau yg cukup tahu ttg selok belok rakyat dlm bahagiannya..Sesungguhnya bahagian Gua Musang amat beruntung kerana mempunyai seorang ketua bahagian seperti Ku Li dimana walau pada zahirnya menampakkan beliau sering kali tersasar drpd kehendak pucuk pimpinan parti tetapi sebagai seorang yg cukup2 memahami politik nasional sejak dari PM ke2 lagi sudah pasti segala pengalaman dan pengamatan beliau terhadap setiap tindakan yg di ambil sudah pasti mempunyai alasan2 yg cukup konkrit bg beliau sehinggakan tidak pernah terfikir pada sesetengah kita yg cetek pemikiran..Semua juga sudah maklum akan kesediaaan Ku Li utk menjadi saksi bagi tuntutan royalti minyak kerajaan negeri yg hingga kini telah berada dalam tindakan ke mahkamah dan ianya sudah pasti akan menjadi tuumpuan bagaimana seorang yg berlainan parti sanggup utk menjadi saksi dan kini menjadi pengarah pilihanraya bagi partinya..inilah yg ditunggu2 bukan shj dari rakyat kelantan tapi rakyat malaysia ttg penjelasan Ku Li dlm isu royalti ini yg sudah pasti menjadi tajuk utama bagi PRK kali ini..hingga kini tiada siapa yg boleh membaca gerak geri tindakan yg beliau lakukan ini walaupun pada peringkat awalnya beliau telah ditohmah dgn berbagai pandangan yg menampakkan kecetekan masing2 dlm membaca dan memahami susur galur seorang ahli politik yg cukup pengalaman seperti Ku Li..Kehebatan Ku Li bukan shj di iktiraf oleh kita di negara ini malah di luar negara kerana pengalaman yg ada pada beliau khasnya dlm bidang ekonomi cukup menjadikan beliau seorang yg amat di sanjung terutamanya dalam hal2 kewangan..Beliau pernah menjadi Menteri Kewangan semasa dlm kabinet PM ke2 dimana pada masa itulah beliau telah diberi amanah utk menjaga hasil mahsul negara yg tidak ternilai seperti petrolium yg telah di draf dgn cukup teliti agar segala kepentingan negara ini tidak terlepas ke tangan kuasa asing..Dan seandainya beliau menjadi calon bagi PRK kali ini sudah psti kemenangan akan berpihak pada UMNO kerana tiada sebab utk rakyat dlm dun Galas menolak beliau kerana kebaikan dan kehormatan diri yg ada pada beliau sudah cukup utk menjamin kemenangan kali ini..Pas sendiri sudah merasakan bahang yg amat sgt tatkala berita ttg perlantikan Ku Li telah heboh hinggakan Pengarah Pilihanraya parti itu sudah pun membuat kenyataan bahawa cukup susah utk mengekalkan kerusi Galas ini dgn kehadiran anak raja berdarah rakyat ini apatah lagi dlm jajahan takluk sejak sekian lama lagi..Nama beliau sudah cukup utk menghadirkan rasa hormat sekelian rakyat kelantan khususnya kerana beliau cukup tahu dlm membezakan politik sebenar dan juga politik makan nasi..Itulah Ku Li yg walaupun kini dilihat semakin tersisih dari arus perdana tetapi sinarnya tetap memancar apabila diperlukan kerana keikhlasan dan kejujuran yg ada pada beliau terutamanya dalam hal2 yg membela rakyat negara ini..Yang paling penting beliau tidak pernah menolak demi kebaikan dan juga sanggup berdamai utk kebaikan..Semoga kali ini Galas akan di galas kembali oleh Umno...wasslam
Selasa, 14 September 2010
Semoga Hari Raya kekal aman
Salam aidilfitri buat semua yang sudi menjengah blog ini dari penulis dengan ucapan semoga berbahagia di lebaran ini ..ampun dan maaf di pinta sekiranya ada terguris hati dari kenyataan2 penulis kerana itulah kenyataan yg harus kita terima walaupun pahit kdg2 utk di telan..realitinya kita di tanah melayu ini amat bertuah kerana dpt menyambut raya dengan penuh kedamaian dan dalam keadaan tanpa diulit sebarang resah gelisahh tidak sepertimana yang dialami oleh saudara2 seislam kita khasnya di Palestin mahupun Afghanistan..namun apakah keamanan dan kedamaian kita menyambut hari raya akan terus kekal selamanya dan diwarisi oleh generasi islam khususnya bangsa melayu dari tahun ke tahun atau apakah kita hanya akan menikmati kesucian syawal ini dengan bunyi letupan bom yg bukan berharga ber ringgit tetapi berharga beratus juta ringgit sehinggakan utk keluar dari rumah menuju ke masjid bagi menunaikan sembahyang sunat hari raya mesti berwaspada dan berada dalam keadaan jiwa yg tidak tenteram kerana tidak pasti apakah nyawa masih ada atau akan melayang mudah gara2 keamanan yg di kecapi sudah tiada lagi hasil kelalaian sesetengah pemimpin kita yg bermelayu islam yg begitu kemaruk kuasa hinggakan sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi mencapai matlamat utama dan tidak lagi menoleh utk melihat generasi baru bagi mengecap rasa keamanan selamanya di tanah melayu ini..bangsa melayu merupakan bangsa majoriti di tanah ini dan juga merupakan pendokong kepada perjuangan agama islam dan bukan hanya di dokong oleh sebuah parti shj kerana di tanah melayu ini apabila shj melayu di ucapkan maka yang jelas pada makna melayu itu ialah islam agamanya dan disokon oleh minoriti bangsa2 lain yg memeluk islam mahupun yg sudah islam.dan seandainya bangsa mnelayu ini terus berpecah belah dan asyik mendongak ke langit tanpa menunduk ke bumi kerana keegoan dan keras hati masing2 dalam mencari titik noktah bagi memantapkan hubungan melayu islam di tanah ini maka susdah pasti bahana dan celaka yg akan menimpa nasib melayu islam..dan sekiranya ini terjadi tidak mustahil kita akan menjadi seperti bangsa palestin yg di usir keluar oleh bangsa pendatang yahudi dari tanah mereka sendiri..sehingga kini nasib bangsa palestin terus menjadi pertikaian masyarakat dunia tetapi apakan daya kerana ini semua adalah kesilapan lampau yg terus menghantui generasi masa kini palestin yg berterusan menerima akibat kerana kejahilan dan juga rasa keegoan yg melangit tinggi pimpinan mereka yg tidak mahu bersatu padu berganding bahu dlm memperkuatkan barisan semasa negara mereka masih lagi dlm genggaman..hasilnya cukup memilukan bahkan seolah2 bangsa ini telah menjadi ayam sembelihan yahudi yg sewenang2nya melakukan tindakan2 yg sama sekali tidak pernah kita fikirkan utk membunuh bangsa palestin bagi melenyapkan bangsa ini dari bumi mereka sendiri..kita di tanah melayu ini bagaimanakah keadaan sekiranya kelalaian pemimpin mahupun rakyat jelatanya dari bangsa melayu islam terjadi?hinggakan kuasa yang paling penting dlm sesebuah negara terlepas ke tangan bangsa yg kita tidak pernah ketahui kejujuran mereka dlm memartabatkan perjuangan melayu islam setelah kuasa ekonomi dari tahun ke tahun dimonopoli sepenuhnya oleh bangsa lain..apakah kita akan merasa tenteram utk menunaikan sembahyang sunat aidilfitri sekiranya kuasa politik berada dlm tangan yg bukan agamanya islam?apakah nasib melayu islam akan terbela seperti sekarang ini sekiranya kuasa politik yg ada ini diberikan kpd bangsa yg lain dari melayu?apakah perlembagaan kita yg membela hak2 melayu dan peribumi akan kekal selamanya sekiranya kuasa pemerintah beralih tangan kepada bangsa bukan melayu?apakah hak kedaulatan Raja2 kita akan kekal terpelihara sebagai payung negara sekiranya kita memberikan kuasa kepada mereka yg tidak pernah menghormati institusi ini?dan yg paling penting apakah islam akan terus gah sperti hari ini yg menjadi agama rasmi di tanah melayu ini sekiranya majoriti pemerintah tidak berpihak pada pimpinan yg agamnya islam?kepada saudara2 ku melayu islam ingatlah bahawa kita hanya meminjam kedamaian dan keamanan ini drpd generasi kita yg kini menjadi anak,cucu dan cicit kepada kita..kerana kelak merekalah yg akan meneruskan kesinambungan adat melayu islam kita dan menjadi penyambung kepada sebuah tanah melayu yg cukup harmoni dan aman keadaannya..Salam aidilfitri...wassalam
Khamis, 26 Ogos 2010
berkerat rotan sekalipun namun..
berkokok lagi sang ketua yg tidak tahu malu kelmarin..kali ni kokoknya bagaikan sembilu seolah2 ingin menjadikan dirinya pula sebagai juara rakyat yg masih tidak dapat taraf kerakyatan walaupun katanya sudah ada di antara mereka yg kini mempunyai cucu cicit...kalau 2-3 hari yg lepas,beliau berkokok ttg ingin melihat penghapusan kouta bagi bumiputera yang di canangkannya sebagai cadangan drpd kaum cina maka kali ini dgn nada yg lebih nyaring lagi disertai dgn raut muka yg menyakitkan hati melihatnya tatkala beliau mengadakan sidang akhbar kelmarin..persoalan yg ditimbulkannya bagaikan isyarat bahawa partinya kini tidak lagi akan meminta persetujuan dgn parti2 kompenan BN khususnya UMNO dlm satu2 isu nasional dimana isu2 ini akan terus dijajanya selagi permintaan2 drpd bangsa pendatang ini tidak dipenuhi oleh kerajaan..amaran demi amaran yg dikeluarkan oleh pucuk tertinggi termasuk Perdana Menteri sendiri bukan shaja boleh di ibaratkan umpama air dicurah atas daun keladi tetapi bagaikan si pekak yang tidak dapat mendengar apa2..beliau terus menyerang dari belakang tanpa mempedulikan perasaan kompenan yg lain kerana beliau tidak ada kerja dlm kerajaan disebabkan skandalnya dahulu yg kini semakin dilupai oleh bangsanya sendiri kerana memilih beliau sebagai ketua mereka meskipun telah terpalit bagaikan najis pada dirinya... tetapi mereka tetap juga memilihnya kerana sebelum ini beliau begitu lantang membela dlm soal2 yg melibatkan kaumnya yg jelas berkepentingan diri sendiri..satu demi satu isu di keluarkan agar kerajaan membuka mata dan telinga berselang seli dgn amaran2 yg ingin menunjukkan kekuatan bangsanya semata2 kerana ingin menjadi juara bagi kaumnnya..tindakan sang ketua ini bagaikan merendah2kan sistem perlembagaan yg telah dipersetujui selama lebih 50tahun ini dan dalam masa yg sama tanpa sesiapapun akan terduga akan membibitkan unsur2 perkauman yg selama ini cuba dielakkan oleh kerajaan kerana akibatnya amat buruk..apakah kerana beliau tidak mendapat tempat dlm pimpinan kerajaan meskipun menjadi ketua kpd sebuah parti kompenan maka beliau terus menerus menikam kompenannya sendiri kerana dendam ini?atau sememangnya inilah sifat cauvinis beliau yg selama ini ditutupi dgn amat baik sekali?atau sengaja mengalihkan isu bangsanya yg kini tidak lagi percayakan partinya disebabkan mereka kini beralih arah kpd parti malaysian malaysia?ataukah satu pakatan dan rancangan sulit bangsanya dlm mengambil alih teraju negara ini setelah sekian lama menjadi parti ke2 selepas UMNO?kalau betul seperti di sangka maka amat buruk natijahnya kepada tanah melayu ini yg sudah pasti mereka2 ni tidak akan lagi mengguna pakai perlembagaan yg ada malah mngkin melenyapkannya terus dari bumi melayu ini dimana akhirnya melayu islam dan bumiputera menjadi pengemis dlm tanah sendiri..dan sekiranya ada suara2 lantang dari pihak orang melayu atau UMNO yg juga ingin membela nasib bangsa mereka sudah pasti ada desakan supaya pejuang2 melayu ini meminta maaf atau menarik kenyataan2 berbaur perkauman sepertimana yg telah terjadi pada menteri dlm negeri sekarang yg telah didesak meminta maaf kepada bangsa cina gara2 mencium keris keramat semasa persidangan parti dahulu beitu juga halnya yg terjadi kpd ketua bahagian bukit bendera kerana mengeluarkan kenyataan yg mereka anggap perkauman sedangkan hakikatnya adalah benar bahawa bangsa cina di malaysia ini adalah bangsa pendatang yg dulunya ingin mencari rezeki timah di tanah melayu ini..sudah terlalu byk pimpinan kerajaan bersikap tolak ansur dgn bangsa ini demi ingin menjaga semangat kekitaan dlm parti kompenan namun ternyata seumpama bangsa ini sudah diberi betis tapi masih lagi nak daging paha..kepada pimpinan tertinggi khasnya pemimpin utama UMNO cukup2 llah kita memberi muka kpd mereka2 ini kerana semakin kita memberi muka maka semakin nyaring bangsa ni menyalak tanpa mempedulikan lagi perasaan kita sebagai tuan kepada tanah ini..walau berpatah arang berkerat rotan namun melayu islam tidak akan mengalah sama sekalli demi ibu pertiwi..kerana alang2 menyeluk pekasam dlm membela agama,bangsa dan tanahair ini biarlah air darah mengalir laju dari badan sekalipun kami sanggup berkorban nyawa!! ...wassalam
Selasa, 24 Ogos 2010
Sekiranya benar maka jangan simpan pemimpin sebegini
UMNO ini parti unggul dan keramat kepada orang melayu islam dlm tanah melayu ini...siapa pun tidak boleh nafikan hal ini waima selepas ini akan terus mengekalkan kuasanya sebagai parti majoriti dlm kerajaan mahupun menjadi lipatan sejarah sekiranya tersungkur dlm PRU13 kelak..kekuatan parti bergantung bukan sahaja kepada barisan kepimpinannya malah sebahagian besarnya adalah penyokong tulen yg tidak berbelah bahagi setianya demi utk parti ini..sekiranya parti ini kuat maka tidak mustahil utk UMNO terus mengekalkan kuasanya demi kesinambungan sebuah perjuangan demi agama bangsa dan tanahair..kepimpinan UMNO menjadi role model yg cukup penting bukan sahaja kepada para pengikut mereka tetapi juga kepada khalayak..jesteru itu utk menjadi seorang pemimpin bukanlah mudah apatah lagi menjadi pemimpin kepada sebuah parti yg paling unggul dlm dunia ini..setiap mereka yang diangkat utk menjadi pemimpin mestilah mempunyai kekuatan diri serta auranya disamping roh perjuangan parti yg tersemat dlm diri agar kesetiaan dan prinsip perjuangan pimpinan dahulu terus dikekalkan demi parti yg telah begitu byk jasanya kepada bangsa melayu islam dlm negara ini..seorang pemimpin yg penuh amanah dan tanggungjwb terhadap partinya bererti mereka wajib utk menunaikan amanah yang telah diberi dgn penuh keikhlasan demi parti dan bukan hanya menjadi pemimpin boneka yg sekadar memegang jawatan tersebut tanpa melakukan apa2 apabila kuasa berada ditangan utk kebaikan parti dan pengikutnya..selain roh perjuangan UMNO perlu ada dlm diri setiap pemimpin UMNO,mereka juga harus berpegang pada ajaran agama islam yg menjadi tunjang kearah kebaikan dengan mengikut apa yang telah diperintah oleh Allah dan Rasulnya dan meninggalkan segala larangannya..kerana itu bukan mudah utk menjadi seorang pemimpin UMNO yang senantiasa menjadi perhatian dan buah mulut rakyat sekiranya terjadi perkara2 yg tidak menyenangkan apatah lagi perkara yang ditegah agama dilakukan oleh seorang pemimpin UMNO..sehari dua ini gempar kisah seorang ketua bahagian di negeri kelantan yg kisah skandal seksnya dgn seorang puteri dlm bahagiannnya tersebar pantas umpama ribut taufan namun sehingga kini masih lagi menjadi misteri siapa gerangannya tetapi berdasarkan segala bukti yang ada sudah pasti akan menjadi satu tamparan yg cukup hebat kepada pimpinan negeri apatah lagi pusat sekiranya perkara ini bukan rekaan..dan sekiranya ianya betul maka jalan terbaik adalah dengan tidak melindungi individu ini kerana kelak padahnya UMNO yang akan menanggungnya..jgn lagi menyimpan ketua sebegini yg bukan sahaja menjadikan imej parti terjejas terus malah lebih buruk akan mengundang persepsi yg cukup negatif rakyat terhadap UMNO sekiranya orang2 sebegini mendapat pembelaan..sebenarnya pihak pimpinan atasan di putrajya seharusnya menilai akan sebahagian ketua bahagian di kelantan ini yang rata ritinya menjadi liabiliti kepada parti hinggakan sehingga kini UMNO masih lagi gagal menawan kembali kelantan walau pihak pimpinan atasan pusat telah melakukan byk perkara demi hasrat utk melihat kelantan kembali kepada UMNO..sebagai seorang ahli parti sudah pasti saya mahu melihat barisan kepimpinan kelantan yg bukan sahaj ikhlas dan jujur tetapi dpt menunjukkn contoh tauladan yg baik bukan shj kepada ahli parti tetapi juga kepada rakyat dlm bahagian dan negeri agar cita2 selama lebih 20 tahun UMNO menawan kelantan akan tercapai..wassalam
Isnin, 23 Ogos 2010
Sepatut Dan Sebetulnya Mereka Yang Berilmu itu..
Terlalu byk yang telah berlaku yang melibatkan hak2 orang islam di negara ini seolah2 semakin menjadi trend bagi segolongan mereka yang dikatakan berilmu tetapi ilmu yang ada telah digunakan utk menyeleweng akidah umat islam dgn perkara atau benda mahupun kenyataan yang sekiranya tidak diteliti dan di amati dgn sebetulnya maka akan lebih byk lagi pemesongan akidah akan berlaku kepada umat islam hari ini khasnya di tanah melayu ini..saya lebih suka utk menggantikan malaysia dgn tanah melayu agar para pembaca akan terus sinomin dgn nama ini agar mereka akan merasakan sesuatu didlm diri mereka apabila melayu di basahkan dlm setiap pembacaan mereka..sepatutnya mereka yang berilmu ini dgn hati yg ikhlas dan jujur terus memberi perkhidmatan mereka ini tanpa ada perasaan prejudis mahupun mempunyai agenda yang lain dlm mengembangkan islam di tanah melayu ini tetapi mereka2 ini telah menggunakan segenap ruang yg ada utk memesongkan akidah umat islam yang dulunya cukup aman drpd sebarang gejala ini..mereka ini dgn ilmu yang ada telah membuat kenyataan yang bukan sahaja mampu menimbulkkan huru hara dlm tanah melayu ini tetapi telah menyerabutkan pemikiran umat islam hanya kerana mereka merasakan mereka lebih tahu ttg bab agama ini setelah mendapat segulung ijazah islam tanpa mereka merujuk kepada orang yang lebih bijak pandaii dlm agama yang ada dlm tanah melayu ini yang sebelumnya telah menjadikan agama islam ini terus memancarkan sinarnya tanpa ada sebarang keraguan mahupun persoalan2 yang ingin diperkatakan..mereka ini dahulu lebih dan berpegang utk memudahkan bukan memayahkan agama..jesteru itu kita dapati hasil drpd prinsip inilah yang menyebabkan tiada sebarang persoalan ttg agama islam ini kerana mereka yg berilmu ini cukup mudah dan tidak membebankan pemikiran umat islam dgn segala kenyatan mahupun perbuatan mereka kerana menyedari ttg kesan dan bahana yg dan akan menimpa sekiranya setiap sudut hal yg berkaitan dgn agama ini di perkatakan dgn sewenang2nya..namun dgn kehadiran mereka2 yg berilmu tetapi mempunyai agenda yg tersembunyi dgn sejuta pemikiran yg boleh menganggu-gugat pemikiran umat islam di tanah melayu ini telah menjadikan keadaan yg amat kalut sehingga menimbulkan persoalan demi persoalan yang bukan shj menjadikan suasana panas sesama umat islam tetapi mengheret kepada persoalan ttg perkauman yang sememangnya terlalu inigin kita elakkkan..Islam telah menggariskan prinsip2 mahupun undang2 yang telah di tetapkan sejak dahulu lagi kepentingan agama islam terus terpelihara kerana didalam didalam al-quran sudah ada amaran2 ttg mereka2 yg akan mendustai agama ini dgn membawa segedung ilmu islam yg ada dlm diri mereka..mereka2 inilah yg semakin hari semakin mendapat tempat dlm masyarakat kita bahkan ada yang begitu dan amat taksub pada mereka2 ini hinggakan terlupa ttg amaran yang telah diperingatkan kpd kita ttg bahaya orang seperti mereka ini..ketaksuban mereka kpd golongan ini cukup menakutkan kerana para pengikut golongan ini sudah mula melupai ttg kelemahan yang ada pada seseorang hamba Allah ini yang tidak dapat lari dari melakukan dosa tetapi kerana terlalu taksub malah ingin melihat pemimpin mereka ini terus mekar di puncak maka sejuta persoalan2 ttg kelemahan ini telah di lindungi dgn penuh warna warni agar akan nampak kepada khalayak bahawasanya golongan inilah yang patut kita ikuti tanpa sebarang persoalan lagi..hasilnya cukup menakjubkan hinggakan segolongan mereka ini telah menolak tali persaudaraan malah lebih teruk lagi menjatuhkan maruah segolongan umat islam sebagai kafir dan sesat dgn kenyataan drpd mereka..Sebetulnya mereka yg berilmu ini terus memberikan satu sifat mahupun contoh yang paling baik kepada pengikut ataupun jemaah mereka agar kesucian islam terus terpelihara dgn mengikut segala yang disuruh dan sama sekali menjauhi segala larangan agama..mereka ini sepatutnya memberikan buah fikiran yang bukan shj menguntungkan umat islam dlm tanah melayu ini tetapi menguatkan tali persaudaraan sesama islam serta tali keharmonian dlm sebuah negara majmuk ini dan bukan mempunyai agenda2 tertentu sehinggakan tergamak mengheret agama islam yg suci ini ke lembah yg cukup jijik hingga menjadi bahan ketawa mahupun penyelidikan kepada mereka yg tidak tahu dan tidak kenal erti dosa dan pahala..apa yang mereka iaitu orang kafir ini tahu ttg dosa dan pahala?apakah kita yakin bahawa mereka2 ini yg jelas menolak islam akan mendapat petunjuk hanya dgn mereka ini menghafal ayat2 suci al quran?sanggupkah kita terus menanggung beban dosa ini hanya kerana kegilaan sesetengah mereka yg berilmu ini yang melacurkan agama?apakah pembaharuan islam kita perlukan jika pembaharuan pemikiran islam ini menjadikan suasana semakin kucar kacir?atau kita sebagai umat islam lebih senang dgn keadaan kesucian agama islam yg dahulu ketika kita masih kecil tidak terjerumus dgn fatwa atau kenyataan mereka yg gilakan kuasa ini?Sebetulnya Bangsa Melayu lah yg menjadi tiang kepada islam dlm tanah ini dan bukan bangsa2 lain..jadi sewajibnya kita memelihara hak2 bangsa melayu ini kerana islam akan menjadi kuat dan bersinar selamanya sekiranya kita umat melayu islam bersama2 bergabung tenaga dan buah fikiran demi utk kedaulatan dan kesucian agama islam...Maha Suci Allah... wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)