Isnin, 28 Mac 2011

Kalau sudah takdirnya

Gempa bumi disusuli dengan tsunami yang melanda negara matahari terbit kini sudah meragut puluhan ribu nyawa penduduknya.Berbilion yen di anggarkan kerugian yang di alami oleh negara jepun kerana tragedi ini.Disebalik kemajuan pasti ada kemusnahan apalagi dengan kejadian reaktor nuklear mereka yang meletup dan kini radiasinya semakin meningkat walaupun kerajaan jepun bertungkus lumus untuk menstabilkannya namun masih gagal mengawal dari terus merebak.Kalau sudah takdirnya begitu maka tiada kuasa yang dapat menghalang namun sebagai kewajipannya kita mesti berikhtiar

Malah masih lagi kedengaran kejadian gempa bumi di negara-negara lain yang kini berjaga-jaga agar kejadian yang serupa tidak berlaku kepada negara mereka.Tapi yang pastinya negara-negara ini akan bangkit daripada kemusnahan untuk terus memacu kemajuan tetapi dalam keadaan yang lebih menumpukan perhatian dalam aspek keselamatan agar kesejahteraan rakyatnya terpelihara.

Negara kita ini cukup bertuah kerana masih lagi terselamat walaupun terkena tempias tsunami beberapa tahun dulu yang meragut ribuan nyawa tetapi kesannya hanyalah tempias setelah negara-negara jiran dengan begitu teruk dilanda ribut tsunami.Kedudukan geografi yang dilindungi oleh negara-negara jiran dan jauh dari pusat lingkaran gempa bumi merupakan satu aset yang paling penting untuk negara ini terus mengecapi keamanan dengan pembangunan yang semakin hari semakin hebat berkembang cuma krisis dalaman sahaja yang bisa menggugat kestabilan yang tidak pernah sunyi dan padam.

Krisis kepimpinan yang melanda parti-parti yang bakal bertanding dalam PRU13 juga merancakkan lagi suhu politik negara dengan beberapa isu besar yang cukup menggegarkan negara dengan paling terbaru adalah tentang skandal video porno yang pemain utamanya dikaitkan dengan pemimpin kanan sebuah parti pembangkang.Samada benar atau tidak tentang kesahihan video ini yang masih lagi rancak di bicarakan oleh seluruh rakyat dimana sebahagian besar mereka mengatakan benar dan sebahagian lagi mengatakan konspirasi terbaru bagi menuduh si pelakon dalam video tersebut masih lagi menjadi teka teki dan seribu satu persoalan kepada khalayaknya.

Namun apa yang penting bagi kita umat islam dalam negara ini khususnya bangsa melayu yang terkenal dengan adab sopan dan budi bahasa disamping teras agama menjadi pendindingnya adalah menerima berita-berita ini dengan penuh teliti dan berwaspada kerana kadangkala fitnah yang datang kepada kita cukup-cukup besar dosanya sekiranya tidak benar apabila kita juga terpalit sama mengiyakannya.Biarlah mahkamah yang menentukannya walaupun ada yang berkata bahawa mahkamah juga tidak dapat lari daripada terpalit sama untuk mendalangi teori konspirasi yang telah bertahun-tahun berjalan namun kita perlu ingat sekiranya mereka yang menjatuhkan hukuman ini berdasarkan kerana penipuan dan bukan kerana kebenaran maka hukuman ke atas mereka di akhirat kelak tetap pasti ada.

Begitu juga mereka yang dilanda tohmahan dan fitnah besar sekiranya dijatuhkan hukuman yang tidak sepatutnya maka sudah pasti kebenaran akan muncul satu hari kelak.Seorang pejuang yang sebenar tidak pernah takut untuk berdepan dengan cabaran dan rintangan dalam hidupnya walaupun terpaksa merengkok dalam penjara berpuluh tahun lamanya kerana hanya mempertahankan kebenaran dalam prinsip perjuangannya.Cuma janganlah kita hanya kerana seekor nyamuk maka kelambu pun kita bakar sama yang mana akibatnya negara yang akan menjadi huru hara dan rakyat jelata yang akan menderita.Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia tiada siapa yang tahu melainkan Yang Maha Berkuasa.Kalau sudah takdir suratannya maka yang benar tetap selamanya akan bersinar dan menjadi sebutan hingga akhir hayat..wassalam




Jumaat, 4 Mac 2011

Cahaya Di Mata Mu..Senyum Di Bibir MU

Pemimpin pasti akan bersilih ganti.. dengan ibaratnya yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti..Pemimpin ini akan di ganti oleh orang apabila sampai masanya kelak..Samada mereka suka atau tidak akan situasi ini semuanya kehendak Allah Taala yang menentukan takdir keatas seseorang pimpinan itu sendiri.

Semuanya sudah di atur sebelum lahirnya manusia ke muka bumi ini dengan segala perjanjian-perjanjian yang telah di persetujui dengan Penciptanya.Kisah suka duka dan susah senang akan pasti mewarnai kehidupan perjalanan seseorang hambaNya sebagai rencah ratus sebagai pengajaran semasa mereka masih lagi di dunia ini.

Takdirnya manusia ini di lahirkan dalam berbagai keadaan dan anutan dan sesungguhnya bagi mereka yang di lahirkan sempurna sifatnya di tambah lagi dengan islam sebagai anutannya aamt beruntung kerana sudah di jamin pasti tempat mereka ini dalam syurga yang abadi sekiranya mereka mengikuti segala ajaran Allah dan RasulNya semasa hayat mereka.

 Hidayat adalah sesuatu yang amat sukar di kecapi tapi cukup senang untuk kita temui.Mereka yang di lahirkan dalam anutan selain islam sudah pasti akan mendapat petunjuk dan hidayat dari Allah Taala apabila Dia mengizinkannya.Dan bergembiralah bagi mereka yang mendapat hidayah setelah kesesatan mereka kerana mereka bagaikan soerang bayi yang baru lahir tanpa ada cacat cela dengan dosa-dosa.Beruntunglah sekiranya mereka yang mendapat hidayah terus berpegang teguh kepada al-quran dan sunnah dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Bagi generasi masa depan negara sudah pasti kita mengimpikan kepimpinan yang lebih baik daripada hari ini agar segala permasalahan dan kebuntuan dapat di leraikan dengan cukup berhemah agar segala kelemahan dapat di atasi dengan sebaik mungkin.Tiada lagi permusuhan sesama umat dan tiada lagi kata-kata keji dan nista sesama bangsa malah sesama satu agama yang dari dulu hingga kini menyeru kepada persaudaraan sesama islam.Harmonilah negara sekiranya satu agama dan bangsa berpakat bermuafakat tanpa ada rasa sifat-sifat tercela dalam diri mereka.

Cuma persoalannya apakah senyuman di bibir anak2 kecil ini di tambah dengan sinar cahaya di mata mereka akan dapat meneruskan kesinambungan tradisi untuk menjadi yang lebih baik sebagai pemimpin negara kelak sekiranya saat ini kita masih lagi bertelagah sesama agama dan bangsa?Apakah tiada perasaan kasihan atau ehsan dalam diri kita pada hari ini tentang untung nasib dan masa depan anak-anak kecil ini sekirannya kuasa terlepas ke tangan mereka yang terlalu berkepentingan yang sanggup melakukan apa sahaja hingga melupakan asal usul perjuangan datuk moyang mereka?

Berfikirlah untuk generasi masa depan negara kerana hidup kita hanya sementara sebelum ajal menjemput kita..Janganlah terlalu rakus mengejar kuasa sehingga kita lupa agama dan bangsa yang menjadi tiang seri bagi kita di bumi tercinta ini.Jangan bermegah dengan kata-kata nista sesama kita kerana lebih menampakkan lagi jahilnya kita dalam beragama.Jangan hanya pandai menjaja agama islam semata-mata kerana kuasa kerana padahnya akan terkena generasi masa depan negara." buah cempedak di luar pagar..ambil galah tolong jolokkkan..jika kita selalu bersabar..sudah pasti doa kita Allah perkenankan"...wassalam

Khamis, 3 Mac 2011

Siramilah Negara Kita Dengan Keamanan

Hingga ke saat ini bumi-bumi arab terus di landa amukan para pendemonstrasi yang saban hari semakin hari semakin bertambah bilangan negara-negara kepulauan arab yang bakal di penuhi jalanan mereka dengan para penunjuk perasaan.Muammar Gaddafi(MG) yang lantang menentang Amerika Syarikat kini terus bertahan tapi entah sampai bila.Begitu juga dengan lain-lain negara arab yang kini bagaikan gunung berapi yang bila-bila masa bakal meletuskan laharnya.

Begitu hebat sekali penangan dunia tanpa sempadan.Bermula di Mesir hanya dengan menggunakan facebook maka tumbanglah regim Hosni Mubarak(HM) tetapi saat ini situasi di negara tersebut seolah-olah bagaikan di gantung tidak bertali.Kekacauan masih lagi terus meletus dan bakal akan menjadi lebih buruk kerana masing-masing pimpinan ingin merebut kuasa setelah ketiadaan HM.Bayangan kuasa telah menjadikan diri masing-masing tamak hingga mereka terlupa tujuan asal mereka yang ingin menuntut keadilan dari sistem republik.

Libya yang kaya dengan hasil minyak sebagaimana bumi arab yang lain kini menjadi sasaran terbaru penunjuk perasaan yang mendapat sokongan daripada musuh utama negara tersebut iaitu Amerika Syarikat.Bagaikan ada agenda yang tersembunyi apabila negara utama yang menjadi suara majoriti dlm PBB ini melayarkan bahtera perangnya kerana ingin memerangi regim MG yang kononnya di labelkan mereka sebagai penjahat dunia.Seolah-olah mereka ingin menjadikan semua bumi arab ini seperti yang telah mereka jadikan kepada nasib Iraq yang kini terkontang kanting tanpa arah kemudi yang betul

Dulu sebelum penguasaan Amerika Syarikat ,negara Iraq cukup di kenali dan di hormati dengan teraju utama mereka iaitu Saddam Hussin yang senantiasa menjadi tembok penghalang terhadap niat jahat polis dunia ini.Dengan alasan bahawa Iraq punyai senjata nuklear lalu mereka mendapat mandat daripada PBB untuk menyerang dan membunuh seberapa ramai rakyat Iraq hinggakan kini Iraq bagaikan tiada lagi maruah diri sebagai sebuah negara yang cukup sifat ketamadunan mereka dulu.

Kita di Malaysia yang aman dan makmur meskipun di dalamnya terdapat berbagai agama dan bangsa yang menghuninya.53 tahun telah berlalu semenjak kita mendapat kemerdekaan dan sehingga ke hari ini kita masih lagi dapat menghirup angin kedamaian dan keamanan yang tiada sepertinya di negara lain.Ini kerana pimpinan negara amat cakna terhadap jelatanya dalam memastikan keamanan terus dapat di kekalkan biarpun pelbagai kata nista di lemparkan namun di gagahi kerana amanah yang di pikul lebih berat untuk di laksanakan demi memastikan kesinambungan kemerdekaan ini berterusan selamanya.

Dalam masa yang sama masih ada anasir-anasir luar yang cuba untuk menghuru-harakan negara kerana mereka terlalu cemburu dengan keamanan Malaysia meskipun rakyatnya berbilang agama dan bangsa namun keamanan negara terus di jadikan contoh dan tauladan oleh negara-negara jiran dan mendapat pengiktirafan luar negara dalam hal keselamatan negara.Ketegasan pihak berkuasa amat di tagih apabila adanya anasir-anasir yang tidak sihat yang cuba untuk mencetuskan rasa kurang senang biarpun pihak berkuasa selalu sahaja di cemuh dan di hina dengan pelbagai kata oleh mereka yang sememangnya tidak pernah memahami tugas pihak berkuasa.Sebagai rakyat yang patuh pada undang-undang negara, sudah pasti pihak berkuasa tidak akan sewenang-wenangnya mencabul hak mereka kerana mereka juga adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Patuhlah pada rukun negara demi perpaduan kita dalam masyarakat berbilang bangsa kerana di dalamnya sudah cukup isi rasanya sebagai panduan keamanan negara.Ikutlah rukun islam yang lima sebagai panduan kepada kita untuk menyuluh kehidupan demi masa hadapan negara tercinta dengan menjadikan agama islam sebagai rujukan utama.Jangan kita mengikut rasa kerana sudah pasti akan binasa kerana kita telah 53 tahun merdeka maka bajailah dengan penuh siraman berbunga pada negara selama-lamanya

Janganlah kita mengadu damba dengan hal-hal yang boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat dalam negara kerana padahnya akan melanda generasi masa depan negara.Cukuplah apa yang telah terjadi pada bumi arab kerana ada agenda yang tersembunyi oleh penjahat yang tidak kelihatan di mata rakyat mereka.Sayangilah negara ini dengan sepenuh hati dan jangan cuba memporak perandakan keamanan yang telah ada.Demi Agama Bangsa Dan Tanahair ini akan ku terus pertahankan hingga akhir nyawa daripada mereka yang terlalu ingin merompak kedamaian ini...wassalam