Khamis, 22 Julai 2010
ego yg melangit tinggi
rupanya ego seseorang itu tidak mudah utk kita turunkan kerana masing2 punyai darah hitam yg masih lagi menjadi sebahagian drpd diri mereka..waima mereka ini adalah drpd mereka2 yg boleh kita panggil sebagai orang alim,jahil dan sebagainya namun rasa keegoaan tetap beraja di hati mereka..walau sehebat manapun kita terhadap diri kita sendiri namun dlm masa yg sama kita hendaklah senantiasa menjenguk dan melihat akan segala kelemahan dan kelebihan yg kita dan orang lain punyai kerana kita tetap makhluk yg punyai seribu satu kelebihan dan juga kelemahan..begitu juga dgn sesetengah pemimpin melayu yg kononnya melabelkan diri mereka sebagai pemimpin yg membawa perjuangan islam tetapi hanya memperjuangkan nama islam itu shj sedangkan mereka tidak pernah mengamalkan akan sepenuhnya makna islam dlm perjuangan mereka kerana mereka ini lebih berkepentingan utk berkuasa drpd menghayati dan mengamalkan sifat2 dlm islam itu sendiri sedangkan mereka lebih mengetahui ttg hukum hakam yg telah tertulis sejak ribuan tahun lamanya..akan tetapi jenama kuasa telah membutakan hati mereka sehingga mereka sanggup utk bermuka2 malah lebih teruk lagi mereka telah memperalatkan ayat2 suci al-quran dan juga hadis nabi yg sepatutnya menjadi rujukan utama kpd mereka ini namun mereka menggunakan hanya utk kepentingan diri sendiri dan juga parti mereka agar mereka terus kekal berkuasa..dlm diri mereka ini hanyalah mereka shj yg mengetahui ttg hukum alam ini kerana mereka menyangka mereka telah cukup sempurna menjadi seorang islam hinggakan mereka tergamak utk mngkafirkan saudara seagama mereka yg lebih memperjuangakn nilai2 islam drpd mereka yg menuduh..keeogaan mereka ini telah membuatkan mereka sendiri lupa bahawa yg boleh mejatuhkan hukuman ke atas seorang ituu islam atau kafir hanyalah Yang Maha Kuasa..rakusnya golongan yg kononnya membawa obor2 perjuangan islam ini semakin berleluasa hinggakan mereka tergamak utk melacurkan prinsip perjuangan mereka demi sebuah kuasa yg dulunya tidak pernah mereka nikmati namun sejak akhir2 ini kerana merasakan parti mereka semakin hebat kononnya dan kuat pada pandangan mereka maka secara total juga mereka telah menolak salam perpaduan yg ikhlas dan jujur drpd saudara seislam mereka semata2 merasakan mereka telah hebat..mereka lebih suka utk perpakat dan berpeluk serta berbincang dgn agama dan bangsa yg tidak sama dgn mereka yg tidak di ketahui sejauh mana nilai kejujuran mereka malah lebih teruk mereka ini jelas dan terang menolak islam dlm pakatan mereka..samada mereka ini sedar atau tidak bahawa mereka ini iaitu pemimpin berideologikan islam ini telah nyata dan terang2 menjadi alat kpd mereka yg ingin melihat kemusnahan bangsa melayu dan juga agama islam dlm tanahair ini..malah jika menjadi kenyataan pakatan ini menguasai kelak maka di manakah agama islam akan berada?bangsa melayu akan teruskah berkuasa?...fikirlah wahai melayu islam...wassalam
Ahad, 4 Julai 2010
kemiskinan politik bangsa melayu islam
kita bangsa melayu islam apabila berada dlm kedudukan yg selesa sepertimana kita kecapi pada hari ini sungguh mudah utk melupakan ttg kepentingan2 yg harus kita jaga dan pertahankan semata2 kerana kita merasakan semua bangsa dlm negara ini mempunyai perasaan dan perangai mcm kita orang melayu islam yg bertolak ansur dan sering mengalah utk meredakan keadaan...malah ada juga kalangan kita yg sanggup berpakat dgn harapan agar kita dpt mengalahkan sesama kita dgn banngsa2 tadi juga semata2 kita merasakan bahawa mereka ikhlas seperti kita hingga kalangan kita sanggup utk menjatuhkan sesama bangsa dan agama..kemiskinan politik bangsa melayu sekarang ini cukup2 membimbangkan bukan shj kepada kepimpinan yg ada tetapi lebih parah lagi kepada golongan melayu islam di luar sana yg beranggapan bidang politik merupakan cabang yg tidak memberikan apa2 faedah kepada mereka malah mereka lebih suka utk terus hidup mengejar keinginan dan kenikmatan dunia ini kerana merasakan apa yg mereka dapati pada hari ini adalah drpd hasil usaha mereka drpd peringkat rendah hinggalah kpd mereka mempunyai kerjaya yg mereka kecapi pada hari ini..mereka lebih suka mengaut dan mengejar kemewahan hidup tanpa ingin memikirkan ttg nasib bangsa mereka paling tidak utk membantu anak2 bangsa mereka agar sama2 mengecapi nikmat sepertimana mereka tanpa meninggalkan perkara2 yg harus mereka bajai dan menjadi obor pada kehidupan mereka..kalangan profesional melayu islam ramai yg melihat politik ini suatu yg mengjengkelkan kerana mungkin juga ada kalangan pemimpin yg korups masih lagi bertahan dan di pertahankan oleh pihak atasan hingga memualkan mereka sedangkan perangai pemimpin2 ini dari jauh sudah dapat dihidu bangkai mereka.. tetapi yg lebih dahsyat apabila golongan melayu ini menganggap politik adalah merugikan bagi mereka sedangkan kuasa politik inilah yg telah meletakkan martabat bangsa melayu dan agama islam kukuh sehingga sekarang..di kalangan pemimpin ada juga yg miskin politik walaupun mereka ini sudah lama menceburi bidang politik hingga ada yg di lantik sebagai ketua tapi masih ada lagi sifat benak dlm diri mereka semata2 gilakan kuasa!..apa lagi kalangan golongan muda di luar sana yg tidak di asuh dan di ingatkan ttg betapa pentingnya kuasa politik pada generasi muda melayu islam ini dlm senario politik tanahiar yg mempunyai berbagai bangsa dan agama..sesuatu perlu di lakukan bukan shj oleh parti UMNO tetapi juga PAS dlm perjuangan mengkayakan generasi melayu ini dgn kepentingan politik kerana kedua2 parti ini merupakan parti orang melayu..walaupun berbeza ideologi tetapi semua ini tidak akan menjadi batu penghalang kepada sebuah penyatuan di kalangan pimpinan utama mereka utk menyuburkan ttg kepentingan politik kepada penyokong dan pendokong mereka agar dlm masa mereka mencapai cita2 politik sendiri masih ada lagi ruang utk memberi kebaikan kepada anak bangsa agar tiidak hanyut dan ditelan oleh bangsa2 lain yg hanya menunggu masa utk mengambil alih pucuk negara..bergaduh utk kepentingan melayu islam tidak mengapa asalkan tidak menjual maruah diri dan negara dan melakukan sesuatu yg mengkhianati prinsip perjuangan tulen demi mengejar kuasa kerana akhirnya yang perlu di ingat ialah generasi akan datang yg lebih lagi mencabar kehidupan mereka dan tidak mudah ditipu oleh mereka yang terlalu ingin melihat kejatuhan bangsa melayu islam dlm tanah tumpah mereka sendiri..jgn hanya kita pandai berjabat tgn dgn mereka yg sudah pasti menolak islam semata2 kemaruk kuasa kerana mereka ini tetap bukan saudara seislam kita..."untuk kamu agama kamu..untuk ku agama ku " sudah jelas kepada kita bahawa berbagai agama atas muka bumi apatah lagi bumi malaysia ini..jgn jadi seperti sesumpah!...jgn jadi seperti haruan yg makan anak!...jgn jadi penderhaka kepada negara!..jgn jadi talibarut pada bangsa asing!..jgn jadi talam dua muka!..jadilah seorang yg cintakan agamanya,bangsanya dan tanahairnya..Daulat Tuanku!Hidup Melayu!Hidup UMNO!Hidup Islam!...wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)